{BAB 8/2 : DCB}{DISCHARGED TANPA DOKTOR TERSAYANG}

Drama Series 9401

PAGI itu, langit dari tingkap Wad 12 kelihatan luar biasa tenang. Tapi di hati Nur Biru, ribut kecil mula mengocak. Hari ini dia akan keluar dari hospital ini. Bererti, hari ini juga dia akan keluar daripada dunia yang memperkenalkan dia pada rasa cinta yang sangat dalam walaupun hanya seketika. Ah, mungkinkah kata-kata Dr Hurdan malam tadi akan jadi kenyataan? Dia gusar dan bimbang sebenarnya. Masih 50/50. Entah-entah lelaki itu tidak serius pun. Buktinya? Hingga ke jam sekarang pun wajah kacak itu belum muncul lagi di depan mata. Sedangkan dalam beberapa minit saja lagi dia akan pergi dan tinggalkan bangunan ini.

Mana janji-janji manisnya semalam? See you tomorrow kan? Sampai sekarang dia menagih ucapan selamat pagi dari doktor yang sering kelihatan berambut serabai itu. Apatah lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain seperti
"Awak dah makan?" atau "Awak sihatkan?". Ah.....Biru mengeluh panjang.

Yang ada cuma jururawat yang sibuk menyiapkan dokumen dan seorang doktor pelatih yang mewakili Doktor Hurdan sahaja. Hampa betul. Berkali-kali Biru pandang ke sekeliling. Tapi tetap saja kosong. Tiada kelibat 'abang' yang dia rindukan sejak dia celikkan mata tadi.

....

SEMENTARA di dalam satu bilik mesyuarat khas, Hurdan berdiri sambil membelek fail pesakit baru yang ditolak ke atas meja.

"I, I don't get it. Why am I assigned to this case last minute? Isn't this under Unit 7?" suara Hurdan terdengar sedikit kecewa.

Kaira melipat tangan sambil bersandar pada meja. "Because I want you on this, Hurdan. It's a complicated case and... you're the best doctor for this. I need you with me."

Hurdan mengeluh kecil. Tetap dia rasa aneh. Bukan dia seorang yang boleh mengendalikan kes kecemasan ibu hamil begini. Ramai lagi tenaga-tenaga pakar yang boleh diandalkan. Dia bukan tak mahu membantu, tapi rona pucat muka Nur Biru malam tadi buat dia bimbang. Sekurang-kurangnya, pagi ini dia mahu memastikan untuk kali terakhir sebelum gadis itu betul-betul dibenarkan pulang.

"But I still have Biru's......."

"She's already cleared. You've done enough. Let her go," Kaira terus memotong cepat. Tegas nadanya.

Hurdan pejam mata sekali lagi sambil pandang fail dalam tangannya. Entah kenapa, dia rasa tak sedap hati kali ni. Urusan discaj macam dibuat dengan tergesa-gesa serta bukan dari perakuannya. Jujur, dia sendiri belum  sempat menganalisis semula bacaan ECG Biru semalam. Sedangkan itu adalah prosedur rutin yang selalu dibuat untuk semua pesakit yang dimasukkan ke wad 12 sebelum dibenarkan pulang. Tapi dia pun tak mampu juga menolak apabila pihak hospital mengarahkan dia untuk mengurus kes kecemasan yang berisiko tinggi ini. Ahli keluarga pesakit semuanya nampak berharap. Kasihan mereka. Dia sebagai perawat rasmi di sini tidak boleh terlalu mementingkan diri. Kes ini melibatkan dua nyawa yang perlu diselamatkan.

Hurdan menutup fail perlahan, lalu memandang Kaira yang masih berdiri dengan wajah penuh yakin. Gaya yang dulu pernah buat dia rasa kagum, tapi kini hanya meninggalkan rasa tawar. Tapi dia bukan mahu berbalah. Kalau benar pesakit ini seteruk yang disebut dalam laporan awal, dia tak sampai hati untuk menolak.

"What's the case, exactly?" tanya Hurdan akhirnya.

Kaira menghulurkan satu lagi fail merah jambu yang dihulur oleh jururawat dari belakang kemudiannya. "Primigravida, 28 weeks. Abruptio placentae. She's losing blood internally, but vitals still holding. We're prepping for emergency C-section but baby's too premature. We need to stabilise the mother first..... and make a decision within the hour."

Hurdan telan liur perlahan. Rumit kedengarannya.

Abruptio placentae. Uri yang terpisah sebelum waktunya. Situasi ini jarang berlaku, tapi apabila berlaku ia akan jadi sangat kritikal. Ibu boleh kehilangan nyawa dalam masa sejam, malah janin juga berisiko mati dalam kandungan akibat kekurangan oksigen. Tapi dalam kes tertentu, jika ditangani dengan cepat ibu dan anak masih boleh diselamatkan. Masalahnya, pembedahan kecemasan perlu dilakukan dengan penuh teliti. Tak boleh terlalu cepat, tak boleh juga terlalu lambat.

"She’s only 28 weeks. Fetal lungs might not even be fully matured," Hurdan bersuara perlahan sambil jari meneliti nota pada fail.
"Kalau kita dapat stabilkan ibu dan tunggu sedikit, mungkin kita boleh panjangkan waktu untuk bayi... at least sampai 30 minggu."

"Exactly. That’s why I want you, Hurdan," kata Kaira, kali ini dengan nada yang lebih lembut. Gaya orang memujuk. "I know you. You’re meticulous. You don’t just treat but you also care. And.... we really need that, right now."

Hurdan terdiam. Dalam kepala, wajah pucat Biru muncul kembali. Terkilan juga kerana dia mungkin takkan dapat jumpa gadis itu pagi ini kalau dia bersetuju untuk menolong. Harap-harap benarlah seperti yang dikatakan oleh Kaira tadi bahawa Biru betul-betul telah 'cleared'. Jadi, prosedur discaj tetap boleh diteruskan oleh doktor lain. Lagipun, fail Biru kini sudah tidak berada dalam tangannya.

"Patient ada kat mana sekarang? I nak tengok dulu," Tanya Hurdan terus ke pokok masalah.

Kaira menyimpul senyum dalam hati. Yes, akhirnya bekas tunangnya itu setuju untuk sama-sama menguruskan kes ini.

"Already scrubbed in Hurdan. She’s in Operation Theatre 3. Anesthetist on standby. Tunggu you aje."

Ternganga seketika Hurdan. Kaira seperti sudah jangka keputusannya. Seolah-olah ini adalah arahan wajib untuknya. Gadis itu sendiri sudah siap dengan fail kes, protokol darah, serta borang persetujuan. Namun, Hurdan hanya mengangguk. Masa dah suntuk. Dia tak boleh berlengah juga. Langkah Kaira hanya diekor dari belakang. Namun matanya sempat menjeling ke arah koridor Wad 12. Entah kenapa... hatinya masih terasa berat.

---

SEMENTARA di Wad 12, Biru duduk di hujung katil sambil memandang ke arah tirai kelabu itu. Malam tadi sangat sempurna. Tapi pagi ini terasa sangat sunyi pula.

"Doktor Hurdan...... doktor janji nak hantar saya keluar..." bisiknya perlahan sendiri.

Tapi janji itu cuma tinggal janji sahaja. Muka kacak itu memang takkan muncul di situ.

"Dah boleh balik dah, sayang. Nanti jaga diri ya?" Tegur jururawat yang bertugas dengan lembut. Terus mati lamunan Biru. Jururawat itu mungkin aneh dengan sikapnya. Dah berkali-kali disuruh keluar tetap aje tak berganjak dari situ. Dia akhirnya mengangguk. Perlahan-lahan bagasi kecilnya dicapai. Lama dia merenung katil pesakit yang meninggalkan seribu kenangan itu. Katil yang jadi saksi segalanya bagaimana cinta yang baru mula berputik dan mungkin takkan sempat berakar panjang. Ah....sedih.

Namun dia cuba senyum walaupun matanya mendung. "Takpe. Mungkin 'abang' sibuk. 'Sayang' janji tak sedih..."

Perlahan-lahan, sekeping nota kecil sengaja dikeluarkan dari beg tangan. Gambar sekuntum bunga dilukis di situ. Ada sebaris nota comel dengan tulisan bulat-bulat sengaja ditinggalkan :

'Sekarang dah cukup tiga kuntum bunga dari saya ni tau. I LOVE YOU 'ABANG' DOKTOR HURDAN!!!!'. Hehe. Simpan baldu biru keramat saya tu tau. Minta izin bawa balik bau perfume, abang ya. Janji panggil saya sayang tau kalau jumpa saya nanti. Hehe... Ingat saya dalam doa abang.."

Dan di dalam dadanya, doa masih tak henti dilantun dalam diam. Biarpun mata kita sudah tak mampu menatap.

"Saya janji akan keep in touch... abang," bisiknya perlahan sebelum meneruskan langkah keluar dari bangunan hospital tersebut.

BERSAMBUNG...

P/S : Officially discharged guys....tapi sedih. Dr Hurdan sedang bertempur di bilik OT3 tu....huhu

Share this novel

User22861
2025-06-04 12:32:48 

ala.tak sempat jumpa Dr Hurdan.dr Kaira punya pasal la ni.sengaja je..geramnyaaaàa...


NovelPlus Premium

The best ads free experience