PAPAN kekunci telefon bimbit itu terus ditekan tatkala gajet canggih itu dihulur. Skrin telefon itu digeser-geser sambil tersenyum.
"Sehelai baldu biru... Yang kau berikan dulu...lambang cintamu itu. Sejenak ku terkenang...."
Buntang mata Biru terkejut. Jelas butang video pada kamera telefon tersebut kini sedang diaktifkan. Wajah kacak itu sedang tersenyum menyanyikan irama lagu tersebut. Tak sangka, permintaannya tadi akhirnya dituruti. Tanpa dipaksa, namun lelaki itu sendiri yang rela hati. Sungguh dia bahagia. Sangat terharu kerana Dr Hurdan nampak betul-betul bersungguh-sungguh. Biarpun suara jejaka itu tak setanding Awie, tapi nadanya cukup menusuk hingga ke sanubari.
“…awan terus kelabu.....baldu biru itu...menghiasai kamarku. Baldu......Biruuu…”
Hurdan tersenyum lagi sambil menoleh ke arah Biru tatkala klip video pendek itu dimatikan. Mata Biru kembali berkaca. Baginya, layanan doktor muda itu cukup istimewa untuknya. Hingga dia lupa segala kesakitan yang ada. Wad 12 ini sudah seperti taman bunga jadinya. Manis....
"Doktor, terima kasih. Saya sangat....."
“Lagu tu ada kain baldu ni. Awak pula gadis yang bernama Nur Biru. Dan saya ada suara. Sempurna dah formula kita. Memang patut kena nyanyi,” pintas Hurdan kemudiannya.
Biru tergelak. Memang romantik. Macam manalah Dr Kaira boleh reject dulu? Langsung dia tak jangka, lelaki yang keras macam tiang IV ni, sekarang dah boleh jadi selembut awan kapas.
"Terima kasih sekali lagi doktor. Saya rasa sungguh dihar...."
"Ehemm..." Dehaman kuat mematikan suara Nur Biru. Serentak tirai kelabu katil 2B itu diselak.
Kaira berdiri di situ sambil memegang sebuah fail tebal di tangan. Wajahnya kosong tapi matanya menyala geram. Namun bara itu cuba dipendam agar terlihat profesional di mata Hurdan.
“Sorry...” katanya perlahan. “I datang nak hantar semula fail pesakit you yang tertinggal tadi dekat kaunter. Nurse bagi tahu you ada kat dalam ni.”
Hurdan mendongak sedikit sebelum bangun perlahan dari bangku untuk menyambut fail yang dihulur.
"Nurse Aida ada cakap tadi. Katanya bacaan Biru dah makin baik...."
“Yap. Sangat baik.” sampuk Kaira sambil menepuk perlahan kulit fail itu sebelum berganti tangan.
“Semua vital stabil, ECG bersih, oksigen cantik. Jadi … sebab tu lah I dah schedule discharge esok pagi, jam lapan.”
Hurdan angguk sambil selak laporan. Angka-angkanya memang tampak kemas. Terlalu kemas jika dibandingkan dengan bacaan paginya. Dia sebenarnya tak suka menyoal tentang semua keputusan ini di hadapan pesakit, namun kerutan tipis tetap tercetak di dahi.
“Baguslah.” Hurdan kemudian meluruskan suara. “Cuma I rancang nak....ronda lagi lepas maghrib. Mungkin boleh buat verifikasi kecil.....”
“Perlu ke, doktor? Saya rasa dah sihat sangat ni...” Biru pula mencelah dengan senyuman ceria. Bimbang tengok riak tegang kedua-dua doktor itu. Macam ada arus elektrik aje yang menjerut antara kedua-duanya.
Lagipun dia faham aje maksud Dr Hurdan. Mesti kena ambil darah lagi. Bosanlah! Jujurnya, walaupun dia berat hati nak tinggalkan wad, tapi dia dah malas kena cucuk dan diperiksa dengan segala macam lagi. Seronok sangat bila Dr Kaira memberi khabar gembira yang dia makin sihat sekarang. Kalau dah sihat, tak perlulah ada verifikasi lagi kan? Kenapa Dr Hurdan nak rumitkan keadaan pulak? Mesti lelaki itu tak sedia lagi nak berpisah ni. Hehe. Matanya kemudian berpindah ke arah kedua-dua doktor yang sedang saling memandang itu. Muka Dr Kaira nampak ketat. Jelas sangat api cemburunya sekarang. Harap, ayat yang terpacul dari bibirnya tadi sekurang-kurangnya boleh meredakan suasana.
“Betul. Tak perlu, dear," Kaira kemudiannya memotong. Tangannya saja menepuk bahu Biru. Reaksi konon-konon cuba menenangkan pesakit.
"Semua ujian dah lengkap. Kalau ada repeat, awak perlu puasa sejam dua pulak, ambil darah lagi. Rugi aje, nanti tak sempat rehat.”
Hurdan mendengus perlahan, namun tetap menjawab dengan nada yang paling rendah. Hampir tak kedengaran. “Prosedur tak pernah salahkan pemeriksaan tambahan.....”
“Ya, Prosedur juga kata kita tak boleh dera pesakit dengan sampel tak perlu,” potong Kaira pula sambil sinis tersenyum.
“Laporan tengah hari tadi dah ada cop doktor yang bertugas" katanya lagi sambil memusing-musing pena di jari.“.......dan sudah diluluskan oleh Sister wad. Sistem pun dah kunci bila saya ‘finalise’. Jadi apa-apa repeat malam ni takkan muat naik sebelum esok. Buang masa you aje yang baru keluar OT kan?”
Hurdan diam. Keluhan kecil dilepas. Betul juga. Kalau sistem dah dikunci, jaranglah sesuatu kes itu mahu dibuka semula. Wajah Nur Biru dilihat sekilas. Gadis itu nampak ceria aje. Harap-harap keputusan yang ada dalam fail rawatan itu selari dengan tahap kesihatannya.
“Yay… dah tak kena cucuk-cucuk lagi, kan doktor?” usik Biru manja sambil menepuk perlahan beg infusi yang sudah dicabut dari tangannya.
“Ya, Cik Nur Biru. Tak perlu lagi dah,” jawab Kaira sambil menghadiahkan senyuman manis paling profesional yang dia mampu.
Hurdan tidak menyampuk. Sekadar diam memerhati dari sisi, sambil membelek-belek fail rekod rawatan pesakit di tangan. Perlahan, dia bergerak ke hujung tirai kelabu yang menjadi pemisah antara katil 2B dengan pesakit lain. Dia perlu ruang. Bicara antara rakan sejawat bukan sepatutnya berlaku di hadapan pesakit.
Kaira turut melangkah ke arahnya, seakan mengerti apa yang mahu dipersoalkan.
“You yang in charge waktu tengah hari tadi, kan? Kenapa tak inform I dulu sebelum terus buat repeat test?” tanya Hurdan perlahan tapi tegas. Masih dalam nada profesional.
Kaira tidak terus menjawab. Dia hela nafas kecil sebelum membalas dengan pertanyaan yang lebih tajam. “Kenapa? Doktor yang bertugas tak boleh buat keputusan sendiri ke sekarang? Takkan semua benda nak kena tunggu green light daripada you?”
Nada Hurdan kekal tenang, walau riak wajahnya menunjukkan ketidaksetujuan. Dia tahu benar Kaira pantang dikritik secara terbuka, apatah lagi bila berkait soal profesionalisme.
“I tak kata salah,” ujar Hurdan perlahan. “Cuma timing tu. Result semalam baru keluar pagi tadi. Repeat sepatutnya dibuat malam ni, bukan terus selang beberapa jam. Kita ada protokol dan kita kena jaga patient comfort juga. You tahu kan benda tu, Kaira?”
Kaira hanya diam. Tapi ekspresinya tak menyembunyikan rasa tak puas hati.
“Lagi satu, Wad 12 ni memang bawah seliaan I. Apa-apa prosedur termasuk discharge patient, sepatutnya ikut proper chain of command. At least... inform dulu, Kaira. It’s basic protocol.”
"That's it..." Laju Kaira memintas.
Sambil angkat bahu, wajah bekas tunangnya itu direnung. "Itu sebenarnya kan? But it’s fine. Honestly, I don’t think I did anything wrong. From a clinical point of view, the time interval between the last test and the repeat was medically acceptable. You know that. And with new admissions coming in non-stop, it makes sense to expedite discharges for patients who are clearly recovering.”
Dia sengaja tekankan perkataan ‘expedite’ supaya lelaki itu terasa. Pandangan matanya masih tak lari dari Hurdan.
“Plus… I just wanted to make sure you’re not being biased.”
“Biased?” Hurdan ulang, sinis. “I know how to separate work from feelings, Kaira.”
“Good. Then keep it that way. Especially when the patient... happens to be a woman,” balas Kaira, perlahan tapi tajam. Matanya menikam tepat ke wajah Hurdan.
Hurdan kerut dahi sedikit. Nada Kaira mengundang persoalan yang tak sedap di hati.
“Was it really necessary… to sing?” tanya Kaira, senyum sinisnya terukir sedikit. “Seriously… it was a bit too much. Too annoying, even.”
Kali ini, Hurdan diam. Jadi dia dengar?
“I only sang because the patient was in pain. That’s all.”
Kaira ketawa kecil, lebih kepada menghina daripada terhibur.
"Sejak bila doktor ambil alih tugas jadi penghibur?" Tanya Kaira sinis.
Hurdan angkat wajah, tapi belum sempat dia membalas, Kaira sudah memintas lagi.
“Unless... feelings got involved.” Kali ini nadanya makin menyindir. “I mean......maybe that’s why the patient seems so hard to discharge.”
Kalimat itu betul-betul menampar. Muka Hurdan berubah. Kata-kata Kaira menusuk terus ke ego dan integritinya sebagai doktor. Dia mungkin ada rasa, tapi dia tetap tahu juga batasnya. Dia sendiri pun ada etika ketika bekerja.
“I got to go,” ujar Kaira perlahan sambil menarik nafas panjang, puas. Matanya sempat menjeling Hurdan sebelum berpaling dan pergi.
Dia tahu verifikasi kecil yang diminta Hurdan pagi tadi takkan dilakukan malam ini. Bukan selepas ego lelaki itu tercabar begitu. Dan bagi Kaira, itu sudah cukup. Semuanya terkawal. Segala-galanya pasti selamat.
BERSAMBUNG...
haha, mesti geram kaira kan? Boleh nyanyi2 pulak...hehe
Share this novel
apa k khabar Biru dah discharged ke..ehehe
eee tidak suka la Dr Kaira ni..