{BAB 7/2 : DCB} CONFESSION 143!

Drama Series 9401

JAM DINDING di luar bilik prosedur sudah mencecah 5:11 petang. Cahaya petang berlabuh malas ke lantai koridor, memantul lembut pada jubin berkilat hospital dan tingkap kaca yang terbuka sedikit. Bahang panas yang menghendap sepanjang hari masih melekat di leher kolar jubah putih milik Dr. Hurdan Azka.

Sejam yang lalu, dia baru sahaja menyelamatkan seorang remaja lelaki yang mengalami 'ruptured appendicitis'. Pembedahan kecemasan itu mengejutkan, namun alhamdulillah dengan izin Tuhan kes itu berjaya diselamatkan seperti biasa. Walaupun letih namun dia berpuas hati dengan prosedur yang dibuat tadi. Syukur! Sekarang, jiwanya meronta-ronta ingin mengikuti perkembangan kes Nur Biru yang ditinggalkan sejak awal pagi tadi. Oleh itu, niat untuk berehat di bilik doktor sengaja ditangguhkan dahulu. Mungkin dia perlu membuat persediaan untuk semakan rawatan susulan bagi Nur Biru pada malam ini.

Namun, baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke wad 12, muncul suara lembut yang menegur dari sisi.

"Dr. Hurdan?"

Dia terus berpaling. Jururawat Aida sedang tersenyum bersama clipboard di tangan seperti biasa.

"Ya?" Hurdan mengalih pandangan.

"Maaf doktor. Saya cuma nak maklumkan... pesakit wad 12 katil 2B, Cik Nur Biru," katanya terhenti sejenak sebelum menyambung, "akan discharged esok pagi."

Kening Hurdan sedikit terangkat. "Esok pagi? Dah confirmed?"

Jururawat itu mengangguk perlahan. "Ya doktor. Tadi, saya dah semak rekod pesakit tersebut. Semua bacaan nampak stabil. Jadi discharge dah dijadualkan awal pagi esok. Ikut waktu biasa jam lapan."

Hurdan tarik nafas perlahan. Mungkin ada doktor lain yang dah buat rawatan susulan tengah hari tadi. Dia pun tak cukup masa untuk menjenguk keadaan di sana pada waktu itu. Tapi, kalaulah benar seperti yang dikata, syukur pada Tuhan. Gadis itu betul-betul mungkin dah sembuh.

"Hmm... alhamdulillah. Semalam saya semak, dia masih perlukan pemantauan."

Jururawat Aida tersenyum lagi. "Betul doktor. Semalam, rekod bacaan dia masih turun naik. Tapi laporan harian yang terakhir yang kami tengok kejap tadi dah lengkap. Tanda-tanda vital semua terkawal. Dan dari rekod rawatan yang dimasukkan, tiada keperluan untuk rawatan lanjut malam ini."

Hurdan senyap. Kepalanya mengangguk, namun sedikit rasa ragu mencelah jiwa. Cepatnya gadis itu pulih? Muka Nur Biru pagi tadi pun masih pucat.

"Okey, noted. Tapi, saya mungkin nak buat rawatan susulan juga malam nanti. Saya nak tengok balik rawatan terkini dan nota nurse."

"Baik doktor. Tapi, kalau nak diikutkan dah ada cop rasmi doktor yang pantau tengah hari tadi ni," Jururawat Aida memotong lembut, masih dengan nada penuh hormat. "Semuanya dah dikemaskini dan difailkan dalam sistem. Jadi, doktor pun boleh akses bila-bila masa saja. Secara protokolnya, macam tak perlu ada rawatan lanjut lagi untuk malam ni sehingga cadangan discharged pagi esok."

Hurdan telan liur. Fikirannya berbelah bahagi. Dia percaya pada sistem. Lebih-lebih lagi pada staf yang bertugas di bawahnya. Tapi entah kenapa, kali ini dia rasa tak sedap hati.

"Baiklah kalau macam tu..." dia akhirnya mengangguk perlahan. "Saya nak jenguk dialah kejap nanti."

Jururawat muda itu turut mengangguk dan membalas dengan senyuman kecil. "Silakan, doktor."

Hurdan tersenyum namun tidak terus menghala ke dalam wad. Ada rencana lain yang tiba-tiba muncul di minda. Mungkin dengan hal kecil ini juga dapat menghilangkan rasa bersalahnya kerana terlalu sibuk sehingga tidak punya ruang waktu untuk menjenguk gadis itu tengah hari tadi.

Dan di sebalik stesen kerja wad tersebut, seorang wanita bertudung merah tunduk pura-pura meneliti kertas laporan di tangan sambil tersenyum puas.

SEMENTARA DI KATIL 2B PETANG ITU....

Nur Biru duduk menyilang tangan. Teringat kata-kata dari Dr Kaira tengah hari tadi. Dia bakal discharged esok. Suka bila dapat tahu yang keadaan diri makin baik. Tapi hati terasa berat untuk tinggalkan tempat ini. Macam ada benang halus yang masih mengikat perasaannya pada bilik ini.

Masih ada peluang lagi kah untuk bertemu dengan doktor kacak itu selepas ini? Seharian di sini pun, muka tampan itu susah nak muncul kan? Inikan pula untul ajak bertemu di luar. Pasti payah. Lagipun, sejauh manalah sangat kesungguhan kata-kata Dr Hurdan pagi tadi tu? Betulke lelaki itu benar-benar suka pada dia? Atau hanya angin lalu....

"Ehemmm..." Suara lelaki yang tiba-tiba berdeham memasuki ruangan tersebut mematikan lamunan Biru. Dr Hurdan? Panjang betul umur dia.

Biru terus tegak, matanya membulat. Tak sempat dia berkata, lelaki itu sudah meleretkan senyuman manis. Matanya tertancap pada satu jambangan bunga cantik yang dipegang oleh doktor muda itu sekarang. Tiba-tiba hati jadi berdebar-debar.

“Untuk saya ya?” Tanya Biru tatkala jambangan wangi itu diletakkan di sisinya.

Hurdan sengaja angkat bahu acah-acah tak tahu. Biru pula makin malu-malu tersenyum simpul. “Ada patient lain lagi ke kat katil 2B ni? Hehe," usik Hurdan kemudiannya.

"Ni... bukan plastikkan?" Balas Biru manja.

Hurdan ketawa. Spontan salah satu kelopak bungar ros merah itu dipetik lalu disuakan ke arah hidung mancung milik Nur Biru.

"Wangikan? Fresh dari taman hospital. Saya curi dengan kebenaran," seloroh Hurdan sambil ketawa kecil merenung wajah Biru.

Gadis itu terus jadi malu-malu. Sweet rupanya doktor kacak ini. Cara dia sahkan bunga segar ini pun romantik betul walau nampak ringkas dan spontan.

"Kenapa doktor tiba-tiba bagi bunga?" Tanya Biru lagi sambil bermain-main dengan ranggi merah yang ada dalam jambangan itu.

"Sebab saya nak awak tahu... saya bukan cuma cakap kosong aje awal pagi tadi."

Jantung Biru mula berdegup laju.

"Saya pun nak balas lukisan bunga awak tu...." Sambung Hurdan lagi sambil kenyit mata.

Dari tunduk, wajah Biru terus mendongak.

"Maksudnya...ada yang tersirat ya?  Macam....'Saya akan layu seperti bunga ni lepas tiga hari. Sebab tu doktor bagi bunga segar kan?" Spontan Biru mencelah nakal.

Hurdan membeliakkan mata sebelum tergelak. "Ada pulak macam tu? Awak ni memang susah nak jadi romantik kan?"

Giliran Biru pula ketawa kecil. Betullah doktor muda ini sweet. Di sebalik wajahnya yang serius itu, tersembunyi sifat comelnya ini.

"Saya bukan susah, saya cuma realistik." Biru sengaja bela diri.

Hurdan senyum lagi. Tubuhnya sengaja dirapatkan ke sisi katil.

"Kalau realistik, awak mesti tahu kan kenapa saya berikan bunga semua ni?"

Biru kerut dahi acah-acah tak faham. Padahal dalam hati penuh debaran. Dr Hurdan nak buat confession rasmi ke?

"Awak akan discharge esok, Biru." Ucap Hurdan kemudiannya.

Spontan riak Biru berubah. Alah, itu rupa-rupanya niat doktor tersebut. Ingatkan kalimah 143 itu yang ingin dinyatakan. Hampa!

"Tak naklah. Saya nak tinggal kat wad ni lagi dua hari. Seminggu pun sanggup."

"Saya nak jadi... pesakit tetap Dr Hurdan. Nak tukar kad rawatan khas."

Hurdan ketawa sambil menggeleng.

"Mana boleh. Doktor tak boleh ada favourite tau. Awak kena profesional," riaknya sengaja dibuat serius kemudiannya.

"Tapi doktor kan dah confess pagi tadi? Doktor cakap sukakan saya kan?" Biru sengaja tarik muncung.

"Saya confess sebagai manusia biasa waktu tu, bukan sebagai doktor Biru."

Terus bibir Biru melebar senyum. "Haa... sekarang siapa yang tak profesional?"

Hurdan akhirnya angkat tangan tanda mengalah. "Okey, okey. Hari ni, saya layan semua permintaan awak. Tapi esok... awak dah kena keluar."

"Janji?"

"Janji."

Dan itulah permulaan hari yang paling manis dalam hidup Nur Biru.

Dia minta dihantar makanan bukan dari jururawat, tapi dari Dr Hurdan sendiri. Dia minta dibacakan artikel majalah tentang beberapa mitos perubatan. Dia juga minta dibuatkan milkshake strawberry di pantry doktor. Semua itu ditunaikan saja oleh Dr Hurdan tanpa rungutan. Para jururawat yang bertugas di situ pun mula perasan.

"Doktor, ni pesakit istimewa ke?"

Hurdan hanya senyum. "Pesakit paling susah saya nak lupakan."

Biru hanya senyum mendengar. Bahagia sangat!

"Terima kasih doktor," ucap Biru tatkala segala permintaanya semua telah dilunaskan.

Hurdan angguk sambil bingkas bangun untuk beredar. Namun, cepat-cepat Biru menahan. Rasa tak puas mahu bersua dengan doktor muda ini. Jujur, dia dah tak rasa sakit sekarang. Yang ada dalam hati cuma satu, degupan jantung Dr. Hurdan Azka... yang akhirnya seirama dengan jantungnya.

"Saya... saya tetap tak nak discaj lah doktor."

Hurdan sengaja belalakkan mata gaya orang terkejut. Namun, bibirnya tetap mengorak senyum.

"Tak boleh. Saya doktor. Kena ikut prosedur. Awak dah sihat. Semua reading stabil. Dah tak layak duduk sini."

"Tapi saya belum puas lagi tengok muka doktor."

Hurdan pejam mata turut tersengih. Mengusik jiwa betul gadis ni seorang. Layan ajelah. "Saya pun...."

Biru menjerit dalam hati. Merah pipinya menahan malu. Tak sangka usikannya kali ini dapat reaksi positif. Muka dan gaya doktor tu sekarang buat dia cair.

"Manis sangat ni doktor. Boleh naik bacaan gula saya nanti. Haaa, kena warded lagi," katanya seraya menjeling.

Hurdan mengekek tawa. "Mengada-ngada. Tak payah nak buat rekod baru pulak."

Biru pura-pura merajuk. "Saya serius tau. Kalau boleh... saya nak simpan semua saat ni. Dalam kotak kaca. Letak nama dia... Sehelai Baldu Biru."

Hurdan angkat kening. "Macam tajuk lagu."

Cepat-cepat biru mengangguk. Ada idea nakal lain tiba-tiba mencelah. Dan...doktor muda itu macam faham.

"No, saya tak boleh nyanyi. Nanti viral, habis karier saya," cepat-cepat lelaki itu memotong. Kebetulan, ada jururawat lain juga yang masuk ke situ. Alah, kacau daun tau.

Biru sengaja alihkan pandangan ke layar tingkap. Acah-acah merajuk. Namun, anehnya Dr Hurdan tetap masih berdiri tegak di situ. Tak jadi keluar nampaknya.

"Okey, okey. Saya tak nyanyi, tapi saya bacakan lirik dia aje lah, boleh?"

Terus Biru berpaling. Macam tak percaya  mendengar suara parau lembut itu menutur bait demi bait lagu tersebut sekarang. Permintaan kecil yang secara tak sengaja itu pun dilayan. Matanya jadi turut berkaca. Gelak dalam tangis.

"Doktor...buat saya jadi makin tak nak discaj niiiiiii,"

Hurdan tenung gadis itu lama kemudiannya. "Saya pun tak nak awak pergi. Tapi saya nak awak sihat.."

"Jadi...?"

"Jadi... lepas awak keluar wad, awak kena janji. Muncul kat depan saya hari-hari. Tak semestinya kat hospital, kat mana-mana pun boleh. Asalkan awak sihat... dan masih suka sakat saya."

"Doktor suka ke saya sakat.......?" Biru terkejut.

"Suka. Dan... paling saya tunggu."

Dan waktu itu, Biru baru tahu yang dia memang betul-betul tak bertepuk di sebelah tangan. Dia bukan lagi pesakit dalam kertas klinikal. Tapi mungkin dah jadi seseorang dalam hati Dr. Hurdan Azka.

Dan lelaki itu? Bukan lagi doktor robot yang yang serius dan beku.

"Doktor, nah," seru Biru sekali lagi.

Tangannya yang laju meraba-raba beg tangan besarnya tadi kini menghulur sehelai fabrik baldu cantik ke arah Hurdan. Warna birunya lembut, redup, hampir sama dengan warna tudung yang selalu dia pakai.

Hurdan menyambut huluran tersebut perlahan-lahan.

"Apa ni?" soal Hurdan sedikit hairan. Tak terfikir langsung dengan pemberian tiba-tiba tersebut.

"Sehelai baldu biru doktor. Simbol rasmi yang Dr Hurdan dah jatuh suka kat pesakit macam saya ni," jawab Biru dengan senyum paling nakal.

Hurdan senyum, tapi matanya tiba-tiba terasa panas. Baldu itu disentuh, dikuis perlahan dengan ibu jarinya. Lembut. Selembut renungan gadis itu juga.

"Kenapa bagi saya ni?"

"Saja. Supaya doktor ingat yang Nur Biru binti Muhammad Fahrul pernah duduk di katil 2B ni. Hehe."

Hurdan angguk dan melipat kemas kain lembut itu ke saku atas jubah putihnya. Tempat yang paling dekat dengan dadanya.

"Kalau awak dah discharged nanti... saya tetap akan rasa awak ada. Dekat sini," Hurdan kenyit mata sambil mengacu telunjuk ke dada.

Kali ini Biru tergamam. Takung matanya berair.

"Sebab doktor simpan baldu tu kat hati doktor, kan?"

Hurdan angguk lagi perlahan. "Dan setiap kali saya rindu awak... saya akan pegang kain ni, dan dengar balik lagu tu dalam kepala saya ni,"

Biru tergelak kecil. Momen ini betul-betul manis yang patut dirakam dalam memori.

"Doktor...." panggilnya perlahan kemudian. Manja nadanya dari tadi.

"Itu kain biru kesayangan saya tau. Arwah abah bagi sebelum dia meninggal. Hehe. Doktor janji simpan ya kalau betul-betul suka kat saya."

Hurdan terdiam seketika sebelum mengangguk. Tak sangka objek lembut  itu seistimewa itu. Spontan tangannya kembali mengambil fabrik baldu dari poketnya tadi lalu dibawa ke pucuk hidung. Baldu biru itu dicium dengan penuh emosi. Lama, seperti menyimpan segala rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

"I love you..." usik lelaki itu sambil tangan tak lepas meramas fabrik tersebut, gaya macam budak baru dapat bantal busuk.

Biru jadi geli hati. Tapi dia cukup gembira dan terharu. Jelas terpancar dalam senyumnya yang separuh mahu menangis. Akhirnya kalimah 143 itu terzahir dari bibir doktor muda itu. 

"Okey, boleh saya pinjam telefon?" Pinta Hurdan kemudiannya. Biru yang masih terkejut hanya menghulur. Dalam hati terfikir, kenapa doktor muda ini tiba-tiba mahukan gajet itu pula?

BERSAMBUNG.........

akhirnya....kan? korang rasa hurdan nak buat apa dengan fon tu...hihihi

Share this novel

User22861
2025-05-18 07:44:42 

mesti nk bg no tel TU.tak sabarnya NAK tau cerita selanjutnya..cepat2 la. update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience