Bab 26

Romantic Comedy Completed 145346

Kini sudah 20 hari umat Islam menyambut Ramadhan. Athirah pula sibuk dengan kerjanya manakala Fariz pula seminggu yang lepas masuk ke universiti untuk sambung belajar. Well, itu semua kehendak ayahnda. Katanya tak nak masa depan Fariz tak maju.

Athirah sibuk menyiapkan sampel hiasan pelamin. Well, walaupun dia hanya wedding planner and not a designer, ingat dia tak boleh buat kerja tu? Hei! Boleh tau!

Gambar yang sudah siap direka khas menggunakan komputer di print kan. Athirah berpuas hati dengan pelamin yang sengaja direkanya. Well, kesian pulak Kak Maya yang tengah sarat mengandung nak buat kerja semua ni.

Habis hang tak mengandung Athirah? Eh! Aku baru masuk 4 bulan ok. Kak Maya tengah tunggu time je. Sampai masa saja, bersalin.

"Macam mana design yang awak buat tu Thirah?" soal Kak Maya dari belakang.

"Isy Kak Maya ni! Terkejut saya. Emm, design ni cincai je. Bukannya sehebat macam design Kak Maya. Kak Maya punya lagi Meletop!" ujar Athirah.

Maya mengambil kertas yang telah print gambar pelamin. "Ok. Not bad. Ok apa ni. Ciri-ciri designer yang boleh ganti tempat akak nanti bila akak tak ada..."

"Isy akak ni! Sampai ke situ pulak! Yang sesuai ganti tempat akak tu ialah Risya. Dia ok apa bab-bab fashion and design ni."

"Ha arr kan? Lupa pulak akak..." Maya tersenyum.

"Eh akak! Saya dah lambat ni! Saya balik dulu ya? Nak masak untuk berbuka nanti..." kata Athirah lalu beg tangannya dicapai.

"Hati-hati!" pesan Maya. Athirah hanya mengangguk.

"Athirah dah balik?" soal Eliza.

"Yep!"

"Kamu kalau nak balik, baliklah. Kesian pulak akak tengok kamu ni..."

"Tak apalah kak. Lagipun suami saya outstation. Jadi, saya tak perlulah balik masak. Nanti saya singgahlah restoran mana-mana untuk berbuka."

"Betul kamu tak apa-apa ni?"

"Betul bos..."

"Baiklah..."

Tergesa-gesa Athirah mencari kunci pintu rumah. Aduh! Mana pulak aku letak? Dahlah pukul 7.00 petang dah ni? Ada lebih kurang 30 minit sebelum waktu berbuka. Woii! Mana aku letak ni? Stres pulak aku!

Oh ya! Macam mana aku boleh lupa? Aku tertinggal kunci rumah! Alamak aii! Apa yang kau bengong sangat hari ni? Tapi...Fariz balik dak lagi? Dia menjenguk garaj. Ada kereta. Hmm...dah balik dah! Yes! Selamat!

Athirah mengetuk pintu rumah. 2, 3 saat pun masih tak berbuka. Pi mana pulak dah dia ni? Aku ni dahlah gelisah tahap nak mati sebab nak kena masak!

5 minit kemudian, masih tak berbuka. Athirah masih mengetuk. Kali ni lebih kuat. Tak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam.

"Bukak pun! Ingatkan tak reti dah nak bukak!" marah Athirah. Dia memerhatikan jam tangannya. Alamak! 25 minit lagi tinggal!

"Apahal sayang nak marahkan abang pulak? Bukan sayang bawak kunci spare ke?"

"Tertinggal!" Athirah mengeluarkan ayam dari peti sejuk.

"Macam mana boleh tertinggal? Nasib baik abang dah balik. Kalau tak, kebulurlah kita..."

"Dah! Jangan banyak bunyi. Saya nak masak ok?" Athirah memulakan misi memasaknya.

Azan berkumandang menandakan ianya waktu berbuka puasa. Selepas mengaminkan doa, Athirah meneguk air yang ada di dalam cawan. Rasa haus memang tak boleh ditahan apatah lagi dia sekarang tengah berbadan dua. Lagi cepat rasa dahaga.

"Sayang...boleh tak sayang mintak cuti esok?" pinta Fariz.

"Untuk apa?" Athirah memandang Fariz dengan rasa pelik. Cuti? Nak pi mana?

"Ingat tak perancangan 2 minggu lepas kita yang tak jadi tu?" Athirah mengangguk.

"Abang nak lunaskan semuanya...." Athirah tak percaya.

"Serius?"

"Ya...abang serius."

"Tapi, pelajaran abang macam mana?"

"Jangan risau. Itu semua ayahnda bereskan. Janji kita balik kampung. Ok??"

"Ok sangat!" Athirah tersenyum.

"So, memandangkan sayang ok...lepas ni sayang pergi packing baju sayang dengan abang sekali, then lepas makan sahur kita bertolak ok?"

"Ok!!"

"AWAK serius ke boleh drive? Tak nagntuk?" soal Athirah. Risau jugak dia kalau Fariz mengantuk ke apa ke kan?

"Abang ok. Jangan risaulah." walaupun hakikatnya dia ada jugak rasa mengantuk.

"Ok...kalau tak boleh drive, dah tak larat cakap dekat saya ok? Nanti biar saya pulak yang drive..."

"Ok..."

DALAM perjalanan, sudah beberapa kali Fariz menguap. Dia cuba tahan mengantuknya. Matanya juga cuba disegarkan. Takkanlah nak bagi Athirah drive pulak kan? Risau jugak.

Athirah merenung Fariz yang sudah beberapa kali menguap. Dah tahu mengantuk, tak nak cakap! Hesy! Suka paksa diri.

"Awak mengantuk kan?" tanya Athirah. Sengaja.

"Eh? Mana ada..." nafi Fariz.

"Mana ada! Eleh! Kalau dah mengantuk tu, boleh tak cakap terus terang lagi bersuluh yang awak mengantuk? Tak payah paksa diri boleh?" Athirah mencebik.

"Tak apalah. Lagipun kita dah tak jauh lagi. KIta dah masuk Perak dah pun..." balas Fariz tak nak mengalah.

"Tak jauh dah pun! Encik Tengku Fariz Ikram, awak dengar sini. Walaupun di kawasan Perak...it's still far. Dah, depan tu ada RnR Tapah. Berhenti! Kalau tak...tahulah saya nak buat apa!" ugut Athirah.

"Hesy! Yelah! Saya berhenti..." Fariz memberi signal masuk ke kawasan RnR Tapah.

Tempat duduk bertukar. Fariz duduk di tempat penumpang manakala Athirah duduk di tempat pemandu.

"Dah ready?" tanya Athirah sambil tersenyum sinis.

"Ready? Untuk apa?" soal Fariz blur.

Athirah memandang ke hadapan. Gear ditarik hingga ke huruf D dan dia menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju keluar kawasan RnR Tapah.

"Athirah! Slow down!" jerit Fariz. Takut dia apabila Athirah tiba-tiba drive macam orang gila. Baik punya laju.

"Awat? Takut ka?"

"Kalau nak mati pun, tunggulah sampai sempat raya!" kata Fariz.

Athirah memperlahankan kelajuan kereta. Fariz menarik nafas lega. Fuh! Lega! Kalau tak...nasib baik tak luruh jantung.

"Awak...saya nak tanya something boleh?" pinta Athirah.

Fariz mengerutkan dahinya. "Apa?"

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Fariz memandang Athirah. Dia blur.

"BUat apa?"

"Buat saya terseksa..."

Terseksa?? "Apa maksud sayang?"

"Terseksa dengan sikap awak yang dah buat saya jadi macam ni. You know what makes me feel funny? Saya jadi seorang ibu dan juga seorang isteri pada umur saya yang masih muda. 18 years old. It was too young, right?"

"Kenapa sayang ungkit semua tu?"

"Bukannya saya ungkit tapi saya tanya soalan. Question. Yang tadi tu huraian. Yeah...macam karangan BM kan? Kena ada isi dan huraian..."

"Kan abang dah cakap yang abang jeles dengan Pol..."

"Jeles dengan Pol? Why do you need to be jealous? Pol nothing to do with me and also you nothing to do with me! Kenapa? Awak ni tunang saya ke sampai nak rasa cemburu masa tu?"

"Ok...abang tahu abang salah..."

"Itu tak cukup..."

"Then? Apa yang sayang nak abang buat?"

"Berbaik semula dengan Pain? Boleh?"

Berbaik dengan Pain balik? Kenapa tiba-tiba isteri aku ni? My wife...don't you know how much I love you. Don't you see my love to you? Don't you? I've been falling for you when first time we met at Songkhla at the other day. Of course you don't know about it because at that time you feel annoyed to me...

"Awak...saya tanya ni. Boleh tak? Saya tak sanggup bila Pain call saya tiap-tiap malam tanya pasal awak. Awak tak kesian dekat dia ke?"

"Tengoklah dulu..." Fariz memandang ke luar tingkap.

"Bukan tengoklah dulu...tapi mesti!"

"Awak..." panggil Athirah. Dia memandang Fariz. Lah...dah tidur rupanya. Tak apalah...

Fariz sengaja buat-buat tidur. Malas nak layan isterinya. Ada dia kisah semua tu? Ada dia kisah Pain call isteri dia semata-mata nak tanya pasai dia? Langsung tak heran ok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience