Bab 9

Romantic Comedy Completed 145346

"Akak...akak rasa macam mana design kita yang tu? Ok tak??" tanya Risya. Athirah memandang ke arah pelamin yang sudah siap direka.

"Ok. Cantik...cuma perbetulkan kain belakang tu sikit. Yang warna cream tu. Nampak macam senget," arah Athirah. Risya hanya mengikut arahan.

Selepas semuanya Athirah berpuas hati, Athirah memerhatikan aplikasi Wechat nya. Apa yang Fariz nak?!

*thirah...saya nak jumpa awak...please...don't say you don't want to see me...*

Athirah menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Malas nak layan Fariz yang makin lama makin meroyan! Sanggup dia khianat cinta Farahin?!

"Kenapa ni?" tanya Adam.

"Hah?!" Athirah tersedar dari lamuanannya.

"Aku tanya kau kenapa?" Adam mengulangi pertanyaannya.

"Macam biasa..." Athirah hanya memandang pelamin yang sudah siap dihias. Apa aku dapat menjejaki pelamin suatu hari nanti?

"Dia kacau kau lagi?" teka Adam. Athirah hanya mengangguk.

"Apa yang mamat tu nak?" bentak Adam. Kasihan Adam melihat Athirah yang wajahnya kini selalu mendung.

Athirah yang dia kenal dulu ialah seorang yang ceria dan jarang berwajah masam. Kini, apabila semua dah terjadi...wajah itu sentiasa mendung. Aku akan cari kau Fariz walau dimana kau berada! Sekali kau sakiti kawan aku, kau akan rasa bergandanya!

"KENAPA Athirah tak balas?" Fariz sudah gelisah di tempat duduknya. Sejak tadi dia asyik mencari Athirah di sekeliling kawasan KL. Petrol pun tak tahu berapa kali penuhkan.

Panggilan dari Farahin diabaikan. Misinya sekarang ialah Athirah. Di mana kau sekarang ni Athirah? Please jangan buat aku macam ni! Aku terseksa!

Teringat dia perbualan antara dia, ayahnda dan bondanya...

"What?! Apa yang Fariz dah buat ni?! Fariz saja ya nak buat nama ayahnda dan bonda tercemar?!" marah Tengku Farid.

"Ayahnda..bukan maksud Fariz macam tu tapi Fariz...fariz..." dia tak ada alasan untuk itu.

"Fariz apa?! Ayahnda tak kira! Kamu kena cari jugak perempuan tu dan kahwini dia! Kalau tak, kamu bukan anak ayahnda lagi!" kata Tengku Farid muktamad.

"Ayahnda..." Tengku Farid berlalu ke atas. Kecewa dengan sikap anaknya.

"Fariz...cuba cerita dengan bonda. Kenapa Fariz boleh buat perkara tu sedangkan Fariz tahukan apa hukumnya?" tanya Tengku Alisa.

"Bonda...Fariz...fariz tak dapat kawal perasaan Fariz. Fariz cembur bila nampak dia dengan orang lain. Fariz nak dia..."

"Sapa? Farahin?"

"Bukan...Athirah. Maybe she's not like other girl. Berjerawat...dahi tak licin macam perempuan yang Fariz pernah kawan tapi Athirah tu dia ada aura sendiri..."

"Tapi bukan dengan cara mengambil maruah Fariz...salah caranya!" nasihat Tengku Alisa.

"Fariz tahu dan sekarang dia dah larikan diri...sampai sekarang Fariz tak jumpa dia lagi...." keluh Fariz.

"Perlahan-lahanlah Fariz. Inysa-Allah, satu hari nanti jumpa jugak..." kata Tengku Alisa. "Boleh bonda tengok gambar dia?" Fariz mengangguk.

Fariz membuka gambar Athirah di bahagian photo. Tengku Alisa melihat gerangan yang bernama Athirah tersebut. "Comel..."

"Kan?? Sebab itulah Fariz sukakan dia..." Fariz tersenyum pahit. Namun, tiba-tiba telefon bimbit Fariz berbunyi. Abang Izzat? Dia menjawab panggilan tersebut.

"Ada apa abang Izzat??"

"Hah?! Ya Allah...macam mana keadaan abang sekarang ni?"

"Operation dalam minggu ni jugak?!"

"Ok...nanti Fariz bagitahu bonda dan ayahnda..." Fariz memutuskan talian selepas salam diberi.

"Kenapa Fariz? Kenapa dengan abang?"

"Abang memghidap kanser tahap 1. Dia akan buat operation dalam minggu ni jugak."

"Ya Allah! Abang! Abang!" teriak Tengku Alisa.

"Ada apa ni?" tanya Tengku Farid. Kelam kabut dia turun dari atas.

"Abang...kita kena gerak ke Manchester sekarang ni jugak abang! Along abang..."

"Kenapa dengan along?"

"Dia hidap kanser tahap 1. Dia akan buat rawatan minggu ni jugak. Kita balik ya abang?"

"Baiklah...kamu pergi siap! Fariz! Pack your important things then we flight to Manchester..." arah Tengku Farid.

"Tak naklah ayahnda. Fariz nak kena cari Athirah..."

"No! Listen to me! Pack your things then we go!" arahan tegas dari Tengku Farid. Tengku Alisa memberi isyarat agar mengikuti apa yang disuruh oleh ayahndanya.

Fariz dengan lemah melangkah menuju ke biliknya.

ATHIRAH menyemak aplikasi Wechatnya. Lamanya tak chat dengan Pain. Rindu pulak dia. Almaklumlah...Pain kan sambung belajar. Mesti sibuk dengan assignment! Kemudian, dia membaca moments yang dibuat oleh Fariz.

*I'm gonna fly to Manchester today...*

Athirah mencebik. Manchester? Larikan diri dari kesalahan yang dibuat?? Huh! Cakap je nak kahwin dengan aku! Tapi, ini apa?! Nasib baik aku tak percayakan kau Fariz!

Namun, terselit rasa seronok dalam hatinya. Kalau Fariz tak ada, maknanya...aku bolehlah jelajah satu KL ni dengan happy! Oh yes! Akhirnya...

"Kenapa tersenyum-senyum ni?" tanya Risya.

"Hah?! Tak ada apa-apalah...saja je nak happy bila baca moments dari kawan-kawan," bohong Athirah.

"Ingatkan apalah tadi..."

"Adam!" panggil Athirah.

"Ada apa?"

"Weyh, hujung minggu ni bos bagi kita cuti kan?" Adam mengangguk. Athirah tersenyum sumbing.

"Jom jalan-jalan? Bawak aku round satu KL ni boleh?" pinta Athirah.

Athirah ni demam ke apa? Tadi mendung, ni tiba-tiba pulak jadi happy semacam!

"Kau mengata aku kan?? Aku tengah ok sekarang ni. Amacam? Nak tak bawak aku pusing satu KL?"

"Oklah jugak..."

"Nak dating lah ni?" usik Risya.

"Bukan selalu kan Risya?" tanya Athirah sambil menjongketkan keningnya. Risya mengangguk tanda setuju.

"Saya dengar ada orang nak round KL nanti? Betul ke?" tiba-tiba Eliza dah berdiri di tepi mereka.

"Eh? Sejak bila bos terpacak dekat sini?" tanya Adam terkejut dengan kehadiran tba-tiba bosnya.

"Dari tadi lagi...tak perasan ke?" sindir Eliza.

"Ingat! Cuti-cuti jugak tapi ingat! Jangan nak main sedap cuti je! Kerja tetap kerja jugak! Kalau saya call kata ada wedding, awak kena attend, faham?!"

"Faham bos!" Athirah mengangkat tabik. Ingat laku?

"Woi! Kau ingat dengan tabik kau tu laku? Apahal kau nak tabik segala? Ingat kita dekat kem tentera??" soal Adam. Nak tergelak dia tengok tiba-tiba Athirah tabik.

"Saja nak perasan jadi komander..." Risya hanya tersenyum dengan gelagat Athirah. Memang happening betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience