HURDAN mengorak perlahan ke wad 12 malam itu. Tak sangka jadualnya makin padat setelah kejadian petang tadi. Banyak kes kecemasan terpaksa diuruskan sehingga hampir jam 12 tengah malam dia baru ada peluang untuk singgah ke sini. Walau penat, dia gagahkan juga untuk bangun setelah selesai menunaikan solat Isyak tadi. Lampu wad pun kelihatan sudah dimalapkan. Hanya lampu kecil sahaja yang menyala di hujung katil 2B itu. Nak belek fail rekod rawatan pun tak nampak.
"Doktor," panggil Nur Biru manja tatkala melihat tubuh Hurdah mendekat di sebalik tirai kelabu itu.
"Macam mana malam ni? Rasa makin baik kan?" Tanya Hurdan seraya melabuhkan punggung di bangku berdekatan dengan katil Nur Biru. Tangannya sibuk menyusun ubat di troli sambil mata tak lepas memerhatikan mata bundar milik gadis itu.
Biru angguk seraya senyum singkat. Dia pun keliru dengan keadaan diri sekarang. Perut memang dah tak sakit, tapi badan masih rasa lemah. Ah, mungkin itu hanya proses untuk sembuh kan?
"Kenapa macam tak ceria aje?" Hurdan ulang tanya. Muka gadis itu masih nampak pucat.
"Jururawat yang bertugas ada maklumkan apa-apa ke? Ada masalah?" Tanya Hurdan bertubi-tubi
Biru senyum lagi. "Hehe. Nurse cakap saya okey je lah. Doktor tu yang tak okey. Kenapa messy sangat muka tu?" Usik gadis itu pula.
Hurdan terus raup wajah sendiri. Ya, dia sendiri letih sebenarnya. Nak urus diri sendiri pun tak cukup masa.
"Saya baru keluar bilik OT Biru. Sorry for my messy face, hehe. But it's okay. Hilang letih saya bila tengok awak sihat," tutur Hurdan kemudiannya sambil tunak memandang ke arah anak mata Biru.
Gadis itu jadi malu-malu. Sweeet betul ayat Dr Hurdan sekarang. Seolah-olah kedatangan jejaka itu ke situ hanya untuk memastikan keadaannya saja. Bukan untuk merawat seperti rutin hariannya.
"Doktor, saya nak buat permintaan lagi boleh? Permintaan terakhir sebelum saya betul-betul pergi dari sini," gigi putih Biru membaris senyum. Idea nakal tiba-tiba timbul.
Mata kecil Hurdan membulat. Ayat gadis itu lain macam aje. Dan...ada permintaan lain pula tu?
"Awak hanya discharged Biru. Banyak lagi masa lain yang kita boleh jumpa. Apa lagi permintaan yang bukan-bukan awak ni, hm?"
Biru ketawa kecil. Wajah doktor muda itu ditenung berani. Bukan selalu pun dia ada peluang macam ni. Alang-alang dia datangkan?
"Doktor kan dah janji petang tadi. Nak tunaikan semua hajat saya sebelum betul-betul discharge esok," usiknya lagi sambil tersengih comel.
Hurdan geleng kepala. Dia pun entah kenapa rasa rajin pula mahu melayan. Jujur, sedikit-sebanyak pasti rindu juga mecelah jiwa bila gadis itu dah tiada di situ nanti.
"Yalah-yalah. Last.. lepas ni dah tak boleh dah, alright?" Tenungan Biru sengaja dibalas dengan senyuman.
"Saya ada...." Belum sempat Biru menyatakan permintaannya, sekeping nota kecil sengaja dikeluarkan oleh Hurdan dari poket seluarnya.
"Okey jom...."
Biru terjerit kecil. Teruja sangat! Macam bagi laluan nak minta yang banyak dan macam-macam aje.
"Okey. Alang-alang doktor dah keluarkan kertas ni, saya nak buat 7 permintaan....." Sengihnya makin lebar.
Hurdan yang sedari tadi asyik merenung hanya mengangguk. Langsung tak membantah malah makin panjang pula dia tersenyum.
"Okey, doktor. Nah..." Sekali lagi Biru buat muka comel ke arah Hurdan sambil menghulur nota yang penuh dengan tulisan itu. Hurdan menyambut dan terus menampalnya pada dinding. Tulisan Biru itu dibaca satu-persatu.
Permintaan Nur Biru untuk Doktor Hurdan (Malam Terakhir di Wad 12)
1. Lukis love guna kicap kat atas roti bakar
2. Pegang tangan saya tanpa sarung tangan 10 saat
3. Buat suara kartun Minion sambil sebut nama saya
4. Sembur perfume doktor kat atas bantal saya
5. Simpan gambar jantung ECG saya kat dalam dompet
6. Baca ayat Al Quran kuat-kuat sambil duduk dekat katil saya
7. Janji tak lupakan saya, walau macam mana sakit pun nanti
Kadang-kadang jejaka itu nampak tergelak sendiri tatkala melihat nota yang ditulis itu. Wajah Nur Biru hanya dijeling, namun tidak pula menolak. Gadis itu sendiri pun terkejut tatkala roti bakar itu ditatang ke ruangannya. Dalam jam yang sebegini lewat pula tu.
"Biru, untuk permintaan kedua tu... I can't do that. Haram tau," tegur Hurdan kemudianya dengan senyuman. Biru terus tertunduk malu sambil mengutuk diri sendiri. Betul juga kata Dr Hurdan. Ingat ni drama Korea ke boleh pegang-pegang macam tu. Ah, nampak sangat jahil dalam agama. Eeiii...malunya.
"Tapi saya gantikan dengan cara lain boleh?" Kain baldu biru yang ada dalam poket seluarnya itu dikeluarkan. Kain itu diramas-ramas untuk memberi kehangatan kemudian baru diserahkan kepada Biru.
"I hope you may feel the touch...."
Biru mengangguk. Dia dah hilang kata-kata sekarang. Rasa terharu sangat. Matanya mula berkaca. Hurdan yang perasan perubahan riak itu hanya senyum dan kenyit mata.
"Nur Biru binti Muhammad Fahrul...patient yang banyak songeh...." Suara minion sengaja diajuk untuk mengembalikan suasana ceria Biru. Kain baldu biru yang dihulur tadi diminta semula untuk disimpan kembali.
Gadis itu tergelak. Dia tak jangka Dr Hurdan betul-betul akan bertingkah comel seperti itu.
"Doktor ni kelakar tau. Suara garau pun boleh bertukar jadi minion ya. Hehe," komen Biru manja.
Hurdan tersengih lawa.
"Kenapa tak boleh? Kalau awak minta suara Doraemon pun saya boleh cuba buat. Hehe," suara minion diajuk lagi. Kali ini, Biru hampir terguling-guling menahan lucu.
"Stay still," tegur Hurdan lembut kemudiannya, tiba-tiba tukar mod serius. Dia bangun, matanya redup menatap wajah polos pesakit kesayangannya itu. Satu botol minyak wangi bersaiz mini dikeluarkan dari poket lalu disembur ke arah bantal pesakit milik Nur Biru. Gambar ECG jantung gadis itu juga sengaja dikeluarkan dari fail rekod rawatan di tepi katil lalu dimasukkan ke dalam dompetnya. Di slot paling depan, tempat istimewa bagi setiap pemilik dompet.
Sekali lagi takung mata Biru bergenang. Tulusnya doktor muda ini melunaskan semua janji. Satu-persatu permintaannya ditunaikan tanpa melangkau antara satu sama lain.
Akhirnya, Hurdan duduk bersila di hujung katil.
"Awak dah sedia?" soal dia perlahan.
Biru angguk. Dadanya berdebar-debar. Tak sabar untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci al-qur'an dari doktor muda itu.
Mushaf kecil yang tersusun di kepala katil pesakit diambil. Surah Arrahman dan Almulk yang diselak. Ayat-ayat itu kemudian dialun dengan penuh tenang. Mutiara jernih dari kolam mata Biru akhirnya menitis juga.
"Fabi ayyi aalaaa'i Rabbikuma tukazzibaan..." Ayat yang berulang-ulang itu bergema kuat di minda. Tuhan mengingatkan nikmat apa lagi yang mahu didustakan? Jujur, inilah titik terindah yang pernah wujud dalam hidupnya sebagai gadis yatim-piatu sejak kecil ini.
Biru pejam mata.
"Doktor..." suara Biru lirih. "Kalau saya tak ada nanti... jangan lupakan ayat ini untuk saya ya. Doktor takkan lupakan saya kan?"
Hurdan terdiam. Ada rasa yang aneh menjalar di hati. Banyak kali gadis itu menuturkan kata-kata seperti itu. Mushaf kecil itu terus diletak ke riba.
"Ya. Saya takkan lupa. Awak hanya pulang dari hospital aje Biru. Saya janji, kalau Tuhan izinkan tiap-tiap malam nanti kita akan baca ayat-ayat suci ini sama-sama sebelum tidur tau."
Kepala Biru terus terdongak. Bibirnya tiba-tiba mengulum senyum.
"Sebagai suami, kan?" tanya Biru separuh berbisik.
Hurdan tersenyum. Kepalanya tak menggeleng. "Itu doa saya juga."
Biru terus meraup muka. Rasa mahu sujud syukur sekarang. Akhirnya ada yang sudi jadi peneman hidup. Alangkah indahnya hidup kalau doktor muda ini benar-benar jadi suaminya. Pasti terlerailah sumpahan keturunan yang sentiasa hidup sebatang kara ini. Lelaki yang sedang menawarkan secebis syurga di dalam dunia itu dipandang sejenak.
"Doktor tak nak minta apa-apa dengan saya...." Tanya Biru kemudian sukarela. Rasa tak seronok bila hanya sebelah pihak saja yang meminta.
Hurdan hanya senyum. Wajah Biru direnung lembut.
"Saya cuma nak minta dua aje," suaranya merendah.
"Setia....dan faham...."
Biru berkelip-kelip. "Setia dan faham?"
"Ya." Hurdan angguk. Bucu katil Biru dipegang seketika.
"Setia dengan perasaan kita ni. Jaga diri baik-baik waktu saya tak ada. Serta faham skop tugas dan keadaan saya. Balik rumah nanti... jangan lupakan saya. And, please keep in touch."
Biru tunduk. Lainkan cara orang yang berilmu tinggi ni bercakap? Tak ada meminta yang bukan-bukan pun tapi apa yang diinginkan semuanya perkara yang realistik dan penuh pengertian.
Biru akhirnya tersenyum kecil. Tiba-tiba timbul idea nakal pula di minda. "Saya janji. Tapi dengan satu syarat."
Hurdan angkat kening. "Syarat?" Sikit permintaan macam ni pun kena ada syarat juga. Betullah sifat semua perempuan ni sukar untuk dijangka.
Biru sengaja julingkan mata ke kiri dan kanan sambil mengulum senyum nakal.
"Saya nak panggil doktor... abang...boleh?"
Hurdan terkejut. "Hah?" Merah padam muka dia tahan malu. Biru pun makin sedap pula mengusik.
"Abang, boleh kan?" Desak Biru lagi manja. Mata bulatnya bersinar terang tatkala menuturkan gelaran tersebut. Hurdan jadi salah tingkah. Dia segan. Jujur, dengan Kaira dulu pun dia tak gunakan gelaran tersebut. Kebetulan, memang umurnya lebih muda dari wanita itu. Tapi sekarang, jarak umurnya dengan Biru memang agak jauh. Selayaknya dia dipanggil dengan gelaran tersebut pun. Tapi, hati rasa terusik sangat tatkala mendengar panggilan tersebut. Rasa tinggi martabat dirinya diletakkan berbanding dengan Kaira dulu.
"Saya... Saya seganlah. Lagipun tak manis panggilan macam tu kat sini. Tak profesional," Hurdan garu tengkuk serba salah
Biru ketap bibir. "Jadi, doktor tak suka..."
"Nooo..." Cepat-cepat Hurdan membangkang. Spontan Biru meleret senyum. Nampak positif. Hurdan terus memalingkan wajah. Ya, Allah azab rupanya jadi pemalu ni. Hehe.
"Okey, start from now, saya nak panggil doktor abang tau. Dan...doktor kena panggil saya yang selayaknya jugak," Biru bersuara lagi. Kali ini mata mereka berdua berlaga. Degupan jantung kedua-duanya makin kencang.
"Nantilah. Awak boleh sabarkan? Saya janji... lepas awak discharged nanti, saya akan panggil awak dengan nama yang paling manis macam yang awak nak.” Lembut saja nada Hurdan kemudian menjawab.
Kali ini Biru terdiam. Macam ayat teguran pula untuk dia. Gelojoh sangatkah dia?
"Sorry doktor...sorry..." Ujar Biru akhirnya seraya menunduk.
Hurdan senyum. Itu yang dia suka tentang gadis ini. Tak lokek dengan kata maaf walau kadang-kadang banyak songeh dan nakal.
"It's okay. I wish too....."
Kedua-dua pasang mata itu kembali bertaut. Lama hingga ada getar dalam diri masing-masing.
"Tidurlah. Rehat... See you tomorrow.." ujar Hurdan lagi seraya menyelak tirai kelabu itu bersama jelingan manis. Biru terus memeluk bantal. Yes, one step closer!
BERSAMBUNG...
tu diaa... one step closer sangat ni kan .. (hadiah utk korang, sempena usako n anakanda dpt discharged ni...hehe... serik wei buat cerita kat hosiptal.. hahaha..ni la salah satu sebab usako tak suka buat cerita2 hospital ni...citer hantu satu lagi....) hehe...apa-apa pun alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang tak terhingga....
Share this novel