Ego

Romantic Comedy Series 1014

“Alia?”
Satu suara dalam nada maskulin, tenang dan cukup lantang untuk mencuri perhatian, muncul dari sisi kanan. Alia berpaling dan hampir terjelepok.
Seorang lelaki berdiri di situ. Tinggi, kemas, dan.. Tidak berlebihan jika mengatakannya terlalu sempurna. Wajah dia campuran Arab-Mat Salleh, kulit sawo matang glow up, hidung mancung level poster spa Turki, dan senyuman? Confirm boleh sponsor kolesterol naik.
Baju Melayu warna burgundy mewah, sampin tenun exclusive macam terus teleport dari butik pengantin KLCC. Rambut disikat rapi, ada gel sikit tapi tak berlebihan, just nice.
“Si-siapa pulak ni?” Gumam Alia, menunjuk ke diri sendiri dengan wajah keliru. Senyum sopan tapi mata jelas panik, suara dia goyah, separuh gugup separuh redha. “Weh… aku tak ready nak hadap mana-mana jodoh hari ini, please…”
Lelaki itu angguk sekali, langkah dia steady macam walk-in fashion show raya.
“Hi. Nice to meet you. My name is Aslan.” Tangannya dihulur, penuh keyakinan dan vibes ‘calon menantu approved’.
Alia senyum nipis, dua tapak ke belakang. Dia tak sambut tangan itu, sebaliknya letak tangan di dada, gaya sopan tapi obviously sangat nak escape.
“Hello… nice to meet you too. Tapi...–”
‘Please jangan cakap kalau dia ni adalah..-’’
Doa Alia dalam hati tak sempat loading habis, sebab Aslan dah sambung dengan senyum selamba.
“Aunty Alisa was right, you’re gorgeous, absolutely adorable. And I think I just found my reason to stay longer here.”
UHUK! UHUK!
Alia tersedak. Bukan sebab tersentuh, tapi sebab nak cabut. Dia batuk kecil, tangan terus kipas-kipas udara macam baru kena bakar slow motion.
“No, no… bukan macam tu. Mama saya… dia suka buat drama. Dia gurau je. Gurau tahap rating 18SG,” jelas Alia sambil geleng kepala laju-laju, mata dia dah cari Sunny dekat mana, maybe boleh minta teleport keluar dari scene ni.
Tapi Aslan? Santai. Langkah dia ke depan satu tapak lagi. Senyum dia makin confident.
‘Ala… mamat ni dah kenapa? Tak larat la weh, orang nak raya ni bukan nak cari jodoh, dah la perut ni tengah lapar giler.’ maki Alia dalam hati, geram.
“Well… I’ll tell my mom tonight. I agree. Jodoh kali ni, I’m in.”
“WHAT?!”
Seruan serentak datang dari dua arah. Alia dan Adam yang memang dari tadi menjadi pemerhati yang setia dan merasa sedikit terbakar melihat cara Aslan yang berani menyatakan perasaannya pada Alia
Aslan masih senyum composed macam dia baru menang hadiah cabutan bertuah. Sementara Alia rasa macam nak pengsan, pertama sebab pengakuan tiba-tiba oleh Aslan dan kedua perutnya dah terlalu lapar sehingga tahap kebulur.
“Alia, dia siapa?” Suara Adam tiba-tiba memecah suasana, nadanya serius dan penuh tuntutan. Wajahnya tegang, mata tajam menikam seolah-olah cuba membaca isi hati Alia.
Alia sempat freeze dua saat, lepas tu terus aktif mode jelingan maut. Dahi berlipat macam origami, nafas pun tak stabil macam baru lepas bertanding seratus meter dengan Usain Bolt.
“Eh! Awak tanya saya pulak? Telinga awak tu function ke tak? Tadi bukan main jelas dia perkenalkan diri, nak saya ulang pakai megafon ke baru masuk?”
Nada suara Alia sinis, pedas level cili padi kampung. Pipi dia dah merah padam, bukan merah manja heroin drama, tapi merah jenis ‘tomato busuk’, macam nak meletup sebab geram.
Adam selangkah ke depan. Tangannya disilangkan di dada, kening terangkat sedikit dengan senyum senget menghiasi wajah.
“Lawa baju, nampak sedondon. Aku yakin kau datang ni bukan sebab nak raya sangat pun. Lebih kepada sesi blind date dengan mamat entah dari planet mana.”
Nada suara Adam tajam, penuh sindiran. Tapi dalam hati sendiri, dia pun tak faham. kenapa tiba-tiba rasa panas? Kenapa dada macam terbakar bila ada lelaki lain pandang Alia macam harta karun edisi terhad?
Alia ketawa kecil. Tapi bukan ketawa yang seronok, lebih kepada versi ‘aku dah muak’, tahap dewa.
Dia berpusing, langkah penuh gaya macam heroin drama Melayu yang baru kena tinggal dekat pelamin.
“Malas aku nak layan orang gila yang tak faham bahasa,” bebelnya, separuh kuat, tangan genggam clutch kuat-kuat, gaya macam tengah pilih antara sabar... atau baling clutch terus ke kepala seseorang.
Belum sempat emosi Adam reda, muncul satu sosok lain dari belakang khemah. Seorang gadis cantik dengan abaya biru lembut melangkah tenang, senyumannya manis tapi cukup confident untuk pecahkan ego mana-mana lelaki yang memandang.
“Hi, future husband…”
Nada suaranya manja berlapik yakin. Dia lambai perlahan, mata tepat menatap Adam macam nak hantar mesej subliminal. Senyum dia pula? Ala-ala soft launch isteri orang.
Matanya membulat sedikit, kening terangkat, dan wajahnya berubah dari selamba kepada bingung dalam tiga saat.
Dia pandang gadis di depannya macam tengah imbas memori tapi otak masih loading.
“You…?”
Gadis itu angguk yakin. “Kenalkan. Nama I, Nadrah binti Dato’ Hisham. Calon isteri you.” Dia hulurkan tangan mesra, seperti announcement rasmi dari kementerian jodoh.
Aslan yang dari tadi berdiri di sebelah, tak mampu lagi menahan rasa pelik campur geli hati. Dia tepuk tangan kecil dua kali, mata tak lepas dari Adam.
“Oh wow! She’s your future wife?” Aslan angkat kening, senyum sinis sambil bersilang tangan.
“Dalam masa yang sama, you suka Alia. Patutlah tadi you macam jealous semacam bila I try nak rapat dengan dia. Nampak sangat… you tamak, Adam Daniel.”
Adam terus toleh, mata membulat. Suaranya naik setengah oktaf, nada defensif tahap panik.
“Siapa kata I jealous?! I tak jealous langsung pun.”
Tangan dia laju melambai dua tiga kali macam nak halau tuduhan yang melekat, tapi mata dah mula goyah. Fokus ke laut, ekspresi dah macam WiFi tengah buffering.
‘Macam mana mamat ni boleh kenal aku?’ bentak hati Adam, makin resah.
“Kalau you nak sangat Alia tu, ambil je. I pun tak ingin,” katanya keras, suara cuba steady walaupun ego tengah tercekik. “Zaman universiti lagi I dah tolak dia, kalau you nak tau.”
Tanpa sengaja, setiap patah kata yang keluar dari mulut Adam menampar telinga Alia.
Dia berdiri kaku beberapa saat. Tatapan matanya kosong, tapi bibir mengukir senyum... senyum palsu sepenuhnya lahir dari luka lama yang masih menganga, dan kini ditabur garam sekali lagi, membuat pedih itu berganda tanpa amaran.
Dia berpaling semula. Wajahnya tenang, tapi mata dia menyimpan luka yang tak sempat dibalut. Langkahnya pantas menuju Aslan.
“Jom,” katanya dengan senyum termanis yang pernah dia buat dalam hidup, senyum yang hanya muncul bila maruahnya perlu diselamatkan.
Dia tunjuk ke arah kawasan khemah belakang, walaupun dia sendiri tak tahu apa ada di sana.
“Kita ke sana. Tempat yang lebih tenang agar fikiran kita lebih waras.”
“Are you sure, kalau kita kesana akan lebih waras hmm?” tanya Aslan, senyum di bibirnya dah macam nak gelak tapi ditahan demi menjaga imej.
Alia angguk laju, gaya desperate tapi confident. “Yeah… sure. Asalkan jauh dari sini. Bahang panas kat kawasan ni boleh masak rendang tiga kali rebus.”
Aslan angkat tangan, tunjuk jalan penuh gaya. Tapi baru beberapa langkah, dia sempat menjeling ke sisi dan bersuara perlahan tapi cukup nak buat Alia rasa macam kena renjatan elektrik kecil.
“Awak tau tak, khemah yang awak tunjuk tadi tu, tempat orang tua kita tengah duduk berbincang. Besar kemungkinan, mereka tengah rancang masa depan kita berdua. Awak yakin nak ke sana?”
Wajah Alia terus berubah. Pucat. Macam baru teringat drama bual bicara penuh jodoh yang dia cuba elak sejak mula pagi tadi.
“Cancel. Cari spot lain,” tolaknya cepat, sambil langkah pun makin laju.
Aslan tergelak kecil, mengangguk. “Okay. Kita makan kari kambing kat belah sana. Jauh dari family. Jauh dari orang gila yang buat naik darah. Kita makan sampai lupa semua drama.”
Alia senyum kecil. Hati dia tiba-tiba rasa macam kena sapu dengan balm sejuk.
‘Eh, baiknya dia…’
“Nope. Jangan puji dalam hati. Nanti kalau jatuh cinta, takde ubat tau.” suara Aslan memecah monolog dalam kepala Alia, buat dia terus tersentak.
Mata Alia terbeliak kecil. “Hish! Perasan lah awak ni.” balasnya sambil menjeling malu, pipi dah mula hangat semacam.
Tapi langkahnya tetap diteruskan, sedikit demi sedikit, makin jauh dari lif ego seorang Adam Daniel. Dan makin dekat dengan seseorang yang mungkin terlalu mudah untuk disukai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience