{BAB 4/1 : DCB} ANTARA SIMPATI DAN REALITI

Drama Series 9401

HATI Biru terasa lapang. Macam baru keluar dari bilik rawatan 'healing centre' aje, bukannya hospital. Dengan bagasi kecilnya itu juga, dah macam orang baru balik bercuti. Gila betul fiilnya. Tapi takpe, orang bukan tahu pun tujuan dia. Pengunjung-pengunjung di situ ramai yang bawa beg besar ke hospital dengan berbagai-bagai tujuan. Yang penting, sehingga sekarang dia masih terbayang-bayang cara Dr Hurdan berkalih ke dinding tadi. Serius jejaka tu nampak malu-malu. Comel! Macam seolah-olah ada beribu rama-rama yang berterbangan di atas kepala. Syokkkk!! Hehe.

Dan ini adalah kali pertama juga dia rasa betul-betul istimewa ketika ke hospital. Dia bagaikan bukan pesakit ke situ, tapi sebaliknya menjadi orang yang ditunggu-tunggu oleh doktor muda itu untuk berjumpa. Seseorang yang ada di hati. Istimewaaaa.... Janji temu cinta!!! Hehe..

Sambil berangan, dia bersiul girang menapak anak tangga untuk keluar dari ruangan kaunter hospital tersebut. Nak tak nak, kena balik juga. Siapa lagi nak layan kan? Sekejap betul janji temu tadi. Tak puas! Hehe..

Namun, ketika kaki menjangkah anak tangga terakhir telefon bimbitnya bergetar kuat dari dasar beg tangan. Nada deringnya kuat meminta gadis itu untuk menyahut. Tapi... Missed call pula.
Panggilan dari nombor tak bertuan. Bibirnya terus dicebik. Pasti, scammer! Tak habis-habis cari jalan mudah nak dapatkan duit.

Namun....Beeep!
Satu mesej yang masuk. Juga dari nombor yang sama. Laju Biru menatal skrin dan membuka pesanan tersebut. Niat asalnya hanyalah untuk memadam mesej tersebut namun gerakannya terhenti apabila membaca tulisan panjang tersebut. Nama yang ditulis di akhir pesanan itu betul-betul mengejutkan. Kaira Hairani!

'Suka tengok cara awak pandang Hurdan tadi. Comel. Tapi... awak jangan terlalu yakin tau. Ada benda yang awak tak tahu tentang dia. Dia mungkin layan semua pesakit dengan senyum lawanya tu. Tapi dia hanya pilih yang betul-betul layak aje untuk dibawa berjumpa dengan mamanya. Dan percayalah, pilihan mama dia… selalu yang terpelajar, berdikari dan tahu jaga nama keluarga. Yang pasti.... tahu beza simpati dengan cinta'.

Duh!
Dua kali Biru mengulang baca. Dada dia terus bergetar. Rasa indah tadi terus padam dek sedih yang tiba-tiba menyelubung. Semua yang berlaku dalam bilik rawatan tadi terasa jauh. Kabur. Macam mimpi indah yang tiba-tiba dikejutkan.

Dia berpaling sejenak ke arah pintu bilik rawatan tiga tadi. Ya, masih terbuka keadaannya. Dan doktor muda itu masih tekal berasa di situ. Khusyuk menelaah fail-fail yang berada di hadapannya. Langsung tidak lagi memandang ke arahnya.

Terus senyuman yang tadinya segar... mula pudar. Jadi ini simpati ya? Ah, naifnya dia. Bodoh juga mahu memikat hati doktor yang sah-sah tidak sekufu untuk digandingkan dengan minah kilang. Betul kata Dr Kaira. Pasti datang dari keluarga elit juga Dr Hurdan itu kan? Takkanlah ibu lelaki itu mahukan menantu cikai-cikai aje macam dia.

Ah, sedihlah! Tiba-tiba takung matanya bergenang kerana ini. Malu mula bersarang. Tahap keyakinannya yang tinggin di puncak tadi terus merudum jatuh. Jari-jarinya mula menggenggam kad rawatan susulan tadi yang kini terasa seperti kertas kosong. Bukan lagi temujanji yang ditunggu, tapi mungkin peringatan bahawa hubungan dia dengan doktor itu… tak semudah yang dia sangkakan.

Mungkin Dr Kaira mula meluat melihat keadaan di bilik rawatan tadi. Entah-entah Dr Hurdan itu sendiri yang sengaja memberikan nombor telefonnnya yang tercatat pada kad rawatan ini kepada bekas tunangnya itu. Untuk dijadikan sebagai peringatan kan?

Allahuakbar. Sedihnya hidup. Sambil menggeleng dia mengesat air mata malu. Langkah pun terasa berat. Tak ada maknanya lagi semua ni. Tak sabar rasanya nak peluk bantal busuk kat rumah. Hati dia sekarang dah macam dihempap mesin ECG aje. Dia janji, ini kali terakhir dia datang ke situ. Kalau perut meragam lagi, ambil ubat di farmasi berdekatan ajelah. Dah tak ada semangat lagi nak hadap muka hospital ni. Malu atas kebodohan sendiri bila kena sindir begitu. Dah macam watak antagonis kat dalam tv pula. Baik dia cepat-cepat pergi. Namun....

"Cik Nur Biru..." Namanya tiba-tiba dilaung dari kaunter. Langkah lajunya terpaksa dihentikan seketika. Jururawat yang bertugas di situ rupa-rupanya sedang memanggil. Langsung dia lupa untuk ambil ubat yang disuruh oleh Dr Hurdan tadi.

"Sorry, sorry. Saya lupa Terima kasih nurse," ujar Biru lagi penuh sopan. Sambil menyambut plastik ubat-ubatan dari kaunter, matanya sempat juga meliar mencari susuk tinggi lampai doktor kacak tersebut. Masih berada di dalam bilik rawatan itu lagikah? Atau... Dah sibuk dengan orang ketiga yang jadi pengacau tadi? Sadis....

"Hai, Nur Biru. Dah siap ya?"
Hampir gugur tangkai jantung Biru apabila suara perempuan lain tiba-tiba menyapa dari tepi.

Dr Kaira?! Orang ketiga tu betul-betul muncul di hadapannya sekarang. Sah, apa yang ditebak tadi betul-betul berlaku. Mana nak letak muka ni? Malu pula nak bersemuka dengan doktor cantik ni.

"Awak nampak macam tergesa-gesa aje. Ada apa-apa tak kena ke?" Suara lunak itu bertanya lagi sinis.

Biru hanya senyum singkat. Lidah petahnya terasa kelu pula bila berhadapan orang ini. Terasa sangat kerdil bila berdiri di sebelah orang bijak, cantik dan terpelajar begini.

“Ermm... saya...saya dah siap. Lagipun, saya ada hal lain lagi kat rumah,” balas Biru ringkas. Jujurnya, dia memang nak cepat-cepat aje pergi sekarang. Tapi doktor cantik itu makin berdiri rapat pula ke sisinya.

“Awak selalu buat Dr. Hurdan senyum, ya?” soal doktor itu lagi sambil jongket kening.

Biru telan liur. Kenapa dia rasa gugup pula? Soalan senang macamtu pun susah untuk dijawab. Serba tak kena jadinya. Riak Dr Kaira ni pun macam menakutkan. Dia tak biasa berada dalam situasi begini.

“Erm...kadang-kadang je doktor. Tapi selalunya dia marah je,” Biru jawab lagi pendek.

Kaira ketawa kecil. “Hurdan memang macam tu. Dia susah nak percayakan orang. Lebih-lebih lagi orang yang baru sangat dia jumpa ni kan. Saya tahu tu sebab—”

“Kaira.....”

Perbualan itu terhenti apabila Dr Hurdan tiba-tiba menegur dari belakang. Tegas nadanya. Riaknya juga serius.

Nur Biru dan Kaira sama-sama berpaling ke arah jejaka berkemeja biru yang sudah tercegat di situ. Raut wajahnya jelas nampak tak selesa.

“I rasa Nur Biru dah nak balik. You jangan kacau patient I boleh?”

“Oh, patient?” Kaira senyum sambil angkat kening. Sinis riaknya.

“I cuma... berbual kosong. Lagipun, kalau setakat patient, kenapa perlu defensif sangat, Hurdan?”

Biru ketap bibir. Sungguh dia rasa tak selesa. Dah macam duduk kat dalam slot akhir drama jam tujuh aje. Bimbanglah keadaan akan jadi tegang.

“Yes, she is my patient. Dah jadi tanggungjawab I untuk jaga dia kat sini. And... you tahu batas kan?” soal Hurdan lagi berani. Matanya tak lepas dari Kaira, sementara tangannya spontan ditolak sedikit ke sisi Biru. Protective?! Nur Biru jadi keliru. Wajahnya ditoleh seketika ke arah jejaka tersebut. Rasanya lebih baik dia tak campur urusan hati kedua-dua doktor muda tersebut.

“Saya...saya balik dulu doktor—”

Namun..baru aje dua langkah dia bergerak ke depan, tiba-tiba dunia rasa berpusing. Perut pula rasa senak. Nafas jadi sempit. Pandangannya kabur. Kaki pun goyah.

“Nur Biru!”

Hurdan cepat-cepat menyambut tubuh genit itu sebelum dia rebah. Kaira pula tergamam. Keadaan jadi kecoh seketika apabila Hurdan melaung pertolongan segera. Beberapa orang petugas hospital berkejar ke arah mereka. Nur Biru terus dibaringkan ke atas pengusung. Matanya masih terpejam, namun suara di sekelilingnya masih jelas terbias ke gegendang telinga.

“BP dia drop tiba-tiba. Pulse pun laju. Mungkin gastritis atau allergic reaction. Kita masukkan drip dulu,” arah Hurdan tegas. Tapi riaknya tetap tenang walaupun nadanya kedengaran risau.

Kaira yang berdiri di tepi turut berubah wajah. “I...I tak sangka… dia..dia boleh jatuh dan betul-betul sakit...”

Hurdan hanya diam dan sibuk memantau mesin yang berada di sekeliling. Tak ada mood untuk membalas. Hanya geram yang terpalit di hati. Wajah gadis itu hanya dijeling dari ekor mata sahaja.

“Cepat, pasang line.....” arah Hurdan lagi pantas seraya berdiri mencapai satu lagi tiub IV dari troli. Jururawat yang bertugas hanya mengangguk dan terus membantu dengan cekap.

“Drip normal saline masuk. Dua puluh titis seminit. Saya nak ECG portable sekarang. Jom!”

Nada Hurdan masih tenang, tapi tangan dia jujur sudah berpeluh. Bimbang juga kalau-kalau ada kemungkinan yang tak baik berlaku. Tambahan pula apabila pesakit yang ada di atas katil ini bukan hanya sekadar pesakit untuk dia. Gadis ini lain dari yang lain...

Risau juga memagut hati apabila Nur Biru masih lagi belum buka mata, wajahnya juga pucat. Nafas pula pendek-pendek. Jari-jemari pun sejuk aje macam ais. Pantas Hurdan menyentuh sedikit dahi Biru dengan perlahan. Ada renik peluh di situ. Gadis ini ada masalah jantung juga ya?

“Dia allergic ke dengan mana-mana ubat?” soal Kaira pula. Suara sinisnya kini bertukar sedikit panik.

Hurdan tidak terus menjawab. Hanya matanya sekarang merenung tepat ke arah rakan sejawatnya itu.

“No. Dia ada sejarah gastritis. Mungkin angin terlalu kuat... atau tekanan emosi yang tinggi.”

Kaira terus terdiam. Rasa macam satu tamparan hebat untuk dia. “I... I tak sangka, Hurdan. I betul-betul tak tahu dia—”

Hurdan terus angkat tangan memberi isyarat untuk diam. Jujur, kepalanya jadi berserabut dengan kata-kata yang sama berulang-ulang. Semua ni, pasti ada kaitannya juga dengan perbualan kosong mereka berdua tadi.

“Kaira, please. Let me handle this case. Tolong jangan ganggu rawatan,"

Sekali lagi riak Kaira berubah. Wajahnya kelat. Ayat Hurdan tadi macam pisau. Kehadiran dia di situ langsung tak diendahkan. Sakit, geram bercampur-baur. Dia berundur sedikit ke belakang menjadi pemerhati sebelum berlalu dari situ dengan rasa tak senang.

“Pulse stabilising, doctor,” jururawat yang bertugas bersuara kemudiannya.

Hurdan angguk. Tangan yang dikepal tadi kini terasa ringan sedikit untuk diluruskan. Lega apabila keadaan Nur Biru kelihatan bertambah baik. Namun, dia masih berdiri di hujung katil.
Sambil menunduk, nama gadis itu dipangil perlahan. Lembut saja nadanya.

“Nur Biru…”

Dan...kelopak mata Nur Biru akhirnya bergerak sedikit. Bibir Hurdan spontan mengorak senyum. Ada reaksi positif dari gadis ini sekarang. Pantas tapak tangan gadis itu dipegang seketika bersama sarung tangan yang sengaja dipakai.

“Saya tahu awak tengah sakit Nur Biru, tapi kalau awak dengar saya sekarang… tolong buka mata. Tolong bertahan. Saya belum puas nak marah awak lagi hari ni…”

Mulut Biru terus bergetar sedikit. Nafasnya masih pendek, namun kelopak matanya sudah perlahan-lahan terbuka.

“...Saya lapar doktor… doktor tak bagi saya makan… lepas tu doktor stresskan saya pula…"

Hurdan jeling dalam senyum. Tapak tangan gadis itu sengaja dicubit sambil ketawa kecil. Lega sesungguhnya.

“Dia sedar, doktor” jururawat tadi mengumum kuat dengan gembira. “Tapi kita kena still monitor. Tekanan darah dia masih bawah baseline.”

Hurdan angguk sambil menunduk ke arah telinga Biru dan berbisik perlahan.

“Awak kena tahan di wad 12 lagi hari ni. And...saya rasa... saya kena bagi awak buscopan lagi.”

Mata Nur Biru terus membulat. Alah, kena drip lagi? Penatlah..

“Round two ke doktor?” Nur Biru bertanya malas.

Hurdan senyum senget. “Round infinity.”

Muncung Biru terus panjang. Lemahlah macam ni. Penat tau dengan ubat-ubatan ni! Tapi, seronok jugak ada peluang bermalam di sini lagi. Kan best kalau selamanya hidup dia di sini? Hehe. Tak sia-sia bawa bagasi tadi kan? Badan ni sporting betul! Hehe....

BERSAMBUNG....

haaa...hehe..kena tahan lagi beb. hihi... protective juga dr dan kiter ni... sebuk je mek kaira ni...jeles lattew

Share this novel

Norzilawati
2025-04-28 05:58:41 

knapelah mek biru ni comel sgt..urmm x keruan doktor muda kita


NovelPlus Premium

The best ads free experience