Bab 20

Romantic Comedy Completed 145346

Farahin mendengus. Kenapa sejak kebelakangan ni susah sangat nak call Fariz ni? Kalau call, mesti masuk peti mesej. SMS tak berbalas! Mana dia pergi ni?!

"Hesy!!!" Farahin mendengus.

Awak dekat mana? Kenapa saya call awak tak jawab? Sms pun tak reply??!

"Kalau dia tak balas jugak, tak tahulah aku nak buat apa!"

ATHIRAH membuka matanya perlahan. Warghhh!!! Mengantuk lagi ni tapi...kejap! Apasal aku rasa macam ada yang peluk aku hah?? Athirah memandang perutnya. Tangan yang melingkar pinggangnya membuatkan Athirah rimas.

Apahallah yang dia pi peluk aku?! Kan susah aku nak gerak! Tak apa, gerak perlahan-lahan, ubah tangan dia pun perlahan-lahan. Baru sahaja memegang tangan Fariz, Fariz terlebih dahulu menariknya ke dalam dakapan Fariz.

Eii!!!! Dahlah tak pakai baju! Seksi woiii! Badan berketul. Punyalah tough katanya kan? Berotot gitu. Hesy! Apahal yang dia tiba-tiba nak peluk aku.

Athirah menolak dada bidang Fariz. Tak sanggup dia nak kena peluk macam tu. Geli woiii!!! Makin dia tolak, makin Fariz memeluk erat. Athirah terpaksa mengalah.

"Kejaplah...tak puas lagi ni..."

"Eii!!! Lepaslah! RImas tahu tak?!"

"Biasakanlah..." Fariz masih memejamkan matanya.

Eiii mamat ni! Suka buat aku naik darahkan??! "Tak payahlah nak peluk segala! Please! Lepaslah..."

Fariz masih enggan. Seronok pulak dengar Athirah merayu.

"Fariz...please....lepaslah saya. Saya nak mandi ni..."

"Merayu sekali lagi boleh?" pinta Fariz.

"Oh...buli lah ni? No way!" Athirah menarik muncung.

"Kalau tak, saya takkan biar sayang mandi. Biar kita mandi sama-sama nak?!" ugut Fariz.

Erkk?? Mandi dengan dia? Tak nak!!!!!!

"Abang...please lepaskan sayang. Sayang nak mandi ni, boleh?" suaranya sengaja dimanjakan walhal dalam hati nak termuntah kuning siap!

"Boleh..." Fariz merenggangkan pelukannya lalu dahi isterinya dikucup.

"Isy! Sempat lagi!" Athirah menolak perlahan muka Fariz lalu segera menuju ke bilik mandi. Fariz hanya tersenyum. Kan best kalau tiap-tiap hari macam ni.

UWEKK...

Izzat terjaga dari lenanya. Dia memandang ke arah bilik mandi yang terbuka. Dia bangun menuju ke arah bilik mandi.

Uwekkk...

"Sayang kenapa ni? Tak sihat? Demam?" soal Izzat risau. Aqilah hanya menggeleng.

"Lepas tu, kenapa muntah-muntah ni?" belakang isterinya diusap lembut.

"Entahlah...mungkin silap makan kot," balas Aqilah. Dia memusingkan kembali badannya untuk memuntahkan isi perutnya.

"MAcam mana? Dah ok?" tanya Izzat selepas isterinya membasuh mulut. Aqilah mengangguk.

"Dah, jom keluar. Makan breakfast. Manalah tahu perut sayang ni masuk angin. Sebab tulah muntah-muntah segala. Kita pergi makan erkk??"

"Ok..."

SELEPAS Athirah mandi, giliran Fariz pula yang mandi. Terpaksa jugak Athirah tunggu Fariz selesai mandi. Awal-awal lagi Fariz sudah beri amaran supaya tunggu dia kalau tak, tahulah nasib dia.

Suka main ugut-ugut!! Tak suka betullah aku! Sikit-sikit ugut. Tak ikut kehendak dia, kena denda! Itu jelah yang suami dia pandai buat!

"Jomlah! Termenung kenapa?" Fariz berdiri di hadapan Athirah.

Eh? Sejak bila dia habis mandi dengan pakai baju siap ni segala? Pelik! Dia ni mandi ke tak?

"Termenung pulak dia. Jom!" Fariz menggamit tangan Athirah keluar dari bilik.

Dari atas, Athirah terdengar ada suara yang sedang memuntahkan isi perutnya. Siapa pulak yang muntah pagi-pagi ni?

"Bonda, sapa yang dok uwek pagi-pagi ni?"

"Kak Aqilah...entah kenapa dia muntah pagi ni. Makan je, terus muntah..." dengar penjelasan mak mertua dia, Athirah segera menuju ke dapur.

"Kak Qilah kenapa ni?"

"Entahlah Athirah. Akak pun tak tahu kenapa...makan je terus muntah."

Keadaan Kak Qilah sama macam first time aku mengandung dulu. Selalu muntah-muntah. Nak makan apa pun tak boleh masuk. Jangan-jangan...Kak Qilah mengandung tak??

"Akak...akak ikut Thirah kejap... "

"Nak pergi mana?"

"Adalah..."

"Eh? Sayang nak bawak kak Qilah pergi mana ni?" soal Fariz.

"Adalah urusan perempuan! Awak makanlah dulu ok?" Athirah membawa Aqilah ke bilik tidur Athirah dan Fariz.

"Akak duduk kejap..." Athirah mengambil beg tangannya. Satu kotak kecil dibawa keluar. Dia menyerahkan kepada Aqilah.

"Nak buat apa dengan pregnancy test ni?" tanya Aqilah blur.

"Akak try dulu. MAna tahu akak mengandung kan?"

"Isy! Tak mungkinlah akak mengandung dalam masa terdekat ni. Akak baru kahwin dengan abang Izzat sebulan kot?" sangkal Aqilah.

"Akak...kalau dah rezeki nak buat macam mana kan?"

"Oklah...aka test dulu..." Aqilah berlalu ke bilik mandi.

10 minit kemudian....Aqilah keluar dari bilik mandi dengan senyuman lebar di bibirnya.

"Macam mana akak?" tanya Athirah tak sabar-sabar. Kalau kak Qilah mengandung, ada genglah dia mengandung!

"Akak positive!!! Yes! Alhamdulillah..."

"Alhamdulillah..." Athirah turut tumpang gembira. "Tak lama agi, anak Thirah adalah kawan kan?" Aqilah mengangguk.

"Jom turun! Tak sabar akak nak bagitahu abang Izzat!" mereka berdua turun ke ruang makan.

"Abang!!" Aqilah memeluk suaminya. Izzat hanya blur. Apa yang dah terjadi ni?

"Kenapa sayang?" Izzat memandang wajah isterinya. Kenapa tiba-tiba menangis ni?

"Saya...saya...emm...macam mana nak cakap hah?!"

"Cakaplah...kenapa ni? Tiba-tiba pulak menangis?"

"Saya positif!"

Izzat mengerutkan dahinya. Positif? Apa yang positifnya?

"Positif apa?"

Aqilah menumbuk bahu Izzat. "Eii!!! Yang tu pun takkan tak faham?" Izzat menggeleng.

"Saya mengandunglah!"

"Alhamdulillah!!!" sambut mereka semua. Orang yang paling happy of course lah Izzat, Tengku Alisa dan Tengku Farid.

"Hmm...tak lama lagi pakat naik pangaktlah. Bonda jadi nenek, ayahnda jadi tok wan! Ahahaha..." Fariz ketawa. Athirah hanya tersenyum.

"EH! Kamu jangan lupa yang kamu pun akan naik pangkat jadi pak cik ok!" balas Tengku Farid.

Athirah ketawa. Katakan orang, at last diri sendiri terkena balik!

Fariz memandang isterinya yang seronok ketawakan dirinya. Athirah berhenti ketawa apabila Fariz melihat ke arahnya.

"Oppss sorry..." Athirah memandang ke arah lain.

"Tak apa...teruskan gelak. Abang suka tengok sayang gelak macam tu..." Fariz mencuit hidung Athirah.

"Suka main hidung!" marah Athirah. Fariz memeluk erat bahu Athirah. Nak tunjuk sweetlah konon.

"Amboi Fariz. Bukan main sweet dengan bini ya?" tegur Tengku Farid.

"Mestilah...tengok anak sapa? Anak ayahnda jugak kan? Ikut perangai sapa lagikan kalau bukan perangai ayahnda?"

"Eh? Libat nama ayahnda pulak!" Fariz tersenyum lalu pipi isterinya dicium.

"Hesy! Tak malu sungguh!" Athirah menolak muka Fariz.

"Biarlah...bukan dengan sapa pun kan? Dengan isteri abang jugak!" Fariz mengerdipkan matanya. Athirah hanya mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience