{BAB 12/1 : DCB}{MAMA....}

Drama Series 9401

DUA HARI KEMUDIAN.....

Biru bangun duduk di atas katil. Tingkap yang sudah terbuka itu direnung. Cahaya matahari yang menerobos masuk cukup cemerlang hari ini. Alhamdulillah...jasadnya rasa lebih segar berbanding kelmarin dan semalam. Tak sabar rasanya menunggu kelibat doktor kacak itu masuk. Jujur, dua hari lepas tahap kesihatannya betul-betul menurun hinggakan kelibat doktor muda itu datang pun tak mampu disapanya seperti biasa. Tak sangka, apa yang dikatakan oleh doktor itu benar. Ada pendarahan kecil yang berlaku. Mujurlah lelaki itu cepat membuat keputusan untuk memberikan rawatan ini, kalau tidak mungkin tiada hari esok lagi untuk dia.

"Assalamualaikum, apa khabar Cik Biru?" Suara Dr Insyirah, doktor pelatih di bawah seliaan Dr Hurdan itu tiba-tiba datang menyapa sambil menyelak tirai kelabu.

Biru menoleh seraya tersenyum. Matanya masih meliar mencari kelibat si dia yang sedari tadi belum muncul. Ah, rindulah.

"Waalaikumussalam doktor. Saya sihat, alhamdulillah. Dr Hurdan tak ada ya?" Spontan soalan itu terpacul.

Doktor Insyirah tersengih sahaja sambil menggeleng. Biru hampa. Tapi hairan juga kenapa doktor pelatih ini boleh tersenyum lebar begitu.

"Dr Hurdan ambil cuti hari ni Cik Biru. Ermmmm....Cik Biru belum tahu lagi ya?" Doktor Insyirah pula bertanya.

Biru menggeleng seraya berkerut dahi. Tahu apa? Semalam dan kelmarin badan dia terlalu lemah untuk bersembang dengan sesiapa. Malam tadi baru rasa lega. Dia pun dah mampu untuk bergerak ke tandas sendiri tanpa bantuan kerusi roda oleh juruawat yang bertugas. Cuma masa itu banyak diisi dengan tidur dan rehat yang secukupnya. Pagi ni barulah badan dia betul-betul segar.

"Hehe. Cik Biru dah boleh discharged hari ni. Dr Hurdan dah sahkan malam tadi. Jadi, saya datang nak sampaikan berita gembira ni pada Cik Biru. Semua angka yang tercatat dalam result darah Cik Biru normal. Insya Allah, Cik Biru boleh balik berehat kat rumahlah nanti," terang Dr Insyirah panjang lebar.

Biru terdiam. Bibirnya terkunci seketika. Pandangannya hanya jatuh pada tangan runcing doktor pelatih itu yang sedang sibuk mencabut segala jarum dari tangannya. Kenapa dia rasa sedih ya?

Kalau Dr Hurdan bercuti hari ini, bererti dia akan keluar dari bangunan ini tanpa dihantar oleh lelaki itu. Ah, rasa tak lengkap pula. Rugi. Sepatutnya malam tadi, dia tak perlu tidur. Memang suara lelaki itu kerap terbias di kuping, tapi rasa letihnya tak mampu menahan mata dari terus terpejam. Jujur, dia macam ada terdengar sayup-sayup bacaan al quran juga di telinga ketika dia hampir-hampir terlelap waktu itu. Suara Dr Hurdankah itu? Kalau bukan dia, siapa pula?

"Doktor, ermmmm....saya dah kena balik ya sekarang?" Biru bertanya lagi berbasa-basi.

Dr Insyirah tersenyum lagi seraya mengangguk.

"Nanti, nurse akan datang ke sini dan serahkan borang untuk discharged ya. Cik Biru memang dah sihat kan?"

Biru angguk lemah. Tetap rasa terkilan kerana tak dapat bersua dengan doktor kacak itu hari ini. Tak sempat pun untuk ucapkan terima kasih pada dia. Agak-agak ada rawatan susulan lagi ke lepasni? Kalau tak ada, macam mana nak hubungi doktor kacak ni lagi? Ah....Biru mengeluh panjang.

Bagasi kecilnya ditarik sambil menyimpan barang-barang peribadi ke dalam kotak kecil tersebut. Tiba-tiba teringat akan kain baldu biru dulu. Dr Hurdan masih simpankah kain keramat tersebut? Dan... kalimah cinta yang ditutur petang itu adakah benar-benar lahir dari hatinya? Atau sekadar mainan perasaan saja. Tak mustahilkan? Bila ditinggalkan saja begini, ada kemungkinan doktor itu hanya main-main dan tidak serius pun dalam tutur katanya petang itu.

Matanya tiba-tiba berkaca. Tak semena-mena diruntun sedih.

"Cik Biru...." Namanya tiba-tiba dipanggil lagi. Lamunan panjang tadi terus mati. Seorang jururawat kini sedang tercegat di hadapannya bersama beberapa keping borang di tangan. Juring matanya terus dikesat. Pasti jururawat itu mahu menyerahkan borang discaj yang diberitahu oleh Dr Insyirah tadi.

"Cik Biru menangis? Kenapa, sakit lagi ya?" Tanya jururawat muda itu dengan cemas.

Cepat-cepat Biru menggeleng. Dia dah tak sakit. Cuma hati saja yang sedikit tersentuh. Kalau diceritakan pun hanya memalukan diri sendiri saja.

"Tak....saya dah sihat nurse," jawab Biru seraya cepat-cepat menyambut huluran tersebut. Terus matanya tertancap pada cop dan tandatangan pada borang tersebut. Hurdan Azka! Rasa sayunya kembali mencengkam. Sedihnya, tak dapat jumpa juga buat kali terakhir.

Tap! Tap! Jatuh juga air jernih itu sekali lagi dari kolam mata.

"Cik Biru....betul tak sakit? Kalau tak sihat cakap Cik Biru. Saya risau ni...." Cepat-cepat jururawat itu memegang bahu.

"Tak...tak...saya dah tak sakit nurse. Saya...saya...terkilan tak dapat....jumpa Dr Hurdan untuk kali terakhir. Saya cuma nak ucap terima kasih kat dia...."akhirnya terluah juga rasa hati Biru itu pada jururawat tersebut.

"Sama-sama..." Suara perempuan lain pula yang menyahut. Biru terus menoleh ke arah suara yang tiba-tiba menyapa tersebut. Seorang wanita berbaju kurung dan berhijab ungu berumur lingkungan 50-an sedang tersenyum ke arahnya. Jururawat tadi pun ikut tersenyum.

Biru bingung seketika. Siapa pula wanita ini? Kenapa dia pula tiba-tiba menyambut ucapan terima kasih tersebut? Pelikkan!

"Doktor, saya dah berikan borang discharged Biru tadi. Dr Hurdan pesan malam tadi, dia dah uruskan semua ubat-ubatan Biru dan letakkan di kaunter nurse station," jelas jururawat itu lagi sambil tersenyum.

Wanita separuh umur itu mengangguk perlahan sebelum menoleh semula ke arah jururawat yang berdiri di sisi Biru itu.

“Ubat yang Dr. Hurdan prescribe tu… semuanya sesuai untuk pesakit yang pernah ada pendarahan gastrik, kan?” soalnya lembut tapi penuh autoriti. “Saya harap tak ada NSAIDs atau sebarang ubat yang boleh sebabkan iritasi lapisan mukosa perut la,”

Jururawat muda itu cepat-cepat mengangguk. “Ya, doktor. Dr. Hurdan dah pastikan sendiri semua ubat dalam senarai tu mesra gastrik. Dia ada tulis dekat catatan, 'avoid aspirin dan ubat tahan sakit jenis non-selective'. Semua ubat untuk Cik Biru adalah PPI-based dan syrup antacid, termasuk suplemen zat besi dengan coating khas.”

Wanita itu mengangguk lagi, kali ini lebih berpuas hati. “Bagus, thank you Farah.”

Jururawat itu tersenyum dan kemudian terus meminta diri.

Biru yang tadi terpinga-pinga itu kini faham. Wanita ini mungkin seorang doktor juga di sini. Dari perbualan dia dengan jururawat itu tadi, seolah-olah wanita ini pun tahu tentang sakit yang dialaminya.

"Terima kasih doktor..." Biru pula berbasa-basi. Wajahnya ditundukkan memberi hormat. Segan juga bila ada doktor senior yang sudi datang melawat begini. Nak berangkat pun jadi serba-salah walaupun borang discaj telah dihulur oleh jururawat tadi.

Doktor wanita itu hanya tersenyum manis. Tangannya pantas mengelus pipi Biru.

"Comel sangat orangnya," puji wanita itu lagi.

Biru yang terkejut itu terus tersipu-sipu malu. Habis merah padam muka dia. Tiba-tiba aje kena puji. Terus kembang semangkuk.

"Tak adalah doktor. Saya tak comel pun. Comot adalah. Hehe," balasnya nakal sambil kenyit mata. Alang-alang doktor wanita ini bergurau kan? Layan aje lah sementara bersedia untuk pulang.

Wanita itu tergelak. Manis! Ada lekuk juga di kedua-dua belah pipi. Terus teringat akan doktor kacak tersebut. Dr Hurdan pun nampak manis bila tersenyum dengan lesung pipit semula jadi begitu.

"Mana ada comot. Comellah. Sayang betul-betul dah sihat kan? Muka pun nampak dah tak pucat. Bibir pun dah tak keringkan?" Soal wanita itu lagi. Kali ini kepala pula yang diusap.

Biru terdiam seketika. Sayang? Sekali lagi rona wajah Biru berubah. Rasa terharu. Baiknya doktor senior ini. Lagak macam ibu-ibu. Beginikah rasa ditatang sayang oleh seorang wanita yang bergelar ibu? Ya Allah...bahagianya. Dia tak pernah rasakan hal itu. Membesar pun hanya dengan ayah. Itu pun hanya sampai umur 9 tahun saja. Terus kolam matanya kembali bergenang. Jujur rasa mahu menangis sekarang. Sukar untuk tahan mutiara jernih itu dari bergulir ke bawah.

"Kenapa menangis sayang? Sakit lagi ke?" Tanya wanita itu pula. Ibu jarinya terus menyeka hujung mata Biru. Dan gadis itu jadi makin tersentuh. Tubuh wanita itu terus dipeluk.

'Ya Allah...izinkan aku pinjam tubuh ini buat seketika.......untuk aku lepaskan rindu pada insan yang tak sempat aku dakap dulu.' Bisik hati kecilnya.

"Sorry...... sorry doktor....." Ucap Biru perlahan seraya melepaskan pelukan.

Wanita itu tersenyum lagi.

"Takpe sayang. Tak salah pun. Pelukan ni adalah salah satu cara kita tautkan silaturahim dan juga boleh eratkan kasih sayang sesama manusia kan? Hugs me again," ujar wanita itu lagi seraya mengemaskan pelukan.

Biru menangis. Jujur dia rasa tenang. Suara dan nasihat dari wanita itu betul-betul damai di jiwa. Untungnya orang-orang di luar sana yang masih ada ibu. Ada tempat untuk mengadu. Ada ayah juga yang boleh jadi pembimbing ketika jatuh dan bangun. Sedangkan dia? Hanya hidup sebatang kara. Berdikari untuk jadi lebih kuat dalam segala hal.

"Kenapa menangis sayang? Sakit lagi ke?" Wanita itu mengulang tanya. Cepat-cepat Biru geleng.

"Saya dah tak sakit doktor. Saya....cuma terharu....."jawabnya sambil seka air mata. "Doktor kat sini baik-baik semua. Sudi peluk saya macam ibu-ibu walaupun saya cuma pesakit kat sini...."

Wanita itu tersenyum lagi. Anak mata Biru ditatap lama.
"Pesakit pun manusiakan? Doktor ni pun ada hati dan perasaan juga sayang. Kita rawat pesakit macam keluarga sendiri sampailah pesakit tu betul-betul sihat. Kan?"

Biru angguk. Entah kenapa dia rasa makin syahdu. Baiknya orang-orang bijak bergelar doktor ni. Dari yang muda sampailah yang tua. Dr Hurdan pun macam tu. Walaupun tegas, tapi cukup penyayang dan prihatin.

"Terima kasih doktor. Saya macam...dapat rasa...ada keluarga kat sini...." luah Biru melawan sebak. Gerakan lembut wanita itu buatkan dia rasa lebih selesa. "Nurse pun baik-baik. Macam kakak-kakak yang tak berkira tolong adik-adik. Doktor pun macam ibu-ibu yang risaukan anak-anak. Saya bertuah sangat...." sekali lagi air matanya lebat membasahi pipi.

Doktor wanita itu terus memaut pergelanngan tangannya.
"Ya, kita dah macam satu keluarga sayang. Panggil aje mama...."

Biru terus angkat muka dengan wajah berkaca. Betulke apa yang dia dengar? Macam mimpi. Tak berkira langsung doktor wanita ini dengan pesakit biasa macam dia.

"Sayang dah kemas semua barang kan? Jom, kita keluar. Ikut mama," Soalan lain pula diaju oleh wanita itu dengan senyuman. Wajah terkejut Biru itu sengaja dibiarkan tanpa penjelasan.

Biru jadi makin bingung. Siap tarik tangan ajak keluar lagi? Tak faham..... Tapi, jujurnya dia teruja. Banyak kali pehanya sengaja dicubit untuk memastikan ini mimpi atau kisah nyata.

"Tapi....err...doktor....err...mama....saya dah kena keluar hospitalni," beritahu Biru naif. Pelik. Otaknya jadi terhad untuk berfikir.

Wanita itu tersenyum lagi.
"Yalah, mama tahu. Sayang dah boleh discaj kan? Kita nak keluarlah ni. Nanti katil ni, pihak hospital nak tempatkan pesakit lain pulak," jawab wanita itu lagi.

Dahi Biru berkerut.
"Tapi mama...." Belum sempat Biru menghabiskan soalan, tirai kelabu yang memisahkan ruangan katil 2B itu sekali lagi diselak. Wajah jururawat Farah tadi terjengul lagi. Kedua-dua pasang mata Biru dan doktor wanita itu kini menghala ke arah jururawat tersebut.

"Aa...sorry...sorry..." Jururawat Farah tersenyum-senyum memohon maaf. Kehadirannya mungkin agak mengganggu.

"It's okay. Kenapa Farah?" Tanya doktor wanita itu lembut.

"Datuk pengarah nak jumpa doktor. Dia tahu doktor datang sini. Dia tunggu kat tingkat 5 sekaramg. Baru tadi dia call nurse station."

Doktor wanita itu tersenyum sambil menggeleng.
"Saya nak cepat ni Farah. Tak sempat rasanya nak jumpa abang saya tu sekarang. Ini pun saya curi-curi keluar tinggalkan klinik saya tu sekejap. Kebetulan patient tak ramai."

Sekali lagi kening Biru berkerut. Kenyataan doktor wanita itu seolah-olah dia bukan bekerja di sini.

"Dan..awak beritahu jugak dia nanti, suruh dia datang rumah saya malam ni tau. Anak saudara dia ada nak buat pengumuman penting. Hehe," wanita itu kembali meleret senyum. Wajahnya sengaja ditoleh ke arah Biru. Jururawat Farah hanya tersenyum mengangguk sebelum meminta diri.

"Jom," sekali lagi tangan Biru diraih.

Terkebil-kebil Biru kebingungan. Dia nak ajak ke mana?

"Saya dah kena balik ni doktor. Ni saya baru nak call grab balik ke hostel kerja. Takut kawan saya balik kampung. Nanti....payah pulak saya nak tumpang tidur..." Jawab Biru naif. Tangannya sudah kalut memegang telefon.

Doktor wanita itu terdiam seketika. Matanya nampak berkaca. Sekali lagi tubuh Biru dibawa ke dalam pelukan.

"Tak payahla call grab. Malam ni tidur rumah mama ya,"

Biru terdiam. Kelu lidah dia.

"Tadi, sayang nak jumpa dia kan?" Soal wanita lagi dalam senyuman. "Jom...." Tangan Biru diraih erat dan gadis itu tak ada pilihan kecuali mengikut.

Tapi jumpa siapa? Dalam hatinya penuh debaran. Takkanlaaah.....

BERSAMBUNG.....

P/s : duhhh....siapa pulak tarik tangan Biru ni? Doktor mana pulak....????

Share this novel

User22861
2025-06-15 00:34:00 

terharunya.sy pun ikut nangis ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience