"Thirah...jomlah pergi lawatan tu. Bukan selalu sekolah kita buat lawatan. Jomlah pergi. Aku teringin nak pergi..." ajak Sharmina atau dikenali sebagai Mina.
"Alah...aku tak naklah! Bukan seronok pun! Setakat Songkhla, baik Danok!" balas Athirah.
"Alah...please! Ok, sekali ni je aku ajak. Dahlah lawatan 2 bulan lepas kau tak join." Mina buat suara merajuk.
"Bukan best pun! Setakat Songkhla je pun! Janganlah buat syok sangat!"
"Alah...jomlah!"
"Bagi aku 1001 sebab kenapa aku kena pergi??" Athirah tayang muka bosan.
"1 sebabnya ialah kau kena pergi. 2, confirm kau tak boring! 3, aku dan Farahin kan ada."
"3 sebab je? Itu je?"
"Please..."
Athirah mengeluh. "Ok, this time aku akan pergi. Ini pun sebab aku tak tahan tengok muka soya kau ni!"
"Thank you!" Mina memeluk Athirah.
"Eii!!! Apa ni peluk-peluk?! Aku bukan lesbian ok!" selamba Athirah berkata.
"Aku pun tak teringinlah!"
SELEPAS mengemas apa yang patut, Athirah membaringkan badannya di atas tilam. Hesy! Malasnya aku nak ke Thailand! Songkhla pulak tu! Duduk dekat Kedah ni bila-bila ja boleh pi sebab Kedah kan sempadan Thailand ja. Buat border pass, terus boleh masuk. Tak payah nak passport bagai.
Pintu biliknya diketuk. Athirah bangun dari pembaringannya. Ibunya masuk ke dalam bilik. "Dah siap kemas?"
"Dah ibu."
"Ingat...pi sana hang jangan nakai sangat! Hang kena ikut arahan cikgu! Faham?"
"Faham ibu."
"Dah, sekarang ni hang tidoq. Esok kena bangkit awai. " Puan Zaria keluar dari bilik anaknya.
"YEAY! Thirah ikut!" sorak Farahin. Athirah mencebik. Ceh! Buat syok boleh! Rimbuk kang!
"Anak Mazlan pun pi ka? Aku ingat tak pi!" seloroh Aziem the syndrom.
"Lantak akulah weyh sindrom!" balas Athirah geram. Sengaja je mangkuk ni cari gaduh dengan aku!
"Setahu aku hang ni bukan yang jenis tak suka travel ka? Awat hang ikut?" tanya Farhan.
"Ada dua ekor orang gila suruh aku ikut. So, kena ikutlah!" kaki Athirah disepak dari belakang.
"Adoiii!!! Apahal hang ni Mina?!" Athirah menggosok kakinya yang terasa perit disepak.
"Semua dah ada ka? Kalau dah ada, silakan naik ke dalam bas dengan berbaris ya?" arah Cikgu Nurul.
Mereka semua naik bas. Athirah duduk dengan Mina manakala Farahin duduk dengan Hidayah. Tak lama kemudian, mendengar taklimat dari Cikgu Nurul, bas pun bertolak menuju ke Songkhla.
Dalam bas, Athirah hanya melayan telefon yang dihadiahkan oleh abahnya iaitu Honor Family 6_1 keluaran Huawei.
Dengan earphone di telinganya, dia mendengar lagu yang digemarinya iaitu Masih Berdiri dari Tengku Adil OST Puteri Bukan Nama Sebenar.
Cinta kita bukan seperti cinta yang kau
bayangkan...bukan seperti watak di
novella...aku bukanlah wira sang pencinta...
Kata-kata tentang diriku yang tidak sempurna
Tahukah padaku kaulah dunia...cobalah kau
melihat tanpa mata...
~korus~ Biar hujan membasahi pipi,
agar tangisanku tersembunyi
walau runtuh segalanya
cintaku masih berdiri tuk selamanya.
Aku tahu ada kekurangan pada diriku
yang harus ku mengubahkan untukmu
kan ku buktikan cintaku padamu...
"Hoi! Hang dengaq tak apa yang aku cakap?!" sergah Farahin lalu menarik earphone di telinga Athirah.
"Apa hang ni?!" bentak Athirah. Sedap dok tengah layan lagu, dia pi tarik!
"Tulah! Sapa suquh hang berangan lagi?! Aku cakap nanti sampai Songkhla, kita main pantai nak?" tanya Mina. Mengulang kembali soalan yang dicakapnya.
"Emm...ok..."
Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada message dari Wechat masuk.
*paktam*: Woi! Hang buat apa? Dari tadi aku tengok hang asyik pasang earphone dekat telinga...
*T-Rah*: Tak buat apa-apa pun. Tengah dengar lagu ja. Kenapa?
*paktam*: Tak ada apalah...saja nak kacau hang...
*T-Rah*: Apa2 jelah pak tam!
Kemudian, dia membuka moments. Dia melihat moments yang dibuat oleh Fariz Ikram.
*I'm at Songkhla right now and from today...*
Matanya terbeliak membaca moments tersebut. "Mina! Ini bukan ke awek Pain?"
"Ha arr...alah...dia pun ada dekat Songkhla jugak ka? Nanti mesti depa berdating tak habis!" cemuh Mina.
"Kan?? Menyesal aku ikut hampa!" Athira menyelak lagi moments.
*I miss my girlfriend...how can I meet her?*
"Uwekkksss!!! Nak termuntah aku!" kata Athirah dan Mina serentak.
"Hampa ni awat?" tanya Farahin.
"Tak ada apalah...cuma tengok moments ni rasa nak termuntah. Miss miss my girlfriendlah konon!" kata Athirah sambil buat mimik muka.
"Hmm...ingatkan apalah tadi!" Farahin kembali tumpu kepada telefon bimbitnya.
PERJALANAN yang mengambil selama berjam itu akhirnya sampai jugak. Athirah perhati mesej yang baru masuk di Wechat.
*Saiful_Akram*: Nanti boleh jalan2 dekat pantai...nak join kami tak??
Erkk?? Apahal Pol ni tiba-tiba ja?
*T-Rah*: Boleh jugak! Lama tak lepak dengan geng2 kita... aku ok je...
*Saiful_Akram*: Cantik. Tapi, kita pergi esok jelah sebab malam ni maybe semua orang letih kan??
*T-Rah*: Ok...aku on je. Anytime korang nak keluar, let me know ya? Tapi kalau aku ajak Mina, Farahin and Dayah sekali boleh?
*Saiful_Akram*:Boleh! No problem!
"Amboi! Wechat dengan Pol! Ada apa-apa ka?" usik Mina.
"Kau ni memang sentiasa jeles kan? Taklah...dia dengan geng dia ajak aku keluar jalan-jalan tepi pantai. Kau nak ikut tak? Tapi esoklah..."
"Ok jugak tu! Lama tak keluar main dekat pantai..."
Bas berhenti di hadapan Bp Samila Beach Hotels&Resorts. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah. Mereka perlu membayar RM200 setiap seorang dan yang lain ditanggung oleh pihak sekolah.
Di Bp Samila Beach Hotels&Resorts, ianya dijamin halal. Walaupun halal, kami tak berani nak try makan. So, kami bawaklah bekal sendiri.
"Welcome to our hotel. Hope you all like our services..." ujar seorang wanita yang menjaga kaunter.
"Hope so. We can get halal food too right?" tanya Cikgu Nurul.
"Oh yes. We prepare halal food. Don't worry about our food. It's halal..." kata wanita itu lagi.
"Good. Then, can we have our keys? It's for 10 rooms that I have booked..." kata Cikgu Nurul lagi.
"Here you are your keys room. Enjoy and have a good rest," kata wanita itu sambil tersenyum.
"Thank you..." mereka segera beredar ke bilik masing-masing.
"Nah...kunci bilik. Setiap orang duduk dalam bilik 2 orang sebab ada 2 single bed. Bilik semua menghadap laut."
"Wah! Ini yang best ni!"
"Korang berehat dulu. Esok baru kita mulakan aktiviti ya?"
"Ok!!!" semua masuk ke dalam bilik masing-masing.
Share this novel