"Damn it!" bentak Farahin sambil stereng keretanya diketuk. Geram, benci, marah semuanya bergambung menjadi satu!
"Tak guna kau Fariz!! Kau gunakan aku! Patutlah masa dekat Songkhla kau asyik tengok Athirah je!"
"Arghhhhhh!!!!" Farahin mengetuk stereng keretanya banyak kali. Agaknya kalau boleh tercabut stereng tu, dah tercabut dah perasan!
"Mama...Pain nak blah balik ke Singapore. Pain dah tak tenang hidup kat Malaysia!" talian diputuskan lalu keretanya dipandu menuju ke airport.
SELEPAS mandi, Athirah duduk di atas katil. Melayan novel yang Fariz hadiahkan kepadanya tadi.
"Assalamualaikum..." Fariz memberi salam.
"Waalaikumussalam..." Athirah masih memandang novel.
Fariz duduk di sebelah Athirah. Bini aku ni marah lagi ke? "Marahkan abang lagi?"
"Entah..." jawab Athirah sepatah.
"Please jangan macam ni. Abang mintak maaf..."
"Huh!" Athirah menutup novel dan segera bangun dari katil.
"Sayang!" Fariz melutut di hadapan Athirah. Dia sanggup buat apa saja asalkan Athirah maafkan dia tapi bukan kembali kepada Farahin.
Fariz memeluk kaki Athirah. "Please maafkan abang..."
"Awak! Apa yang awak buat ni? Bangunlah!" Athirah cuba menarik Fariz supaya berdiri.
"Maafkan abang..."
"Ya! Saya maafkan awak...please bangun! Tak bagus suami melutut depan isterinya. Dosa balik kepada isteri..."
"Betul sayang dah maafkan abang?" Fariz bangun berdiri di hadapan isterinya.
"Betul...saya dah maafkan awak. Janganlah sampai nak melutut macam tu. Saya tak suka..."
"Betul-betul ke ni sayang dah maafkan abang?"
"Betullah...kenapa? Tak percaya?"
"Bukan tak percaya tapi pelik sebab berunag kutub abang yang ganas ni cepat maafkan...hai pelik!" Fariz buat muka pelik.
Athirah mencebik. Ada pulak dia samakan aku dengan beruang kutub? Kurang asam jawa extra Adabi betullah suami aku ni! "Ok...saya tarik balik!"
"Ok...ok...abang gurau je. Emm...sayang..." Fariz bersuara nakal. Matanya menjamah seluruh tubuh Athirah.
Athirah menjongketkan keningnya. Apahal pulak ni? Dah tu mata dia pun galak usya aku punya body! Ni nak jadi Kasim selamat ka apa ni?
"Kenapa pulak? Nak apa?" soal Athirah memberanikan diri walhal dia tahu Fariz ni macam mana kalau dah pandang sampai macam tu.
"Nak..." Fariz menjongketkan keningnya.
"Hoi! Gila ka apa? Saya kan tengah pregnant..." Athirah baring di atas katil.
"Tak boleh ke?" pinta Fariz seolah merayu.
"Mana boleh! Isy!"
"Nak cium sikit pun tak boleh ke?"
"Err..."
"Bolehlah kan? Yeay!" Fariz lompat ke atas katil lalu dahi Athirah dicium.
"Eiii! Apa ni? Dahlah!" Athirah menolak pipi Fariz.
Fariz menggenggam tangan Athirah. "Not this time okay?"
Bibir Fariz jatuh pada bibir Athirah. Lembut. Lama mereka begitu. Fariz membuka bajunya. Bibirnya jatuh pada leher Athirah pula. Perlahan leher itu dicium.
Athirah menolak muka Fariz. Tak tahan dah...
"Awak...please control. Saya kan tengah pregnant ni. Alah, tak lama lagi pun. 4 bulan lagi saya akan bersalin. Pantang pun satu bulan setengah. So, awak kena tunggu 5 bulan je lagi...tak lama pun."
"Sayang...lama tu. Mana tahan!" Fariz merengek.
"Please..." Athirah memegang pipi Fariz. Memujuk.
"Ok...but I need more..." Fariz mencium bibir Athirah. Bila berhadapan dengan Athirah, dia tak mampu kawal nafsunya.
FARAHIN duduk termenung memerhati sekitar kawasan Singapore melalu rumah auntie nya. Dia datang ke sini pun untuk release tension. Nak hilangkan semua benda yang dah berlaku. Nak hilangkan rasa sakit hatinya.
"Farahin...what are you doing here? Get in or you will sick..." kata Auntie Soo.
"Auntie...it's okay. I just want to take fresh air of Singapore exactly. I want to release my mind. I'm too stress auntie..."
"I know taht you're stress right now but you have to take care your health too. What if you fell sick? Then, what must I told to your mother?"
"Just tell her that I was too naughty. Play with rainy..."
"Consider too lie your mother, I don't think so."
"Hahaha auntie. You're my best auntie. I love you so much. Let's get in. I feel sleepy. Goodnight auntie..."
"Goodnight to you too sweetheart..."
Farahin masuk ke dalam biliknya.
PUAS mengeliat, Athirah memandang ke sebelah. Fariz sedap je peluk tubuh dia. Nyenyak pulak tu dia tidur. Selepas subuh tadi, dia dan Fariz sambung tidur balik.
Athirah memerhati jam di dinding. Pukul 10.00 pagi... Fariz tak ada kelas ke? Baik aku kejutkan dia.
"Awak...awak...bangun! Awak tak ada kelas ke?"
"Hmm...kelas saya tengah hari kejap lagi."
"Ok..." Athirah bangun dari pembaringannya. NAmun, tubuhnya diraih kembali.
"Sayang nak pergi mana?" tanya Fariz.
"Nak mandilah..."
"Tak payahlah. Temankan abang tidur. Nanti kita mandi sama-sama ok?"
Erkk?? Mandi sama-sama? Tak nak aku! "Tak naklah!" Athirah menolak tangan Fariz. Namun belum sempat dia bangun, tangannya diraih kembali.
"Sayang..."
"Tak naklah!"
"Ok..." Fariz melepaskan genggamannya lalu bangun dari pembaringannya.
Fariz menuju ke arah Athirah lalu tubuh itu diangkat. Athirah sudah cuak.
"Nak buat apa ni?"
"Lah...tadi kan sayang kata nak mandi? Kita mandi sama-sama erkk??"
"Hah?! Tak nak! Lepaslah! Turunkan saya!"
"Nope!" Fariz mendukung Athirah menuju ke bilik mandi. Tubuh Athirah diletakkan di dalam tab mandi. Pintu bilik mandi ditutup. Dia tersengih nakal.
"Fariz...jangan buat benda pelik!"
"Don't worry sayang...abang tak akan sakiti sayang..." bibir Athirah dicium lalu air pancut hujan dibuka. Fariz duduk dalam tab mandi bersama Athirah.
Share this novel