9:00 AM – Chelsea, London
Udara pagi di Chelsea hari itu sejuk tapi menyenangkan. Matahari musim panas di London muncul malu-malu di celah awan, memberikan cahaya lembut yang menari di atas jalan berbatu dan bangunan Georgian klasik.
Tapi pagi ini bukan pagi biasa. Hari ini adalah Hari Raya Haji.
Di salah satu komuniti Melayu yang aktif di kota London, kawasan Chelsea berubah wajah. Dari jauh sudah kedengaran suara takbir yang mengalun sayu dari dewan komuniti. Di ruang luar, beberapa khemah putih didirikan. Meja panjang penuh dengan kuih raya, lemang import dari Malaysia yang harganya boleh beli dua tiket flight balik kampung, dan air sirap bandung dalam dispenser kaca.
Kanak-kanak berlari kecil, wanita berselendang warna pastel sibuk menyusun juadah, dan para lelaki berkopiah berdiri sambil bersembang, tangan menggenggam cawan teh tarik panas yang masih berasap.
Alia dan Sunny baru saja sampai,
Mereka melangkah perlahan dari arah tepi jalan, mata memandang sekeliling, cuba mencari kelibat Alisa, mamanya Alia.
Langkah Alia anggun, baju kurung moden berwarna burgundy yang di sarungnya terletak kemas dengan potongan fit di pinggang, pleated skirt separa flowy dan sulaman benang keemasan di hujung lengan. Tudung satin lembut ton senada disemat rapi di bahu, rambut di bawahnya tersorok kemas, hanya sehelai dua anak rambut nakal terkeluar di dahi.
Sementara Sunny pula tampil anggun dalam kebaya Sunda berwarna dusty lavender, lengkap dengan selendang tipis yang dililit kemas di bahu. Kain batiknya bercorak bunga tekat halus, berkilau lembut setiap kali tertangkap cahaya pagi.
Wajah Alia hari ini tenang, dengan mekap natural glow dan senyum yang belum tahu kalau ia tulen… atau hanya topeng sementara untuk berdepan realiti seterusnya.
Tangannya menggenggam kotak kecil berisi buah tangan, tapi jantungnya pula terasa seperti kotak misteri yang tak pasti bila akan meletup.
“Serius weh, penuh giler orang hari ni. Macam semua rakyat Malaysia kat London sepakat ambik cuti raya dan lepak kat Chelsea!” ujar Sunny, mata dia ligat pusing kiri kanan macam motion sensor, scan satu-satu wajah yang hadir.
“A’ah! Aku pun perasan beb. Rasa macam setengah rakyat Malaysia import raya kat sini. Tapi best lah, meriah,” balas Alia, sambil senyum kecil tengok budak-budak berlari dengan baju kurung sendat dan kasut LED.
Sunny tunduk sikit, konon-konon macam nak cerita rahsia FBI, tapi suara dia tetap level 'speaker Bluetooth'. Orang sebelah pun sempat pasang telinga.
“Weh, honestly… dari tadi aku tengah scan crowd ni. Cari lelaki muda, kacak, bergaya, boleh buat jantung skip satu beat. Tapi… haram tak jumpa. Semua kategori ‘pak cik pencen tapi semangat waja’, jenis makan kambing macam esok takde kolesterol check-up.”
Alia gelak kecil, tangan dia laju je tepuk sikit lengan Sunny, macam warning tak rasmi. “Amboi! Ni hati yang terbuka luas, ke perut yang lapar sebab bau sate?”
Sunny buat muka tak bersalah, senyum-senyum kambing. “Eh, eh… ke situ pulak kau bawa.”
“Habis tu?” Alia angkat kening tinggi, tangan silang kat dada, mode interrogator on.
Sunny pandang kiri kanan macam tengah cari suspect. “Kan aunty Alisa nak kenalkan kau dengan ‘jodoh pilihan’. Tu lah aku scan ni… mana tahu muncul bujang lapok edisi rare, atau duda emas limited edition.”
Dia sempat ketawa kecil sambil cover mulut, tapi mata masih ligat ‘patrol’ area.
Alia terus rolling mata sampai nampak urat sabar. Tangan dia automatik mencubit lengan Sunny, tak kuat, tapi cukup untuk bagi warning.
“Amboi… mulut kau tu… sikit lagi nak kena selotep. Aku dah baca doa penolak bala dua round ni, jangan buat aku tambah satu round lagi.” Dia peluk tubuh sambil tarik nafas panjang, muka cuba tenang tapi jelas gelisah macam tunggu keputusan peperiksaan diumumkan..
‘Ya Allah... tolong jangan muncul lelaki pilihan mama hari ni. Aku dah ugut dia dalam WhatsApp siap bagi emoji tengkorak. Kalau dia berani datang jugak, memang aku lari join Qurban Team kemas perut kambing.’
Tapi. kerana hidup memang suka sangat buat plot twist tanpa kebenaran…
“Aliiaaa!”
Satu suara nyaring dan familiar memecah suasana. Dari arah khemah utama, muncul seorang wanita separuh umur dengan baju kurung hijau zamrud, clutch sepadan dan kerongsang bunga tiga tingkat yang hampir berkilau macam signage butik kahwin.
Langkahnya penuh gaya. Senyum dia? Terlalu lebar untuk sekadar salam raya. Mata dia? Terus locked on target, anak daranya yang kononnya ‘datang nak makan rendang je’.
Puan Alisa. Mama paling onz, paling stylish, dan paling tak pernah datang dengan tangan kosong, termasuk dalam urusan jodoh.
Alia senyum. Tapi itu senyuman level ‘damage control’. Kepala dia dah berpusing, senyap-senyap telan liur.
‘Mampus aku… lain macam excited mama ni. Ni senyum nak bagi duit raya ke, atau nak bagi surprise dengan “anak kenalan papa yang katanya serba-serbi sempurna.’
“Ma…”
Alia dan Sunny bersalaman, cium tangan Puan Alisa satu-satu, lengkap dengan vibe ‘gadis Melayu terakhir’ versi Chelsea, edisi raya Haji.
“Mama ingatkan kamu berdua tak jadi datang,” ucap wanita anggun itu, senyuman dia manis tapi penuh makna. Senyuman seorang ibu yang tahu lebih banyak daripada yang dia cakap.
“Mestilah datang, Ma. Tak sanggup nak jadi topik ‘bebel tujuh hari tujuh malam’. Silap haribulan, jiran pun boleh pekak.” Alia menjawab sambil sengih, dengan nada manja yang berbaur menyakat.
“Abang dengan Papa mana?” tanya Alia lagi, matanya dah mula menjenguk ke sana sini macam tengah cari idol dalam fan meeting.
“Hmm… Papa dengan abang tengah urus lembu korban tu ha. Berpeluh dua-dua, tapi still maintain kacak,” jawab Puan Alisa, sempat selit pujian untuk hero-hero kesayangan dia.
“Jomlah, ikut Mama ke khemah. Nanti terlepas makan rendang, jangan nangis.” Ajaknya sambil pusing badan, langkah dia steady macam model veteran, clutch di tangan matching dengan aura 'mama berstrategi'.
“Elehhh… makan rendang konon…” Alia sempat jeling mamanya yang tengah rancak berborak dengan Sunny dekat khemah makanan. Gelak ketawa mamanya tu bukan biasa-biasa. Siap tepuk bahu, sipu-sipu.
“Hah. Confirm. Operation Jodoh in progress,” gumam Alia, tangan silang dada, muka skeptikal tahap FBI tengah perhati suspek.
Pagi Raya Haji dekat Chelsea memang meriah gila. Bau sate dan nasi impit bersatu dalam udara London yang sejuk-sejuk manja. Anak-anak lari ke sana sini main bunga rampai, speaker khemah pasang lagu raya dan takbir, khemah pula dihias penuh semangat Malaysia. Bendera berkibar, lampu kelip berkelip, macam mini Putrajaya.
Alia masih berdiri tegak, gaya macam patung di butik. Mata dia pulak sibuk scan kawasan, bukan cari jodoh, tapi cari jalan keluar paling selamat dari misi mama dia.
Baru je nak angkat kaki, nak lari slow-slow…
Tiba-tiba…
“Alia Deluna.”
Suara tu tenang, dalam dan familiar sangat. Membuat jantung Alia terus tekan panic button auto-mode. System overload. Wifi signal dalam otak terus hilang dua bar.
Angin pagi yang tadi sepoi-sepoi bahasa terus rasa beku. Suara background jadi samar. Bunyi takbir terus bertukar macam soundtrack filem slow-motion.
Alia pusing kepala perlahan. Macam dalam babak drama Korea waktu heroin baru sedar dia tengah jatuh cinta... atau kena prank.
Dia nampak seorang lelaki berdiri tak jauh. Tinggi dan rapi. Baju Melayu navy gelap, sampin tenun kilat kemas gila, confirm bukan beli bundle. Rambut kemas, senyum tenang dan sialnya terlalu tampan…
"Astaghfirullahalazim... semesta, ni prank ke apa?"
Alia telan air liur, tangan genggam clutch macam tengah tahan gempa bumi dalaman. Dia cuba senyum, tapi yang keluar lebih kepada senyuman default error. Suara pula keluar macam GPS tengah cari jalan dalam tunnel.
“I—Iya saya…”
Dalam hati ‘dia? Kat sini? Why now? WHY?!’
Share this novel