Apa dosa aku

Romantic Comedy Series 1014

Malam itu, Alia bersumpah untuk lupakan kejadian siang tadi. Caramel latte, tumpahan kopi, dan especially… Adam Daniel manusia yang tak patut muncul dalam plot hidupnya lagi.
Tapi takdir memang suka bergurau dengan manusia yang cuba move on.
Pagi esoknya, ketika Alia sedang keluar dari pintu pagar rumah sewanya yang kecil tapi cozy, bersiap untuk berangkat ke pejabat, dia terdengar satu suara di belakangnya.
"Alia Deluna?"
Langkahnya terhenti. Jantungnya terasa macam nak pecah.
Slowly, dia berpaling. Dan memang malang tak pernah salah alamat.
Adam Daniel. Berdiri segak dengan kemeja putih dan slack hitam, lengkap dengan jam tangan yang nampak terlalu mahal untuk disentuh.
Alia telan air liur. "Seriously?"
"What a small world," ujar Adam dengan senyuman santai. "So, we're neighbours now. Mind if i give you a ride to work?"
Alia terkebil. Matanya membulat separuh, tapi mulutnya langsung tak beri kerjasama.
Dia berpusing tanpa sebarang reaksi dan terus berjalan laju ke arah stesen LRT. Langkahnya makin laju, macam tengah kejar kereta api yang tak wujud.
‘Ya Allah… apa dosa aku sebenarnya? Kenapa dia asyik muncul di mana-mana sekarang ni? Rasa macam hidup aku dah kena sumpahan Adam Daniel pula.’
“Tolonglah… tolonglah ya Tuhan, ini kali terakhir aku jumpa dia. Lepas ni, tak payah lah ada babak macam ni lagi,” bebel Alia sendiri sambil terus berjalan dan semakin laju.
Tapi dia tahu, harapan itu ibarat wishlist Shopee yang tak pernah check out.
‘London ni punyalah besar gedabak. Tapi boleh pula makhluk Tuhan paling aku nak elak tu tinggal berjiran dengan aku?! Serius lah weh? Aku boleh gila betul-betul kalau macam ni!’ jerit batin Alia, sambil menggenggam beg tangan macam nak perah dosa semalam.
Setibanya di stesen Canary Wharf, kaki Alia masih berat.
‘Takkanlah… dia kerja sekali dengan aku. Takkanlah…’
Tapi kata orang, kalau malang tu sebuah lagu, hidup Alia sekarang dah jadi album penuh.

Di Pejabat Nexora Innovations, Canary Wharf
Tiga jam kemudian...
Alia berdiri tegak sambil menggenggam fail dengan erat. Mulutnya separuh ternganga saat melihat nama di pintu pejabat besar yang berada di hujung koridor.
“ADAM DANIEL | GENERAL MANAGER – PROJECT INTELLIGENCE & INNOVATION”
"Tak… tak mungkin… takkanlah…” Alia hampir meratap. Matanya sudah berkaca-kaca, bukan sebab sedih, tapi sebab terlalu penat dengan plot twist hidup sendiri.
"Alaaa, relax lah. GM baru kita tu muda, kaya, single, hensem. Dengar cerita tuan muda syarikat ni. Untunglah kalau dapat masuk team dia,” celoteh rakan sekerjanya, Lisa, yang langsung tak tahu Alia tengah mengalami krisis eksistensi di depan pintu kaca itu.
Baru saja Alia nak pusing balik dan lari, pintu pejabat terbuka.
Dan siapa yang muncul?
Of course. Adam Daniel dengan senyuman pemenang Miss Universe versi lelaki.
“Oh, Alia. I was hoping to see you.”
Suara itu kedengaran tenang, tapi cukup buat jantung Alia terus jatuh ke lantai tingkat satu.
Adam berdiri di depan pintu pejabatnya dengan gaya santai, sebelah tangan masih memegang fail hitam berlogo syarikat, dan ya, fail itu jelas tertera nama ALIA DELUNA BINTI MUKHRIZ dengan bold dan underlined.
“Unfortunately, I wasn’t hoping to see you,” gumam Alia perlahan, tapi cukup untuk buat Adam senyum makin lebar.
“Guess what?” kata Adam sambil bersandar di dinding pintu pejabatnya. “You’re officially in my team. Starting today.”
Alia rasa lututnya goyah. Kalau bukan sebab dia pakai heels, mungkin dah terduduk di karpet pejabat yang bau wangi mahal, macam bau diffuser yang harga dia boleh bayar bil elektrik sebulan.
“Kalau saya isi borang tukar jabatan sekarang… sempat lagi tak?” tanya Alia dengan muka blur dan suara separuh bisik macam tengah buat plan melarikan diri.
“Too late. I personally approved your name. Surprise!”
‘Surprise kepala otak kau.’ Alia sudah mula bernafas dari hidung macam lembu nak kena sembelih.
Sebelum sempat dia cari alasan untuk menyelamatkan diri, suara HR manager sudah bergema di belakang mereka.
“Mr. Adam Daniel, mesyuarat lima minit lagi. Everyone’s heading to the boardroom.”
“Oh. Perfect timing,” balas Adam santai sambil mengangkat fail di tangannya. Matanya sempat melirik ke arah Alia. “Let’s go. You’re with me.”
Alia hanya mampu ikut langkah Adam dalam keadaan separa sedar. Kaki melangkah, tapi jiwa rasa macam melayang. Bunyi tumitnya berdetak atas lantai marmar, seiring dengan degup jantung yang makin rancak.
Pintu bilik mesyuarat terbuka automatik. Cahaya dari siling membias jatuh ke atas meja panjang kaca yang sudah tersedia fail dan air mineral premium.
Lima Minit Kemudian, Dalam Bilik Mesyuarat
Adam duduk di hujung meja dengan tangan bersilang, manakala Alia berada di sebelahnya. Tapi setiap kali dia cuba fokus pada fail di tangan, mata Adam asyik mencuri pandang senyap-senyap, tapi jelas terasa.
“Saya ni whiteboard ke sampai encik Adam renung lama sangat?” Alia bersuara dengan nada geram. Rasa tak selesa makin menjadi.
Adam mengulas senyum tak bersalah. “Tiba-tiba rasa nostalgic. Kita tak sempat borak panjang semalam.”
“Tak ada apa-apa nak diborak. Masa silam awak dengan saya officially dikuburkan. Dah siap talkin,” jawab Alia, tenang tapi menusuk.
Adam hanya gelak kecil. “I think… kita patut starts fresh. Kita dewasa sekarang, kan?”
Alia angkat kening perlahan. “Oh yeah? Saya rasa saya dah lama hidup dalam versi yang baru. Tak tahu pula Encik Adam masih repeat paper kehidupan zaman universiti.”
Adam kelihatan seperti mahu berkata sesuatu lagi, tapi suara pintu dibuka membuatkan dia menoleh. Beberapa staf sudah mula masuk dan mengambil tempat di sekeliling meja.
Dia pandang Alia semula, kali ini dengan wajah profesional tahap CEO yang tengah buat pengumuman besar di sidang media.
“We’ll talk later, Miss Alia. Jumpa saya di pejabat selepas mesyuarat.” Nadanya tegas, jelas cuba memisahkan garis antara peribadi dan profesional , atau sekurang-kurangnya, cuba nampak macam begitu.
Alia cuma mengangguk. Wajahnya tenang, seprofesional yang mungkin. Tapi dalam hati? Dah mula kira berapa banyak zikir penenang jiwa yang patut dia ulang sebelum masuk ke pejabat Adam nanti.
Dia sedar, Adam adalah bos. Dan dia pula staf. Kalau dia tak profesional, esok lusa silap haribulan bukan setakat nama dia je naik, silap-silap jadi trending topic dekat grup WhatsApp pejabat. Siap ada stiker muka sendiri.
‘No, thank you. I came here to cari rezeki, bukan cari penyakit,’ monolog nya dalam diam, sambil senyum nipis yang palsu tahap award.
Tapi entah kenapa, rasa nak baling stapler tetap ada. Dan lagi malang, stapler tu ada atas meja. Dekat. Dalam jangkauan tangan.
‘Ya Allah, kau tenangkan aku. Jangan bagi aku viral kat TikTok sebagai staff kurang ajar sebab baling bos sendiri.’
Mesyuarat hampir selesai. Suasana dalam bilik kaca itu sedikit santai, dengan suara staf bergilir membentangkan slide dan gelak kecil bila bos besar, Adam Daniel, melontarkan komen bernada mesra tapi berbisa.
Alia? Masih tenang duduk di samping, tapi dalam hati macam main dodgeball. Setiap kali Adam tengok dia, jantung dia rasa macam kena baling bola.
Tiba-tiba, tanpa sebarang isyarat, Adam tunduk sedikit dan bersandar rapat ke arah meja. Sambil mata masih menghadap skrin, dia bersuara dengan nada rendah, hanya untuk Alia.
"By the way... isi surat cinta awak tu, saya dah hafal. Dan yes, saya masih simpan surat tu sampai sekarang."
Alia tak terus merespon!
Dia cuma kelip mata.
Sekali. Dua kali.
Muka maintain tenang.
Tapi dalam hati, macam ada suara menjerit “WHATTTTTTTT THE FFF?!
Tangan Alia perlahan-lahan mencengkam pen, mata masih ke depan, tapi dalam otaknya, dah mula replay babak semester satu macam video Tik Tok auto-loop. Nafasnya tersekat, bukan sebab romantic, tapi sebab trauma yang baru nak dilupakan, tiba-tiba di-dig up balik oleh si pelaku asal.
Alia perlahan-lahan pusing kepala ke arah Adam, tapi lelaki itu sudah kembali duduk tegak, seolah-olah tak ada apa berlaku. Senyum di bibirnya tenang. Terlalu tenang.
Slide seterusnya muncul di skrin. Orang lain masih mencatat nota.
Tapi Alia?
Dia pandang fail depan dia tanpa baca satu pun isinya.
“Okey Adam Daniel, kau yang mintak sangat kan? Aku turunkan perang ni ke level paling bawah. Brace yourself.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience