{BAB 7/1 : DCB} DISCHARGED?

Drama Series 9401

“DAN.. saya jarang menyesal dengan keputusan sendiri, Biru.”

Suara itu perlahan, dalam nada serius yang menyelinap masuk ke celah-celah langsir kelabu, bersama aroma disinfektan dan hembusan penghawa dingin dari siling.

“When I like someone, I really do. As in, no second thoughts, no in-betweens. Just... all in.”

Kaira yang baru melangkah masuk ke ruangan luar bilik rawatan, terpaku. Langkahnya mati. Tangan kanan yang menggenggam fail pesakit terasa dingin tiba-tiba. Dia berdiri betul-betul di tepi troli ubat, tak sempat pun menegur jururawat yang sedang menyusun alat.

“All in?” bibirnya bergerak tanpa suara.

Dia kenal benar suara itu. Mana mungkin dia silap. Tak ada lelaki lain yang sebut ayat sebegitu pada nada serendah itu kecuali... Dr. Hurdan Azka.

Ah...sungguh dia geram. Kenapa susah sangat untuk tandingi gadis itu kali ini? Hanya seselekeh itu kah sangainnya? Eeeii.... Jujur, hatinya cemburu bila Hurdan mula buka hati pada wanita lain. Sedangkan dia sendiri pun tak pernah beri ruang untuk lelaki lain. Memang hubungan itu dah lama putus, dia sendiri yang minta. Tapi, dia sentiasa menunggu Hurdan datang untuk memujuk rayu kembali. Baiki segala kelemahan yang berlaku dulu. Dia mahu Hurdan lebih romantik dan lebih memberi perhatian dalam hubungan.

Tapi ayat tadi? Ah, pedih sangat! Gadis pucat itu saja yang mahu dijadikan ganti. Tak padan!! Eeeiii....kalau tak ada pertimbangan diri sekarang juga dia mahu bertempik dan menyerang kedua-duanya.

Sabar, Kaira Hairani. Kedua-dua tangannya di letak ke dada. Tak pernah lagi dia dilanda cemburu begini. Dia tahu, Hurdan dah mula serius. Lelaki itu takkan sembarangan menutur ayat seperti itu kalau bukan benar-benar dari hati. Itu bukan ayat biasa antara doktor dan pesakit. Itu…adalah satu pengakuan. Sebentuk hasrat yang tidak lagi bermain di permukaan.

Dari celah tirai, dia nampak bayang tubuh Hurdan sedikit condong ke depan, dan siluet seorang perempuan yang duduk. Nur Biru lah orangnya. Tangan mereka memang tidak bersentuhan, tapi suasana itu terlalu intim untuk digelar profesional.

Jantung Kaira kembali berdegup pantas. Rasa macam tertumbuk ke ulu hati. Tapi dia tak boleh lemah. Tak boleh juga cepat berputus asa. Pasti masih ada cara untuk merebut hati yang masih dia cintai itu. Dia wanita berkerjaya, berpendidikan dan pandai berdikari. Dan... yang paling penting, dia pernah jadi tunang lelaki itu. Insan yang sangat dicintai Hurdan suatu ketika dulu. Pasti ada cara...dan ada juga kesitimewaan yang tersendiri.

Namun, belum sempat emosinya reda, langsir terselak sedikit. Hurdan dilihat melangkah keluar. Kaira berundur sedikit pura-pura membelek-belek sesuatu di troli ubat.

“Kaira?”

Wanita itu segera berpusing. Cuba menghadiahkan senyuman yang paling manis. Harap lelaki itu tak marah lagi dengan hal pagi tadi.

“Cari fail pesakit ke?” Tanya Hurdan hairan.

Kaira hanya senyum nipis. Matanya terus dilarikan ke arah lain. Renungan Hurdan macam tak senang. “Hmm.... Tiba-tiba I rasa nak semak semula kes rawatan pagi ni. Tu sebab...I datang semula ke sini”

Hurdan angguk. Tapi matanya masih berisi curiga. Rajin betul rakan sejawatnya itu pagi ini. Jangan-jangan masih mahu bermain dengan emosi Biru. “Okey. But in case kalau you nak tengok kes Nur Biru, I baru aje habis round tadi. Nampak macam masih tak stabil sepenuhnya. Mungkin kena warded beberapa hari lagi.”

“Ya ke?” spontan Kaira bertanya. “Tapi I tengok dia sihat aje tadi.”

Hurdan terus menjeling. Keluhan kecil dilepas dari rengkung.

“Luaran memang nampak dia dah baik. Tapi bacaan tekanan darah dan ECG dia masih naik-turun. I tak berani nak ambil risiko. So, kita tunggu sehari dua lagi.”

Kaira hanya diam. Langkah Hurdan yang terus pergi itu dihantar dengan ekor mata yang tajam. Hatinya sempat mencemuh. Itu hanya alasan kan? Susah untuk jadi profesional bila melibatkan soal hati ini. Ah....

[BEBERAPA JAM KEMUDIAN DI STESEN KERJA]

“Nurse Aida, saya nak ambil alih rawatan tengah hari untuk pesakit Nur Biru ya.”

Jururawat Aida yang bertugas pada tengah hari itu terus angkat muka, keliru. “Tapi pagi tadi Dr. Hurdan kata.....”

“Saya tahu. Tapi saya rasa dia terlalu berhati-hati. Saya nak double-check. Ada bacaan yang saya rasa boleh improve. Mungkin kita boleh pertimbang untuk discharge lebih awal. Lagipun, awak kan tahu hospital banyak terima kes sekarang. Katil penuh. Saya pun doktor yang bertugas hari ni jugak,” tegas Kaira lagi.

Jururawat itu akhirnya akur dan mengangguk perlahan. “Baiklah, doktor.”

Kaira menguntum senyum nipis. “Terima kasih, Aida. Saya handle yang ni ya. Awak boleh sambung round untuk wad belakang.”

“Baik, doktor.”

Sebaik sahaja jururawat itu berlalu dari stesen kerja, Kaira membuka fail pesakit Nur Biru di hadapannya. Helaian demi helaian diselak dengan cermat. Matanya tajam meneliti bacaan vital signs dan laporan ECG yang direkodkan pada waktu pagi.

"Masih tak konsisten. Tapi..." bisik hati kecilnya.

Dia bangun dari kerusi, menyarung sarung tangan nitril biru muda dan mencapai satu kit pemeriksaan muda. Cukup untuk ambil bacaan tekanan darah dan oksigen. Langkahnya tenang menuju ke bilik pesakit.

Nur Biru kelihatan sedang berehat dengan mata separuh terpejam. Langsir kelabu itu dibiarkan terbuka sedikit, menyambut cahaya dari luar.

“Assalamualaikum, Nur Biru,” suara Kaira lembut, tenang.

Biru membuka mata perlahan. “Waalaikumussalam, doktor…” tak sangka Dr Kaira datang lagi ke sini. Kata-kata Dr Hurdan pagi tadi kembali terngiang-ngiang.

“Saya datang untuk ulang semakan bacaan ya. Dr. Hurdan pun mungkin dah inform tadi, tapi saya nak pastikan sekali lagi sebelum kita buat sebarang keputusan. Kita cuba tengok dari sisi lain pula. Lagipun awak pun nampak makin segar hari ni, kan?”

Biru hanya angguk kecil. Dia nampak keliru, tapi tak membantah.

Kaira mengambil tekanan darah dengan penuh profesional, mencatat sesuatu di helaian kecil yang dibawanya. Kemudian, dia ambil bacaan oksigen dan semak nadi. Satu-persatu prosedur dilaksanakan mengikut protokol, namun setiap gerak geri itu diselit dengan pandangan mata yang tidak seratus peratus neutral.

Setelah selesai, Kaira tersenyum sekali lagi. “Nampaknya... not bad Nur Biru. Saya akan semak semula dengan data pagi tadi ya. Kalau semuanya okey, mungkin awak boleh dipertimbangkan untuk balik esok.”

“Betul ke, doktor?” suara Biru naik sedikit, ada nada harapan. Macam ada kesinambungan dengan kenyataan Dr Hurdan pagi tadi. Dia betul-betul dah sihat mungkin.

Kaira angguk. “Insya-Allah. Awak rehat dulu ya.” ujar Kaira sebelum terus melangkah keluar dari bilik dan menutup langsir perlahan. Fail di tangannya digenggam kemas.

Setibanya kembali ke stesen kerja, dia terus keluarkan helaian baru. Laporan semakan semula.

Bacaan tekanan darah: 120/78
Nadi: 78 bpm
Saturasi oksigen: 98%
Irama jantung: Sinus rhythm (tiada abnormaliti ketara dikesan)

Tangan Kaira juga pantas mencatat setiap angka, seolah-olah bacaan tadi sangat sempurna dan tiada sedikit pun keraguan pada tulisannya. Kemudian, helaian itu terus ditandatangani dengan stempel rasmi bertulis:

Disemak oleh: Dr. Kaira Hairani
Pegawai Perubatan Kanan Hospital Taqwa.

Semua tampak sah. Lengkap dan profesional. Garis tandatangan itu tegak dan kemas sahaja, diapit oleh stempel merah rasmi hospital yang merupakan satu simbol kuasa yang tak ramai berani persoalkan.

Fail itu kemudian ditutup perlahan dan disusun kembali ke dalam tray “Telah Disemak”. Kaira bersandar sejenak pada kerusi di stesen kerja itu dengan kedua-dua tangannya bertaut ke riba. Bibirnya menguntum senyum kecil, seolah-olah satu beban berat sudah diangkat dari bahunya.

“Settled,” bisiknya riang untuk diri sendiri.

Matanya sempat menjeling ke arah monitor yang masih tertera status Nur Biru. Stabil. Cadangan Discharge.

Setakat satu bacaan yang kelihatan sempurna? Doktor mana yang akan curiga kan?

BERSAMBUNG....

hesyy ..risau kan? amende kaira ni....

Share this novel

User22861
2025-05-13 07:36:38 

betul. ka boleh discharged?mcm tk percaya je..


NovelPlus Premium

The best ads free experience