{BAB 9/2 : DCB}{AJARKAN AKU UNTUK REDHA}

Drama Series 9401

SIREN ambulans memecah sepi senja. Roda pengusung digerakkan laju ke jabatan kecemasan. Kakitangan hospital mula berlari dan memberi laluan. Seorang wanita muda tak sedarkan diri, berlumuran peluh dan pucat tak berdarah, terbaring lemah di atas pengusung.

"Patient unknown, female, found collapsed by roadside. Blood pressure dropping, oxygen sat unstable...." suara doktor yang bertugas di bilik kecemasan bersuara kuat.

"Itu dia!!!" suara Hurdan meledak dari arah lobi kecemasan.

Dia menerpa ke arah pengusung tersebut. Pandangannya langsung tertancap ke wajah lesu yang hanya beberapa jam lalu tersenyum malu dengan kain baldu di tangan itu.

"BIRU!!"

Suara paraunya, hilang kawalan.

"That's Nur Biru! Itu patient saya! Biar saya ambil alih! Masuk terus ke bilik merah! Sekarang!"

Jururawat dan pegawai paramedik segera akur. Beberapa pasukan kecemasan lain turut terkedu, namun hanya memberi laluan. Hurdan sendiri yang menolak pengusung tersebut ke bilik resusitasi, bergegas mengenakan sarung tangan, menyambung alat bantuan pernafasan serta cuba mengawal tekanan darah yang makin menurun.

Jantung Biru hampir tiada degup. Hurdan terus menekan dadanya perlahan. "Come on... bertahan... Bertahan, sayang..."

Kakitangan lain hanya mampu diam. Tak pernah mereka lihat seorang doktor setenang Dr. Hurdan Azka menjadi begini. Wajah itu terang nampak luluh dan hancur. Berperang dengan masa, sambil air matanya mengalir tanpa henti.

Setelah sejam bertarung, Biru kembali stabil buat sementara waktu. Dia diletakkan di unit kawalan rapi dengan alat bantuan pernafasan. Hurdan langsung tak berganjak dari sisi. Matanya tak berkelip.

Dan beberapa jam kemudian...gadis yang ditunggu itu akhirnya tersedar.

Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Namun kepalanya masih huyung. Lemah. Tapi... senyuman itu, tetap muncul.

"Abang..." bisiknya perlahan. "Saya nampak muka abang. Alhamdulillah...saya hidup lagi kan?"

Hurdan cepat-cepat merapat. Lengan yang dibaluti baju kurung biru itu dipegang kemas-kemas. Walau berlapik, rasa dingin suhu tubuh gadis itu tetap terasa.

"Sayang... sayang dengar abang kan?" suara Hurdan bergetar.

Biru senyum lemah. "Abang panggil sayang?"

Hurdan ketawa kecil dalam esakan. "Ya... abang panggil sayang. Abang dah janji malam tadi kan? Lepas discaj......"

Biru tarik nafas perlahan. Matanya terpejam sekejap sebelum dia membuka anak mata bundarnya yang layu itu semula.

"Abang... jangan nangis. Muka abang... dah macam panda kena buang kerja."

Hurdan tergelak kecil, lengan lemah gadis itu terus dibawa ke dada. "Sayang memang nakal kan? Sakit macam ni pun sempat nak sakat abang...."

"Kalau saya tak buat abang senyum... nanti abang tak kuat." Mata Biru turut berkaca. "Saya nak abang kuat..."

Semua kakitangan yang berada di situ, dari jururawat hingga ke doktor pelatih semua menunduk. Ada yang mula mengesat air mata. Kondisi pesakit yang berada di hadapan mereka itu sekarang sangat tenat. Namun, jelas gadis itu mahu menunjukkan dia masih kuat dan mampu bertahan.

Biru memandang Hurdan lama. Nafasnya semput, tapi tetap cuba tersenyum.

"Abang..."

"Ya, sayang."

"Mak dan ayah saya... datang dalam mimpi. Mereka ajak saya balik..."

Air mata Hurdan makin deras merembes ke pipi. Betul-betul dia tersentuh. Rasa belum siap untuk hadapi semua itu. "Jangan cakap macam tu. Abang masih ada kat sini. Sayang belum habis berjuang kan dengan abang...."

Biru geleng perlahan. "Tuhan sayang saya, bang... Tapi saya sayang abang juga. Kalau saya tak sempat hidup esok..."

"Sayang!" Hurdan cepat menyampuk. "Jangan cakap macam tu. Sayang kuatkan? Kita usaha......" nafas Hurdan tersekat-sekat menahan sebak.

Biru tersenyum kecil.

"Abang... nanti... doakan saya, ya? Minta Tuhan kurangkan siksa kubur saya... Minta saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang solehah... Dan sampaikan maaf saya pada semua. Terima kasih sudi jaga saya selama ni. Saya bahagia jumpa abang....,"

Nafas Biru makin perlahan. Tangannya makin sejuk.

"Sayang bertahan please...." Hurdan merintih.

"Sayang tunggu abang kat sana. Tempat yang abadi untuk kita. Kalau abang rindu...abang sudi kirimkan doa dan ayat-ayat suci untuk sayang kan..." Suara Biru makin perlahan seolah-olah dibawa angin yang berhembus lembut. Tapi senyum itu masih ada. Masih terselit raut manja walau bibirnya sudah biru, pucat, dan basah dek air mata dan peluh yang dingin.

Hurdan ketap gigi. Air matanya tidak tertahan lagi.

"Sayang... jangan pejam mata lagi. Abang... abang nak cakap sesuatu."

Mata Biru berkelip perlahan, cuba fokus pada wajah lelaki itu.

Hurdan menarik nafas dalam-dalam. Cuba tenang, tapi suaranya tetap pecah.

"Sayang... ingat tak hari tu... masa sayang tengah baring dalam wad, sayang cakap suara abang mahalkan?"

Biru senyum senget. Dia masih ingat.

"Kadar senyum tak ikut harga siling. Suara sumbang...GPS Waze.."

Kedua-dua mereka ketawa kecil. tawa yang sangat sayu. Sangat... menyayat hati.

"Sayang cakap suara abang sumbang kan? Tapi tetap juga suruh abang nyanyi lagu 'Sehelai Baldu Biru' tu kan,"

Biru senyum lemah.

"Ni..."(Tiga jari Hurdan kemudian melekap ke pipi meniru gaya Nur Biru suatu ketika dulu)

Gadis itu nampak teruja walau pandangannya sudah layu.

"Bunga sayang dah cukup tiga. Abang ingat semua tu. I love you too,"

Hurdan mengulang satu-persatu momen manis dengan suara serak. Terputus-putus, macam orang yang sedang mengejar masa yang makin suntuk.

Biru senyum dalam kepayahan.

"Terima kasih abang. Tuhan dah temukan akhirnya lelaki impian saya sebelum menutup mata. Jangan buang baldu biru tu tau...janji,"

Hurdan menangis. Kepalanya diangguk hingga hilang kata-kata tatkala mulut comel itu berhenti bertutur. Mata bulat yang layu itu kini memandang lurus ke atas. Lidah gadis itu kini hanya basah dengan syahadah.

Kaira yang berdiri di balik langsir ICU... jatuh terduduk. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. Penyesalan mencengkam jiwa.

Dia rasa betul-betul bersalah. Dia yang manipulasi laporan kesihatan Biru. Dia yang tukar preskripsi. Dia yang tanpa sedar mengorbankan cinta paling suci yang ada di depan mata hanya kerana cemburu.

Air mata Kaira tumpah melihat tangan Hurdan yang kini menggigil.

Dan saat itu juga...

Bunyi jantung pada monitor... satu garis lurus.

"Nur Biru! Biru! Sayang! No, no, no, no.....don't do this......"

Hurdan tekan butang kod biru. Jururawat yang ada di sekeliling turut bergegas. CPR dimulakan. Tapi tiada tindak balas. Tiada degup. Tiada nafas.

Sehingga.....

Bilik itu jadi terlalu sunyi. Tiada suara yang berani memecah hening. Hanya bunyi monitor yang kini perlahan-lahan memberhentikan nada. Cahaya putih dari siling pula menyimbah wajah Nur Biru yang kelihatan tenang. Seolah-olah sedang tersenyum bersama renik peluh yang terlukis di dahi.

Kaira terus jatuh sujud. Menangis.

"Maafkan aku... Nur Biru... Ya Allah... aku berdosa..."

Hurdan tergamam. Jari sejuk itu digenggam dengan zikir.

"Innalillahi wainna ilaihi roojiuun....." Akhirnya, suara itu pecah bersama tangis yang tak tertahan. Tubuhnya menggeletar. Dia tunduk dan terduduk di tepi katil. Nafasnya pendek-pendek melawan rasa yang cukup sesak di dada.

"...Abang tak kuat sayang..."

Hurdan merintih perlahan separuh sedar. Sesalnya betul-betul menggigit hati. Matanya tak lepas dari wajah Nur Biru yang kini kaku. Jari-jemari tubuh kaku itu diraih sekali lagi dengan erat... seolah-olah jika dilepaskan seluruh dunianya juga akan terlepas pergi. Seluruh ruang ICU jadi saksi, betapa luluhnya seorang lelaki menghadapi kepergian insan yang disayangi. Bukan hanya sebagai doktor, tapi sebagai seorang yang sedang kehilangan cinta dalam hidup.

Semua petugas di situ terdiam. Jururawat yang sedang mencatat waktu kematian terkaku. Dr. Harith, rakan sejawat Hurdan yang baru melangkah masuk hanya mampu tunduk.

"Hurdan... sabar. Kita... istighfar..." ucapnya cuba menenangkan. Hurdan hanya mampu menangis membalas pelukan.

"Kenapa dia Harith? Ya Allah.. Aku dah gagal...." Rintih Hurdan lagi dalam kepayahan. Dr Harith menggeleng-geleng.

"Bukan.... Kau tak gagal Hurdan. Tuhan lebih sayangkan dia..." pujuk Dr Harith lagi sambil menepuk bahu sahabatnya itu melawan sayu.

Tangis Hurdan makin memanjang. Tangannya yang menggigil menarik sehelai kain baldu biru dari kocek jubah putihnya. Lipatannya kemas, masih berbau sabun pencuci yang sama dia gunakan sewaktu melawat Nur Biru malam tadi di Wad 12. Dia peluk kain itu ke dada. Erat....seolah-olah itu sahaja sisa Nur Biru yang tertinggal untuknya.

Kaira yang berada di lantai masih menunduk. Tubuhnya yang menggigil cuba untuk bangun. Wajahnya basah. Dengan suara yang serak, dia bersuara perlahan mendekati Hurdan.

"I..I minta maaf Hurdan... I....minta maaf....."

Hurdan diam. Suara tajam itu hanya menambahkan luka dalam hati. Tapi dia hanya mampu menunduk, cuba mengawal diri agar tidak bertindak di luar kawalan. Tak ada gunanya lagi untuk bertegang urat kerana masa suntuk itu takkan dapat berputar semula. Dia terus rebah dan bersujud. Menyerahkan air mata ini hanya pada zat yang satu itu.

"Ya Allah... kalau ini takdir-Mu, ajarkan untuk aku redha..."

BERSAMBUNG.....

sesungguhnya dari tuhan kita datang, pada tuhan juga kita kembali....

Share this novel

EfZet
2025-06-06 21:11:55 

La..kenapa biru mati pulak?? Sedih nya....

User22861
2025-06-06 21:02:39 

sedihnya..betul ke nii.i..dah ikut Dr Hurdan nangis ni..

Aryanie
2025-06-06 20:22:28 

sedihnya sampai ke lubuk hati . :(


NovelPlus Premium

The best ads free experience