“ABAAANGGG… Drama tu dah nak mulake?”
Suara lembut Nur Biru memanggil dari dapur, sambil tangan sibuk mengisi popcorn ke dalam mangkuk besar.
"Dah sayang. Meh cepat...." Sahut Hurdan dari sofa ruang keluarga rumah mereka.
Biru terus kembali ke ruang tamu, menolak sedikit selimut bayi yang terselak di atas ribaan suaminya.
“Eh, abang betul-betul nak tengok cerita ni ke?”
Tanya Biru manja sambil melentok kepala ke bahu suami kesayangannya itu. Bukan selalu lelaki itu ada masa untuk berehat pada waktu malam begini. Selalunya, dia mesti sibuk dengan jadual rawatan.
Hurdan senyum sambil meluruskan sedikit badannya. Kepala diangguk sambil tangannya merangkul lembut isterinya itu. Rambut wangi milik Nur Biru dicium sejenak. Nikmatnya waktu rehat sebegini. Tenang rasa jiwa. Terus hilang lelah sepanjang bekerja.
“Tapi...bukan ke drama-drama ni semua klise? Abang selaku komen macam tu kan?” bibir mungil itu berceloteh lagi.
Hurdan hanya senyum menatap tingkah isterinya. Hidung wanita itu sengaja dicuit. Suka betul dia melihat tingkah bersahaja ini sejak dia mula kenal Biru.
“Memanglah klise. Mana ada cerita romantik melayu yang tak klise kan? Cerita cinta kita pun klise..." usik Hurdan pula.
Biru ketawa. Terus terbayang-bayang momen-momen indah dulu.
"Tapi kisah kita rare sikit abang. Hehe... 3 hari keluar wad, dah jadi isteri doktor encem. Untung betul sayang ni tau..." Janggut suaminya itu sengaja diselati buat beberapa detik.
Hurdan turut ketawa. Ya, kisah mereka memang agak aneh. Dia sendiri pun tak sangka yang dia sanggup buat keputusan nekad sebegitu. Mungkin sebab hati dah tertawan. Ditambah pula dengan mimpi ngeri yang menghantui itu juga.
"Hati abang dah jatuh sayang, nak buat macamana kan.." lembut saja nada Hurdan kemudiannya membalas. Jari-jemari isterinya digenggam lebih kemas.
"Abang excited tengok preview drama ni tadi sebenarnya. Cerita ni abang nampak ada doktor yang rambut messy macamtu, lepas tu ada pesakit yang pakai serba biru dan gelaran dia pun…Buscopan Girl. Hehe. Macam familiar sangat je kan?” Bibirnya tersengih sambil angkat kening meraih perhatian Nur Biru.
Biru menjeling manja. Betul, nama tu memang tak asing pun dari mereka. Dia pernah diberi gelaran tersebut sewaktu ditahan wad dulu. “Haaa…memanglah familliar. Abang kutuk sayang guna nama tu kan?" Biru pura-pura merajuk.
Sekali lagi hidung Biru dicuit oleh Hurdan.
"Mana ada kutuk? Nama tu special tau. Kod cinta abang. Hehe," lekuk di kedua-dua pipi lelaki itu jelas terlihat apabila menayangkan senyuman manis sebegitu.
Biru cair seketika. Memang dari dulu dia suka tengok senyuman tak ikut harga siling ni. Sebab tu mahal. Payah betul mamat ni nak senyum. Tapi kalau dah bagi, boleh berbunga-bunga hidup ni tau.
"Jadi abang dah jatuh cintalah masa kali pertama sayang admit tu kan? Sebab masa tu, sayang dah dengar gelaran tu....."
Hurdan tak bantah, malah matanya hanya dikejip-kejipkan saja. Buntang mata Nur Biru. Seriuslah? Tapi layanan lelaki tu kerek betul. Siap digelar annoying lagi. Tak gaya orang suka pun.
"Sebabtu....abang request langsir kelabu kat ruangan sayang. Kalau perasan katil pesakit lain semua biru. Hehe..my favorite color. So, kenalah lain sikit dari yang lain. Senang abang nak cam masa ward round..."
Sekali lagi Biru terkejut. Yang bukan-bukan aje rupanya. Patutlah lelaki tu tak layan bila dia minta langsir biru. Ini rupanya alasan dia.
"Jadi, sayang tak bertepuk sebelah tanganlah rupanya. Eeeiiii...mantap lakonan abang kan? Hehe..."
Hurdan senyum sahaja. Dia waktu itu dalam proses menilai baik dan buruk. Tak mahu juga terburu-buru mendekati gadis yang memang tak dikenali asal-usulnya. Tapi setelah mimpi itu datang, dia benar-benar yakin dengan keputusan tersebut.
TV kemudian menyala. Lagu 'Sehelai Baldu Biru' yang menjadi suara latar. Masing-masing ketawa. Kebetulan betul dengan lagu sejarah mereka. Dan babak pertama pun bermula. Kedua-duanya fokus kepada gerakan pelakon dalam layar kaca tersebut. Sesekali kedua-duanya mengimbau kenangan dulu. Kisah yang dirakam betul-betul comel. Heroin nampak nakal betul menyakat sang hero yang kelihatan berwatak tegas tersebut. Tapi dalam hati, sama-sama dah jatuh suka sehinggalah babak tragis yang berlaku..
"Sayang... ingat tak hari tu... masa sayang tengah baring dalam wad, sayang cakap suara abang mahalkan?"
Heroin senyum senget.
"Kadar senyum tak ikut harga siling. Suara sumbang...GPS Waze.."
Kedua-dua hero dan heroin ketawa kecil. tawa yang sangat sayu. Sangat... menyayat hati.
"Sayang cakap suara abang sumbang kan? Tapi tetap juga suruh abang nyanyi lagu 'Sehelai Baldu Biru' tu kan,"
Heroin senyum lemah.
"Ni..."(Tiga jari hero kemudian melekap ke pipi meniru gaya heroin suatu ketika dulu)
Muka heroin nampak teruja walau pandangannya sudah layu.
"Bunga sayang dah cukup tiga. Abang ingat semua tu. I love you too,"
"Abang..." Panggil heroin lemah.
"Ya, sayang."
"Mak dan ayah saya... datang dalam mimpi. Mereka ajak saya balik..."
Air mata hero terus deras merembes ke pipi. Betul-betul nampak lekaki itu tersentuh. "Jangan cakap macam tu. Abang masih ada kat sini. Sayang belum habis berjuang kan dengan abang...."
Heroin geleng perlahan. "Tuhan sayang saya, bang... Tapi saya sayang abang juga. Kalau saya tak sempat hidup esok..."
"Sayang!" Hero terus menyampuk cemas. "Jangan cakap macam tu. Sayang kuatkan? Kita usaha......" nafas hero kemudian tersekat-sekat menahan sebak sehinggalah monitornya diam...... Nafas heroin akhirnya berhenti....
Biru menangis. Lukisan tiga bunga itulah paling menyentuh hatinya. Sama sangat dengan kisahnya dengan Dr Hurdan. Cuma dia tak sempat berikan lukisan ketiga seperti dalam drama tersebut. Gaya hero yang menayangkan tiga jari ke pipi tadi sama persis perlakuan dia dulu pada suaminya itu. Jahatnya watak antagonis tersebut. Sanggup bermain-main dengan garis kematian orang.
Hurdan turut bergenang air mata. Drama tersebut sampai ke hati mereka hinggakan kedua-dunya sepi seketika melayan sedih. Anak kecil mereka yang berada di ribaan Hurdan itu pun turut menangis dek terkejut dengan emosi kedua-dua ibu bapanya. Masing-masing kemudian cepat memujuk.
Kemudian, mata mereka kembali dihalakan sekali lagi ke arah skrin layar kaca tersebut. Babak penutup yang penuh perasaan kini ditayangkan.
Hero memegang sehelai kain baldu biru di tangan. Fabriknya masih lembut. Sedikit lusuh. Tapi masih terlipat kemas dalam genggamannya.
Hero kemudian berdiri lama di tepi tingkap kaca hospital. Hanya diam tapi fikirannya serabut. Bibirnya tidak bergerak, namun matanya penuh suara.
"Masih ada bau dia..." monolog Hero perlahan. "Atau mungkin hanya bayangan hati yang terlalu rindu..."
Tangan hero kemudian kembali menggenggam kain itu erat-erat, seolah-olah kalau dilepaskan… semua kenangan akan ikut hilang.
Dan untuk sekian kalinya, hero itu bertanya lagi pada diri.
"Berapa lama perlu aku simpan rindu ni?" Tapi langit di luar cuma diam, membiru seperti biasa. Tapi tak pernah menjawab. Namun, ia tak pernah mungkir untuk hadir.....
Sekali lagi air mata Biru merabak jatuh. Sedihnya pengakhiran cerita tersebut. Kisah cinta tulus yang tak kesampaian. Tapi hero itu betul-betul mencintai heroin tanpa syarat. Dan....kebenaran di sebalik onar watak antagonis itu tak berjaya diungkapkan pada semua. Itu yang buatkan dia ralat.
“Cerita ni… macam familliar.....” komen Biru lagi dalam tangisan.
“Hmmm.” Hurdan berdeham tipis. “Mungkin inspirasi dari cerita yang hampir berlaku dulu.....”
Kedua-dua mata pasangan suami isteri itu kini bertaut. Tiada suara yang terucap, namun mata Hurdan seolah-olah menggambarkan seluruh saat getir ketika mimpi ngeri itu hadir kepada Biru. Bukan dia tak mahu bercerita sebelum ini, tapi rasa sakit itu masih berbekas hinggakan dia tak sanggup untuk meluah. Tingkah Kaira betul-betul jahat waktu itu.
"Maksud abang..." Anak mata Biru kini tepat merenung wajah suaminya. Seolah-olah ada rahsia yang masih tersembuyi.
"Allah panjangkan cerita kita sayang. Mungkin....peluang kedua juga.....untuk abang....." Suara Hurdan sebak kemudian. Jemari Nur Biru kembali dikucup. Terasa ada air jernih yang menitis di situ. Biru terus terpaku. Sah, ada kisah sedih yang lama disimpan oleh suaminya itu. Yang belum diungkapkan lagi hingga sekarang. Dia betul-betul membuak untuk tahu.
Seketika kemudian....
TV menunjukkan akhir cerita. Skrin perlahan-lahan menjadi hitam. Tulisan putih pun mula menggulung senarai nama pelakon, penulis skrip, jurukamera, dan akhirnya.....
Pengarah: Kaira Hairani binti Kamaruzzaman
Biru terus tersentak. Matanya kemudia menghala ke arah suaminya yang sedang tunduk menyeka air mata.
“Abang....macam Dr Kaira....” itu yang terpacul di bibir. Dia tahu nama penuh tersebut sewaktu melihat cop pada kad rawatan dulu.
Hurdan angguk kecil. “Ya…sayang. Dia dah tak jadi doktor...." Wajahnya diangkat sedikit merenung lembut wajah isterinya itu. "Dia ada contact abang sebelum ni....untuk siarkan kisah ni. Tapi dengan penutup yang lebih pedih supaya dia ingat sampai bila-bila. Untuk dia jadikan sempadan atas apa yang berlaku... ”
Biru melongo. Dia macam dapat agak apa yang sebenarnya telah berlaku dulu berdasarkan plot drama yang telah ditayangkan. Sejahat itu kah watak doktor muda itu dulu? Tiba-tiba hati jadi sayu.
"Dia nak sayang pergi ke bang..." Nada Biru seakan menjauh.
Hurdan pantas menggeleng.
"Dia menyesal sayang. Dia dah hilang segala-galanya disebabkan peristiwa itu. Hidup dia terus gelap dan terpaksa bermula dari titik kosong. Apa pun...kita doakanlah dia temu kebahagian yang hakiki pada jalan yang dicari. Untuk ketenangan diri kita juga."
Biru angguk. Dia faham sekarang kenapa suaminya itu benci sangat pada figura doktor cantik tersebut. Tapi, betul kata suaminya itu. Memaafkan itu akan buat kehidupan jadi lebih tenang.
Dan....sebelum skrin televisyen betul-betul gelap menukar siaran program yang lain, muncul satu nota terakhir di situ.
Teruntuk dia dan isteri yang pernah saya sakiti.....
“Maaf untuk kesekian kalinya....”
“Kerana pernah menjadi ‘antagonis’ dalam kisah hidup kalian. Saya menyesal...mengotorkan tangan dengan noda dan nafsu. Tapi dari kisah itu, saya belajar menghargai dari sekecil-kecil kuman yang diciptakan Tuhan. Setiap yang berlaku penuh hikmah. Sakit yang menghapus dosa, begitu juga ujian yang menghapus derita. Syukur kerana masih diberi peluang kedua. Walau dari jauh, saya doakan kalian bahagia. Terima kasih untuk segalanya H.B..”
–Kaira Hairani binti Kamaruzzaman-
(Pengarah Sehelai Baldu Biru).
Biru menekup mulut. Terharu. Akronim H.B itu cukup membayangkan namanya dan suami. Air matanya yang bersisa diseka perkahan-lahan. “Dia dah betul-betul berubah, kan bang?”
Hurdan angguk perlahan. “Dan kita doakan dia temui tenang. Supaya tak ada siapa lagi jadi mangsa...”
Biru turut mengangguk. Tapi tiba-tiba bunyi kuat dari arah suaminya kedengaran.
“Prrrttttt...”
Hurdan senyum senget.
"Abang kentut?" Spontan peha lelaki itu dicubit. Eeeii.....kurang asam! Dalam sedih-sedih sempat dia buang gas.
"Emosi sangat tadi. Gas pun keluar tanpa sedar," Hurdan jawab selamaba.
Biru menjeling. "Alasan!! Busuk tau..."
Hurdan mengekek tawa.
"Busuk sangat ke sayang? Risaulah.... Sebenarnya, abang dah kena diagnosed ni..."
Dari marah, terus riak Biru berubah bimbang.
“Diagnosed apa? Abang kenapa?” Pipi suaminya itu terus dielus. Anak mereka yang masih dipangkuan Hurdan itu terus dipindahkan ke tilam.
Hurdan merenung tepat. Serius.
“Abang kena.... Diagnosis Cinta Biru. Tahap kronik. Simptom utama, kentut tak tentu hala bila rindu nak dibelai."
"Abaaaaanggggg....."
Biru terus ketap bibir. Sekali lagi peha suaminya jadi sasaran. Lelaki itu pula makin kuat mengekek tawa.
Dan pada dingin malam yang mengalun lembut di balik jendela itu, cinta mereka mengalir tanpa henti. Tak perlu sempurna, cukup dengan tawa dan rasa yang penuh bahagia.
TAMAT
P/S : yeaahaaaa....kentut pulak. Haha... bila dah boleh kentut merata-rata tu...takda rahsia dah tu kan? Betul tak? So, tamatlah cito den kali ni....hehe... Tenkiu all... ai labiu.... Sehingga berjumpa di lain cerita pula. Nak citer yang macam mana pulak ek? Hehe
Share this novel
yeah..akhirnya bahagia.ntt Cuba buat cerita abang polis pula.. hehehe ...