Sampai di rumah ibu dan abahnya, Athirah membuka tali pinggang. Dia memandang Fariz. Lah...tidur lagi?? Masya-Allah...macam mana ni? Takkan aku nak gendong dia macam dalam drama kan? Eh? Ada ke perempuan gendong lelaki?
Kalau aku kejutkan, agaknya dia bangun tak? Buatnya tak bangun, naya! Nampak macam nyenyak sangat dia ni tidur.
"Fariz...Fariz...awak...awak kita dah sampai ni..." Athirah mencuit bahu Fariz. Masih tak sedar.
Ampun! Susahnya nak bangun! Tulah...galak sangat nak drive lepas Subuh tadi. Orang suruh tidur dulu tak nak. Kan sekarang dah susahkan aku! Bebel Athirah dalam hati.
"Awak! Bangunlah! Kita dah sampai ni!!!" jerit Athirah.
Terkejut Fariz dibuatnya. "Apa yang sayang menjerit ni?! Tak boleh ke kejutkan elok-elok?!" bentak Fariz. Degupan jantung Fariz tidak sekata. Berdegup dengan kencang.
Athirah menarik muka. "Nasib baik tau orang kejutkan! Kalau gerak awak elok-elok pun, bukannya reti bangun!" Athirah membuka pintu lalu segera menuju ke rumah ibu dan abahnya.
"Ya Allah..." Fariz meraup mukanya. Matanya terus menjadi segar.
"Assalamualaikum ibu, abah!" Athirah memberi salam.
"Waalaikumussalam!" jawab Puan Aisyah.
"Ibu!" Athirah memeluk tubuh ibunya. Rasa rindu yang amat terhadap ibu dan abahnya.
"Abah?" Athirah menyalami abahnya pula.
"Mana suami hang?" tanya Puan Aisyah.
"Ada tu dalam kereta...baru bangun tidur," Athirah menjuihkan mulutnya ke arah kereta.
"Lah...awat hang tinggai dia dalam qeta tu? Ajak dia masuk sekali!" kata Tuan Masri.
Athirah hanya tersengih. Lantaklah! Ada aku kisah kalau dia nak tidur dalam kereta? Kalau tidur dalam kereta pun lebih bagus!
"Assalamualaikum ibu, abah..." Fariz menyalami kedua-dua orang tua Athirah.
"Waalaikumussalam..." jawab ibu dan abah Athirah serentak.
"Bila bertolak ni?" tanya Tuan Masri.
"Pagi tadi lepas subuh abah. Gatai nak bertolak awai, last dia yang ngantok!" perli Athirah. Fariz hanya menjeling.
Sedapnya mulut dia mengata aku! Ok, sekarang ni kau kenakan aku cukup-cukup! Tapi, lepas ni, sayang jangan haraplah! Mulut tu abang cium!
"Hesy hang ni Thirah. Awat kata lagutu? Baguihlah dia bertolak awai sikit. Kalau tolak tengah hari rembang, kot jalan sesak..." tegur Puan Aisyah. Anak dia yang sorang ni kalau cakap main ikut dan lepas ja.
"Ibu...Thirah nak masuk biliklah. Nak tidur. Ngantuk!" Athirah segera masuk ke dalam rumah. Puan Aisyah hanya mengangguk.
Dalam bilik, Athirah membuka tudungnya lalu dicampak ke atas lantai dan merebahkan tubuhnya di atas katil. Arh...sedapnya dapat tidur! Nasib baik dah sembahyang zohor di RnR tadi...boleh tidur terus!
Fariz masuk ke dalam bilik dengan beg bajunya dengan Athirah. DIa hanya menggeleng apabila melihat tudung Athirah yang terdampar di atas lantai. Haih bini aku ni! Ada pulak dia campak tudung dia macam tu je? Fariz mengambil tudung Athirah lalu disangkutkan di penyidai. Beg diletakkan ke tepi.
Emm...aku nak tidur mana ni? Aku pun naik mengantuk jugak ni. Ada tak comforter? Kalau ada, aku boleh buat alas. Dia membuka almari baju Athirah. Yes! Ada jugak! Alhamdulillah...
Selepas memghampar comforter, bantai 2 biji diambil lalu merebahkan dirinya di atas comforter. Ok jugaklah ni. Janji boleh tidur.
ATHIRAH terjaga dari tidurnya. Arhhh....sedapnya dapat tidur. Dia mengeliat ke kiri dan kanan. Athirah perasan sesuatu. Mana Fariz? Dia tidur dekat mana? Takkan tidur dalam kereta kot?
Athirah bangun dari pembaringannya. Dilihatnya ke tepi. Lah...tidur atas comforter? Alahai...baik jugak hang ni sebenarnya Fariz? Sanggup tidur atas comforter. Nasiblah...tapi kesian jugak dia tidur atas comforter tu. Mesti tak selesa kan?
Athirah menilik jam di dinding? Hah?! Dah pukul 6.30 petang? Huiii!!! Dah lambat nak sembahyang oiii! Athirah segera turun dari katil lalu mengejutkan Fariz.
"Awak! Awak! Bangunlah! Dah lambat nak sembahyang Asar ni! Bangun!" Athirah menolak-nolak tubuh Fariz.
"Emmm....pukul berapa sekarang ni?"
"6.30 sudah ma! Cepat bangun!"
"Lah...kenapa tak gerak esok je?" Fariz bangun dari pembaringannya.
"Buat lawak pulak! Dah, cepat! Awak pergi ambik air sembahyang!" Athirah menolak tubuh Fariz.
"Yelah..." Fariz bangun menuju ke tandas.
Usai dua-duanya sudah mengambil air sembahyang, mereka mendirikan sola secara berjemaah. Selepas solat, Athirah melipatkan telekungnya dan diletakkan di penyidai.
"Awak...saya nak tanya dan cakap dengan awak sikit boleh?" pinta Athirah.
Fariz duduk di sebelah isterinya. "Apa yang sayang nak tanya?"
"Kenapa awak pilih saya? Kenapa awak tak pilih Pain?"
"Same question again...tak ada soalan lain ke?" jemu Fariz dibuatnya.
"Saya nakkan kepastian!"
"Sebab awak ni istimewa bagi saya..." jawab Fariz.
"Istimewa? Apa yang istimewanya?" soal Athirah ingin tahu?
"Ya...bagi abang sayang terlalu istimewa sebab sayang ni jenis yang tak sembunyikan diri sayang yang sebenarnya. Yeah macam sayang cakap dengan abang hari tu. Cakap main lepas je. No cover up."
"Pain?"
"Pain? Emm...she's like act to me about her reaction. yeah...macam suka sembunyikan perangai yang sebenar. Cover katanya dia ayulah...apalah...bagi abang biarlah seseorang tu tunjuk perangai yang sebenar dari cover. Abang tak suka perempuan plastik!"
"Pain bukan perempuan plastik. Kalau awak nak tahu, dia seorang yang menjaga adab. Bukan sebab dia cover. Lainlah saya...dah kena tegur berapa kali pun stay nak jadi keras jugak..."
"Ok...interesting! Sayang ni jenis yang keras hati. Right? Sebab tulah tegur pun tak jadi apa."
"Ya! Memang betul saya ni keras. Keras dan susah nak percayakan orang...!"
" Patutlah...
Share this novel