Athirah membuka tudungnya. Terasa panas pula tiba-tiba. Rambut yang disanggulnya dilepaskan. Perghhh! Rambut pun jadi artis! Kerinting gitu. Badan yang terasa letih dibaringkan di atas katil. Buat pengetahuan semua, dia tak tidur sebilik dengan Fariz. Kiranya bilik berasinganlah sebab dia inginkan privasi.
Fariz pun tak banyak soal. Hanya setuju dengan permintaannya. Ya, dia tahu. Sepatutnya dia sebagai isteri harus ada di samping suami tapi, dia belum bersedia. Dia inginkan sebuah kebebasan. Bukan bermaksud kebebasan sepenuhnya. Maksudnya macam kebebasan untuk sementara. Bebas untuk dia bersendirian.
Belum sampai 5 minit dia melelapkan matanya, pintu biliknya dikuak dari luar. Terbangun Athirah dari pembaringannya. Nak capai tudung? Dah terlambat. Fariz dah pun lihat dirinya dengan keadaan tak bertudung.
Agaklah weird kan kalau tak bagi suami tengok mahkota tapi dia tak nak Fariz lihat semua tu. Cukuplah Fariz dah tengok sekali. Not this time again hinggalah tempoh dia bersalin nanti. Masa berpantang nanti, of course lah tudung kena lucut kan? Takkan nak pakai depan mak dan pak mentua kot especially keluarga dia sendiri? Tak ka depa rasa pelik?
"Tak reti nak bagi salam or ketuk dulu ka?" marah Athirah. Hesy! Baru nak senang lenang, dah ada yang mengganggu!
"Sorry...penat ke?"
"Looks like that. Awat? Ada apa ke nak cakap dengan saya?"
"Adalah sikit if you want to hear it..."
"Tak apalah. Saya dengar. Masuklah..." Fariz masuk lalu pintu biliknya ditutup. Fariz duduk di birai katil. Tak lari pandangannya melihat Athirah yang cantik tanpa berhijab. Rambut pun gaya artis.
"Apa yang awak nak cakapkan tu?" soal Athirah. Dia perasan yang Fariz asyik memerhatikannya. Rasa tak selesalah pulak.
"Emmmm....sayang nak tak ikut saya pergi bercuti?"
"Bercuti? Bercuti ke mana? Awat perlu bercuti?" tanya Athirah bertalu-talu. Bercuti? Dengan Fariz? Mimpi ka apa ni?
"Ya...bercuti. Lagipun abang tak bawak sayang bercuti lagi kan? So, apa kata kali ni kita pergi bercuti? Nak?"
"Bercuti? Kalau tak pergi, boleh? Saya ada banyak kerjalah..."
"Alasan!"
"Betullah! Ok, since awak ni macam terdesak sangat nak pergi bercuti, awak nak pergi hari apa? Kalau minggu depan maybe boleh but this week, rasanya tak boleh sebab nak kena pergi decor and plan wedding anak kerabat."
"Oh ya? Tak apa, nanti abang akan susun balik schedule."
"Terdesak sangat ke?"
Isy bini aku ni! Ada pulak dia cakap aku terdesak? Aku tak terdesaklah. Aku just nak spent time dengan dia dan anak kami tu. Itu je.
"Taklah terdesak sangat. Saja nak spent time dengan sayang...with our baby..." Fariz memegang perut Athirah.
Tersentuh Athirah dengan keprihatinan Fariz terhadapa dirinya dan baby dalam kandungan ni. Baby...do you love papa?? Me?? A little bit. Mama tak boleh letak cinta mama sepenuhnya untuk papa. Mama takut mama akan kecewakan hati yang lain. Mama tak nak orang lain sakit hati disebabkan mama.
"Hei! Kenapa termenung ni? Fikir apa? Fikirkan Pol atau Adam?"
Athirah tersenyum. "Jeles ke?"
"Memanglah!" Fariz tersenyum. Athirah dah boleh terima dia ke? Ya Allah...kuatkanlah ikatan kami sebagai suami isteri dalam kata yang sebenarnya.
"Tak payahlah nak jeles sangat! Saya bukannya yang jenis lupa status saya..."
"Good wife!" puji Fariz. Rasa sayangnya makin bercambah untuk Athirah.
"Well...about our holidays. Where we go to?"
"Adalah..."
"Habaqlah..."
"Betul nak tahu?"
"Aha..."
"It's ....your hometown? Macam mana? Ok?"
"My hometown? Oh yesss!!!! Suka!!! Lama tak balik kampung! Yeah!!!" tanpa sedar, Athirah memeluk Fariz.
"Sorry..." ucap Athirah apabila sedar perbuatannya. Opsss!!! Terlebih sudah! Adoii!
"Tak apa. We're halal kan?"
"Halal pun jangan nak galak sangat ok? Dah, dipersilakan keluar kerana tuan puteri nak beradu. Cepat!"
"Amboii! Halau nampak?"
"Bukan halau cuma dipersilakan keluar. Saya penat ni. Boleh tak keluar? Saya nak tidur..."
"Oklah...have a sleep tight!" selepas pintu biliknya ditutup, Athirah segera memejamkan matanya.
"OK BOSS...semuanya dah prepare dan dah ada dalam van. Kita boleh bertolak sekarang..." kata Adam.
"Mana Athirah?"
"Entah...tak datang lagi ni. Tak apa, biar saya call dia..." belum sempat nombor Athirah didail, kelibat Athirah sudah muncul.
"Sorry...sorry sebab lambat! Terlajak tidur! Hehehe..." Athirah tersengih.
"Nasib baik on time! Kalau tak, dah lama blah tinggal hang!" kata Adam.
Fariz dari dalam kereta hanya melihat adegan Athirah dan Adam. Sabar...jangan cemburu! Mereka tu cuma kawan sekerja je Fariz. Jangan terburu-buru!
"Weyh...laki hang kira tengok arah kita ja. Jangan dia mai serang aku dahlah!" kata Adam.
"Jangan risaulah. Dia takkan mai serang! Dia tau yang kita akan ke majlis preparation anak kerabat tu. Aku dah habaq dekat dia awai-awai lagi..."
"Fuh!! Lega..."
"FARIZ!!!" panggil seseorang dari belakang Fariz. Fariz menoleh ke belakang. Kelihatan Farahin sedang berjalan menuju ke arahnya.
Apalah yang minah ni nak? Hesy! Rimas betullah aku!
"Fariz..." kata Farahin sambil tersenyun.
"Hmmm...ada apa datang jumpa saya ni?"
"Kenapa tanya macam tu? Saya mestilah nak jumpa awak. Takkan nak jumpa apek simpang jalan tu kot?"
Itu lagi bagus kalau kau tegur apek simpang jalan tu! Kata Fariz dalam hati.
"Kenapa ni Fariz? Awak demam ke? MUka muram je..."
"I'm not in the mood. So, can I go?"
"Wait! Saya nak tanya...kenapa saya call, what's app, line, instagram, weChat awak tak reply?"
"Perlu ke saya jawab?"
"Perlu lah sebab saya nak jumpa awak pun susah inikan pula text and call...lagilah susah! What's wrong with you?"
"Start from now, please stop bothering me for a while? I have an family problem. So, I need my space, can I? "
"Family problem? Macam mana sekarang? Ok?" prihatin Farahin.
Ya Allah...kenapalah Farahin terlalu baik. Rasa bersalahlah pula untuk berterus terang kepada dia.
"Alhamdulillah...ok dah sikit. Oklah...saya balik dulu. Bye!"
"Ok...send my regards to your family, alright?"
"Ok!" laung Fariz.
Di dalam kereta, Fariz masih terfikirkan tentang Farahin. 'Saya tak sampai hati untuk menyakitkan hati dia walau sekecil kuman pun!' kata-kata Athirah kembali terngiang.
Sekarang dia faham maksud Athirah. Ya! Farahin memang terlalu baik untuk dia khianati. Tapi, dia memang dia dah khianat pun! Ya Allah! Apakah semua ini?
'She's a woman like me! Dia punya perasaan yang sama dengan perempuan yang lain! Ingin dimiliki dan dicintai. Tapi, bukan saya. To me, my friends feeling is too much then my feeling. Sebab itu saya tak hairan if satu hari nanti awak akan ceraikan saya..."
Kata-kata Athirah cukup menikam. Athirah lebih pentingkan perasaan kawannya berbanding perasaannya sendiri. Ya Allah...kenapa Athirah terlalu baik?
'If you want to stay with me, then how with Farahin? Awak tak boleh lepas tangan macam tu je!'
"Perlukah aku berterus terang dengan Farahin?" Fariz bermain dengan fikirannya sendiri.
Share this novel