Bab 12

Romantic Comedy Completed 145346

Lima bulan kemudian...

Sudah beberapa kali Athirah ulang alik ke tandas semata-mata hanya rasa nak termuntah. Segala isi perutnya keluar balik. Apa yang dia makan sebentar tadi keluar balik.

Hah sudah! Awat pulak dengan aku ni? Nak termuntah bagai! Habis apa yang aku makan tadi keluar balik! Sia-sia ja aku makan! Selepas mencuci mulutnya, dia keluar dari tandas. Lesu badannya sekarang ni.

"Hang pasaipa Thirah? Aku dengaq hang dok uweks dalam tandas tu? Awat?" tanya kak long.

"Tak taulah kak long. Tiba-tiba ja qasa nak termuntah."

Apa Thirah ni mengandung? Dah dua minggu aku dengaq dia dok uwek dalam tandas tu. "Emm...hang tunggu sat." kak long menuju ke biliknya dan keluar kembali dengan satu benda. Dia menyerahkan kepada adiknya.

"Apa ni kak long?" Athirah membelek plastik tersebut. Wait!

"Pregnancy test?? Nak buat apa dengan benda ni kak long? Takkan aku mengandung kot?" sangkal Athirah.

"Hang cubalah dulu!" Athirah hanya akur. Dia masuk kembali ke dalam bilik air.

Selepas testing...Athirah melihat pregnancy test tersebut. Dua garis? Apa maknanya? Tanya kak longlah! Athirah membuka pintu bilik air.

"Kak long...apa maknanya ni?" Athirah menyerahkan pregnancy test kepada kak longnya. Kak long mengambil alat ujian kehamilan tersebut. Terkedu dia.

"Kak long! Apa maksud dia dua line tu?" desak Athirah.

"Thirah...hang...hang..."

"Apa kak long?! Toksahlah gagap sangat!"

"Hang mengandung!"

Athirah terpaku. Aku mengandung di kala aku masih usia 18 tahun?? What the hell is story about?! Damn it! It's because sexual intercourse from Fariz! Kalau bukan kerana Fariz, aku tak jadi macam ni! Hang tak guna Fariz!!!

"Thirah...jom buat check up dekat klinik?"

"Tak nak!" bantah Athirah.

"Jomlah!"

"Hang faham tak aku tak nak?!" bentak Athirah lalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci.

Athirah menangis di sebalik pintu. Jahanam hang Fariz! Hang buat aku macam ni hang lari pulak! Aku benci hang Fariz! Aku benci!!! Esak tangisannya makin kuat.

FARIZ keluar dari KLIA. Malaysia! I'm back! Athirah...aku dah balik! Tak sabar aku nak jumpa kau! Wait for me!

Sampai sahaja di hadapan rumah ayahnda dan bondanya, Fari segera menukar baju dan keluar kembali untuk mencari Athirah.

"Eh! Nak ke mana ni Fariz? Rushing je..." tanya Tengku Alisa.

"Nak cari Athirah bonda! Assalamualaikum!" Fariz segera menuju ke keretanya. Tengku Alisa hanya menggeleng. Macam-macam!

SUDAH merata tempat Fariz mencari Athirah namun tak dijumpa jugak. Di mana lagi aku nak cari Athirah ni? Dahlah KL ni bapak punya besar!

Namun di sebuah restoran, dia ternampak gadis dan seorang lelaki yang dia cukup kenal. Adam?! Athirah?! Dia memakirkan keretanya dan segera keluar dari kereta. Dia menuju ke arah Athirah dan Adam.

"Athirah..." panggil Fariz.

Adam dan Athirah melihat gerangan yang memanggil. MAta Athirah terpaku. Fariz?? Sejak bila dia balik dari Manchester? Kenapa dia balik?

Athirah berpaling dan cepat-cepat berjalan. Arah yang dia sendiri tak tahu nak tuju.

"Athirah!!" panggil Fariz. Dia ingin melangkah menuju ke Athirah namun dihalang oleh Adam.

"Eh?! Apa kau ni hah?!" bentak Fariz lalu direnungnya Adam.

"Kau jangan ingat apa yang kau dah buat deat Athirah aku akan biarkan kau jumpa dengan dia lagi!!"

"Kau jangan sibuk boleh tak?! Ini antara aku dan dia!" Fariz menolak tubuh Adam dan menuju ke arah Athirah.

Tangan Athirah dipegang dari belakang. Serta merta darahnya menyirap naik sampai ke otak. Hesy! Lama tak makan saman agaknya! Athirah merentap tangannya dari pegangan lelaki yang menjijikkan baginya.

"Kau nak apa?! Nak rogol aku lagi?!" sinis pertanyaan Athirah.

"Tak...ok Athirah. Dengar sini. Aku datang jumpa kau sebab aku nak mintak maaf apa yang aku dah buat dekat kau. Aku..."

"Huh! Dasar jantan tak gunakan kau ni! Buat salah, mintak maaf. Buat salah mintak maaf. Itulah kerja orang lelaki bila dah buat salah! Eh, dahlah! Aku benci kau! Kau blahlah dari hidup aku!" Athirah melangkah pergi namun sempat tangannya direntap membuatkan Athirah menghadap tubuh Fariz.

"Kau tak nak maafkan aku??"

"Memang tak sebab aku benci kau!!! Kau dah buat hidup aku hancur tahu tak?!"

"Kita kahwin?" bagaikan renjatan elektrik, Athirah tanpa sengaja tertampar muka Fariz.

"Senangnya kau cakap? Don't you know how hurt my feeling after what you have done?! Dan sekarang ni kau senang kan cakap kita kahwin?? Eh, kalau aku kahwin dengan kau, belum jamin hidup aku tenteram tau dengan orang yang berlandaskan nafsu macam kau ni!!" Athirah memberanikan dirinya menikam anak mata Fariz.

"Athirah...please. Aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat. Tolonglah percayakan aku!"

Athirah tersenyum sinis. "Kau nak bertanggungjawab? Hello...macam mana dengan Pain? Kawan aku?!"

"Pain? Senang cerita aku akan ceritakan perkara yang sebenarnya!" sekali lagi Fariz menerima habuannya. Penampar.

"Kau senangkan cakap?! Kau tak fikir ke apa perasaan Pain bila kau cakap yang sebenarnya?! Dan kau tak fikir ke yang dia akan benci aku untuk selamanya?! Kau ni....!!! Ok, selama ni kau anggap Pain tu perempuan simpanan lah?!"

"B...bukan macam tu..."

"Habis tu apa?! Eh, kau tak boleh nak puaskan nafsu kau dekat Pain, kau puaskan dekat aku?! Macam tu?! Kau ni manusia ke binatang hah?! Kalau ya pun kau tak tahan sangat, kau pergilah cari pelacur dekat Chow Kit tu! Ada banyak yang boleh layan kau!" puas hati Athirah dapat luahkan semuanya. Puas!

"Athirah! Aku bukan macam tu!"

"Habis tu apa?!"

"Aku jeles bila nampak kau dengan Pol!"

Athirah memandang Fariz dengan rasa bercampur baur. "Kau ni memang...urghhh!!! Pergi mamposlah dengan jeles kau tu!! Jeles tak bertempat!!"

Athirah segera beredar menuju ke arah Adam yang sedang menunggunya. "Jom!"

Fariz hanya memerhati Athirah dan Adam berjalan pergi meninggalnya. Athirah...kenapa hati kau keras sangat??

"Sebab aku tak pernah berlembut dengan hang pun!" teringat dia kata-kata Athirah masa di Songkhla dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience