Adam sempat menjeling, senyum senget menghiasi bibir, macam baru menang satu pusingan chess yang dia sendiri cipta. Selamba, dia tepuk belakang Alia perlahan, tapi cukup untuk buat gadis itu membulatkan mata.
"You okay?" bisiknya, berlagak macam concern padahal dialah punca huru-hara.
Alia cuma angguk sedikit, tapi senyumannya macam model iklan ubat gigi expired. Kaku dan terpaksa.
Mr. Leong sudah duduk semula, mengajak mereka untuk mula mesyuarat. Tapi sebelum Adam sempat buka fail, Alia cuba menyelit.
"Saya rasa Encik silap faham, saya ni—"
"She’s shy," potong Adam, suara tenang dengan senyuman penuh makna. "Tapi ya, she’s always this charming, even in meetings."
Alia hanya mampu ternganga, anak matanya membulat seperti mangkuk ramen. Mulutnya terbuka sedikit, tapi tiada suara yang keluar, hanya keluhan terperangkap di dada.
Dia toleh perlahan ke arah Adam, ekspresi tak percaya jelas terpampang di wajahnya. “Wait! Mengarut apa ni?” Bisiknya perlahan tapi tajam, nyaris tak bergerak bibir.
Adam cuma balas dengan senyum slow-mo dan satu anggukan kecil penuh yakin dan gaya ‘chill, I got this’ yang buat Alia rasa nak lempar sumpit ke dahi dia.
“Mr. Leong, let’s jump straight to the proposal,” sambung Adam sambil buka fail seperti tiada apa berlaku.
Alia menggigit pipi dalam, cuba tahan diri dari baling sumpit sushi ke arah mamat di sebelahnya. Dalam hati, dia dah rangka tujuh babak ‘drama revenge’ kalau ini skrip K-drama.
Sesi meeting berlangsung seperti biasa, kecuali Alia tak habis-habis kena main mata dengan Adam yang kadang buat-buat macam nak hulur air, padahal sengaja pegang lama cawan tu dekat dia.
Mr. Leong pula semakin seronok, bahkan sempat berkata, “You two remind me of my wife and I, back in our early days.”
Alia senyum polite. "Since last week. For work. Very professionally."
Adam gelak perlahan, pandang ke arah Mr. Leong. "London air works fast."
‘Ya Allah, sabar ya Alia,’ jeritnya dalam hati.
Adam sempat bisik ke telinga Alia ketika Mr. Leong sedang lihat skrin tablet, “Tak sangka kita ada ‘early days’, Miss Alia.”
“Tak sangka Encik Adam ada bakat lakonan juga ya,” ujar Alia perlahan, senyum nipis penuh sindiran tersisip di hujung bibir. “Sayang betul bakat tu disia-siakan. Kalau masuk ujibakat drama, confirm agensi berebut nak ambil.”
Mesyuarat ditamatkan dalam masa empat puluh minit selepas Adam mempersembahkan sistem AI klinikal mereka, satu solusi berasaskan machine learning yang membolehkan hospital mempercepatkan diagnosis, mengenalpasti risiko komplikasi, dan mempertingkat pengurusan data pesakit secara komprehensif.
Mr. Leong kelihatan benar-benar impressed. Wajahnya berubah cerah, dan dia menutup fail di hadapannya dengan senyuman puas hati.
“Impressive. Very forward thinking. I believe this will be a game changer for many hospitals,” katanya sambil bangun dari kerusi.
Kemudian dia pandang Alia dan Adam dengan senyuman sedikit nakal.
“You two, don’t break up before the next presentation. I like your chemistry, professionally and... otherwise.”
Alia yang sedang kutip tablet hampir tersedak udara, sekali lagi. Adam, of course, hanya senyum senget penuh makna.
Mereka keluar dari The Ivy Asia, dan saat pintu restoran tertutup di belakang mereka, Alia berpaling ke Adam.
“Next time,” katanya, nada suara tenang tapi setiap suku kata mengandung sindiran halus, “tolong jangan rekrut saya jadi pelakon tambahan dalam drama hidup awak.” Matanya menikam tepat ke arah Adam. “Hidup saya sendiri pun dah cukup plot twist, tak perlukan cameo percuma. Dah tak larat nak hadap!”
Dia sempat menjeling ke sisi, bibirnya muncung ke depan sebelum dia mengangkat satu kening, ekspresi gabungan ‘annoyed’ dan ‘done with this.’
Adam berjalan perlahan di sebelah, matanya tenang merenung jalan yang dibasahi cahaya matahari pagi. Tangan kiri seluk poket, satu lagi menggenggam fail di sisi. Dia sempat pandang sekilas ke arah Alia, senyum senget muncul perlahan di hujung bibir.
“You played the role so well, for a second, I thought it wasn’t just acting.”
Alia hampir tergigit lidah sendiri. Tangan yang tadinya sedang betulkan strap beg terus terhenti, dan wajahnya berpaling perlahan ke arah Adam.
“Overconfidence kills, Encik Adam,” ujarnya, suara tenang tapi penuh sindiran. Tangannya silang di dada, satu kakinya diketuk perlahan ke lantai
Adam ketawa perlahan, matanya melirik ke sisi. “Karipap pun boleh jadi senjata makan tuan, tahu?” ujarnya, sebelum melangkah tenang ke depan. “Besok beli empat. Dua untuk kau, dua untuk bos kesayangan.”
“Boss kesayangan taik kucing,” desis Alia perlahan sambil mengekori langkah Adam dari belakang.
‘Nak sangat makan karipap, order la sendiri. Ingat senang ke nak buli aku pagi-pagi buta tercongok depan pagar rumah menunggu COD. Dasar bos kayangan.’
Setelah selesai pertemuan dengan Mr. Leong, Adam dan Alia kembali ke pejabat. Perjalanan pulang terasa lebih senyap berbanding tadi, mungkin sebab perut masing-masing dah kenyang, atau sebab ada terlalu banyak perkara yang belum sempat dihadam terutama oleh Alia.
Sebaik sampai di bangunan Nexora, Adam terus melangkah ke hadapan seperti biasa, penuh yakin dan bergaya. Alia pula ketinggalan beberapa langkah di belakang, melangkah perlahan seperti kaki masih berat nak kembali ke realiti pejabat.
Belum sempat dia capai pintu lif, telefon bimbit dalam beg kecilnya berdering. Nama "Mama" tertera terang di skrin. Alia mengeluh perlahan, lalu tekan butang hijau sambil tekapkan telefon ke telinga.
"Ye, Ma?"
“Alia… jangan lupa minggu depan raya haji balik rumah tau,” suara lembut mamanya kedengaran, penuh nada manja yang biasa digunakan bila ada ‘udang di sebalik ketupat’.
“Yer… nanti orang balik lah Ma. Tapi ni mama beria sangat ni, setiap hari ingatkan orang suruh balik, ada apa-apa ke?” kening Alia terangkat sedikit, curiga mula menjalar di hati.
“Tak ada lah… Mama ni rindu dengan anak dara mama sorang ni. Takkan itu pun tak boleh?”
Alia cebik kecil, terus melangkah masuk ke dalam lif yang kebetulan kosong. Butang tingkat dua belas ditekan sebelum dia bersandar ke dinding logam berkilat.
“Iye ke, Mama ni? Macam lain macam jer orang rasa. Bad instinct alert, seriously.”
“Eh, mana ada… Takkan Mama nak bohong pula?”
Alia senyum sinis, mata meliar ke skrin lantai lif yang sedang naik perlahan. “Mama jangan ingat orang tak tahu eh. Mama nak sangat jodohkan orang dengan anak kawan papa tu kan? Jangan cakap Mama nak orang jumpa dia masa raya nanti. Orang tak suka tau, Ma.”
Ada bunyi ketawa kecil di hujung talian sebelum suara mamanya kedengaran lagi, “Eh! Mana ada… Tapi… Alia dah chat kan dengan orang tu? Macam mana perkembangan? Korang dah jumpa ke? Dah keluar sama ke?”
Alia mendengus, malas nak layan keterujaan mamanya. “Dah… orang dah chat.”
“Lepas tu? Dia jawab apa?”
Ting!
Pintu lif terbuka di tingkat dua belas. Alia menarik nafas perlahan, kemudian berkata sambil melangkah keluar, “Ma… orang nak sambung kerja. Ni masih waktu pejabat.”
“Oh, ops! Sorry sayang, Mama lupa.”
“Okay. Bye Ma. See you next week.”
Alia matikan panggilan dan selitkan telefon ke dalam beg. Tangannya sempat menolak anak rambut ke tepi sambil bibir mengukir senyum kecil yang penuh yakin.
“Aku yakin mamat tu takkan berani datang masa tu…”
Langkahnya kembali perlahan, tapi mindanya mula berputar.
Tapi… macam mana kalau dia jenis yang bebal? Tak faham bahasa. Dan tak peduli warning halus aku?
Alia berhenti sejenak di tengah lorong koridor pejabat. Matanya mengecil, dan wajahnya berubah tegang seperti baru sedar sesuatu.
“No way. Don’t tell me—”
Share this novel