Toxic Till The End

Romantic Comedy Completed 3635

Alia sentap kertas dari papan notis, tangannya menggigil. Mata dah mula berair membuat pandangan jadi kabur, tapi bukan sebab takut. Sebab marah dan terluka.
Langkahnya laju, tumit tinggi berdentum macam intro drama. Muka selamba dengan aura badass menyala. Beberapa pasang mata yang tadi sibuk intai dia curi-curi dekat pantri, sekarang semua tak lepas tengok dia lalu macam nak pergi bakar satu pejabat.
Brak!
Pintu pejabat Adam terbuka kasar, seperti ada ribut taufan kecil masuk tanpa amaran. Nadrah terlompat sedikit dari kerusi. Adam yang sedang tekun membaca laporan, spontan bangun.
“Hei, perempuan!” suara Nadrah naik satu oktaf, tangan dah mencekak pinggang. “Tak reti ketuk pintu dulu ke? Tangan dah cramp ke?”
Alia tak layan. Mata dia tajam, terus halakan helaian kertas yang digenggam kuat.
“Siapa tampal ni kat papan notis?” suaranya tenang, tapi berlapis dengan bara. Pandangannya turun naik antara Nadrah dan Adam.
Adam sempat berkerut. Sekilas dia pandang Nadrah.
“Nadrah... explain. Now.”
Gadis itu kelip mata laju, cuba summon mode comel. “No, bukan I…” suaranya mula merengek macam anak kucing hilang jalan.
Alia ketawa kecil tapi cukup sinis.
“Kalau bukan dia, maknanya ini kerja kau, kan?” Telunjuknya lurus ke arah Adam, suara masih tenang tapi jelas, tegang.
“Benda ni dah bertahun lepas. Kau dah malukan aku cukup-cukup depan satu kampus. Belum cukup puas ke?”
Adam buka mulut, “Alia, aku—”
“kau apa?!” Alia potong, tak beri ruang.
“Duduk dulu, kita bincang,” pinta Adam, tunjuk ke arah sofa yang kelihatan paling tak berguna dalam bilik pejabat waktu itu.
“Tak payah! Bincang konon.” Suaranya naik sedikit. “Korang berdua ni memang team yang hebat, ya? Bekerjasama ‘malukan Alia Deluna’ edisi terbaru. Congrats. Betul-betul komited.”
Nadrah mendengus. “Please la, tak payah over sangat. Bukan ada siapa pun kisah pasal surat cinta kau zaman batu tu.”
Alia tarik nafas panjang, sebelum berpaling penuh gaya. “Insecure sangat ke sampai nak buat stunt murah macam ni?” Tatapannya menikam. “Don’t flatter yourself, Nadrah. Aku dah lama tak berminat dengan bakal laki kau tu.”
Tanpa tunggu respon, Alia koyakkan surat cinta lama yang digenggam, cebisan kertas berterbangan macam hujan musim gugur. Tepat ke lantai pejabat mahal itu.
“Consider this my resignation. Aku akan hantar email rasmi kejap lagi.” Dia berpusing untuk pergi, langkah penuh anggun walaupun hati berkocak.
Tapi suara Adam potong langkahnya.
“Alia, kau tak boleh quit lagi. Kau harus stay sampai meeting kedua kita dengan Mr. Leong. Projek mega tu, remember?”
Alia pusing, muka masih tenang, tapi mata dah tak bercahaya.
“Itu masalah kau, bukan aku.”
“Please… kali ni je. Aku janji aku akan bersihkan nama kau. Aku takkan biar benda ni berpanjangan,” nada Adam mula lembut, lebih kepada rayuan yang tak terlatih.
Alia senget kepala sedikit, senyum nipis. “Okay. Senang je.”
Dia selangkah ke depan. “Suruh Nadrah minta maaf dengan aku depan semua staff Nexora. Jelaskan yang semua ni sebab dia cemburu dan tak matang.”
Adam terdiam.
Nadrah ternganga. “Adam! You nak I malukan diri sendiri?!”
‘Dato’ is the biggest investor. Aku tak boleh bagi Nadrah hilang muka. Ini bukan pasal aku, ni pasal syarikat. Not now, not when everything is on the line.’ monolog Adam dalam diam
Alia dapat baca semuanya dari wajah Adam. Lelaki tu masih pengecut. Dia sanggup lindung yang salah atas nama ‘pelaburan’.
“Kenapa senyap?” soal Alia, suara kembali datar.
Adam buka mulut, tapi yang keluar cuma, “Alia… I’m sorry. Tapi I tak boleh…”
Alia ketawa perlahan. Bukan lucu. Tapi letih. “See? Toxic till the end.”
Dia pandang Adam buat kali terakhir, tak ada air mata, tak ada tangisan. Hanya senyum tipis penuh makna.
“Don’t worry, aku takkan muncul dalam hidup kau lagi. Kalau kita terserempak nanti kat mana-mana, anggap aku tak pernah wujud.”
Langkahnya yakin keluar dari pejabat itu. Rambutnya diikat perlahan, dada diangkat, dagu selamba mendongak. Mata semua staf mengekori langkahnya, tapi kali ni Alia tak peduli. Bukan sebab dia tak kisah. Tapi sebab dia dah bebas.
“Lisa, aku dah siapkan semua dokumen untuk mesyuarat nanti. Cuma aku tak sempat nak semak. Kau boleh cek dekat folder tu, kau tahu folder yang mana satu, kan? Kalau ada yang kurang atau silap, aku minta maaf. Tolong semak sebelum mesyuarat mula kejap lagi,” ucap Alia dengan nada profesional, sebaik saja dia tiba di meja kerjanya yang bersebelahan dengan meja Lisa.
“Alia... kau,,”
“Sebenarnya… hari ni hari terakhir aku dekat sini. Kontrak aku habis,” suara Alia tenang, tapi matanya tak berani pandang lama pada Lisa. “Aku dah siapkan semua kerja. Sekarang aku officially hand over kat kau. Maafkan aku kalau selama ni ada terkasar bahasa ke, buat kau terasa masa kita bergurau senda.”
Lisa cebik, cuba senyum tapi tak berjaya. “Alaa… sedihnya. Terus hilang mood nak kerja kalau kau tak ada.”
Alia mengangkat kotak kecil berisi barang-barang peribadinya. “Bye, Lisa. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Kerja elok-elok tau. Jangan ponteng meeting!” sempat dia berseloroh, cuba menyembunyikan debar di dada.
Selesai semuanya, Alia melangkah pergi dengan langkah yang panjang dan yakin, meninggalkan ruang kerja yang pernah menyimpan seribu satu cerita manis, pahit, sedih, biarlah semua tinggal di situ.
Dan bila pintu lif terbuka, dia melangkah masuk. Bukan lagi sebagai mangsa. Tapi sebagai perempuan yang akhirnya berhenti memberi kuasa kepada sesiapa yang tak layak memilikinya.

Setibanya di lobi, Alia terhenti sejenak. Pandangannya kosong, merenung lantai marmar yang dingin.
“Mana aku nak cari kerja lepas ni? Takkan aku nak balik rumah macam loser. Malu gila kot,” monolognya bergema dalam kepala.
Dia hela nafas panjang, dan terus bercakap perlahan pada diri sendiri,
“Come on, Alia... Just go home, you’ve done enough for today.”
Tangannya laju skrol phone, buka aplikasi Uber. Dengan barang yang banyak ni, memang mustahil nak sumbat diri dalam Tube. Confirm menyusahkan orang.
Langkahnya diatur keluar dari bangunan Nexora buat kali terakhir. Saat pintu kaca terbuka dan angin luar menyapa wajahnya, Alia mendongak. Langit London terbentang luas, biru kelabu dengan awan berarak perlahan. Sebuah kapal terbang melintasi langit. kecil dari pandangan mata, tapi cukup buat dia senyum sendiri.
“Maybe… I should just jadi travel blogger? Pergi tempat yang aku simpan dalam wishlist, makan sedap, ambil video, buat vlog. Sounds fun, right?”
Dia ketawa kecil. Untuk pertama kali dalam beberapa minggu, hidup tak nampak terlalu menyesakkan.
‘Patut ke aku share rancangan aku ni dengan Aslan… or Sunny? Minta pendapat dorang, tapi kenapa tiba-tiba nama Aslan ni muncul? Like seriously, otak… boleh jangan throwback sekarang?’ Alia geleng kepala, kuat, macam nak reset sistem.
“Waras, Alia... Waras. Dia tu entah masih ingat aku ke tak.” Dia hela nafas panjang, tangan masih pegang phone.
Dan tepat waktu tu, skrin telefon menyala. Satu nama terpampang jelas
ASLAN.
Incoming call.
Alia terdiam. Mata membulat.
“Excuse me... universe? Are you stalking my monologue?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience