Bab 30

Romantic Comedy Completed 145346

Athirah bangun awal. Malas nak berhadapan dengan Fariz. Rasa meluat tentang semalam masih ada lagi. Angkara semalam lah dia kena 'basuh' dengan abah!

"Hang awat Thirah? Hang ada masalah dengan Fariz ka? Sampai keluaq abah dengar hang dok marah-marah..."

"Tak ada apa-apalah abah!"

"Hang bohong abah! Abah dengar tadi. Awat hang buat lagutu? Meskipun apa yang dia dah buat dekat hang tu cukup sakit, tapi dia tetap suami hang! Hang tak boleh buat dia lagutu. Apalagi mintak cerai. Kesian dekat dia. Kebelakangan ni abah nampak dia makin serabut. Kesian dekat dia Thirah...hang sebagai isteri sepatutnya melayan dia dengan baik. Bukan marah dia macam tu sebab syurga hang sekarang ni terletak di bawah tapak kaki dia tau! Kalau dia tak redha dengan perbuatan hang, tak cium bau syurga hang!" pesan Tuan Masri.

"Awat pulak abah nak backup mamat tu tiba-tiba?"

"Abah bukannya nak backup ka apa ka tapi abah sebagai abah hang kena tegoq perangai hang! Jangan biadap sangat dengan suami!"

"Hesy! Abah pun sama ja dengan mamat tu!"

Selepas menyaruk tudung di kepalanya, Athirah keluar dari bilik menuju ke abahnya.

"Abah...nak kunci motor..."

"Kunci motor? Hang nak buat apa?"

"Nak makan..."

"Hah? Buat makan? Hang gila ka apa?"

"Isy abah ni! Taklah sampai makan. Orang nak guna motorlah! Nak round satu kampung. Bosan asyik duduk dekat rumah ja..."

"Ha...laki hang dah tau hang nak keluaq?"

"Dah..."

"Betoi?" Athirah mengangguk. Walhal bohong!

"Hang pi ambik dalam bilik abah. Dok atas almari..." Athirah menuju ke bilik abahnya.

"Thirah keluaq dulu erkk??"

"Baiklah...buat baik. Bawak elok-elok!" pesan Tuan Masri.

"Ok..." Athirah keluar menuju ke motosikal Honda EX-5 ayahnya. Baru saja start motor, ada rasa sesuatu macam duduk belakangnya. Dia melihat melalui cermin sisi. Fariz sedang tersengih ke arahnya.

Eii!!! MAmat ni selalu kacau daun! Tang mana aku ada, tang tu jugak dia ada! Hesy! Geram betul aku!

"Apa tersengih-sengih? Pikiaq elok dahlah tu?!"

"Nak pi mana ni?" soal Fariz ingin tahu.

"Nak pi terjun sungai. Awat?"

"Nak ikut, boleh?"

"No! Tak boleh! Awat menyibuk sangat?! Dah! Turun!"

"Kalau awak tak bagi, saya bagitau abah. biar abah basuh awak macam semalam. Nak?"

Erkk??? Dia tau ka aku kena basuh dengan abah semalam? Adu mak aiii! Telinga dia ni hyper benor!

"Eiii!!! Yelah!" Athirah menghidupkan enjin motor lalu ditunggang masuk ke dalam kampung.

"Awak! Slow sikit! Awak nak race ka apa ni?" jerit Fariz. Masya-Allah! Bawak motor! BApak punya laju! Kereta laju, motor pun laju! Bini aku ni alien ke apa?

"Sapa suruh gedik nak ikut sangat kan? Padan muka!"

Fariz memeluk Athirah. Takut dia dengan cara Athirah memandu. Sampai di satu selekoh, Athirah belok dengan gaya rempit. Memang no slow punyalah! Lesen apa yang bini aku pakai ni? Lesen cap sekolah ayam ka?

"Woiii! Apahal kau peluk aku?!" jerit Athirah.

"Aku takutlah! Awak guna lesen apa?! Memandu kalah Michael Schumaker! Hesy!"

"Lesen memandu yang selamatlah!"

"Tapi cara awak bawak ni dah tak selamat!" pelukannya dikemaskan lagi.

"This is my way! Tadi galak nak ikutkan? So, nasiblah!"

Ya Allah! Selamatkanlah daku dan isteri daku. Lembutkanlah hati dia untuk memperlahankan kelajuan motor tu.

Sampai di tepi sungai, Athirah memberhentikan motor. "Turun!" Arah Athirah.

Athirah turun dari motor selepas Fariz turun.

"Kita nak buat apa ni?" tanya Fariz.

"Terjun sungai! Nak?"

"Tak nak!"

"Kalau tak nak, dok diam-diam! Kalau tak, saya sepak masuk sungai!"

Agak lama mereka mendiamkan diri. Hanya deruan enjin motor dan kereta yang lalu saja kedengaran.

"Awak, saya nak tanya boleh?" pinta Fariz lebih kepada mengharap.

"Apa?"

"Kenapa awak tak boleh nak terima saya?"

Athirah memandang Fariz dengan dalam. "Awat nak tau?"

"Curious..."

"Sebabnya entah...saya sendiri tak ada jawapan. Namun, setiap kali saya cuba nak terima awak saya mesti terfikirkan Pain. Saya tak nak khianati dia..."

"Sebab itu ke? Kenapa hati awak baik sangat hah?"

"Sebab tak jahat..." balas Athirah selamba.

"Awak...esok dah nak raya kan? Rasa kejap je puasa..."

"Kan? Alhamdulillah...saya dapat puasa penuh!"

"Raya kelima baru kita balik KL, boleh?"

"Awat?"

"Saja nak spent time di kampung. Best...nyaman je." puji Fariz.

"Jatuh hati dah dekat kampung ni?"

"Dekat kampung dan juga penduduk yang duduk di sebelah saya ni..." Athirah menjeling.

"Ceh! Ngorat cara lapok!" Athirah mencebik.

"Bukan ngorat tapi betul punya!"

"Whateverlah...dah jom! Saya bawak awak round satu kampung ni. Nak?"

"Ok jugak tu!" mereka berdua naik moto

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience