Bab 4

Romantic Comedy Completed 145346

"Assalamualaikum!" ucap Athirah ketika masuk ke dalam bilik.

"Waalaikumussalam...oii! Hang pi mana? Wechat aku pun hang tak balas?" tanya Farahin.

"Aku turun bawah. Jalan dekat pantai. Makan anginlah katanya. Awat?"

"Tak ada apalah. Risau takut hang kena culik ka apa ka..."

"Hesy apa hang ni cakap lagu tu?" Mina membaling bantal ke arah muka Farahin.

"Awat hang ni? Tiba-tiba!" marah Farahin. Sakit mukanya kena bantal.

"Hang ni cakap macam nak Thirah tu kena culik betul-betul!"

"Aku just cakap. Aku mana nak pun!" Farahin membela dirinya.

"Tapi aku tak suka!"

"Dah! Apa korang ni? Pasal tu pun hampa nak gaduh ka? Dahlah! Aku nak tidur! By the way, Fariz kirim salam kat korang berdua..." kata Athirah lalu merebahkan badannya.

"Hah?! Hang jumpa dia ka?" soal Farahin bagaikan tak percaya.

"Terjumpa ok! Lepas dia cakap dia kirim salam, aku terus blah!" Athirah memejamkan matanya. Nak cover bohong. Kalau Farahin tau, maunya jeles tahap meroyan!

"Oh..." Farahin menarik nafas lega. Kalau aku tahu Fariz try nak ngorat kawan aku ni, siap dia! Aku tak suka dimadukan. Erkk?? Madu?

PAGI esoknya Athirah terjaga dari tidurnya. Terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Aplikasi dari Wechat. Dia membuka aplikasi Wechat.

*Saiful_Akram*: Princess!! Bangun tak lagi tidur??

*T-Rah*: Baru bangun. Awat??

*Saiful_Akram*: Aku nak ajak kau jalan-jalan. Geng aku pun ada sekali. Mina pun dah keluar. Farahin tengah dating. Tinggal hang je...

Athirah memandang jam di telefonnya. Wooo! Dah pukul 10.00 pagi! Cuih! Macam mana aku boleh bangun lewat? Yang Mina pun satu, tak reti nak kejutkan aku ke?

*T-Rah*: Wait for me 30 minutes then I will out. Tunggu tau!

*Saiful_Akram*: Ok...jangan lambat!

Athirah segera bangun menuju ke bilik mandi. Mandi pun ala kadar je.

"SORRY sebab lewat!" Athirah berlari anak menuju ke arah Pol dan geng.

"Pelik bila hang bangun lewat. Hang tidoq pukoi berapa semalam?" tanya Pol.

"10.00 lebih semalam. Not too late. Korang nak bawak aku pi mana ni?"

"Kita pi Cape Samila Beach...kita jalan depan tu sikit lepas tu sampailah. Lepas tu kita akan nampak ada mermaid. Tak jauh dari sini. Nak?"

"Aku ok je..." mereka berjalan menuju ke pantai yang terkenal dengan patung mermaid. Sempatlah jugak selfie.

"Mina...Pain tak ikut kita ka?" tanya Athirah.

"Nope. Of course busy dating. Mana nak ikut kita kan?"

"Betul!" sokong Pak Tam.

"Apa-apa jelah," Athirah kembali sambung aktivitinya. Tiba-tiba dia teringatkan cerita Fariz semalam. 'Bosan kan jadi aku?'

Fariz...Fariz...apa pun depa tu still mak dengan ayah hang. Suka atau tak, kena hormat. Kata Athirah dalam hati.

"Hang ni awat?" Pol mencuit bahu aku. Aku memandang Pol.

"Nothing. Just teringatkan Farahin. Aku risaukan dia," dalih Athirah. Walhal dalam otaknya memikirkan yang lain.

"Dahlah...tak payah nak fikirkan sangat. Pandailah Fariz jaga Pain..." kata Pol.

"Pol, Fariz tu lelaki. Faham jelah...budak bandar pulak tu!"

"Look! Aku tahulah dari cara Fariz tu macam mana. Dia tak akan ambik kesempatan ke atas Pain. Cayalah cakap aku. Kalau dia buat jugak, aku orang pertama gi rimbuk dia!" kata Pol bersemangat.

Athirah hanya senyap. Malas nak fikirkan Fariz. Apa yang penting Farahin balik dalam keadaan selamat. Kalau Farahin balik dalam keadaan menangis ke baju terkoyak ke apa, siap Fariz!

*Fariz_Ikram*: Buat apa tu??

Eh eh? Apahal pulak mamat Songkhla ni tiba hantar mesej dekat aku? Demam ke apa?

*T-Rah*: Awat menyibuk sangat?!

*Fariz_Ikram*: Saja je...manalah tahu tak sihat kan??

Sohih mamat songkhla ni dah demam! Awat dia nak care sangat pasal aku kan? Lebih afdal dia care pasal Pain.

*T-Rah*: Lebih dari hang care pasai aku, lebih baik hang care pasai Pain. Lagi afdal!

*Fariz_Ikram*: Aku dah jumpa dia dan aku tau dia sihat walafiat. Kau je yang aku tak tau sihat ke dok.

Ya Allah! Apa kena dengan dia ni? Cara macam nak ngorat ja? Jangan kata dia nak ngorat aku?! Tapi, mustahillah dia nak ngorat aku. Well, aku tak cantik and not mix blooded! Aku tahu aku sapa!

*T-Rah*: Whatever mamat songkhla. Can you just mind your own business? Jangan nak menyibuk sngt psl aku! Rimas!

*Fariz_Ikram*: Kenapa kau nak rimas pulak??

*T-Rah*: Apa2 jelah senoi! Dah, aku nak tidur! Assalamualaikum!

*Fariz_Ikram*: Wait! Apa makna senoi tu?

Athirah buat bodoh dengan pertanyaan Fariz. Dah bosan ke dengan Pain? Athirah hanya tersenyum. Akal jahat muncul. Dia buat moments.

*jangan nak menggedik sangat bila hantar chat dekat orang!*

Confirm Fariz terasa! Ahahaha! Rasakan! Menudian, Fariz komen.

*kau mengata aku ke??!*

Kan aku dah kata! Dia mesti terasa punya! Padan muka! Lantak kaulah! Ada aku kisah?!

"OK! Pagi ni kita akan adakan aktiviti bola tampar. Cikgu akan bahagikan kumpulan mengikut senarai ok?" semua tekun mendengar nama yang akan diumumkan.

"Athirah, Saiful, Pak Tam, Sharmina, Syahmi, Adli dan Adam satu geng!" umum Cikgu Nurul.

Athirah tersenyum. Mereka saling ber hi-5. "Kejap! Aku baru perasan! Pain tak sama group dengan kita! Kesian dekat dia!"

"Ha arrlah..." kata Mina pulak. Mereka memerhatikan Farahin. Nampak sangat muka Farahin toya. Sorry Pain! Keputusan cikgu! Jangan salahkan kami!

Dari jauh, Athirah ternampak kelibat Fariz sedang tersenyum ke arahnya. Dah kenapa mamat songkhla ni? Senyum macam pesakit mental! Entah entah dia ada sakit mental?! Susah! Kena jauhkan diri! Lantak kaulah nak senyum ke apa, nak tonggeng ke ada aku kisah? Senyuman kau langsung tak menawan!

Kumpulan Athirah mendapat 10 mata manakala kumpulan Farahin mendapat 5 mata. Giliran Athirah pula memberi servis. Servis Athirah tidak dapat diambil oleh sorang pun. Tempat ditukar secara bergilir-gilir. Namun, ketika Athirah ingin ambil servis dari pihak lawan, entah silap di mana langkahnya, kaki Athirah terkehel dan jatuh terkena Pol. Akibatnya Athirah terjatuh dalam pelukan Pol.

Fariz yang duduk dari jauh melihatnya dengan rasa cemburu. Kenapalah aku ja yang bukan jadi Pol? Boleh jugak aku peluk dia macam tu! Astaghfirullahalazim! Apa yang kau fikir ni Fariz?

"Athirah? Hang ok tak?" tanya Mina dan Adam serentak.

"Aku ok. Eh! Pol! Weyh! Hang ok tak??" Athirah bangun meloloskan diri dari pelukan Pol. Dah kenapa jadi peluk pulak? Janganlah cikgu2 fikir yang bukan-bukan!

"Aku ok!" Pol bangun dari pembaringan 'tanah' nya. Nasib baik tak patah tulang pinggangnya.

"Sorry..." pinta Athirah.

"Tak apa..." kata Pol. Walaupun sakit, dia tahu Athirah tak sengaja.

Permainan tetap diteruskan. Akhirnya, kumpulan Athirah menang. Mereka semua berhi-5. Athirah tersenyum gembira.

Pelikkan bila sekolah agama tapi boleh berhi-5 macam tu je kan?? Memang kami macam tu. Kata kami iala, "ada kami kisah?"

Sebab tulah cikgu pakat buat bodoh je walaupun cikgu dah berulang kari melarang kami dari bersentuh antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience