Dua bulan kemudian...
Kini kandungan Athirah sudah menjangkau 2 bulan. Dan dah dua bulan jugak dia tak nampak wajah Fariz. Rasa aman sikit bila Fariz tak lagi mengacau dirinya.
"Akak, akak boleh ke angkat barang-barang tu? Tak payahlah...biar saya je yang angkat," kata Risha.
"Eh, tak apa! Saya boleh angkat. Jangan risaulah..."
"Bukan apa akak. Saya takut nanti akak keguguran pulak. Saya yang susah nanti!" kata Risya lagi.
"Oklah kalau awak dah risau sangat..."
"Macam tulah..."
"Bos, wedding tu buat dekat mana?"
"Kita buat dekat Pulau Pangkor. So, awak ok tak nak travel jauh-jauh ni? Manalah tahu nanti awak mual-mual ke?" tanya Eliza prihatin.
"Saya ok. Jangan risaulah. By the way, wedding sapa ni??"
"Wedding keluarga tengku. Orang kaya jugaklah. Baru semalam saya jumpa dia. Perghhh!! Kaya!"
"Kaya pun kalau tak ada adab nak buat apakan?"
"Kenapa ni Thirah?"
"Hmm...??? Tak ada apalah..."
"Kalau tak ada apa-apa, jom bertolak sekarang. Nanti lambat pulak sampai sana..."
"Jom!" mereka menaiki kereta Toyota Aeras Estima milik Eliza.
SAMPAI di hadapan hotel Pulau Pangkor, mereka segera bawa masuk barang-barang yang perlu dihias di pelamin nanti. Athirah menuju ke arah pantai. Segarnya.
Aku sebagai wedding planner. Apa yang aku boleh buat dengan pemandang pantai dan resepsi? Hmm...kena pikiaq ni. Ok, tadi bos ada bawak karpet merah. Maybe sebagai tempat pengantin berjalan menuju ke pelamin.
Ok...kalau macam tu senang. Katanya pelamin berhiaskan laut. Ok, cool. Pelamin bersulam warna biru dan putih. Lepas tu batu-batu kecil berwarna-warni ataupun dikenali sebagai pebbles pun ada bawak. Pokok? Emm...ada jugak bawak. Untuk hiasan pelamin.
Ok...set! Dah tahu nak buat macam mana! Athirah berlalu menuju ke bilik hotel.
Petang itu mereka berkumpul di pantai. Khemah sudah siap dipasang. Stage pelamin pun sudah dipasang. Tinggal nak hias je.
"Ok Athirah...dah dapat idea macam mana nak hias pelamin dan macam mana resepsi nanti??"
"Dah ada bos..."
"Good...cekap otak awak!" puji Eliza. Tak sia-sia dia ambik Athirah bekerja dengannya.
Tengku Alisa memerhatikan Athirah. Dengan shawl, Athirah nampak comel. Memang betul kata Fariz, Athirah memang nampak comel walaupun tak berdahi licin. Tengu Alisa mendekati Athirah.
"Athirah ya??" tanya Tengku Alisa.
Athirah memerhati wanita di sebelahnya. "Ya saya. Auntie ni sapa ya?"
Bagus! Hormat orang tua. Lemah lembut. "Saya Tengku Alisa. Sayalah tuan rumah yang nak buat wedding ni..."
"Oh..." Athirah tersenyum.
"Athirah ni kerja sebagai apa?"
"Wedding planner..."
"Ok...make sure hias elok-elok tau! Kalau Athirah hias elok-elok, bolehlah jadi menantu auntie nanti," guarau Tengku Alisa. Tapi, itu memang niat dia pun.
"Auntie ni ada-ada jelah. Oklah, saya sambung buat kerja ya?"
"Baiklah..."
"Akak...pelamin ni nak buat macam mana? Berkonsepkan pantai, Risya blur sikitlah..."
"Ok...macam ni, kalau dah berkonsepkan pantai, Risya buat macam ni. Kan dah ada kerusi atas tu. Cuma tinggal nak hias background je kan? So, nanti di penjuru stage pelamin depan ni Risya letaklah pokok yang kita bawak tu. Dan dekat pasu-pasu tu kita letak pebbles yang berwarna warni tu. Nampak ala pantai kan?"
"OK jugak cadangan akak tu. Bijak!" Risya kembali menyambung tugasnya.
"Thirah, malam ni kita akan buat resepsi. Malam ni Athirah tunjuk ja macam mana cara pengantin nak menuju ke pelamin ok?"
"Ok bos..."
Tengku Alisa menuju ke arah anaknya, Fariz. "Fariz..."
"Ada apa bonda?"
"Fariz nak tahu tak siapa yang plan wedding abang nanti?"
"Sapa bonda?"
"Kalau Fariz nak tahu, Fariz pergi ke pantai sekarang dan Fariz akan nampak orang tu..." Fariz menjongketkan keningnya. Sapa agaknya??
Tengku Alisa dan Tengku Farid tersenyum. Akhirnya rancangan mereka berjaya. Sebenarnya, sengaja Tengku Alisa memilih Fella Boutique and Studio sebab hari tu dia nampak Athirah keluar dari butik tersebut. Kemudian, dia tanya pemilik butik tersebut dan pemilik butik itu kata memang Athirah bekerja di butik tersebut. Itulah sebab dia ambik Fella Boutique and Studio sebagai wedding planner mereka. Supaya Fariz dapat berjumpa degan Athirah.
Fariz menuju ke pantai. Di pantai, dia meninjau setiap orang. Sapa yang bonda maksudkan?? NAmun, matanya tertumpu kepada seorang gadis yang bershawl oren. Athirah??! Biar betul aku ni?? Dia menampar pipinya sendiri. Aku tak mimpi!
Itu betul Athirah! Apa jangan-jangan dialah wedding planner yang bonda maksudkan?? Patutlah bonda beria-ia suruh aku pergi pantai. Rupanya Athirah ada. Namun, belum sempat kakinya ingin melangkah ke arah Athirah, ada yang mengacau.
Adam?! Apa yang Adam buat dekat sini? Apa Adam pun kerja sekali dengan Athirah??! Huh! Kacau daun! Lagi panas hati Fariz apabila melihat Adam membetulkan tudung Athirah. Panas hatinya. Terbakar jiwanya melihat adegan tersebut. Athirah...kau milik aku sorang faham?! Kau milik aku sorang! Bukan Adam ataupun Pol!
MALAM resepsi tersebut sungguh mengejutkan Athirah apabila dapat tahu yang wedding ini adalah abang kepada Fariz dan auntie yang menegur dia tadi ialah mak Fariz. YA Allah...apakah ini petunjuk?
Selesai resepsi malam itu, Athirah dengan geng sekerjanya pulang ke bilik hotel. Badan Athirah sudah berasa letih. Dia ingin mandi supaya dapat menyegarkan badannya.
Selepas mandi, Athirah menegringkan rambutnya yang panjang mengurai. Dia terfikirkan nasibnya kalau perbuatan Fariz dapat dihidu oleh keluarga Fariz. Mesti keluarga Fariz menyalahkan dirinya.
"Baby...mama akan jaga baby sampai baby lahir walaupun papa tak ada." Athirah berbicara dengan anaknya.
Tak lama kemudian, terdengar ketukan pintu bilik hotelnya. Sapa pulak yang datang malam ni? Mungkin bos kot. Athirah menyanggul rambutnya lalu mencapai tudung lalu dipakai. Dia membuka pintu.
Alangkah terkejutnya apabila sangkaannya meleset. Rupanya Fariz yang datang. Macam mana dia tahu ini bilik aku??
"F...fariz. K...kenapa kau datang bilik aku malam-malam ni?" pertanyaannya tidak dijawab. Malah, mata Fariz galak merenungnya.
Aduh! Apahai dengan mangkuk ni? usya padat pulak tu! "K...kenapa ni?"
Fariz mendekati Athirah. Athirah mengundur ke belakang. Apa yang Fariz nak buat ni? Ya Allah...selamatkanlah aku! Dia memerhatikan langkah Fariz. Ya Allah! Dia gila ka? Pintu bilik ditutup oleh Fariz.
"Fariz! Stop right there!" jerit Athirah. Sungguh dia berasa takut sekarang ni.
"I don't here you..." balas Fariz. Seram pulak Athirah mendengar suara Fariz. Awat dengan Fariz ni? Kena sampuk ka apa?
Badan Athirah terjatuh ke atas katil apabila dia terseradung kaki katil. Dia hendak bangun namun badannya ditindih oleh Fariz.
Ya Allah...takkanlah perkara dulu nak berulang lagi?
"Fariz!! Apa yang kau buat ni? Tepilah!" namun mata Fariz galak memerhati dirinya dan tubuhnya. Macam gaya harimau nak terkam mangsanya.
Namun belum sempat dia berkata apa-apa, bibirnya dicium oleh Fariz. Athirah terkejut. Dia menolak muka Fariz. Ya Allah! Apa yang ada dalam fikiran Fariz?!
"Apa yang kau cuba buat?! Kau nak rogol aku sekali lagi ka?!"
"Aku nak kau layan aku malam ni...boleh?"
"Kau gila ka apa?! Aku bukan wife kau!"
"Soon you'll be my wife."
"Fariz! Kau memang gila!" agaknya wayar dia ni putus kot sejak kena penampar aku hari tu!
"Ya! Aku memang dah gila! Aku dah gilakan kau! Kau tahu tak?!" mata Fariz menikam anak mata Athirah.
"So, malam ni aku nak kau layan aku macam mana kau layan aku dulu..."
"Aku layan kau dulu?! Kau dah lupa?! Bukan aku layan kau, tapi kau yang guna aku!" bentak Athirah.
"Hey! Itupun sebab kau tolak aku!"
"Kau....!!! Tepilah!!!" Athirah sedaya upaya menolak tubuh Fariz yang menindihnya. Namun, apalah daya tenaga dia dan Fariz kan??
"Kau milik aku sorang...faham?! Bukan milik Adam ataupun Pol! Ingat tu!" Fariz berkata keras.
Apabila Fariz ralit memerhatikannya, Athirah terus menolak Fariz dengan tenaganya yang masih ada. Dia segera bangun dari katil dan menuju ke pintu. Namun, belum sempat Athirah memulas tombol pintu, Fariz sudah menariknya dari belakang dan menghempasnya kembali ke atas katil.
"Kau fikir kau nak lari mana hah?!" kata Fariz. Dalam hati Athirah, berharap sangat ada bantuan yang datang.
"Fariz!!! Lepaskan aku! Tak cukup ka apa yang kau dah dapat dari aku?!"
"Belum! Aku nak kau jadi milik aku yang sepenuhnya!" Athirah menolak dada Fariz yang cuba menciumnya untuk kali kedua. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.
"Astaghfirullahalazim! Fariz!" suara IZzat mencecah hening bilik hotel Athirah. Eliza juga turut ada di situ.
Cepat-cepat Athirah menolak Fariz ke tepi. Dia ingin berlari menuju ke arah Eliza namun dengan pantas tangannya direntap dari belakang membuatkan tubuhnya bersatu dengan Fariz.
"APa yang Fariz buat ni?!" suara Izzat keras.
"She's mine! Abang tak ada hak nak halang Fariz!"
"Fariz! Fariz sedar tak yang dia bukan hak milik Fariz sepenuhnya?! Pleaselah Fariz. Sehari lagi akan berlangsungnya perkahwinan abang. Kalau Athirah tak ada, tak jadi Wedding abang!"
"Fariz! Please lepaskan aku!" ronta Athirah.
"No! Fariz mengucup lembut pipi Athirah depan Izzat dan Eliza.
"Fariz! Enough!" tubuh Fariz ditarik dan satu penampar singgah di pipinya.
"Abang tak sangka Fariz akan tersasar macam ni! Abang kecewa dengan Fariz!" ujar Izzat tegas.
Athirah yang kehabisan tenaga akibat berlawan dengan Fariz tadi tak mampu menampung berat badannya tambahan pula melihat Fariz dan abangnya bergaduh. Pemandangan semakin kabur dan akhirnya dia rebah tak sedarkan diri.
"Athirah!!!" jerit Eliza. Eliza menuju ke arah Athirah yang sudah rebah tidak sedarkan diri.
"Ya Allah! Athirah!" Fariz segera mendukung Athirah dan diletakkan di atas katil. Dia mengusap kepala Athirah. Eliza menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan Athirah lalu membawa alatan perubatan. Jangan hairan sebab dia adalah bekas doktor tau! Dia mengeluarkan stetoskop dan memeriksa nadi Athirah. Dia turut membawa alat pengepam kadar ketinggian darah. Kadar darah Athirah rendah.
"Dia dalam keadaan lemah. Kadar darah dia pun rendah. So, Fariz. Please don't disturb her sebab dia...." ayat Eliza berhenti di situ.
"Dia apa Eliza?"
"Dia mengandung...dah dua bulan! Jadi, jangan bagi tekanan kepada dia ok?" nasihat Eliza walaupun Fariz belum bergelar suami kepada Athirah.
"What? Dia mengandung??" Fariz bagaikan tak percaya dengan apa yang dikatakan Eliza.
"Yes...she's pregnant." akhirnya rahsia yang disimpan kemas terbongkar jua.
"Fariz buat Athirah mengandung??" soal Izzat bagaikan tak percaya.
"Ya Allah Fariz! Apa yang Fariz dah buat tu berdosa tahu tak?!"
"Ya abang...Fariz tahu. Tapi, nantilah Fariz explain ok?"
"Saya balik bilik dulu..." pinta Eliza lalu keluar dari bilik hotel Athirah.
"Dah, jom keluar. Biarkan Athirah berehat..."
"Tak nak! Fariz nak jaga Athirah!"
"Ok...tapi jangan mimpi nak tidur di sebelah dia ok?"
"Ok abang..." Izzat beredar pergi.
"Saya janji Athirah saya akan menikahi awak secepat yang mungkin!" janji Fariz sambil tangannya menggenggam jemari Athirah erat.
"Saya sayang awak tau!" Fariz mengucup dahi Athirah. Lalu dia terlelap
Share this novel