Toxic

Romantic Comedy Completed 3635

Setibanya di lobi pejabat Nexora, Alia tarik nafas panjang, seolah nak buang segala beban dari bahu. Matanya sempat menjeling sekilas ke arah satu sosok yang familiar berjalan tak jauh di depannya.
“Punya lah aku bersungguh nak elak dari jumpa dia pagi-pagi ni, dia pulak muncul macam NPC dalam cutscene. Nasib badan…” gumamnya perlahan sambil cebik, mata meliar ke tempat lain, pura-pura tengok pokok plastik tepi dinding.
‘Chill Alia… bukan kau kata kau dah move on ke? Buat biasa je. Just boss and staff. Professional. Kau kan independent woman katanya.’ Monolog dalaman dia tengah gigih self-talk macam coach motivasi dalam kepala.
Dengan langkah cepat, Alia terus menuju ke lif yang pintunya sedang terbuka luas, macam bersedia menyambut mangsa pagi ni. Dia memang dah agak lewat. Jam sembilan nanti ada meeting dengan team, dan dia belum sempat semak dokumen akhir. Kalau lambat, boleh gugur kredibiliti sebagai gadis Nexora yang punctual dan on point.
“Morning, Mr. Adam,” sapa Alia dengan suara neutral tapi sopan, siap tunduk sedikit macam anak dara bertemu calon mertua. Gaya yang luar biasa formal sampai Adam sendiri naik pelik.
Adam angkat kening sebelah, sinis dalam diam. ‘Dah buang tabiat ke dia ni? Selalu menyindir, tiba-tiba sopan macam PR officer?’ bisiknya dalam hati, tapi mulut maintain cool.
“Hmm, morning too. Awal pula awak hari ni,” balas Adam sambil masuk sama dalam lif, tangan seluk poket seluar tailored fit dia, rambut tersisir kemas macam baru keluar iklan pomade.
Alia senyum sikit, tapi senyum default, bukan senyum manja. “Ada kerja sikit nak buat,” jawabnya selamba, mata tetap pandang ke depan. Dia tak ada masa nak buka cerita pagi-pagi ni.
Lif mula bergerak. Bunyi ding! dan mereka mula naik tingkat demi tingkat.
Tiba-tiba, Adam buka mulut lagi. Suara dia lebih perlahan, tapi masih jelas. “Saya nak minta maaf pasal kejadian semalam. Nadrah… dia sebenarnya—”
Belum sempat habis ayat tu, Alia cepat potong.
“Nope. Tak apa, Mr. Adam. Itu perkara biasa jer. Dia cuma nak pertahankan milik dia. Saya faham dan tak ambil hati pun.” Nada dia selamba, tapi kalau dengar betul-betul, ada tone ‘aku tak kisah pun’.
Adam senyum nipis. Tapi dalam hati, ayat Alia tu macam pisau potong kek yang tajam, senyap, tapi pedih.
“Awak… tak cemburu?” tanya Adam tiba-tiba, suara dia macam terkeluar tak sengaja, tapi dia tetap tengok muka Alia dengan pandangan yang macam nak ‘baca reaksi’.
Alia tersentak sikit. Dahi berkerut, mulut separuh terbuka. Lepas tu dia gelak kecil, satu tawa pendek yang lebih kepada ‘kau biar betul’.
“Excuse me?” Mata dia luas sikit, sambil senyum ala-ala ‘nice try’. “Tak kot. Kenapa pula saya nak cemburu? Bukannya kita bercinta pun, rasa lawak pula kalau saya cemburu,” balasnya, nada ringan tapi menikam, tepat ke ego lelaki.
Adam buka mulut nak jawab, tapi tak sempat.
Seketika itu juga, lif buat hal.
Tiba-tiba, kelajuan lif jadi pelik. Perlahan, tersengguk macam kereta manual nak mati enjin. Lampu di siling berkelip-kelip, macam lampu disko murah. Suasana jadi sunyi mendadak, dan rasa seram tu naik mencanak.
Bunyi “krak... krak...” kedengaran dari dinding logam. Lif berhenti sekejap, bergerak semula, dan kemudian terhenti terus dengan satu bunyi "DENG!" yang buat jantung Alia melompat ke anak tekak.
Dia pandang siling. Lampu dah bertukar malap. Penghawa dingin juga berhenti, dan udara mula rasa berat.
“Oii… jangan main-main, lift,” bisik Alia sambil tekan-tekan butang ‘open’. Tapi skrin kecil atas pintu hanya berkelip nombor lantai yang tak bergerak langsung.
“Takkan laaa aku terperangkap?” soalnya sendiri dengan suara makin tinggi, panik mula menjalar walaupun dia cuba kontrol gaya cool.
"Kalau aku mati dalam lif ni..."
Alia menjeling ke atas, dahi berpeluh, satu tangan genggam box karipap, satu lagi pegang dinding logam yang dingin.
"Tolong jangan letak dalam berita ‘Wanita ditemui bersama karipap dan ex-crush yang annoying’,” gumamnya, separuh marah, separuh pasrah.
Adam berdiri tak jauh, tangan silang dada, mata tajam tapi senyum tak mahu kalah.
“Who cares? Kau mesti nak mati bersama jodoh pilihan mama kau, kan?” suaranya tenang, tapi jelas menyindir.
Alia pandang Adam tajam-tajam, mulut ternganga separuh saat. Dia mendengus.
“Eleh… kau pun sama. Mesti sekarang tengah terbayang muka si Nadrah tu. Feeling menyesal, mati tak sempat jumpa bakal mak mertua kau.”
Satu lif, dua ego dan tiga detik panik.
Takdir memang pelik. Kadang dia tak bagi warning langsung sebelum seret kau masuk lif rosak bersama lelaki yang pernah buat hati kau retak dan sekarang, paksa kau hadap aura perfume dia dalam ruang empat segi tanpa tingkap.
Kalau dulu, mungkin Alia akan senyum sendiri walaupun mulut bukan main lantang cakap benci. Tipikal perempuan yang konon tak kisah, padahal dalam diam, detik-detik berdua dengan Adam tu, boleh buat jantungnya berdansa ikut irama balada cinta.
Tapi sekarang?
Sekadar duduk bersebelahan pun rasa macam duduk atas bara. Adam yang dulu dia lihat sebagai 'comfort zone' dah berubah jadi 'chaotic zone' penuh dengan bossy energy. Kadang, muncul pula side acah caring, pandang dia lama-lama macam ada rasa. Tapi bila Alia mula buka ruang sikit, lelaki tu buat U-turn, kembali jadi si keras hati yang ego tinggi langit.
Serius, Alia keliru sendiri. Ini lelaki nak apa sebenarnya?
Kadang romantik, kadang macam CEO kena reject proposal. Manis sepatah, pahit sembilan kata.
Senyum pun tak boleh percaya sangat, sebab selalunya datang dengan perangai tak masuk akal lepas tu.
Dan benda yang paling tak masuk akal. Adam buat semua tu tanpa sedar betapa Alia dah tak lagi terkesan. Rasa suka tu dah lupus dari hati. Yang tinggal cuma satu perasaan ‘letih’.
Ruang yang sempit dan senyap mula terasa menyesakkan. Oksigen seakan makin menipis, atau mungkin cuma perasaan, tapi cukuplah untuk buat Adam dan Alia akhirnya memilih untuk diam. Tiada gunanya bertikam lidah dalam kotak logam kecil yang terhenti entah di tingkat berapa.
Mereka berpandangan seketika, sebelum masing-masing mengalihkan pandangan, mencari sudut dinding untuk bersandar dan menarik nafas dalam-dalam.

Satu-satunya jalan selamat sekarang. Duduk diam dan tunggu. Sampai lif itu buka semula

Beberapa minit kemudian, pintu lif akhirnya berjaya dibuka secara manual oleh tiga orang juruteknik Nexora. Alia yang duduk di sudut segera bangkit perlahan, menarik nafas lega, walaupun kelegaan tu tak bertahan lama.
“Hey… sayang, are you okay?” Suara Nadrah kedengaran dulu, diikuti tubuhnya yang terus menerpa dan memeluk Adam erat-erat seolah lelaki itu baru selamat dari kapal karam.
Salah seorang juruteknik sempat menoleh ke arah Alia. “Miss Alia, okay ke?”
Alia angguk perlahan, cuba senyum walau jiwanya tengah berkecamuk. “I’m okay… terima kasih sebab selamatkan kami.”
Belum sempat dia tarik nafas kedua, tiba-tiba—
“Hey, you! Kenapa eh, setiap kali Adam terserempak dengan you, mesti ada je benda tak kena yang berlaku. Sengaja eh, ni mesti plan you kan?”
Alia sempat terlopong, keningnya naik sebelah. Nadrah tolak bahunya dengan kasar, membuatnya terhuyung ke belakang beberapa langkah.
“Excuse me? Kau tuduh aku sengaja? Hello, kau ingat aku ada kuasa magic nak rosakkan lif? Pakai otak sikit boleh? Jangan letak logik kau kat lutut. Kalau aku nak sabotaj sekalipun, takkanlah sampai perangkap diri sendiri. I may be reckless, but I’m definitely not stupid.”
Wajah Nadrah dah merah menyala. “Kau—!”
“Enough.” Nada Adam tak tinggi, tapi cukup buat dua-dua mereka terdiam. Tegas, tajam, dan dingin.
Dia capai tangan Nadrah tanpa bagi ruang untuk bantahan, dan terus heret gadis tu menjauh. Langkahnya laju, terus naik tangga menuju pejabat mereka yang cuma satu tingkat je dari lift ‘mogok’ tadi, seakan tak sabar nak keluar dari kekecohan itu.
Alia hanya berdiri di situ, senyum nipis, antara letih, menyampah, dan nak tergelak pun ada. Seriuslah, Nadrah nak tuduh dia yang sengaja sabotaj lif?
“Sorry not sorry... Takde masa aku nak jadi kriminal semata-mata nak rebut si Adam tu dari engkau. Tak berbaloi langsung, kot.” Monolog Alia, sambil mata dia dah hampir roll ke siling.
Alia sempat betulkan rambutnya sebelum menaiki anak tangga menuju pejabatnya yang sama lantai dengan pejabat Adam.
Setibanya di tingkat atas, langkah Alia automatik terhenti.
Satu demi satu kepala menoleh, dan semua mata tertumpu padanya, bukan cara biasa, bukan dengan senyum mesra seperti selalu, tapi pelik. Macam tengah tengok drama TV secara langsung. Ada yang berbisik, ada yang tahan ketawa, dan ada juga yang sempat rakam dia dari jauh. Yes! dia nampak semua tu.
Alia angkat kening, dahi berkerut. “Eh, aku pakai seluar terbalik ke?” bisiknya sambil cepat-cepat pandang ke bawah. Nope. Semuanya on point.
Dia melangkah ke meja, cuba bertenang walau hatinya dah macam genderang gendang perang. Lisa, rakan kerja paling pantas hidu gosip, dan juga penyebar separuh daripadanya. Tengah berdiri tak jauh, tangan silang dada sambil buat muka guilty.
"Lisa," Alia mendekat sambil merendahkan suara. "What happened here? Kenapa semua orang tengok aku lain macam je pagi ni?”
Lisa tarik nafas panjang sebelum pegang lengan Alia perlahan, seolah nak beri amaran sebelum tsunami melanda.
“Kau boleh tengok dekat papan notis depan sana,” jawab Lisa dengan nada serba salah, mata tak lepas pandangannya dari wajah Alia. “Bila kau tengok sendiri… kau akan faham.”
Alia sempat menghela nafas perlahan, letak fail, tote bag, dan box karipap atas meja. Tangannya menggigil kecil, antara takut dan annoyed.
Dengan langkah hati-hati dan jantung berdegup tak ikut tempo, dia berjalan ke arah papan pengumuman utama syarikat.
Monolog dalam kepala tak henti berputar. ‘Apa pulak kali ni, ya?’
Tangan Alia terangkat perlahan, jarinya menyentuh sekeping kertas dari buku nota bercorak bunga-bunga, yang disemat kemas di tengah-tengah papan notis. Kertas tu bukan biasa-biasa, macam helaian surat cinta zaman sekolah, lengkap dengan corak vintage dan garisan halus
Matanya mula membaca…
Hey you,
I know this is kinda random, maybe even borderline creepy? Tapi aku tetap nak tulis juga.
Honestly, kita tak pernah betul-betul kenal. You probably don’t even know I exist. Tapi aku selalu nampak kau and every single time, there's just something about you. That calm vibe, the way you carry yourself, and yes, your brain power. Smart is seriously attractive.
I heard you’re one of the top students at uni ni. And nope, that doesn’t scare me off in fact, it makes me admire you more.
So here’s the thing.
Aku suka kau. I genuinely do.
And if you don’t mind... Can we start with just being friends?
Sebab siapa tahu, maybe someday, somehow, we’ll be more than just strangers with glances.
-ALIA DELUNA
Dan saat itu juga... lututnya terasa lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience