"Aku terima nikahnya Nur Irfa Athirah dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai..." dengan sekali lafaz sahaja, Athirah sudah sah menjadi milik Fariz.
Athirah menangis. Selalunya orang akan cakap pengantin perempuan kalau menitiskan air mata, itu tandanya kegembiraan tapi bukan Athirah. Itu air mata derita baginya. Derita kerana dirinya akan hidup dengan orang yang dia benci.
Kini Fariz duduk di hadapannya untuk menyarungkan cincin. Belum sempat Athirah hendak mengelap air matanya, tangan Fariz terlebih dahulu mengelap air matanya. Dia memandang Fariz dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
Fariz hanya tersenyum kecil. Fariz mencapai tangan Athirah lalu cincin disarungkan ke jari manis Athirah. Athirah menunduk mencium tangan Fariz dalam keadaan terpaksa. Apbila kepalanya dipanggungkan, satu ciuman melekat di dahinya. Lama.
Athirah terfikir. Bagaimana dengan nasib kawannya, Farahin? Dia tahu yang Farahin sangat cintakan Fariz tapi apa yang mampu dia buat? Semuanya telah dirancang oleh keluarga dia dan keluarga Fariz. Dia tak nak kahwin dengan Fariz walaupun hakikatnya ialah dia harus jugak kena dengan Fariz.
Macam mana kalau rahsia ni bocor ke tangan Pain? Aku tahu yang rahsia ni takkan boleh disimpan lama. Lama-lama Pain akan tahu jugak semuanya. Apa Pain akan membenci aku? Harap taklah dan harap sangat dia tak salah anggap pasai semua ni.
"Sayang...jom masuk bilik..." ajak Fariz. Athirah memandang Fariz.
What the...??? Dia panggil aku sayang? Erkkk! Euwww! Aku geli nak mampus! Tolonglah...panggilan sayang tu langsung tak sesoai! Hesy! Urat otak dia ni dah mati ke tersimpul sampai nak panggil aku sayang?
"Apa yang sayang termennung lagi tu? Jomlah..." Fariz memegang tangan Athirah.
Ok...dah sah otak dia ni dah mereng! Sampai nak pegang tangan aku! Memanglah aku ni dah jadi bini dia yang sah tapi janganlah suka suki hati dia nak pegang tangan aku! Melampaui batas ubi kayu ni! Kalau boleh boh penyepak, lama dah aku bubuh! Terpikiaq aku ni bini dia ja aku tak bubuh!
"Thirah...apa yang hang tunggu tu? Laki hang ajak pi masuk bilik tu. Ikutlah dia.." nasihat Puan Aisyah.
Athirah memandang ibunya. Walaupun berat dan malas, dia tetap kena ikut jugak. Well, syurga diakan dah beralih ke bawah tapak kaki suami. Bukan ibu lagi. Athirah bangun lalu mengikut Fariz masuk ke bilik.
ATHIRAH termenung duduk di birai katil. Siapa sangka umurnya yang baru menjangkau 18 tahun dah menjadi hak orang yang juga berumur 18 tahun? Dan dalam masa 18 tahun ni dia dah mengandung! Diulang sekali lagi dia MENGANDUNG!
Would you believe it?? Dalam masa yang masih muda. Kak long dia untunglah kahwin masa umur baru 25 tahun tapi dah ada 3 anak sekarang ni. Kahwin dengan orang yang dia sayang tapi dia?? Kahwin terpaksa dengan orang yang dia benci. What the cruel is begin?!
Telefon bimbit yang berbunyi membuatkan Athirah tersedar dari lamunannya. Itu bukan telefon bimbit aku. Telefon Fariz. Sapa pulak yang call dia? Athirah bangun menuju ke arah telefon Fariz. Farahin??
Nak biarkan ke nak jawab? oiii! Kantoilah kalau hang yang jawab! Apa ke bengong sangat kau ni Athirah? Ok, jangan jawab! Athirah duduk kembali di birai katil. Beberapa minit kemudian, pintu bilik air dibuka. Fariz yang baru selesai mandi segera keluar.
"Sapa yang call?" tanya Fariz. Dia mengambil baju yang hendak dipakainya.
"Pain...dah 5 kali dia missed call kau. Calllah dia balik. Saya nak pergi mandi..." Athirah mencapai bajunya dan berlalu ke bilik air.
Fariz mencapai telefon bimbitnya. Betul cakap Athirah. 5 missed call dari Pain. Dia menelefon Farahin.
"Ada apa call saya malam-malam ni?"
"Kenapa kalau saya call awak susah sangat nak angkat?" bentak Farahin dalam talian.
"Ini untung jugak kalau saya dah call. Ada apa awak call ni?" soal Fariz basi. Malas dia nak layan Pain.
"Saya nak tanyalah awak apa khabar? Dah makan ke belum? Sihat ke tak?"
"Saya sihat alhamdulillah. Saya dah makan pun. Awak dah makan?"
"Saya dah makan. Oklah...saya tak nak kacau awak. Lagipun saya ada kerja nak kena siapkan. Oklah, saya off dulu. Bye!"
"Bye!" Fariz memutuskan talian.
Tak lama kemudian, Athirah keluar dari bilik mandi dengan bertudung dan jubah tidur. Dia menuju ke katil. Bantal dua biji diambil. Dia nak tidur. Dah mengantuk sangat ni. Malam ni dia tidur dekat sofalah.
Belum sempat dia menuju ke sofa, tangannya dipegang. Dia memandang Fariz.
"Apahal?"
"Nak pergi mana?"
"Nak tidurlah! Nak buat apa lagi? Takkan nak main tennis kot time ni?"
"Masalahnya nak tidur dekat mana?" Athirah mengerutkan dahinya.
"Dekat sofalah. I don't think so that I will sleep same bed with you..." kata Athirah.
"Apa salahnya kan?"
"Jangan nak jadi wayar gila sangat erkk?? Dah! Lepas tangan aku!"
"No! I won't let you sleep at the sofa. Just sleep same bed with me. Don't worry. I won't do that 'thing' ..." kata Fariz pula.
"Aku tak naklah!" Athirah cuba melepaskan pegangan Fariz.
"Please boleh tak kali ni sayang dengar cakap abang?"
"Abang?? Sapa nak jadi adik kau?!"
Fariz mengeluh mendengar kata-kata Athirah. "Let it be. Yang penting abang tak nak sayang tidur di sofa..."
"Come and sit here..." Fariz menepuk-nepuk tilam yang didudukinya.
"Duduklah..." Athirah mendengus. Mahu tak mahu dia terpaksa jugak! Kalau tak, confirm Fariz akan heret dia supaya duduk jugak atas tilam tu.
Elok ja Athirah duduk di atas tilam, Fariz merebahkan kepalanya di atas paha Athirah. Terkejut Athirah dibuatnya.
"Apahal pulak kau ni nak landing atas paha aku bebagai?" soal Athirah.
"Saja...abang nak main dengan anak abang dalam perut ni. Baby, baby ok duduk dalam ni? Macam mana? Mama baik tak? Mama bagi baby makan tak?"
Athirah mencebik. Ceh! Apa selama ni aku maka tak turun ke baby ke? Bodoh punya soalan! Tiba-tiba Athirah terasa seperti tubuhnya dipeluk. Memang Fariz tengah peluk dia sekarang ni pun!
"Apahal pulak ni? Buang tabiat?"
"Takkan nak peluk pun tak boleh? I miss you more..."
"Hesy! Apa yang nak berjiwangssss sangat ni? Tiba-tiba je..."
"Tak salahkan?"
"Memanglah salah! Kau tahu sebab apa? Sebabnya aku dah penat! Dah tepi! Aku nak tidur!"
"Ok...ok...selamat tidur princess...esok kita sambung ya?"
"Sambunglah dengan sofa kau tu!" Fariz ketawa dengar ayat selamba Athirah. Athirah segera membaringkan badannya lalu matanya dipejamkan.
Share this novel