Suasana hospital memang bosan. Asyik bunyi sama aje yang terbias di gegendang. Kalau bukan bunyi roda troli , mesti derapan tapak kaki jururawat. Kalau tak pun, suara pesakit sebelah yang berdengkur. Itu memang lagu tema wajib tiap-tiap hari. Aduhai...
Nur Biru baring menyandar kemudiannya, matanya memandang kipas siling yang berpusing malas. Wajahnya masih bersih, hanya ditemani senyuman yang entah kenapa tak nak surut sejak semalam dan pagi tadi.
“Dr. Hurdan... anda memang bahaya. Senyuman anda buatkan pesakit macam saya rasa hospital ni macam taman bunga tau,” dia membebel sendiri. Seronok rupaya kena tahan wad ni kan? Ada hikmah juga dapat sakit. Hehe. Indah sungguh pemandangannya.
Tiba-tiba, langsir wadnya diselak orang.
“Assalamualaikum, Cik Nur Biru!”
Gadis itu terus angkat kening. Bukan suara yang dia tunggu-tunggu
Seorang doktor wanita berdiri di hujung katilnya. Lab coat putih, rambut tersimpan rapi di dalam anak tudung, dengan senyuman profesional tapi… ada aura “Miss Perfect” yang menyengat.
“Waalaikumussalam… err… Doktor?”
“Saya Dr. Insyirah. Pegawai Perubatan yang baru bertugas di bawah seliaan Dr. Hurdan. Saya akan ambil alih pemantauan Cik Nur Biru tengah hari ni.”
Biru cuba senyum. Tapi dalam hati — Errr… kenapa bukan dia? Mana dia?
“Oh… okey. Dr. Hurdan tak ada ya?” Tapi, tadi pagi kan, doktor muda itu ada menapak ke sini. Takkan tiba-tiba dia cuti kan? Getus Biru dalam hati.
Dr. Insyirah melempar senyum manis kemudiannya.
“Oh, tak. Dia ada. Tapi tengah hari ni dia kena attend dengan Pakar. Lagipun, kami kena bahagi wad. Tak boleh semua pesakit nak doktor kacak je rawat, kan?”
Biru senyum kelat.
“Err… saya okey je, hehe. Tapi kalau semua hari dapat doktor kacak tu pun takpe,”
Dr. Insyirah tergelak kecil sambil belek fail.
“Cik memang famous ya. Hari pertama dah buat doktor tu geleng kepala banyak kali.”
Nur Biru buntangkan mata. Terkejut, tapi seronok.
“Betul ke dia cerita pasal saya?” Naik semangat Biru tiba-tiba.
Dr. Insyirah angguk perlahan. “Dia kata Cik Nur Biru pesakit paling… ‘unik’ pernah dia jumpa.”
Biru senyum bangga. “Alhamdulillah. Ada juga bakat semulajadi saya ni dihargai kan? Hehe.”
Dr. Insyirah sama tergelak. Tangan pesakitnya itu terus diangkat. Namun belum sempat Insyirah mahu ambil tekanan darah, muncul satu figura yang sangat dikenali di muka pintu.
Dr. Hurdan Azka!
Kali ni dengan fail bertimbun di tangan dan wajah yang nampak… sedikit tak selesa?
Mata dia terus pandang ke arah Biru… dan Insyirah.
“Oh, awak dah settle ya, Dr. Insyirah?”
“Ya, Dr. Hurdan. Saya baru nak ambil vitals patient ni.”
Hurdan angguk. Tapi mata dia macam tak mahu lepas pandang wajah pesakit yang seorang ni.
“Cik Nur Biru,” dia mula bersuara. Nada dia... eh, lain macam.
“Ya, doktor?”
“Saya ada tengok result lab awak. Bacaan LFT awak dah makin baik. Tapi kita masih perlu monitor satu dua hari lagi sebelum bagi kebenaran untuk discharge.”
Biru angguk faham. Tapi dalam hati... dia lebih monitor ekspresi doktor tu sekarang. Macam... ada benda tak kena.
Dan dia tak salah.
Sebab lepas tu, Hurdan cepat-cepat berpaling, dan... berlalu keluar tanpa sebarang gurauan seperti selalu.
Nur Biru tergamam. Dr. Insyirah senyum kecil, mungkin faham suasana.
“Doktor tu... okey ke?”
Insyirah gelak kecil. “Dia selalu macam tu. Tapi kalau dia tak usik, maksudnya dia... tengah fikir sesuatu yang agak mendalam.”
Biru senyum sinis. “Fikir pasal saya ke… atau pasal doktor Insyirah?”
Insyirah mengangkat kening sambil ketawa kecil. “Saya ni... junior je, Cik Biru. Jangan risau sangat ya.”
Kedua-dua masing-masing tergelak sendiri. Nur Birulah yang paling malu. Nampak sangat fikir yang lebih-lebih! Tapi, dia lega. Sekurang-kurangnya, dia belum ada pesaing kan? Doktor Insyirah yang sedang menapak keluar itu bukan orang istimewa Doktor Hurdan.
Langsir wad kemudian tak lagi bergerak apabila pendingin hawa dikuatkan sedikit. Kipas siling yang berpusing malas itu telah dimatikan.
Nur Biru masih diam memandang sekeliling.
Sewaktu Dr. Hurdan masuk tadi, lelaki tu nampak pelik sedikit. Cakap pun dua tiga patah aje, kemudian terus lesap. Tak ada usik-usik manja. Tak ada juga senyum seperti pagi tadi. Apatah lagi ‘jelingan maut’ yang buat hati dia selalu tersengguk.
“Kenapa dia macam tu ya…” gumam Biru, perlahan. Dia masih pegang lengan sendiri.
Namun tak sampai seminit, langsir wad kembali diselak.
Tapi bukan doktor muda itu juga datang. Seorang jururawat perempuan yang mendekat bersama senyuman.
“Cik Nur Biru?” panggilnya sambil hulurkan satu plastik kecil.
Biru angkat kening. “Ya?”
“Dr. Hurdan minta saya bagi ni,” katanya sambil menghulur suatu bungkusan plastik di tangan.
“Dia pesan suruh awak simpan kat tepi katil. Dalam tu ada balm dan tisu basah.”
“Balm…?” Terjongket kening Biru kehairanan.
“Dia kata awak selalu picit kepala bila baring lama. Dia suggest sapu sikit. Dan… err… tisu tu sebab awak suka lap mata dengan selimut.”
Biru diam. Ha? Tiba-tiba detak jantungnya jadi laju. Habis membahang kulit putih kuning langsatnya
“Dia… dia perasan ke semua tu?” tanyanya sendiri. Walau perlahan, tetap aje suara kecilnya itu didengari oleh jururawat tersebut.
“Dr. Hurdan ni… jenis yang tengok semua tau, tapi dia tak cakap. Kita nampak macam dia tak kisah… padahal dia memang sangat teliti sebenarnya,” ujar jururawat itu lagi.
Nur Biru telan liur. Dah tak tahu nak balas apa.
“Oh ya, ada satu benda lagi Cik Biru,” Kali ini sengih jururawat itu lebih lebar.
Biru dongak, curious.
“Dr. Hurdan tadi… sempat tanya kat kaunter jugak.”
“Pasal saya ke?” Biru dah gabra.
“Taklah. Pasal diri dia sendiri. Dia tanya kami… ‘Betul ke suara dia tu boleh buat duit? Ada orang kata macam mahal. Sedap sangat ya?”
Biru terus tunduk. Muka dia merah padam.
“Oh my God…
Tapi dalam kepala, ayat jururawat tadi berulang tayang macam kaset rosak.
‘Betul ke suara dia tu boleh buat duit? Ada orang kata macam mahal. Sedap sangat ya?’
Terus mukanya ditutup dengan bantal. Memang dia yang sindir doktor tu mahal nak senyum apatah lagi nak gelak.
Jururawat itu ketawa kecil. “Lepas tu doktor tu gelak besar tau. Tapi kemudiannya dia terus senyap, macam fikir panjang....”
Bulat mata Biru kemudiannya. Terkejut!
“Dia gelak? Betul ke?” Reaksi macam tak percaya. Tak pernah lagi dia nampak doktor tu ketawa. Biar benar?
Jururawat itu angguk laju, macam nak pastikan Biru tak terlepas satu pun butir cerita.
“Betul! Saya pun terkejut. Doktor tu bukan jenis senang ketawa tau. Kalau orang lain buat lawak, paling kuat pun dia senyum sebelah bibir je. Tapi bila cerita pasal awak tadi, boleh pulak dia ketawa sampai satu bilik pandang.”
Biru makin ternganga. Sah! Memang mereka bergosip pasal dirinya tadi. Terus dia tepuk pipi, cuba pastikan dia tak mimpi.
“Yeke… saya buat dia gelak macam tu?”
Jururawat itu makin seronok bergosip. “Eh, bukan setakat gelak je, lepas tu dia terus diam. Saya dengan MO lain pun pelik. Muka dia blur. Macam tengah fikir benda besar sangat.”
Biru telan liur. Patutlah doktor tu senyap tadi. Logik juga dengan keadaan yang diceritakan sekarang.
“Dia fikir apa agaknya…” gumam Biru perlahan.
Jururawat itu tersengih nakal sebelum keluar. “Entahlah… mungkin dia tengah fikir suara dia betul-betul sedap kut… atau dia tengah fikir pasal orang yang puji suara dia tu.”
Biru tutup muka dengan selimut serta-merta.
“Ya Allah… malunyaaaa…”
Tapi dalam diam, senyuman dia meleret jugak bawah selimut tu. Hati dia macam baru dapat bunga sebakul. Jururawat ni pun sporting betul. Tak kisah ya pesakit serabai macam dia nak mengurat doktor muda tu?
“Dia… tak muncul. Tapi dia bagi semua benda yang aku perlukan. Dan dia… ingat semua.” Biru bermonolog lagi setelah jururawat itu keluar.
Sambik tarik plastik yang diberikan tadi rapat-rapat ke dada, dia mula berangan. Tubuh pun terasa hangat, walaupun pendingin hawa masih 18°C.
BERSAMBUNG...
P/s : hahaha, rasa positif ke negatif ni?
Share this novel