Drama Dinner

Romantic Comedy Series 1014

Tepat pukul lima petang, Alia keluar dari pejabat seperti seorang askar yang baru bebas dari latihan ketenteraan.
Langkahnya laju, beg sandang dihentak ke bahu, dan wajahnya campuran letih, menyampah dan sedikit trauma.
Sebaik sahaja kakinya menjejak keluar dari pintu lobi Nexora, dia terus hala ke arah perhentian Grab. Tak pandang kiri kanan, tak sempat sapa receptionist pun. Dalam kepala cuma satu misi, lari sejauh mungkin daripada ‘bos kayangan’ dan dinner romantik tidak rela.
Sebelum waktu pejabat berakhir, Adam sempat bersandar di ambang pintu bilik pejabat Alia sambil berkata dengan nada tenang,
“Malam ni dinner pukul lapan. Aku akan jemput kau.”
Alia yang sedang sibuk menaip, langsung berhenti dan memandangnya dengan kening terangkat.
“Tak payah susah-susah jemput. Aku jumpa kau je depan lobi restoran.” Nada suaranya jelas, malas nak berdrama lebih panjang.
Adam hanya mengangguk perlahan, tak membalas apa-apa. Dia tahu, kalau dipaksa lebih, gadis itu mungkin terus tolak mentah-mentah. Dan ini bukan sekadar soal makan malam tapi reputasi syarikat dan imej profesional mereka juga sedang dipertaruhkan.
Setengah jam kemudian, Alia tiba di sebuah kawasan kejiranan tenang dan damai. Rumah Sunny kecil tapi cozy, penuh dengan pasu kaktus, langsir corak bunga-bunga dan satu papan tanda di pintu depan yang berbunyi,
“No chaos, just WiFi and wine.”
Tanpa tunggu lama, Alia terus tekan loceng dan disambut oleh Sunny yang menyambut dengan ekspresi penuh tanda tanya besar di atas kepalanya.
“Weyh… muka kau macam baru lepas tengok ending drama sedih. Kena tinggal ke, atau kena tipu ni?”
Alia melangkah masuk, terus baling beg ke sofa dan hempas diri macam dunia dah tak adil.
“Tak kena tinggal. Tak kena tipu. Tapi aku baru dapat jemputan dinner yang paling... menjengkelkan dalam sejarah hidup aku.” Alia mengadu dengan wajah sedih dan drama.
Sunny duduk bersila depan Alia, hulur bantal peluk macam therapist separuh masa.
“Let me guess. Dengan dia?”
Alia mengangguk perlahan. “Mr. Leong ajak makan malam farewell. Kat restoran yang macam nak akad nikah tu. Dan aku kena pergi sekali... dengan Adam.”
Sunny angkat kedua-dua kening. “Wow. That sounds... painful and promising.”
Alia terus tutup muka dengan bantal. “Aku tak nak pergi. I’d rather jumpa makcik aku yang suka tanya bila nak kahwin.”
Sunny terguling ketawa atas sofa, tangan menepuk pahanya sambil menjerit kecil. “Kau ni sumpah kelakar. Punya la elak nak jumpa ‘harimau’, last-last harimau siap tunggu kau dekat garisan penamat. Plot twist betul!”
Alia buat muka malas, tangan capai bantal dan baling, sayangnya, bantal tu jatuh terhumban ke lantai. “Harimau lah, garis penamat lah... Hello! Aku tengah stress ni, bukan audition stand-up comedy. Please la, tolong aku fikir skrip ‘no thank you’ yang sopan tapi firm. Otak aku dah buffering sejak tengah hari tadi.”
Sunny masih ketawa, tapi kali ni sambil duduk bersila macam nak bagi ceramah motivasi. “Kalau kau nak tahu, skrip paling power sekarang ni bukan ‘no thank you’, tapi ‘ok let’s do this’. Trust me, pergi je dinner tu. It’s not like dia nak lamar kau.”
Alia mendengus kecil, dahi berkerut. “Kau ni kan...”
Sunny terus potong, jari telunjuk dah terangkat ke udara. “Alia Deluna, dengar sini. Kalau kau rasa cringe, awkward, atau nak lari ikut emergency exit malam ni, remind yourself, kau buat semua ni for the greater good. For Nexora. For your career.”
Alia senyap. Bibir dia muncung sikit sambil tangan main-main dengan zip bantal sofa. Lepas tarik nafas panjang macam tengah buat pilihan hidup, dia angguk perlahan.
“Fine. Untuk kali ni... aku kompromi. Tapi jangan expect aku senyum macam heroin drama masa buka pintu restoran.”
Sunny terus bangun excited, tangan tepuk-tepuk peha Alia. “Yes! That’s my girl! Okay jom, kita cari gaun, lipstik, dan hairdo paling meletops. Kalau boleh yang buat boss kayangan kau tu confuse, ‘eh ni PA aku ke?”
“Eh tak payah lah! Simple-simple sudahlah. Asal cukup sopan dan tak macam nak pergi kenduri kahwin orang,” rayu Alia sambil tarik tangan Sunny.
Sunny geleng sambil jeling. “Eh excuse me, mana tahu malam ni dia muncul pakai tuxedo, rambut dia dah trim, siap styling macam oppa Ji Chang Wook. Kau pulak pakai baju ‘aku datang nak minum air’ lepas tu mekap pun macam nak pergi library. And then bila dia tak pandang kau, mula lah kau menangis, tuduh dia tak appreciate effort. Padahal effort tu tak ada!”
Alia ternganga. “Weh kau jahat! Tapi…-”
Dia diam sekejap, lepas tu memuncungkan bibir sambil mata juling ke siling. “Tapi kalau dia betul-betul potong rambut baru, aku cabut karpet restoran tu, gulung dia macam sushi, ikat dengan wasabi, lepas tu lempar ke tengah laut. Biar dolphin decide nasib dia.”
Sunny terus gelak terjelepok atas lantai. “Aduh perut aku! Sadis sangat. Tapi aku suka energy tu. Jom! Kita ada dua jam untuk ubah kau dari Alia mode gila kerja ke Alia mode slay.”
Alia tarik nafas panjang. “Ya Allah... dinner dengan bos pun drama macam ni. Nasib baik aku ada kau, Sunny si fashion terrorist bertopengkan BFF.”
“Terima kasih. Aku terharu. Sekarang gerak! Masa untuk buat boss kau tu menyesali semua yang sudah dia lakukan pada kau beberapa tahun silam.”
Meanwhile….
6:45 PM | Nexora HQ, Bilik CEO
“Encik Adam, ini makan malam dengan Mr. Leong, bukan photoshoot untuk GQ Magazine.”
Nada Nina masih sopan, tapi jelas letih. Di sebelahnya, lima helai kemeja pelbagai rona, dari putih bersih ke navy satin tergantung macam audition untuk drama fashion week.
Adam berdiri di depan cermin, tangan silang di dada, wajah serius seolah sedang buat keputusan negara.
“Saya tak nak nampak macam boss typical dalam suit kelabu. Tapi juga tak nak nampak desperate macam nak buat confession dalam romance comedy drama.”
Nina tarik nafas perlahan. “You mean… charming but not try-hard?”
Adam angguk. “Exactly. Clean, sleek, and edge. Tapi maskulin. The kind yang buat orang pandang dua kali.”
Nina geleng kecil, tangan lipat blouse dengan penuh sabar. “Tuan… saya ulang. Ini dinner di The Ivy Garden. Bukan red carpet British Fashion Awards.”
Adam tak layan. Dia dah capai blazer warna charcoal, belek sekejap, kemudian geleng. “Too stiff. Macam nak mesyuarat dengan Board of Directors.”
Tak lama lepas tu, Adam keluar dari pejabat, terus ke Men’s Grooming House di Mayfair, tempat yang selalu dia kunjungi untuk potongan rambut yang 'effortless but premium'.
Salon itu berkonsepkan modern gentleman’s lounge, dengan sofa kulit gelap, kopi single-origin, dan tukang gunting berjaket linen.
“Same as usual, Mr. Adam?” Tukang gunting nya, Sebastian, seorang lelaki British berumur lewat 30-an dengan vibe klasik Bond sudah bersedia dengan gunting perak.
Adam duduk, bersandar sikit. "I'd like something clean, but with a bit of an edge."
Sebastian senyum, angkat kening. “Let me guess. Something like a Korean actor?”
“Yeah,” balas Adam selamba, “But still masculine. Like... Ji Chang wook meets Henry Golding.”
Sebastian ketawa perlahan. “Noted. Handsome with a sharp jawline effect. Got it.”
Potongan dimulakan. Rambut Adam yang memang sedia terurus itu perlahan-lahan dibentuk jadi lebih tajam, lebih defined tak terlalu ‘dandy’, tapi cukup untuk buat mata tak sengaja tertarik.
Dalam cermin, Adam menilai refleksinya. Sebelah bibirnya terangkat. “Not bad.”
Sebastian menyambung, "If I were a woman, I'd do a double take too."
Adam bangun dari kerusi, menyarung blazer tailored-fit warna midnight blue yang menyerlahkan bahu lebar dan potongan pinggangnya yang ‘on point’. Rambut baru? Perfectly styled. Aura? 200%.
Sebastian menepuk bahunya perlahan. “Break a few hearts tonight, Mr. Adam.”
Adam senyum senget. “Just one. That’ll do.”
Dia pandang refleksi dirinya sekali lagi, kemudian keluarkan telefon bimbit dan taip mesej kepada seseorang.
Adam: On the way.
Sementara itu, di rumah Sunny, Alia baru keluar dari bilik dengan gaun satin midnight blue, make-up glowing flawless, dan rambut bergulung lembut di hujung. Sunny yang sedang scroll phone tiba-tiba berhenti dan tercengang tengok mesej yang masuk dari Nina.
“Alia... kau ready ke belum?” tanya Sunny cepat.
Alia angkat kening sambil betulkan anting-anting. “Mentally, tak. Physically, boleh tahan. Kenapa?”
Sunny tayang skrin phone sambil mata terbelalak. “Adam dah gerak. Dan, ya Tuhan! Nina cakap dia baru potong rambut.”
Alia sempat telan air liur. “Potong rambut? Gaya apa?”
Sunny angkat bahu dengan mimik muka drama. “Nina kata… clean tapi ada edge.”
Alia terdiam lima saat. Kemudian…
“Aku nak batal. Sekarang jugak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience