{BAB 1/2 : DCB} CONFESSION DALAM WAD 12

Drama Series 9401

WAD Dua Belas sunyi. Hanya bunyi mesin oksigen dari katil sebelah menyapa telinga. Nur Biru berbaring dengan tangan disuntik drip, sambil mata melilau bosan.

Langsir memang warna kelabu. Tak sangka doktor tu serius tadi. Macam sengaja nak protes dia. Tapi, entahlah. Yang pasti, doktor tu rare. Bukan jenis yang akan layan pesakit dengan “sayang” dan “manja” macam dalam drama TV tu. Dia straight, sinis, dan yang paling penting menarik. Kacak juga bila dipandang. Muka sejuk kata orang tua-tua. Elok kalau buat suami. Hehe.

Nur Biru menyelak selimut sedikit. Tak lama kemudian, pintu wad diketuk.

Tuk. Tuk.

Cepat-cepat dia betulkan tudung dan duduk sedikit. Jantungnya berdegup kuat entah kenapa. Lub Dup Lub Dup!

Muncul wajah itu. Dr. Hurdan Azka. Panjang umur. Baru aje mengumpat.

Tapi kali ni dia tak pakai lab coat. Hanya kemeja biru muda dan seluar slack hitam aje. Rambutnya sedikit serabut, tapi gaya tu,  macam model dalam iklan panadol. Hehe.

“Kenapa doktor datang?” tanya Nur Biru spontan.

“Saya yang incharge pesakit wad ni malam ni. Awak ingat saya datang sebab rindu?”

Nur Biru terus jongket kening. “Taklah... tapi kalau ya pun saya tak marah.”

Hurdan jeling. Memang mulut pesakit ni main lepas aje. Dah memang fiil azali kut. Dia terus mendekat dan buka fail di hujung katil.

“Tekanan darah awak masih okey. Tapi bacaan enzim hati awak tinggi. Saya suspect mild liver stress sebab makanan tak bersih atau ubat herba pelik. Awak ada makan apa-apa supplement?”

“Err… ada makan jamu viral sikit.”

Hurdan terus tutup fail. Bola mata Nur Biru ditenung tajam.

“Awak tahu tak berapa ramai pesakit saya yang masuk wad sebab jamu viral awak tu?”

Nur Biru terus tunduk sambil tersipu-sipu. Memang salah dia pun, bukan dia tak pernah baca kesan sampingan tu semua, tapi dia degil demi nampak cantik.

“Tapi kulit saya glowing lepas makan doktor.”

“Glowing atas katil hospital, hm?”

Nur Biru tergelak kecil. Tegas betul suara. Tapi, comel!
“Doktor ni lawak ke kejam sebenarnya?”

Hurdan kembali berdiri. “Saya realistik. Kalau saya baik sangat, awak tak ingat nak jaga kesihatan.”

“Kalau doktor manis sikit... mungkin ramai pesakit cepat sembuh.” balas Nur Biru lagi masih nakal seperti tadi. Namun, hanya jelingan yang dibalas Hurdan.

“Kalau semua pesakit macam awak, mungkin saya yang masuk wad dulu tau,”

Sekali lagi Nur Biru tergelak. Nampak sangat doktor tu bengang. Keluar macam tu aje. Lantaklah! Yang penting dia ada hujah juga nak lawan kan?

BEBERAPA jam selepas itu, malam makin larut. Lampu wad hanya tinggal suram-suram cahaya dari sudut siling. Pesakit lain sudah lena, kecuali dia seorang. Matanya masih tunak menatap skrin telefon sambil berbaring.

Dia tersenyum sendiri bila teringat akan wajah Dr. Hurdan tadi. Mata tu… sinis tapi dalam. Suara dia… serius dan tegas. Tapi sedap! Hehe. Parau, serak... kalau nadanya lembut mesti romantik kan? Itu yang buat dia rasa nak kenal lebih lagi.

Tiba-tiba, pintu diketuk perlahan. Seorang jururawat lelaki masuk.

“Cik Nur Biru, doktor nak ambil darah follow up pukul 12.”

“Pukul 12 malam pun kena cucuk?” Biru merungut manja, pura-pura takut.

Jururawat tu hanya tersenyum kecil. “Arahan doktor. Kalau tak suka, marah doktor tu lah.”

Biru mencebik. “Saya nak marah dia, tapi rasa macam nak peluk dia lagi kuat.”

Jururawat tergelak besar. “Saya tak masuk campur ya.”

Beberapa minit kemudian setelah darah diambil. Biru kembali berbaring.

Tak sempat nak pejam, telefon hospital di dinding pula berbunyi. Jururawat lelaki itu yang angkat.

“Haa… Cik Nur Biru? Ada orang nak cakap.”

Biru angkat sebelah kening. Siapa pula?

Dia ambil gagang.

“Helo?”

“Saya doktor yang awak nak peluk tadi.”

Biru terus duduk. “Eh... Macam mana doktor dengar?! Ada CCTV ke dalam bilik saya ni?”

Suara Hurdan kedengaran lagi, tenang je. “Tak payah CCTV pun. Mikrofon bilik awak tu memang terpasang dari tadi, Cik Nur Biru. Hati-hati sikit kalau nak buat pengakuan terbuka.”

Biru tutup mulut. “Ya Allah... malunyaaa…”

“One more thing,” suara Hurdan masih tenang. “Suara awak tu…”

Dia berhenti sekejap. Macam sengaja nak bagi jantung Biru laju.

“…dengar sampai nurse station, tau.”

Biru terkebil-kebil. Parah ni! Segannya pada semua jururawat. Hesyyy...

“So, saya tahu siapa yang belum ‘shutdown’.” Sambung Hurdan lagi, kali ni lebih profesional.

“Sebab tu saya call. Bukan sebab rindu.”

Biru tarik selimut sampai ke pipi.

“Dan saya nak maklumkan, result darah awak kena tengok esok. Kalau makin naik, kita kena proceed dengan ultrasound.”

“Wahh… doktor prihatin betul," Biru cuba cover malu. Sibuk juga dia melilau pandang sekeliling bilik.

“Err… doktor… mikrofon tu... kat mana ya?”

Hurdan diam sekejap kat hujung talian. “Awak baru nak tanya sekarang? Lepas buat confession siaran langsung?”

Biru sengih, buat-buat innocent. “Tak tahu pun suara saya boleh kedengaran sampai nurse station… Saya sangka bilik ni kalis bunyi.”

“Kalau saya hantar gambar saya tengah senyum,” dia sambung, “doktor rasa boleh lena tak malam ni?”

Hurdan tak terus jawab. Bunyi hela nafas dia jelas. Penat melayan perangai pesakit limited edition ni.

“Cik Nur Biru…” nada dia perlahan, tapi ada nada amaran manja.

“Ya doktor?”

“Awak tahu tak awak ni patient paling menguji kesabaran saya dalam sejarah kerjaya saya?”

Biru ketawa kecil. “Alaaa… tapi doktor juga yang tak transfer saya ke hospital lain kan?”

“Kalau saya buat, nanti awak kata saya lari dari tanggungjawab kan?"

“Betul. Dan saya akan follow doktor sampai ke hospital lain tu.”

Gagang dihentak perlahan. Talian terputus.

Biru tergelak sendiri. “Marahlah tu… atau doktor tu dah habis modal nak jawab, kan?”

Tup!

Bilik terus gelap.

“Eh?!” Biru terkedip-kedip, terkejut.
“Apa hal ni??”

Telefon hospital berbunyi lagi. Cepat-cepar dia angkat.

“Cik Nur Biru,” suara parau doktor muda itu menyapa.

“Kalau awak terus kacau saya malam-malam macam ni, saya bukan aje tutup mic…”

Biru diam. Serius ke doktor ni?

“…saya tutup lampu biliknya sekali tau. Goodnight.”

Talian terputus.

Biru ternganga dalam gelap. “Ya Allah… dia ni betul-betul tutup!” Takut! Pesakit di katil sebelah pun baru aje dipindahkan ke wad lain tadi... Nggeee...

BERSAMBUNG....

kan kena tutup lampu? hahaha... bergelap la ko biru... en doc da marah... tu laa berani sangat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience