"DR HURDAN! DR HURDAN! Cepat tengok ni!"
Jeritan cemas jururawat Farah yang bertugas waktu itu bergema dari lorong hadapan Wad 12, membuatkan beberapa pelawat yang baru keluar dari wad tersentak. Hurdan yang sedang terbongkok-bongkok meneliti laporan kes pesakit obstetrik bersama Kaira di bilik pemantauan tadi terus berpaling. Wajah Farah nampak pucat, nafasnya tercungap-cungap.
Hurdan segera bangkit.
"Apa dah jadi?" soalnya cepat. Dadanya mula rasa berdebar-debar. Jarang-jarang ada jururawat yang memanggilnya dalam keadaan cemas seperti itu.
Farah tidak terus menjawab. Tangannya yang sedari tadi menggeletar terus menghulur sekeping keputusan cetakan makmal. Tertera laporan darah pesakit yang bernama Nur Biru binti Muhammad Fahrul di situ. Wajahnya tampak keliru bercampur takut.
"Ini laporan full blood count terbaru Nur Biru, doktor. Dapat pagi tadi dari makmal utama. Saya baru aje nak simpan dalam fail fizikal pesakit. Tapi bila saya buka fail digital, saya... saya rasa ada yang tak kena. Dan... Aida beritahu patient ni pagi tadi dah discharged....."
Hurdan kecilkan anak mata. Dahinya berkerut seribu. Helaian yang dihulur itu terus diteliti.
"Hemoglobin drop mendadak ke 6.8? Platelet 42? Ini... ni teruk ni Farah. Kenapa baru sekarang cakap?" Tinggi sedikit nada Hurdan kemudiannya. Wajahnya keruh.
"Itu yang saya pelik doktor!" suara Farah makin tertekan. "Semalam, Aida kata dia pernah tengok satu result yang lebih kurang macam ni, tapi masa dia nak key-in tu Doktor Kaira datang dan beritahu result tu duplicate. Doktor Kaira juga cakap sistem mungkin auto-generated duplicate entry daripada lab, dan arahkan dia untuk untuk guna satu lagi bacaan yang lebih stabil. Hemoglobin 9.7 dan platelet 120 sebab katanya 'satu tu belum divalidate'. Tapi sekarang bila saya cek balik dalam sistem... dua-dua fail tu ada, doktor. Cuma yang satu tu diset sebagai 'hidden by admin'."
Kaira berdecit kecil. Ada aje mulut bawang yang suka mengadu. Depan-depan pula tu. Hesyyy...kertas laporan di tangan Hurdan itu dijeling geram.
“Kadang-kadang sistem tu memang simpan auto-cache result yang tak disahkan lagi… maybe that’s what happened,” tambah Kaira perlahan cuba membela diri namun nadanya tidak yakin seperti selalu. Tapi dia tetap berharap agar semua ini tidak berlarutan. Pesakit pun dah keluar hospital. Kes obstertik yang sedang diuruskan ini moga-moga dapat mengalih fokus Hurdan.
Hurdan terdiam. Rona wajah cerahnya terus bertukar merah padam. Tangannya terus laju menekan punat komputer untuk mengakses sistem HIS di komputer bilik pemantauan tersebut. ID pesakit terus dimasukkan ke ruangan capaian EMR. Memang dua entri laporan darah dari makmal dengan masa dan tarikh yang sangat dekat muncul di skrin. Tapi satu fail ditandai "Override ~ duplicate (hidden)" dengan cap pengesahan admin: KAIRA HAIRANI.
Hurdan terus geleng kepala sambil merengus tajam. Hatinya dibadai geram yang menggila. Rahang yang mengeras menyebabkan jemarinya yang menggenggam pen itu terus menggigil. Nafas yang dihela terasa berat mencengkam dada. Satu-persatu laporan keputusan darah itu dibaca.
Fail A. Tertera keputusan semalam yang dia sempat tengok. Nampak normal saja nombor-nombor yang tercatat di situ.
Tapi...
Fail B. Keputusan seperti cetakan yang dihulur oleh jururawat Farah itu sekarang. Bacaan abnormal yang jelas menunjukkan penurunan yang mendadak.
Farah yang sudah cuak sedari tadi terus memberi penjelasan. Jujur, dia pun takut dengan kecuaian yang berlaku ini. Tak mahu dirinya serta rakan-rakan jururawat lain yang akan dipersalahkan nanti.“Saya... saya jadi tak sedap hati, doktor. Saya cek semula nombor siri makmal tu. Kedua-dua test tu sah dari dua sampel berbeza. Tapi hanya satu aje yang dimasukkan sebagai rekod rasmi. Yang lagi satu tu....”
".... You ubahkan Kaira?” potong Hurdan dengan nada tegang? Matanya terus mendelik tajam ke dalam anak mata Kaira.
“Hurdan... listen. The data looked like a duplicate yesterday. The system wasn’t stable either. I... just wanted to avoid confusion. And besides, the other result didn’t look that different, right?”
"Not that different, seriously?" Suara Hurdan naik satu oktaf.
"Are you blind or just pretending not to see it? A hemoglobin as low as 6.8 compared to 9.7.... and you think that's okay? That’s not just careless, Kaira. That’s deceitful. Biru was just discharged this morning. And if this is the actual result, she could be in real danger right now. You knew about her previous minor DVT. Her Hb is crashing, her platelets are dropping..... and you just brushed it off like it’s nothing?!” tengking Hurdan lebih kuat.
"And you call yourself a doctor?"
"This isn’t just a mistake but this is manipulation. You buried the real data to feed your ego. At the cost of someone’s life!!" Suara Hurdan masih melengking kuat.
Kaira yang masih menunduk tadi terus terkejut dengan herdikan Hurdan. Tak sangka lelaki itu boleh kelihatan sebengis itu. Dia terus bangun perlahan-lahan.
"I... I cuma fikir dia dah okey. Lagipun you sibuk dengan kes trauma tu, I thought.."
"You thought?! That’s her life, Kaira! Dia patient I. Wad ni I yang in-charge. Bukan main teka-teka!"
Wad yang berdekatan turut terdiam. Hatta bunyi mesin ECG pun terasa macam memperlahankan dirinya. Farah menunduk. Beberapa jururawat lain terhenti di tempat masing-masing. Suasana jadi beku.
Kaira cuba bersuara. “I didn’t mean to… I just…”
Hurdan hampiri dia perlahan. Suara diturunkan, tapi tajam.
"You nak dia cepat discaj, kan? Sebab you tak tahan tengok I dengan dia makin rapat."
Kaira gigit bibir. Air mata di kolam matanya mula bergenang, tapi Hurdan tak peduli.
"You tak profesional, Kaira. You bukan doktor bila you biarkan perasaan ganggu kerja."
Kaira mendongak, matanya kini merah, tapi bukan kerana sedih tapi disebabkan rasa marah yang menyelubung hati.
"Oh, so now I’m the only one not professional, huh? What about you, Hurdan? You think I didn’t notice how you treat her? You layan dia lain dari patient lain. You panggil dia lembut, you temankan dia malam-malam dekat wad you think that’s professional?"
Keadaan makin senyap. Beberapa doktor pelatih yang sedang melintasi berhenti sejenak untuk mendekati jururawat Farah yang kelihatan resah. Dr Hurdan betul-betul marah sekarang.
“I layan dia baik sebab dia sakit, Kaira. Bukan macam you! Yang layan ego sendiri macam pesakit!”
Kaira terkedu.
“You cemburu kan? Fine. Tapi jangan sampai you gadaikan nyawa pesakit. You sanggup ubah fail, you manipulasi data semua. Untuk apa? Nak pisahkan I dari dia? That’s not just unprofessional, that’s dangerous.”
“Hurdan, I... I cuma.....”
“No! Don’t justify it. Kalau apa-apa jadi pada Nur Biru... I’ll never forgive you Kaira. Never!”
Kaira menekup mulut. Air matanya gugur satu persatu namun langsung tidak dihiraukan oleh Hurdan.
“I takkan biar you rosakkan hidup dia, Kaira. Not again!!!” Bentak Hurdan lagi dengan kasar sambil bergegas keluar dari bilik pemantauan dan tergesa-gesa menuju ke wad 12. Kaira terpaku di tengah-tengah bilik dengan mata semua staf yangbertugas hari itu tertumpu ke arahnya. Bukan lagi sebagai doktor senior, tapi sebagai seseorang yang hilang integriti diri.
.......
SEMENTARA DI PINTU UTAMA WAD 12, berita tentang manipulasi keputusan itu pantas tersebar dan menjadi buah mulut staf-staf yang bertugas. Seorang pengawal keselamatan perempuan lingkungan usia 50-an yang bertugas hari itu turut mendekati Dr Hurdan tatkala lelaki itu melewati tempat tersebut.
"Doktor… tadi saya nampak budak perempuan comel tu keluar sendiri. Jalan pun dah senget-senget. Terhuyung-hayang aje gayanya. Saya sempat juga berbual ringkas dengan dia. Saya nak tolong, tapi dia senyum dan tolak aje. Katanya dia dah kuat dan boleh jalan sendiri."
Langkah laju Hurdan terhenti. Matanya terus dihala tepat ke arah pengawal keselamatan tersebut. “Puan nampak dia pukul berapa tadi?”
“Nak dekat pukul 10 pagi tadi doktor. Sorang-sorang aje dia tarik bagasi kecil dia tu.”
Hurdan ketap bibir.
“Dia keluar sendiri? Tak ada waris atau siapa-siapa yang datang jemput?”
Mak jaga itu hanya mengangguk perlahan. “Saya tanya juga. Tapi dia jawab… dia balik sendiri. Naik Grab. Bila saya tanya siapa waris, dia senyum aje. Katanya dia dah takde siapa-siapa. Dulu pun, datang ke sini memang sendiri...”
Dada Hurdan berombak. Nafasnya terasa berat.
“Takde sesiapa…?” ulang dia perlahan.
Mak jaga itu hanya jongket bahu. “Dia cakap… dia anak yatim piatu doktor. Katanya mak dah lama meninggal masa lahirkan dia. Ayah pula meninggal masa dia darjah tiga. Selama ni duduk rumah anak yatim. Tapi sekarang dah besar sikit, dia duduk hostel kerja. Itu pun kerja tak tetap, doktor…”
Seperti dihentak sesuatu ke jantung, Hurdan termundur setapak. Tangannya perlahan-lahan melurut ke sisi. Mukanya tegang. Suara dalam kepala mula berdengung. Segala-galanya masuk akal kenapa Biru tak pernah bercerita tentang keluarga. Gadis itu pun tak pernah dilawati oleh sesiapa dan dia cukup menghargai setiap perhatian kecil yang diberi…
Dan saat itu juga, dari pembesar suara hospital, suara penyampai radio yang sedang terpasang untuk hiburan pesakit itu tiba-tiba menukar nada.
“Berita terkini… seorang wanita muda tidak dikenali telah ditemukan rebah di bahu jalan berhadapan dengan Klinik An-Nur. Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak stabil dan kini dalam perjalanan ke jabatan kecemasan…”
Jantung Hurdan seolah-olah terhenti. Wajahnya mendadak pucat. Matanya membulat, tajam memandang ke arah radio kecil yang terpasang di kaunter.
“Bahu jalan… Klinik An-Nur… tempat itu… dekat sini aje… Birukah orangnya?”
“Farah!!!” jerit Hurdan tiba-tiba menoleh pantas.
Jururawat Farah yang sudah berada di kaunter itu terus berlari mendapatkan lelaki itu. “Ya doktor?!”
“Pergi ke katil 2B sekarang. Tengok semula ada tak barang pesakit yang tertinggal. Cepat!”
Farah terus menurut arahan. Hurdan membontoti dari belakang, langkahnya laju, penuh debaran. Sebaik sahaja tirai kelabu itu diselak, suasana jadi sunyi semula. Farah terus menggeledah katil tersebut dengan cekap.
"Kad pengenalan Nur Biru doktor...." Suara Farah bergetar. Menggigil tangannya menghulur kad biru itu kepada Dr Hurdan. Seolah-olah ada kesinambungan daripada berita yang diumumkan di radio tadi.
Hurdan terduduk. Kad licin itu digosok dengan seribu rasa kesal. Bantal yang masih kekal kedut dengan kesan tidur itu disentuh. Bau wangi semburan perfumenya malam tadi masih kuat mencucuk hidung. Terselit nota kecil di situ. Ada gambar bunga yang sengaja diconteng comel di atas kertas kecil tersebut bersama sebaris tulisan.
**Sekarang dah cukup tiga kuntum bunga dari saya ni tau. I LOVE YOU 'ABANG' DOKTOR HURDAN!!!!'. Hehe. Simpan baldu biru keramat saya tu tau. Minta izin bawa balik bau perfume, abang ya. Janji panggil saya sayang tau kalau jumpa saya nanti. Hehe... Ingat saya dalam doa abang..**
Gugur air mata Hurdan tatkala membacakan satu-persatu ayat yang ditulis. Langit terasa runtuh dalam dadanya. Betapa gadis itu mengharap dia ada di sisi ketika urusan discaj pagi tadi.
Farah turut terkaku. Belum pernah dia melihat Dr Hurdan yang sentiasa tenang dan profesional itu beriak sedih dan emosional begitu. Pasti teruk kemungkinan yang berlaku nanti. Nota kecil yang dipegang doktor muda itu pun pasti mengandungi makna besar.
“Siapkan katil kecemasan Farah. Kita standby! Cepat.”
Farah mengangguk dan bergerak pantas.
Hurdan menggenggam nota kecil itu semula. Disimpannya ke dalam poket jubah dengan cermat. Seolah-olah itu satu-satunya talian terakhir antara dia dan gadis yang mungkin sedang nazak di luar sana itu. Detak hatinya kuat mengatakan gadis yang dilaporkan rebah dalam berita tersebut adalah Biru.
Dia terus melangkah keluar dari wad. Dalam hatinya, hanya satu azam yang terpahat kuat. Gadis itu tak patut dibiarkan pergi begitu. Dia mesti jumpa Nur Biru sekarang. Sebelum segalanya terlambat......
BERSAMBUNG
P/S : arrrghh...betulke Biru macam ni guys? Gila....hb 6.8 pun boleh lepas.....apoooo.... Rasa nak maki kan?
Share this novel
Biru ke yg pengsan TU? berdebar- debar ni mcm terasa Ssdg berada d hosp tu tgh tggu siapa sebenarnya yg pengsan TU...