Bab 35

Romantic Comedy Completed 145346

Farahin berjalan di sekitar kawasan Singapore. Menghilangkan rasa bosannya yang asyik terperap dalam rumah. Mana tahan kan? Sekali sekala kenalah jugak keluar kan?

Ketika dia sibuk meneliti bandar Singapore, bahunya dilanggar oleh seseorang. "Auch!" Farahin mnegusap bahunya yang terasa sengal.

Bahu besi sapalah yang langgar aku ni? Kurang asam betullah!

"Sorry! I didn't notice you!" ujar lelaki tersebut.

Tak notice aku? Buta ke apa? Diperhatikan wajah orang yang melanggarnya. "Amir?"

"Pain?" Amir memerhatikan Farahin.

"Kau buat apa dekat sini Pain?"

"Tak buat apa-apa. Saja...cuti.. kau pulak?"

"Aku belajar dekat sini...well tak sangka jumpa kau dekat sini."

"Aku pun! Patutlah kau hilang! Rupanya kau sambung belajar dekat sini rupanya. Ok, good."

"Oklah...aku kena chau dulu. Kelas aku dah nak mula. See you again. Nombor kau masih sama kan?"

"Ya...kenapa?"

"Malam ni kita keluar erkk??"

"Ok!"

"BOS... betul ke kita akan pergi ke Negeri Sembilan minggu depan untuk event Dato dan Datin tu?" tanya Athirah.

"Betullah...kenapa? Kamu tak nak pergi?" tanya Eliza.

"Bukan bos. Saya mestilah kena pi kan? Tapi, faham-fahamlah. Saya kan dah bersuami bos. Pi pun nak kena mintak izin."

"Hmm...yang tu ka? Kalau suami awak tak izinkan...tak apa. Biar saya cakap dengan dia. Saya akan cakap macam ni... 'encik Fariz! Isteri awak ni wedding planner under saya tau! So, dia kena pi!'. Saya akan cakap macam tu."

"Berani ka?"

"Apa pulak tak berani? Saya lagi tua dan dah berpengalaman sama dengan awak ok?"

"Ok...tapi buatnya dia hilang akal...dia nak ikut kita sekali boleh?"

"Boleh asalkan dia tak buat hal macam hari tu ok?"

"Promise you..." Athirah angkat hi-5 tanda janji.

"ASSALAMUALAIKUM!" Athirah memberi salam apabila masuk ke dalam rumah. Eh? Fariz tak balik lagi ka? Dah pukul 6.00 dah ni. Takkan ada kelas petang kot?

"Entah!" Athirah meletakkan beg tangannya dengan kunci kereta di atas meja. Baru saja nak langkah ke dapur, telefon bimbitnya berbunyi. Dia perhati nombor tersebut. Kak Long!

"Kak Long!"

"Assalamualaikum!" sindir Kak Long di talian.

"Hehehe...Waalaikumussalam! Kak Long! Rindu kak long!"

"Kalau rindu, awat hang tak mai qumah aku? Awat hang tak call aku?"

"Lupalah kak long! Bukan tak teringat tapi tak ada masa..."

"Hmmm...yalah tu. Hang macam mana? Dah ok dengan Fariz?"

"Dah ok kak long. Alhamdulillah..."

"Alhamdulillah...nanti hang mai rumah kak long. Kita makan sama-sama. Lagipun, anak-anak aku ni dah tanya mana mak su dia..."

"Hehehe...ok! Esok aku mai ok!"

"Ok! Dah, kak long nak sambung masak. Esok mai tau! Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!" talian diputuskan. Athirah menuju ke dapur.

Emm...nak masak apa hah?! Fariz pulak nak makan apa? Aku pun tak tau nak makan apa. Huh! Kalau aku tak masak, kang Fariz lapar pulak.

"Assalamualaikum!" Fariz memberi salam.

"Waalaikumussalam!" Athirah menuju ke arah Fariz lalu dia menyalami Fariz. Fariz mencium dahi Athirah sebagai balasan.

"Awal sayang balik hari ni?" tanya Fariz.

"Tak awallah...awak tu yang selalu balik lewat!" kata Athirah.

"Yelah..."

"Awak nak makan apa ni?" tanya Athirah. Manalah tahu Fariz lapar kan?

"Entahlah...sayang masak apa?"

"Tak masak apa lagi. Mati akal nak masak apa..."

"Ok, kalau macam tu. Apa kata lepas Maghrib kejap lagi, kita keluar makan dekat restoran depan tu je. Senangkan?"

"Ok! Boleh je."

"SAYANG nak makan apa?" tanya Fariz selepas memberitahu pesanannya kepada pelayan.

"Emm...nak Nasi Goreng Paprik satu dengan fresh orange satu..." pesan Athirah. Pelayan menulis menu mereka.

"Ada apa-apa lagi?" tanya pelayan itu.

"Tak.." pelayan itu segera pergi.

"Sayang...abang ada satu permintaan boleh?" pinta Fariz.

"Apanya?"

"Kita cari Farahin nak?" Athirah memandang Fariz pelik.

"Pain? Kenapa?" pelik pula Athirah. Bukannya suaminya buat don't know je ke dekat Pain?

"Ya...just want to say sorry about the another day..." kata Fariz.

Athirah tersenyum. "Ini mesti kes Mina mai cakap dengan awak masa dekat kampus tadi kan?"

Fariz mengerutkan dahinya. "Macam mana sayang tahu?"

"Hello...setiap apa yang depa buat dekat awak, mereka mesti lapor tau! Warning kan yang awak dapat tadi?"

"Kot. Tapi, serius betul Mina tadi..."

"Hahaha...lawaklah awak ni. Mina tu nampak je serius tapi masa cakap dengan saya dekat phone tadi, dia gelakkan awak cukup-cukup sebab..." ayat Athirah berhenti di situ. Nasib baik tak keluar ayat Mina tipu pasal Farahin cuba minum racun tikus tu.

"Sebab apa?"

"Emmm...sebab...sebab muka awak cuak dah tadi!" Fuh! Line selamat! Nasib baik dan cover!

"Ye ke? Mahunya tak cuak? Manalah tahu buatnya Pain minum racun ikus betul-betul kali ni tak naya abang? Tak pasal naik kes di surat khabar 'seorang perempuan wanita berusia 19 tahun mati kerana minum racun tikus. Ini akibat dirinya stres dengan boyfriend'. Tak naya abang?"

"Hahaha...lawaklah awak ni. Mana ada! Emm...kita nak cari Pain dekat mana?" Athirah pura-pura tanya.

"Well...abang pun tak tahu sebab Mina cakap dia tak ada di Malaysia ni."

"Ooo...macam tu? Emm...apa kita try cari dia dekat Singapore? Nak?"

"Singapore? Dia ada dekat Singapore ke?"

"Manalah tahu dia balik rumah auntie diakan? Lagipun, dekat mana dia nak lari kalau bukan Singapore? Di situ jelah dia boleh lari."

"Ok...kita pergi minggu depan nak?"

"Minggu depan? Tak bolehlah awak sebab saya ada event wedding dekat Negeri Sembilan. Boleh kita tangguh dulu?"

"Negeri Sembilan? Berapa hari?"

"Dalam 5 hari macam tu. Boleh tak saya pergi?"

"Perlu ke?"

"Perlu lah sayang oii sebab sayakan wedding planner. Jadi, kenalah pergi. Wajib!" kata Athirah dengan yakin.

"Oh...emm tak apalah. Pergi je. Abang izinkan cuma..." perbualan mereka terganggu bila pelayan menghantar pesanan mereka.

"Terima kasih..." ucap Athirah sambil tersenyum.

"Cuma apa?"

"Cuma kalau ada yang ngorat jangan layan ok? Abang jeles nanti!"

"Tak habis lagi dengan jeles? Hmm...yelah. Saya janji!"

"Good wife! Ok, jom makan..." selepas mengaminkan doa, mereka berdua makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience