PAGI menjelma kemudiannya. Cahaya matahari menyelinap perlahan dari celah langsir kelabu yang dikhaskan untuk pesakit ‘luar biasa’ seperti Nur Biru.
Dia baru saja selesai solat Subuh di atas katil, duduk bersandar dengan tudung bawal biru serta raut polos tanpa secalit mekap. Wajahnya lebih tenang dari semalam, tapi tetap ada sinar nakal di sepasang mata bundarnya.
Pintu wad kemudian dibuka seseorang. Dan seperti yang dia jangka… lelaki itu muncul.
Dr. Hurdan Azka berjalan masuk sambil tangan bawa clipboard. Lab coat pula digantung kemas di bahu. Ekspresi muka yang serius memang dah jadi trademark.
“Assalamualaikum,” tegur Biru lembut.
“Waalaikumussalam.” Lembut saja, tanpa bunyi sinis.
Dia tak sangka doktor kacak itu elok pula moodnya pagi ni. Usikan nakalnya malam tadi mungkin tak membekas, tapi dia dah takut nak bertanya. Walaupun dia jenis yang nakal, tapi tetap ada juga sisi takutnya pada doktor garang ini.
Mana tahu kalau dia boleh kawal benda-benda automatik lain lagi dalam bilik ni? Malam tadi lampu yang tertutup sendiri. Tak mustahil kalau tiba-tiba aircond pula jadi beku tahap kutub utara, atau charger telefon meletup tanpa warning. Semua ni boleh jadi 'hukuman senyap' versi Dr. Hurdan. Eh, seram!
Biru genggam selimut, tengok kipas siling dengan penuh curiga.
“Aku rasa... doktor ni mesti ada remote kawalan kan?” bisiknya perlahan pada diri sendiri.
“Macam mana pagi ni?” Hurdan tanya sambil belek-belek fail.
Tak ada wajah garang langsung.
Yang ada cuma wajah abang-abang caring... siap ada senyum sikit.
Paranoid Biru? Terus terhapus seperti bayang-bayang malam. Mood nakalnya auto naik macam bateri baru cas.
“Pagi saya indah, doktor. Sebab doktor adalah orang pertama yang saya nampak pagi ni. Jadi... saya nak ucap...terima kasih. Hehe”
Hurdan berhenti sambil pandang sekilas. Sabar ajelah.
“Terima kasih sebab tak transfer saya ke hospital lain semalam. Terima kasih jugak sebab call saya walaupun doktor cakap tak rindu pun. Dan....Terima kasih jugak sebab... jaga saya walaupun saya ni annoying.” Biru tersengih lagi.
Hurdan tarik kerusi, duduk dekat hujung katil.
“Cik Nur Biru…”
“Ya?” Suara dia separuh berdebar.
“Saya belum putuskan nak teruskan rawatan awak atau tak.”
Biru tergelak kecil. “Kenapa pula? Saya suspek doktor pun dah kena mild heartburn sebab saya kan?”
Hurdan senyum senget. Geram betul mulut becok ni.
“Awak ni memang pelik tau. Tapi entahlah... saya curious nak tahu lebih banyak.”
Biru angkat kening. "Doktor nak tahu sebab profesional ke...sebab personal?”
Hurdan berdiri semula. “Tengok dulu… tapi lebih baik awak cepat-cepat sembuh. Kalau tak, saya tahan awak dekat wad ni lebih dari seminggu. Baru reti penat nak hadap saya. Tengok tahan ke tak.”
Nur Biru tergelak. “Alaa, kalau doktor datang tiap-tiap hari… saya rela aje. Mana tau wad ni pun ditukar nama jadi Wad Nur Biru. Hehe,"
Sekali lagi Hurdan jeling. Makin menjadi-jadi bila dilayan. Baik dia fokus aje dengan tugas sekarang. Tak jadi kerja nanti kalau asyik melayan.
Hurdan tunduk sedikit kemudiannya, konon fokus baca graf tekanan darah dan tangan ligat menyelak helaian rekod. Tapi hakikatnya, dia sedang mengatur nafas. Pesakit bernama Nur Biru ni… boleh buatkan jantung doktor pun keliru rentaknya.
Jeda seketika, namun tak sampai 3 saat mulut petah itu berbunyi lagi.
“Doktor tengah fikir apa tu?”
Hurdan tak layan
“Ermmm... doktor tengah reka alasan kenapa saya tak boleh discharge awal ya?”
Hurdan masih diam..
“Guna.. alasan saintifik ke... atau alasan hati dan perasaan?”
Merah telinga Hurdan kali ni tahan sabar.
Biru juih mulut.
“Takkanlah doktor nak tulis kat nota pesakit: ‘Keadaan stabil tapi terlalu comel untuk dilepaskan? Macam tu ke?”
Gadis itu sengaja pegang selimut, pura-pura buat suara ayu.
“Atau... 'pesakit dicadangkan ditahan lebih lama sebab boleh cerahkan hari doktor dengan senyuman manis setiap pagi'? Hehe,"
Hurdan pegang dahi, stress. Kelopak matanya ditutup sekejap, cuba reboot sistem saraf otak yang hampir 'hang' dek suara manja-mengada kat depan dia sekarang.
"Saya tak kisah, doktor. Kalau doktor nak, saya boleh mohon tukar nama wad ni jadi Wad Nur Biru. Special edition. Exclusive.” Biru kenyit mata sambik angkat tangan gaya orang berikrar
“Cik Nur Biru…” sabar Hurdan dah masuk fasa nazak.
“Hmm?” Gadis itu tersengih lagi. Tak makan saman langsung.
“Wad ni tak layak pakai nama awak tau,” Hurdan buka mata, pandang lurus.
Biru angkat kening. “Eh? Kenapa?”
“Sebab pesakit dalam ni bukan makin sihat… tapi makin meggghhhoyannn.”
Biru telan tawa. Terpaku seminit. Muka Dr Hurdan serius betul. Eh, sunyi betul hidup doktor muda ni. Nak bergurau pun tak boleh. Susah sangat bibir tu nak senyum. Tapi comellah telor sebutan 'megggghhoyan' dia tadi. Macam loghat orang Paghit. Hehe. Entah-entah doktor muda tu memang asal dari sana. Betul-betul jodoh ni.
"Kadar senyum tak ikut harga siling. Gelak mahal.." rungut gadis itu perlahan tatkala nampak kaki Hurdan mula mahu mengatur pergi.
“Saya sayang suara saya, sebab tu saya tak guna untuk benda tak perlu.” sempat lelaki itu membidas sebelum menolak daun pintu.
Biru mencebik. Eleh, jual mahal.
"Suara doktor bukanlah sedap mana pun. Sumbang... GPS Waze,”
Hurdan bulatkan mata. Kurang asam. Boleh disamakan dengan robot? Terus langkah dia terhenti sekali lagi.
“‘In 300 metres, turn right…’” Biru tiru gaya Waze sambil senyum-senyum tak bersalah. Dia nampak reaksi doktor muda itu tengah bengang.
“Cik Nur Biru, awak officially pesakit paling degil yang pernah saya jaga,” gumamnya separuh geram, separuh geli hati. Walau mulut tegas, bibir tu dah mengoyak senyum, tapi dia tahan.
“Rehat. Jangan banyak sangat bercakap. Simptom tu paling bahaya,”
"And...suara saya sedap, okey.” ujar lelaki itu lagi sebelum pintu wad betul-betul tertutup
Biru ketawa kuat. Defensive juga rupanya doktor ni. Yang penting, raut kacak itu macam dah mula banyak tersenyum hari ini, walau tak jelas.
Dan senyum itu… cukup buat jantung Biru terlupa nak berdegup ikut tempo.
BERSAMBUNG.....
haha... kita tengok sampai bila Dr Dan kita ni bertahan... haha... compem keluo wad pecah ketawa
Share this novel