will you?

Romantic Comedy Completed 3635

Ruang Tamu Villa Serene, Richmond, London | Tengah Hari
Suasana tenang di villa mewah gaya Georgian itu hanya ditemani dentingan halus jam antik di sudut dinding dan bunyi burung camar dari luar tingkap terbuka. Tapi ketenangan itu hancur sebaik sahaja satu ayat keluar dari mulut Adam.
“What?!”
Jeritan nyaring Puan Rossa memecah sunyi, bergema kuat dalam ruang tamu berkubah tinggi rumah agam Richmond. Matanya terbeliak tajam merenung satu-satunya anak lelakinya yang sedang bersandar santai di atas sofa kulit mocha, seolah-olah tiada apa berlaku.
“Adam Daniel, are you out of your mind?!” Nada suaranya naik satu oktaf, tangan kanan menggenggam rapat, dada pula turun naik macam baru lepas berlari dari Richmond Hill ke tepi Sungai Thames.
Adam tarik nafas perlahan. Wajahnya tenang, tapi sepasang matanya bersinar dengan tekad yang tak berganjak walau seinci.
“Mama… tolonglah. Sekali ni saja, dengar dulu. Sebab yang akan hidup dalam perkahwinan tu nanti, Adam. Bukan mama. Bukan papa.”
Puan Rossa mendengus kecil. Rambutnya disisip rapi ke belakang telinga, bahu ditarik tegak gaya seorang wanita kelas atasan yang tak biasa dikejutkan dengan berita sebegini pada waktu siang.
“Adam lupa ke apa mama cakap dulu?”
“Tak lupa, ma.” Adam menggeleng lembut. “Tapi sekarang Adam dah sedar… Adam cuma nak Alia. Bukan Nadrah.”
Suasana berubah serta-merta. Langit di luar yang cerah tiba-tiba redup. Bayang-bayang awan tebal terpantul ke tingkap kaca tinggi villa, seiring dengan wajah Puan Rossa yang berubah dari ‘glamorous’ kepada ‘geram gila’.
Dia berdiri serta-merta, suara naik setingkat. “Ini gila, Adam! Mama tak boleh terima langsung! Mama dengan papa dah janji dengan Dato dan Datin. Kami tengah prepare nak masuk meminang Nadrah. Sekali Adam datang baling bom macam ni? Otak Adam tu masih waras ke tak?”
Dari arah fireplace yang tidak menyala, Mr. Jonathan, yang selalunya diam bila bab jodoh anak, akhirnya buka suara. Nada dia dingin dan tegas, macam salji pertama musim sejuk di tepi Richmond Green.
“Kalau Adam masih berdegil… Papa tak teragak-agak pecat Alia Deluna dari syarikat.”
Adam berdiri. Langkah dia perlahan tapi penuh makna. Dia bercekak pinggang, wajahnya menghadap kedua ibu bapanya.
“Tak payah susah-susah, pa. Alia sendiri dah letak jawatan.”
Jonathan angkat kening. “Bagus. At least dia tahu diri. Sekarang Adam boleh fokus pada Nadrah.”
Adam telan liur. “Papa lupa kita ada second meeting dengan Mr. Leong minggu depan? Without Alia, that deal with China might crash. Alia is the key.”
“Small matter.” Mr. Jonathan buat isyarat dismissive sambil capai cawan kopi yang dah lama sejuk. “Yang penting sekarang, kita jaga hubungan dengan Dato. Dia pelabur utama syarikat. Dan... katanya ada satu lagi pelabur besar dia nak kenalkan dekat papa. Papa tak nak Adam sia-siakan peluang ni sebab cinta monyet.”
Puan Rossa kembali duduk, kali ni lebih terkawal, tapi sinar matanya masih berapi.
“Adam… cinta boleh tumbuh lepas kahwin, tau. Nadrah tu elok budi, ada class. Try dulu, okay?”
Adam senyum. Tapi bukan senyum gembira. Senyum dia macam senja musim luruh, cantik tapi penuh kehilangan.
“Sorry, ma… Adam tetap nak Alia Deluna.”
Mr. Jonathan letak cawan atas meja kaca. Suara dia kali ni lebih dingin.
“Kalau macam tu, papa setuju,” ujarnya perlahan tapi tajam. “Tapi syaratnya: kahwin dengan Nadrah dulu. Dua tahun. Lepas tu, kalau Adam masih nak sangat Alia… silakan. Jadikan dia isteri kedua.”
Adam tercengang. Jantung dia rasa macam diketuk menggunakan tukul besi.
“What? Papa, seriously?!”
“No objection, Adam Daniel. It’s a win-win situation. Kita dapat pelabur, Dato senang hati. Kalau dua tahun lepas tu hati Adam masih ada Alia, go ahead. Tapi sebelum tu… don’t you dare.”
Rossa bangun semula, berdiri di sisi suaminya. Tangannya perlahan-lahan paut lengan lelaki itu sambil senyum. Sebuah senyuman classy tapi penuh sindiran manis.
Di luar tingkap tinggi villa, gerimis mulai turun. Suara titis hujan menari atas jalan batu basah Richmond seolah tahu… satu keputusan baru saja mengubah haluan hidup seseorang. Dan badai yang lebih besar sedang menunggu di selekoh hadapan.
‘Alia.. aku harap sangat kau boleh terima aku kali ni.’ monolog Adam dalam diam.

08.00 PM | Bangkok
Alia berdiri di lobi hotel butik lima bintang yang berlampu malap romantik, berlatar muzik jazz instrumental yang mengalun perlahan dari speaker tersembunyi di siling. Gaun satin champagne membalut tubuhnya seperti sutera dilukis khas. Minimalis, tapi deadly. Rambut hitam berombaknya disisir kemas ke satu sisi, bibirnya berkilau dengan sentuhan gloss yang cukup membuat sesiapa pun ingin tanya, “Awak pakai lip balm apa?”
Dia menoleh ke arah jam pergelangan tangan, lalu senyum kecil. Sebuah senyum yang tak betul-betul senyum. Hanya naik satu sisi bibir.
“Lima belas minit lewat,” bisiknya perlahan, mata dilarikan ke arah pintu berputar. “Kalau dia datang bawa bunga plastik, I’m calling it a night.”
Dan seperti dijanji semesta, sebuah kereta jenama tempatan berhenti dengan brek yang terlalu sopan. Alia angkat satu kening.
“Hmm?”
Kereta itu bukannya mewah, tapi bersih berkilat. Nampak macam baru diservis dua jam lepas.
Pintu pemandu dibuka. Muncul Aslan, kemeja putih digulung ke lengan, jam tangan mahal melingkar di pergelangan dengan sangat kemas, dan gaya jalan yang ada campuran flight captain dan movie star. Dia senyum, jenis senyum yang boleh buat orang lupa kenapa mereka marah tadi.
“Wow… awak drive ke?” Alia menyoal, langkahnya ringan sambil beg clutch dihentak lembut ke paha.
Aslan buka pintu penumpang untuknya. “Sewa. Grab dekat sini lambat macam drama bersiri. Dua episod pun belum sampai lagi.”
Alia tergelak kecil. “Sewa kereta demi dinner dengan saya? That’s a flex.” Dia masuk ke dalam, duduk dengan penuh gaya seorang wanita yang tahu dia layak dilayan macam seorang princess.
Dalam perjalanan,
Jalan malam Bangkok bersinar dengan lampu neon dan bunyi kehidupan bandar yang sibuk tapi eksotik. Tapi Alia mula pelik bila kereta membelok ke jalan sunyi yang tak ada satu pun restoran hipster.
“Awak bawa saya makan dekat hutan ke?” selorohnya.
Dia sempat buka Google Maps. Jalan itu… memang tak menuju ke tempat makan yang viral kat TikTok.
Aslan senyum nipis, macam tahu dia tengah dipantau. Dia tekan sesuatu di dashboard, tapi tak bagi penjelasan.
“Trust me,” katanya, sambil mainkan lagu klasik Pranpriya di radio kereta.
Empat puluh minit kemudian, barulah kereta yang mereka naiki berhenti di hadapan sebuah jeti persendirian. Tempat itu kelihatan eksklusif, diterangi cahaya lampu kuning malap yang membias indah di permukaan sungai.
Alia menoleh ke luar tingkap. Matanya membulat kecil.
"Eh... tempat ni macam pernah lalu kat IG..." bisiknya perlahan, seolah bercakap dengan diri sendiri.
Alia turun dari kereta, tumitnya mencecah batu granit dengan bunyi halus yang padu. Matanya membulat perlahan.
Di hadapannya, sebuah cruise mewah berlabuh. Bukan jenis yang boleh booking dari apps biasa. Lampu berwarna emas lembut membalut dek, dan ada satu meja makan eksklusif beralaskan linen putih, dihias bunga hidup dan lilin bergoyang perlahan. Dari jauh, terdengar petikan violin live.
Alia pandang Aslan.
“Wait… this is our dinner spot?” soal Alia dengan nada tak percaya, keningnya terangkat sebelah. Bibirnya terjuih sedikit, separa kagum, separa macam tak yakin dia betul-betul akan makan malam dekat tempat se-eksklusif ni.
Aslan hanya hulurkan tangan, wajahnya selamba tapi penuh makna.
Tanpa banyak soal, Alia genggam tangan itu. Jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa, tapi langkahnya tetap yakin.
Perjalanan ke cruise terasa pendek bila tangan mereka tak lepas. Langkah demi langkah menaiki anak tangga ke dek utama diiringi bunyi riak air yang tenang, sementara cahaya lampu mewah memantul lembut di permukaan sungai, menambah aura magis pada malam itu
Malam makin gelap, tapi langit Bangkok bertabur bintang macam tahu nak bagi mood. Angin sepoi-sepoi bahasa, dan di sekeliling mereka, para kru berpakaian seragam kemas melayan dengan senyuman neutral, tapi mata mereka bersinar, macam tahu sesuatu.
Chef dari dapur hulur appetizer personally. Alia dah mula rasa... pelik, sebab hanya mereka berdua saja di atas kapal.
Alia menoleh perlahan ke arah Aslan. Suaranya hampir tak kedengaran,
“Awak… sewa cruise ni?”
Aslan angguk perlahan, wajahnya tenang.
“Saya nak privasi,” jawabnya ringkas, tapi cukup untuk menggoncang perasaan.
Alia ketap bibir, dada mula terasa sempit. Sebak yang dari tadi cuba ditahan kini mula menjalar ke halkum.
“Bila awak plan semua ni?” tanyanya lagi, separuh berbisik, antara kagum dan hampir menangis.
Aslan berdiri, tenang tapi mata dia dah mula tunjuk nervous. Tangannya masuk ke dalam poket seluar jeans yang dia pakai
“Ini je yang mampu saya fikir, sebab tak pandai buat surprise.”
Dia melutut. Kotak kecil terbuka. Di dalamnya, sebutir cincin putih berkilau macam bulan yang jatuh dari langit.
“Saya tahu kita dijodohkan… Tapi sejak kenal awak, saya tak pernah rasa ini cuma keputusan orang tua.
I think I’ve been falling for you, lama dah. Even before kita jumpa semula masa raya hari tu.”
Alia terkaku. Mata dia besar, bibir terbuka separuh. Air mata bergenang tapi belum jatuh lagi.
“Say yes! Say yes!” jerit kru-kru cruise dengan semangat padu. Ada yang tepuk tangan. Ada yang bersiul perlahan.
Alia masih diam.
Dalam kepalanya, monolog berputar ligat.
“Ini jodoh pilihan orang tua... Tapi... aku dah... Aku rasa aku dah—”
“Alia Deluna,” Aslan menarik nafas perlahan, matanya tak lepas dari wajah wanita itu. “Dengan lafaz bismillah…
Will you marry me?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience