Fariz membelok keretanya di hujung simpang dan kemudiannya, keretanya masuk parkir di kawasan garaj rumah yang sangat mewah dan besar. Athirah pula bingung. Dia memandang Fariz.
"Rumah sapa ni?" soal Athirah.
"Rumah kitalah...ayahnda hadiahkan. Suka tak?" soal Fariz pula.
Athirah memerhatikan rumah tersebut. Aduh mak aii! Besar nak mampus! Ini mesti kena panjat tangga! Woi! Mana larat! Dengan keadaan aku mengandung ni mana larat nak panjat tangga. Adoyai!! Rumah besar. Mesti bosan!!
"Perlu ka kita dok rumah ni?" Fariz mengangguk.
Athirah mengeluh. Rumah abah di kampung lagi syok! Hesy!
"Kenapa mengeluh? Tak suka ke?" tanya Fariz.
"Bukan tak suka cuma...rumah dah besaq gedabak. Ini mesti semua pakai tangga kan? Adoi! Mana larat!" complain Athirah.
Fariz ketawa. "Pasal tu je ke? Alah...jangan risaulah. Rumah ni siap dengan lif sekali. Don't worry..."
"Serius?" Nak terlopong Athirah dibuatnya.
"Mestilah. Alah, ayahnda dan bonda mesti tahulah yang sayang tak akan larat nak panjat tangga. So, depa pilihlah rumah ni..."
"Oh...ok..."
"Jom masuk!" Athirah dan Fariz beriringan masuk ke dalam rumah.
"Besarnya!" kata Athirah.
"Kan? So, it must be bored for you to stay alone in this house then, right?"
"Memang pun!" balas Athirah.
"So, I have another surprise for you..."
"Apa?" tanya Athirah tak sabar. Bukan boleh main surprise! Memang teruja gila!
"Jom!" Fariz membawa Athirah ke lif. Butang nombor 1 ditekan. Sampai di ruang tingkat nombor satu, Fariz membawa Athirah ke satu bilik.
"Bilik? Kita nak buat dengan bilik ni?" soal Athirah tak sabar.
"Tengok jelah..." Fariz membuka pintu bilik tersebut.
"What?!" Athirah memandang bilik tersebut dengan perasaan yang....oh tak boleh nak diungkap.
"You like it?"
"Of course I do like it!" Athirah masuk ke dalam ruangan yang boleh dikatakan home theater. Memang besar dengan smart tv yang saiznya 65 inci. Fuh lamak! Dengan radio kiri dan kanan yang besar dan ada jugak set karaoke. Syok punya ma!
"So, kalau sayang boring, tak tau nak buat apa, just pasang je CD&DVD yang abang dah beli tu. Kalau nak karok pun boleh..."
"Hehehe...thanks!"
"Welcome..."
Eiii! Bestnya kalau dapat tengok pawagam! Ok, pawagam ala set home theater! Eleh! Tapi, tetap sama kan? Cuma kalau pawagam real punya, kena bayaq duit tapi yang home theater, free of charge kan? Lagi jimat dengan home theater! Contohilah Nur Irfa Athirah. Ceh! Perasan!
"Kalau sayang nak tengok sekarang, tengoklah. Abang nak pergi mandi kejap..."
"Mandi? Kejap. KAlau awak mandi, baju salin ada ke? Bukan kita datang sehelai sepinggang ke?"
"Ada dekat atas tu. Don't worry. MAsa sayang tengah tidur tadi, awal pagi lagi abang dah datang sini dan prepare semuanya."
Amboi! Cepatnya mamat ni buat kerja???
"Emm...oklah. "
DAH 2 minggu Athirah ambil cuti, akhirnya Athirah kembali masuk kerja di Fella Boutique Design and Studio. KAlau tak masuk, kang makan gaji buta!
"Apa khabar pengantin baru? Sihat?" tegur kak Eliza.
"Sihat boss. Alah...tak payahlah sebut pengantin baru tu. Seganlah pulak!" kata Athirah.
"Apa pulak nak segan? Memang kamu pengantin baru kan? So, memandang awak dah masuk kerja, saya ada benda nak cakap dengan awak..."
"Apa bos?"
"Minggu ni kita kena hias dewan untuk satu majlis kenduri kahwin. Orang kerabat jugaklah. So, macam mana? Awak larat tak nak handle semua ni? Awak nak kena plan wedding mereka lagi..."
"Boleh je bos. Kandungan saya baru mencecah 3 bulan. Jangan risaulah. Masuk 5 bulan tu, maybelah akan jadi tak larat sikit."
"Good then. Ok, mari sini saya bagi awak senarai aturcara majlis. Saya nak awak ikut plan ni. Yang lain, awak yang uruskan ye?"
"Boleh je bos..."
"Here the plan. Mereka nak tema ala-ala moden klasik begitu. Like tradisional kontemporari. Boleh awak tolong plan kan sebab Risya dia memang tak arif bab moden klasik macam ni."
"Boleh bos. Moden klasik ni bukan susah sangat. Cuma, ikut kaler dan juga keperluan untuk menghias, itu pun dah cukup. Then, kerusi dan meja makan. Itu jugak penting. Pelamin...pun penting jugak. Yang penting, warnanya!" kata Athirah.
"Ok, lepas awak dah plan semuanya, awak serahkan balik senarai ni dekat saya ya? Sekali dengan plan awak ok?" Athirah hanya mengangguk.
"ASSALAMUALAIKUM!" Athirah memberi salam apabila masuk ke dalam rumah. Aikk?? Gelap dan sunyi je? Mana Fariz? Tak balik lagi ke?
Athirah memetik suis lampu. Seluruh isi rumah itu terang. Ketika perjalanan ke rumah, sempat dia berbuka puasa di luar kerana takut tak sempat nak berbuka di rumah. Tekak yang terasa haus membuatkan Athirah menuju ke dapur. Air sejuk dituang ke dalam cawan lalu diteguk.
Tak lama kemudian, terdengar pintu rumah dibuka. Athirah memandang. Fariz dah balik ke? Athirah menuju ke pintu rumah. Memang betul dia dah balik.
"Baru balik?" soal Athirah.
"emm...sayang pun baru balik ke?" soal Fariz.
"Emm....dah berbuka?"
"Dah...sayang?"
"Dah...sorry sebab tak balik masak. Saya busy dekat tempat kerja. Nak kena plan wedding orang kerabat." ujar Athirah. Ada rasa bersalah pulak sebab tak masak untuk Fariz berbuka puasa.
"Tak apa. Sayang jangan risau ok? Esok boleh balik awal masak untuk abang?" Athirah mengangguk. Fariz tersenyum.
"Oklah...abang naik mandi dulu. Nak sembahyang terawih. Nak ikut?"
"Tak naklah. Tak larat. Maybe esok. Boleh?"
"Anytime. Kalau nak pergi, bagitahu abang ya?"
"Ok!" Fariz meninggalkan Athirah sendirian di ruang tamu. Dia perlu bersihkan diri sekaligus bersiap untuk solat Isyak dan Terawih di masjid.
Share this novel