Uhuk!
Uhuk!
Alia tersedak serius. Tersedak air liur dia sendiri. Hanya kerana satu ayat. Satu ayat simple yang keluar dari mulut lelaki tu, tapi terus tembak ke jantung.
Bukan dia tengah minum air. Bukan juga makan apa-apa. Tapi reaksi tu automatik. Macam sistem badan dia pun terkejut sama.
Aslan tenang saja. Tangan kirinya terangkat, tepuk-tepuk belakang Alia perlahan. “You okay?” soalnya dengan suara rendah, penuh concern. “Boleh nafas ke tak ni?”
Tatapan dia lembut. Sopan. Tapi cukup buat suhu pipi Alia naik dua darjah.
Alia angguk cepat. “Okay… okay. Dah okay.” Suara dia keluar macam bunyi radio yang tak tune betul. Serak-serak malu.
Sumpah lah Alia, memalukan gila. Kalau tadi tengah telan teh tarik, at least boleh salahkan bubble. Ni air liur sendiri pun boleh jadi musuh?
Tanpa lengah, dia tekan stop recording, cabut mic, dan sumbat semua gear vlog ke dalam beg sandang. Jari-jemari dia sendiri pun rasa kelam-kabut macam tengah ambil exam tak baca buku.
Beberapa saat sunyi berlalu, cuma bunyi angin senja yang menyapa, dan denting loceng feri dari jauh. Cahaya keemasan matahari petang mula menari atas permukaan air Sungai Chao Phraya, buat segalanya terasa macam adegan slow-mo filem romantik Korea.
Alia tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan semua sistem dalaman yang dah huru-hara. Kemudian…
“Hai. Tak sangka jumpa awak kat sini,” katanya. Senyum nipis di hujung bibir.
Dan terus… dia menyesal.
Really Alia? Itu je? Ayat paling cliché alam semesta pun kau pilih? Jeritnya dalam hati.
Aslan senyum. Sebuah senyuman yang tak perlu usaha pun dah boleh runtuhkan ego satu negara. “Dah jodoh, kot? Kalau awak buat vlog kat Marikh pun… saya tetap akan muncul kat sana maybe dengan alasan yang masuk akal juga.”
Alia automatik toleh ke tepi. Cuba sembunyi senyum yang makin degil nak keluar. Satu tangan naik, tutup mulut sendiri.
‘Ya Allah Alia… baru kena pickup line sikit kau dah fly sampai orbit.’
“Ehem.” Dia berdehem kecil, konon-konon nak betulkan pita suara. Pipi masih merah padam, macam kena brush dengan blusher shade ‘malu-malu tapi mahu’.
Lagaknya tenang, tapi mata tak berani pandang depan lama-lama. Dia pura-pura cool, tapi bohong. Budak tadika pun boleh cam kalau Alia ni tengah melting tahap gula tumpah satu tong.
“Awak perasan saya sejak bila?” soalnya, mata curi jeling ke sebelah.
Aslan senyum lagi. Dia betulkan posisi, berdiri menghadap sungai. Angin senja tiup helaian rambutnya yang kemas tersisir, kemeja putihnya berkibar sikit, kasual tapi classy.
“Sejak airport Dubai lagi. Tapi saya memang dah tahu sebelum tu, awak nak ke Bangkok.” Dia selit sebelah tangan dalam poket seluar, pandangan masih ke hadapan. “Aunty Alisa yang beritahu. Dan saya rasa awak tahu siapa informer sebenar.”
Alia terus buat muka. Mata juling ke atas.
‘’Sunny. Kawan macam kau ni patutnya masuk dalam blacklist persahabatan. Sumpah, tunggu aku balik London, aku heret kau naik London Eye, lepastu tinggal je kat puncak, dengan satu roti dan sebotol air. Pandai-pandailah survive!’
“Ternyata awak ni pilot rupanya,” seloroh Alia, nada bersahaja tapi nakal. “Patutlah… kejap muncul, kejap ghaib. Macam Chipsmore.”
Dia angkat sebelah kening sambil senyum sipi, macam baru lepas drop punchline paling genius abad ini. Suasana yang tadi agak beku terus rasa mencair sikit. Walaupun sebenarnya dalam hati, dia tengah kalut.
Aslan angkat bahu kecil. “Sorry. Sebenarnya bukan tak nak bagitahu. Tapi setiap kali kita jumpa… timing selalu tak kena.”
Alia angguk, tak balas apa. Sebab masa tu, ada benda lain yang curi fokus dia.
Langit di hujung sana, warnanya makin pekat. Oren keemasan mula larut jadi merah senja. Siluet bangunan tinggi berlatarkan matahari yang hampir tenggelam. Air sungai berkilau, pantulan cahaya tu macam taburan glitter.
Seketika, dia toleh ke sisi. Curi pandang ke arah Aslan
Wajah dia dalam cahaya senja macam satu lukisan yang hidup. Garis rahang kemas. Hidung tu, MasyaAllah, bukan jenis hasil filler. Bibir dia berwarna natural, mungkin sebab dia tak merokok. Rambut yang rapi tadi, sekarang beralun lembut ditiup angin. Mata masih tenang, tapi dalam. Macam ada banyak benda dia simpan, tapi tak semua dia nak tunjuk.
Tinggi, tegap, dan semuanya ada kot.
Satu vibe yang tak ramai lelaki ada, tenang tapi dominan. Soft tapi confidence.
‘MasyaAllah Tabarakallah… Tuhan, ini betul ke manusia biasa atau hasil kolaborasi malaikat seni?’ Alia berdialog dalam hati.
Dia tarik nafas perlahan. Dalam hati ada rasa halus, lembut, dan… bahaya sikit. Tapi indah.
Dug!
Dug!
Alia sentuh dadanya perlahan, tepat di atas jantung yang berdegup macam konsert rock mini, ‘Jantung… boleh tak jangan gedik sangat sekarang? Orang tu baru senyum je, bukan lamar aku atas pentas OSCAR pun.’ bisiknya dalam hati, separuh geram, separuh meleleh.
“Matahari dah balik tidur,” suara Aslan menyapa lembut di telinga, “sekarang jom.”
Alia terkebil, baru separuh daripada ketenangan dirinya yang melayang tadi berjaya dikutip dari permukaan sungai Chao Phraya, sekarang terbang lagi balik.
“Kemana?”
Satu soalan bodoh pun terlepas dari mulut Alia, lengkap dengan ekspresi blur.
Aslan geleng kepala perlahan. Tangan dia naik, tepuk kening Alia satu kali. Perlahan dan lembut. Tapi cukup buat gegendang jiwa Alia berdentum.
“Kita cari makan. Saya dah lapar… dari tadi saya cari awak, dari hujung ke hujung.”
Blush!
Kalau ikut rasa hati Alia sekarang, dia dah terapung atas awan kapas sambil lari-lari petik bunga.
‘Ya Allah… kalau aku kat hotel sekarang ni, sumpah aku dah guling dari hujung katil ke sliding door. Geram!’
Alia tepuk pipi sendiri dua kali. ‘Behave Alia… orang ramai ni. Jangan buat perangai. Kang masuk FYP TikTok Thailand, mampus kau,’ hatinya menjerit mengingatkan.
“Jom.” Suaranya kecil, tapi cukup jelas. Senyuman dia pula? Tak dapat dibendung, walau dia cuba tahan dengan kekuatan seorang gadis yang konon katanya ‘independent’.
Tapi perasaan tu... lain macam. Dulu masa crush kat Adam pun tak lah sampai begini sangat. Sekarang, setiap renungan Aslan boleh buat degupan jantung dia lari tempo. Setiap kali lelaki itu senyum, dia rasa macam nak senyum sampai ke telinga.
Dan bercakap pasal Adam...
…
LONDON
Sunny yang tengah baring di atas sofa, bergaya ala model ‘homewear casual but make it fashion,’ tersentak bila pintu depan dihempas kuat. Kerepek hampir tersembur, remote atas perut pun melantun.
Gedebuk!
“Where’s Alia Deluna?” Adam berdiri dengan gaya ‘abang-abang kecewa’, siap bercekak pinggang, muka berkerut macam baru kena block kat IG.
Sunny pandang tak berkelip. “Alia tak ada.” Nada dia ketat. Pendek. Padat. No nonsense.
“Of course la aku tahu dia tak ada. Aku tanya, dia pergi mana?”
Sunny letak kerepek perlahan, duduk tegak. Satu kening dia naik. Aura sarcasm mula meresap. “Entahlah... Dia tu dah dewasa kot. Takkan nak kena lapor kat engkau setiap kali gerak?”
Senyuman dia tajam. “Lagipun, mungkin sekarang ni dia tengah bahagia dating dengan bakal suami pilihan keluarga dia. Sweet, kan?”
Adam macam tertelan duri.
“What?!”
“Hello, boleh tak slow sikit suara tu? Ini rumah orang, bukan gelanggang gusti.” Sunny sempat gosok telinga, lepas tu tenung Adam lama-lama.
“Kau ingat kau siapa? Menteri Jodoh? Dah la datang rumah orang tak bagi salam. Main redah je. Nasib baik aku normal, tak ada darah tinggi atau sakit jantung. Kalau tak, aku yang naya disebabkan perangai tak semengah kau tu.” Bebel Sunny tak berhenti, muka dia dah masam mencuka, siap kerut dahi, muncung bibir, dan tangan silang kat dada.
Adam termati kata. Tapi lepas beberapa saat…
“Dia… dia dating dengan Aslan ke?”
Sunny angguk, sambil kunyah kerepek semula. “Kenapa, cemburu?” Soal dia, nada sangat tak innocent.
“I don’t allow it!”
Sunny terus berdiri, tangan masih bersilang depan dada. “Kau siapa nak bagi izin? Datuk Alia? Boyfriend Alia? Moyang belah ayah?” Nada dia sinis habis.
“Kau sedar tak Adam, kau tu dah nak kahwin dengan si Nadrah tu. Dah lah… please move on. Jangan berlegar-legar dalam hidup Alia lagi. Dia dah cukup patah… dua kali sebab kau. Let her breathe.”
Adam terpaku. Muka dia berubah. “Dua kali?” soalnya, dahi berkerut. “Maksudnya… sebelum ni dia masih…”
“Cinta?” Sunny potong laju. “Dah basi. Sekarang dia tengah panaskan hati orang lain. Bukan kau.”
Sunny capai remote, tekan pause. “Dan sekarang, aku nak sambung tengok drama Korea aku. Kau boleh gerak sebelum calon bini kau nampak kau kat sini dan timbul lagi fitnah akhir zaman.”
Adam terdiam. Langkah dia longlai meninggalkan ambang pintu. Tapi dalam diam, dia gigit bibir bawah.
“Saat aku sedar semuanya… dah terlambat.” Adam tunduk. Nafasnya berat.
“Tapi belum cukup terlambat… Selagi tok kadi belum lafazkan ijab kabul, aku masih ada peluang. Dan kali ni, aku takkan lepaskan dia lagi.”
Share this novel