{BAB 6/2 : DCB} I LIKE YOU...

Drama Series 9401

LANGSIR kelabu itu dikuak perlahan. Sekujur tubuh gadis yang sedang terbaring membelakangi dirinya itu ditenung lama. Timbul rasa belas dalam hati. Gadis petah itu sampaikan terbaring sepi begitu. Mustahil masih tidur lagi dalam jam tujuh pagi seperti ini. Gerakan dia bersama tapak kasut keras itu tak mungkin tak meninggalkan bunyi ke gegendang telinga gadis itu.

Hurdan terus merapat dan duduk di hujung katil. Matanya masih tak lepas dari tubuh yang sedang menggenggam kemas selimut putih tersebut. Jelas kelihatan gadis itu sedang menahan rasa. Dia yakin sangat, Nur Biru sedar akan kehadirannya sekarang.

Dek cerita cinta yang telah padam itu diulang-ulang, gadis itu mungkin sudah serik untuk beramah mesra dengannya. Apatah lagi mahu menyakat dan bergurau seperti biasa. Kaira benar-benar keterlaluan.

Ah, hatinya pun jadi terusik. Jujur, saat ini dia rindukan juga telatah selamba gadis itu. Mahu lagi ditegur dan disindir manja seperti hari-hari sebelum. Hatinya rasa hidup. Bila gadis itu diam begini, dia rasa kehilangan pula. Ah, sekali lagi Hurdan geleng kepala sambil mengumpul kekuatan. Dah lama dia tak memujuk perempuan....

"Assalamualaikum, Biru..." ucap Hurdan akhirnya perlahan. Tapi masih tiada sahutan dari Biru. Dari sisi, Hurdan nampak kelopak mata gadis itu bergerak-gerak. Sah, gadis itu dah sedar tapi sengaja pura-pura tidur.

Hurdan meramas-ramas jari-jemari sendiri sambil otak ligat mencari idea untuk memulakan perbualan. Mungkin beberapa topik yang boleh bangkitkan mood Nur Biru semula. Lama juga dia berfikir, tapi tak datang pula ilham di minda. Ah, susah juga rupa-rupanya tugasan ini untuk  si introvert sepertinya. Habis berkeringat kedua-dua belah tangannya sekarang.

"Ehem...saya ada....ada benda nak....cakap..." Itu aje akhirnya ayat yang mampu terpacul di bibir. Namun, reaksi Nur Biru masih sama. Tetap aje diam dan langsung tak bergerak.

Hurdan raup muka sambil mengutuk diri sendiri. Kenapa keras sangat nada dia tadi? Sepatutnya, dia perlu lembutkan sedikit intonasi agar gadis itu terangsang untuk memberi reaksi. Susah betul jadi mat kejung ni! Ah....

Hurdan tarik nafas lagi. Ikutkan hati rasa nak tarik aje tangan gadis itu, agar tubuh itu mahu mengadap dia lagi dan sudi menegur mesra seperti biasa. Mana kata-kata manis gadis itu semalam? Suka tengok dia senyum kan? Kenapa sekarang tak nak pandang pula?

Ah, tapi semua ni sebab Kaira kan? Biru pasti rasa malu dengan kisah cinta bodoh antara dia dan Kaira dulu.

Hurdan pejam mata lagi sambil hela nafas lebih panjang. Degup jantungnya dirasakan makin deras. Cepat-cepat dia pura-pura semak rekod dan pandang pada slip di dalam fail rawatan gadis itu. Dalam hati ligat menyusun kata. Kali ni gadis itu pasti berpaling.

“Ermmm... ehem.... Gastritis awak dah stabil. Saya tengok bacaan BP pun dah okey pagi ni. Kalau...rekod terus bagus dan baik, awak boleh discharged awal. Tapi kita tetap akan tahan sampai esok, just in case…”

Masih juga tiada balasan......

Hurdan terus diam. Satu mukanya kali ni diraup. Berkali-kali. Apa lagi yang patut dia buat sekarang? Nur Biru macam dah tak nak pandang dia langsung. Padahal, dari pagi tadi dia risaukan gadis itu. Silap betul dia lambat masuk ke sini. Kaira dah potong jalan dulu. Ah, sedih tiba-tiba terbit di hati.

"Sorry... Saya... Saya lambat beberapa minit tadi..."

"Saya...saya dah....cuba bertugas lebih awal dah...."

Hurdan garu belakang tengkuk, betul-betul rasa canggung. Suaranya juga makin perlahan, tapi jelas ada nada kecewa dalam setiap patah.

"Kalau saya tahu dia nak datang bilik ni dulu..." Hela nafas Hurdan berhenti seketika. "...saya dah lari terus naik tangga, tak tunggu lif. Supaya... saya sampai dulu. Supaya... awak tak rasa macam saya... saya.... saya... saya tak kisah."

Serentak, jari-jemari Nur Biru terus bergerak. Tubuhnya beralih sedikit. Dari terbaring, kepalanya diangkat sedikit untuk bersandar pada palang katil. Terkejut mendengar lisan doktor muda itu kali ini. Ada getar dari hujung nadanya. Gagap-gagap tak seperti selalu. Seolah-olah ada rasa yang tersembunyi dalam setiap perkataan yang cuba disampaikan. Namun, dia tetap berdiam diri menunduk.

"Awak....selalu cakap saya...macam seriuskan? Sayang nak gelak. Tak reti jadi manusia biasa..." Akhirnya terluah juga rasa hati itu dari lisan Hurdan. Wajah gadis yang sedang menunduk itu ditatap lama.

“Sebenarnya saya… cuma tak reti nak urus benda yang saya tak boleh kawal.”

“Dan..... awaklah benda yang saya paling tak reti nak kawal sekarang.”

Bahu Nur Biru terus bergetar. Matanya dipejam rapat. Doktor muda itu seolah-olah sedang menyampaikan rasa hatinya sekarang. Tapi dengan caranya tersendiri. Jelas menampakkan sisinya yang tak biasa mempunyai hubungan dengan banyak wanita. Tapi betulke lelaki itu ada perasaan begitu? Atau...itu hanya tebakan rambang.

Hurdan tunduk, tangannya diramas-ramas lagi. Kepalanya turut digeleng berulang kali.

“Kalau awak dengar apa-apa yang tak senang tadi, saya minta maaf banyak-banyak Biru. Saya tak pernah suruh Kaira cakap benda tu semua...”

Kali ini, Nur Biru terus mendongak. Jadi, Dr Hurdan pun ada di sini tadi?

“Tapi doktor tak nafikan cerita tu… kan?”  Sahut Biru akhirnya dengan serak.

Hurdan diam. Matanya dipejam rapat. Tak tahu nak sambung kata dari mana. Benda lepas bukan boleh dia kawal juga. Lagipun, memang pada waktu itu Kaira satu-satunya wanita ajnabi yang dia sayang.

"Nur Biru..." Nama gadis itu diseru lembut.

Sekali lagi Biru angkat muka. Hatinya sedikit bergetar. Takut-takut nak pandang jejaka itu lama-lama. Betulke doktor muda ini ada rasa yang sama dengan dia sekarang? Logikke semua ni terjadi dalam waktu sesingkat ini? Cinta pandang pertama dengan orang hebat seperti Doktor Hurdan.

“Pernah tu... tak semestinya masih kan?” Ayat yang terpacul di bibir Hurdan sekarang buatkan Biru terus menoleh. Dalam makna kata tersebut.

"Hubungan cinta antara saya dengan dia dah lama berakhir. It wasn’t meant to last, and she knew it before I did. Whatever we had is over. I’m done carrying something that’s not mine anymore."

Biru angguk. Jelas, tiada sisa yang tertinggal antara mereka dari kaca mata Hurdan. Sejurus, pandangan mereka terus bertaut.

Hurdan tahan nafas sejenak sebelum menuturkan ayat yang seterusnya.

“Nur Biru… saya cuma nak awak tahu dua benda aje.....”

Biru tunduk semula. Berdebar-debar. Macam-macam perasaan yang menyerang jiwa sekarang.

“Satu… awak adalah pesakit paling menyusahkan yang pernah saya rawat.” Hurdan mengulum senyum. “Dan kedua…” suaranya bergetar penuh makna.

“…awak juga adalah.... penyebab saya mula pandai senyum tanpa sebab.”

Mata Biru bergenang. Hatinya tersentuh. Ayat terakhir itu cukup buatkan dirinya rasa dihargai. Hatinya kembali berbunga. Perlahan-lahan bibirnya turut menutur halus.

“Doktor tahu tak… itu ayat paling membebankan yang pernah saya dengar.”

Senyum Hurdan makin lebar. “Baguslah. Hehe. Samalah apa yang saya rasa bila awak diam tadi,"

Biru spontan ketap bibir. Sempat lagi lelaki itu menyindir.

"Awak merajukkan? Saya tak pandai pujuk tau," ujar Hurdan lagi sambil melirik dengan senyuman. Hidungnya sengaja dikembang-kempis memicu rasa lucu di hati Nur Biru.

Gadis itu terus ketawa. Sumpah dia tak sangka doktor muda yang serius itu boleh buat muka macam tu. Lucu betul. Lelaki itu pun turut sama terbahak-bahak kemudiannya. Rupa-rupanya Dr Hurdan masih lagi dalam kategori lelaki yang normal. Getus hati gadis itu spontan.

“Ermm, kenapa… saya?” Biru bertanya perlahan kemudiannya. Tenggelam timbul suaranya.

Hurdan diam sejenak. Dia tahu soalan itu datang bukan dari mulut, tapi dari hati seorang perempuan yang sedang keliru dengan tempat dirinya di mata seorang lelaki.

“Saya pun.... tanya soalan yang sama Biru. Banyak kali.....” balas Hurdan kemudian dengan jujur.

“Tapi setiap kali saya fikir balik… saya tetap tak jumpa jawapan. Jujur, saya suka tengok awak senyum. Ceria....gembira...walaupun tengah sakit, tapi awak tetap happy. Saya nakkan kehidupan macam awak Biru. Saya selesa jumpa dengan orang macam awak. Dan terus-terang, saya....saya tak kisah nak kenal dan terus berkawan dengan awak, walaupun selepas berakhirnya rawatan ni.”

Nur Biru terus pandang ke luar jendela. Suaranya jadi bergetar. Nampak lelaki itu tulus dalam memberitahu rasa hati. Sah, doktor lelaki di hadapannya ini tak ramai kawan perempuan. Pergaulan sosialnya juga pasti terbatas. Perempuan yang ada banyak masalah macam dia ini pun dianggap ceria. Ah, naif!

“Tapi saya tak sesuai berkawan dengan doktor. Saya tak pandai. Tak ada sijil tinggi-tinggi. Minah kilang yang tak ada masa depan.." keluh Biru menyesali kekurangan diri. Ya, kalau dibandingkan berdua jauh sangat jurangnya. Tak sekufu!

Hurdan terus geleng kepala. Wajahnya berubah serius. “Tak baik hina diri sendiri macam tu.”

Biru tergelak. Hehe. Macam skrip drama dalam tv. Dr Hurdan ni nampak terlalu mengikut peraturan watak protagonis dalam sesuatu cerita. Padahal, ini kan realiti? Mana ada orang bijak macam doktor ni nakkan minah kilang macam dia.

“Saya cakap benda realiti doktor. Betullah apa yang Dr Kaira cakap tu. Saya ni memang suka bergurau. Saya minta maaf kalau selama ni saya ada terlanjur kata dengan doktor....”

Hurdan geleng lagi.

“Sekufu bukan ditentukan dengan sijil.." serius saja riaknya ketika menuturkan ayat demi ayat. "Realitinya… hidup saya berubah lepas kenal awak. Saya...saya baru nampak warna-warni kehidupan,”

Terkesima seketika Nur Biru. Warna-warni kehidupan? Tak faham. Beratnya perumpamaan yang dipakai oleh orang bijak macam Dr Hurdan ini.

"Awak buat saya rasa...gelak tawa tu penting dalam hidup. Saya pun baru sedar....yang ketawa tu pun boleh jadi ubat semulajadi dan boleh bagi sumber ketenangan juga," sambung Hurdan lagi.

"Buat pertama kali.....saya rasa senyum dan gelak saya dihargai.." lirih kemudian suaranya mengakhiri ucapan.

Biru tertunduk. Air matanya tak semena-mena tumpah. Tingginya penghargaan doktor muda itu untuk dia. Pertama kali dalam hidup dilayan sebegitu.

"Betulke macam tu? Kenapa doktor nampak macam tak suka aje selama ni?" Soal Biru lagi tanpa mengangkat muka.

"Sebab....saya kayu Biru. Hehe," jawab Hurdan kemudian selamba.

Dari terharu, emosi Nur Biru sekali lagi digeletek lucu. Sungguh-sungguh dia ketawa.

“Saya doktor yang tak reti beza bila masa patut simpan perasaan, dan bila patut saya luahkan," ujar Hurdan lagi menyungguhkan keadaan.

"Tapi saya tak pernah rasa terganggu dengan kehadiran awak. Bahkan, awak satu-satunya gangguan yang saya tak nak hilang tau.”

Mata bundar Biru terus membulat. Muka pucatnya terhias dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Sweet!! Mata mereka kemudian bertaut. Lama..

“Saya......saya suka awak. Dengan cara awak tu… buatkan saya nak hidup dengan lebih jujur.”

Nur Biru tergamam. Sekali lagi air matanya jatuh, tapi senyumnya tetap panjang seperti tadi. Betul-betul macam mimpi!

Biru pejam mata. Dadanya rasa sesak. Terasa ditekan-tekan dari dalam. Terlalu bahagia. Namun tetap rasa tidak percaya, tak layak dan takut juga.

“Tapi doktor akan menyesal nanti bila doktor sedar yang saya ni langsung tak punya....."

“Saya tak pernah menyesal pilih orang yang buatkan saya jadi versi paling baik dari yang sebelum,” Hurdan terus memintas. Dia tenung Nur Biru lagi, kemudian bersandar ke dinding dan melempar senyuman tipis.

“Tapi kalau awak tetap rasa saya akan menyesal… awak boleh cuba buat saya menyesal dari sekarang. Tengok saya berubah fikiran ke tak.”

Biru ketawa kecil sambil kesat air mata. “Doktor cabar saya?”

Hurdan sengaja angkat kening dan bahunya. Gigi putihnya turut membaris senyum.

“Maybe.... Kita tengok siapa menang.”

“Kalau saya menang… saya nak doktor nyanyi. Live kat depan semua nurse,” cepat-cepat Biru mengusik nakal.

Hurdan senyum simpul. Lidahnya sengaja dijulur buat-buat tak endah. Tapi telinga merah tu tak boleh tipu siapa-siapa.

“Berani awak cabar doktor macam tu?” Dia sempat jeling sekilas sebelum berpaling ke tirai.

“Berani sangat,” jawab Biru bangga. “Lagipun… saya sakit. Pesakit kan kebal. Ada lesen buat apa saja.”

Hurdan acah-acah jegil mata. Tapi tirai kelabu itu belum dikuak untuk keluar. Wajah nakal gadis pucat yang sedang tersenyum itu dipandang sejenak. Otaknya ligat menyusun ayat.

“Kalau macam tu… saya doakan awak cepat sembuhlah. Baru lesen awak tu cepat tamat tempoh kan?”

Biru ketawa lagi.

"And.....saya jarang menyesal dengan keputusan sendiri, Biru," sambung Hurdan kemudian tersengih dan tunduk separuh berbisik. "When I like someone, I really do. As in, no second thoughts, no in-betweens. Just... all in."

“Errr....” Nur Biru tergamam.

Tapi belum sempat dia bertanya banyak, tirai kelabu di sekelilingnya itu sudah ditarik perlahan. Tubuh tinggi lampai itu sedang melangkah keluar dengan tenang.

Nur Biru hanya jadi pemerhati di katil. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Tak sangka, positif betul penerimaan dari Dr Hurdan. Dia tak bertepuk di sebelah tangan aje selama ni. Yes!

BERSAMBUNG....

tu diaaa.... bagus kaira, you dah buka jalan, hehe. tak sangka ada gak lelaki yang suka watak gini kan? haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience