Bab 15

Romantic Comedy Completed 145346

"Kenapa susah sangat saya nak call awak? Saya SMS awak tak reply, inikan Whatsapp dan Wechat. Awak ada masalah ke??" soal Farahin di talian.

"Taklah...saya busy dengan persiapan perkahwinan abang saya. So, saya patutlah tolong apa yang patut," bohong Fariz. Walhal sekarang hati dan otaknya serabut kalah memikirkan masalah negara hanya kerana perempuan.

"Oh...ingatkan apalah. Well, bila kenduri abang awak?"

"Esok...kalau awak nak datang, datanglah. Di hotel Port Dickson..."

"Oh...boleh! Sebab saya pun sekarang tengah ada di Negeri Sembilan..." ujar Farahin ceria.

Dia terlalu baik untuk aku khianat dan menipu. Tapi, semuanya dah berlaku. Aku pun dah khianat dia dan Athirah! Macam mana sekarang ni??

"Hello?? Fariz?? Are you still there? I can't here you. Are you okay?" soal Farahin risau.

"Oh...ok. Cuma penat sikit. Sibuk letakkan beg kenduri untuk tetamu esok..." bijak Fariz memberi alasan.

"Hahaha...rajin pulak boyfriend saya ni kan??"

"Mestilah..."

"Oklah awak. Saya off dulu. Saya nak kena masuk kelas balik. By the way, wish me luck untuk exam ini. Doakan saya dapat keputusan 4flat ok?"

"Ok. I wish you luck and study hard okay? Don't be a lazy girl ok?"

"Thank you. Bye! Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." talian diputuskan.

Fariz meraupkan mukanya. Ya Allah! Aku buntu sekarang ni. Apa yang aku nak cakap dengan Pain yang aku dah terlanjur??

"Fariz..." panggil Izzat. Dia duduk di sebelah adiknya.

"Dah cakap dengan Pain??" Izzat memandang Fariz. Fariz menggeleng.

"Sampai bila Fariz nak pendam semua ni? Lama-lama rahsia semua ni akan terbocor jugak! Daripada terlambat, baik Fariz terus terang..." cadang Izzat.

"Senanglah abang cakap. Yang tanggungnya Fariz tau! Fariz!" balas Fariz sambil merenung butir pasir.

"Siapa yang buat hal dulu? Who cause first, then get the last! Ingat! Well, jangan ingat Fariz sorang je yang serabut. Di sana pun ada yang tengah menanti sarat kandungannya."

"Abang...Fariz buntu abang. Macam mana caranya Fariz nak pujuk Athirah supaya dia nak maafkan Fariz dan terima Fariz??"

"Fariz kena keep hard working. Cuba pujuk dia. Yakinkan dia yang Fariz akan jaga dia sehingga dia melahirkan. Remember, woman need a word spirit to keep them be strong. Kalau Fariz terus mencuba, insya-Allah, hati dia akan terbuka jugak." ujar Izzat memberi kata semangat.

"Abang, macam mana kalau dia langsung tak maafkan Fariz? Macam mana kalau dia terusan membenci Fariz?"

"Fariz tak try lagi dan macam mana Fariz boleh buat assumption macam tu?" soal Izzat. Bahu adiknya dipeluk.

"Hey. I know you can. If not, she can't get pregnant, right?" Izzat buat nada seram. Ala-ala blue hypo. Blues yang terlebih.

"What the euu! Eii! Tak sangka abang ni galak jugak kan?" Fariz menumbuk bahu abangnya.

"Hah! Macam nilah baru adik abang! Ini tak, kalau tak buat lawak blues sikit, muka tu mendung kalah awan gelap!" seloroh Izzat.

"I miss my baby..." kata Fariz tiba-tiba.

"Well, you gonna be a father soon. Of course you miss your baby. Bapak mana tak rindukan anaknya walaupun dalam kandungan kan?" Fariz mengangguk.

"Tak sangka abang nak jadi pak cik dah! Hehehe...ingatkan abang yang 'laju' dulu, rupanya Fariz dah potong line abang dulu!"

"Hebat kan??"

"Hebat pun, mesti ada batas!"

"Jangan nak jadi ustaz sangat!"

"Hah?! Apa yang anak-anak ayahnda bualkan ni?" celah Tengku Farid tiba-tiba.

"Tak ada apa-apalah. Saja excited nak jadi pak cik hasil dari Fariz..." Fariz menampar bahu abangnya. Baik cakap punya blues depan ayahnda! kata Fariz dalam hati.

"Hmm...ingatkan apalah tadi? Well Fariz, ayahnda dan bonda dah bincang pasal kamu dan Thirah..." Fariz merenung wajah Tengku Farid.

"So??"

"Ayahnda dan bonda nak kamu menikah dengan Athirah hujung bulan ni jugak."

Mata Fariz dan Izzat terpaku kepada Tengku Farid. "Kenapa? Ayahnda salah cakap ke?"

"Kenapa cepat sangat?" soal Fariz.

"Kenapa? Kamu tak suka?"

"Suka...tapi Athirah macam mana? Dia setuju ke?"

"Itu biar bonda yang uruskan. Lagipun, semua ni dah tak boleh ditunggu lagi. Lagipun, ayahnda dan bonda ada plan. Ayahnda dan bonda dah invite family Athirah datang ke sini. Mereka on the way ke sini. Then, kita akan bincangkan perkara ni..."

Muka Fariz dah pucat. Family Athirah on the way ke sini? Mampus aku! Buatnya kepala aku ni di siatnya macam mana? Innalillah aku tak lama lagi! Buatnya kena kejar dengan parang satu pantai ni macam mana? Oh Ya Allah! Selamatkanlah aku!

"Kenapa muka Fariz pucat ni?" soal Izzat.

"Tak ada apalah. Well ayahnda, macam mana ayahnda boleh kenal family Athirah?" pelik pun ada jugak. Family dia ni bukan ada keturunan dengan family Athirah pun!

"Adalah..." kata Tengku Farid bersahaja.

MALAM itu Athirah duduk di tepi pantai. Mengenangkan nasibnya. Apa akan jadi esok? Apa ibu dan abah akan buang aku? Aku takut! Ya Allah! Macam mana ni?? Macam mana ibu dan abah dijemput datang ke majlis abang Izzat walhal keluarga aku bukan ada dengan keturunan Tengku Farid.

Teringat perbualan dia dengan Tengku Alisa petang tadi...

"Auntie nak Thirah jadi menantu auntie boleh?"

"Kenapa tiba-tiba pulak auntie?"

"Sebab auntie tahu anak dalam kandungan Athirah tu anak Fariz kan?"

Athirah tergamam. MAcam mana auntie ni tahu?

"Athirah mesti pelik kan macam mana auntie boleh tahu kan? Jangan risaulah. Fariz dah ceritakan semuanya dan dia bersetuju untuk mengahwini mereka. Dan auntie tak salahkan Thirah langsung dalam hal ni. Dalam hal ni, anak auntie yang salah. Maafkan Fariz ya?"

"Lagi satu, please terima Fariz sebagai husband Thirah ya? Auntie kesian dengan Fariz tu. Tengok dia sejak kebelakangan ni dia makin tak terurus saja gayanya. Asyik terfikirkan Thirah saja..."

Habis tu? Perasaan aku sapa pulak yang care? Tak adil!

"Lagipun family Thirah dah dalam perjalanan ke sini. Nak bincangkan pasal perkahwinan Thirah dengan Fariz. Well, family Athirah pun dah tahu yang Thirah sekarang ni tengah pregnant..."

"Macam mana family saya tahu auntie?" terkejut rasanya apabila dia diberitahu yang family dia dah tahu yang dia sedang mengandung ketika ini.

"Lagi satu, macam mana auntie kenal family saya?" ok. Agak pelik bila tiba-tiba pulak Tengku Alisa boleh kenal ibu dan abahnya. Jumpa pun tak pernah.

"Let it be secret. Yang penting, semua ni akan dibincangkan antara family auntie dan family Thirah. Don't worry. Everything will be fine. Jangan risau ok??" Athirah hanya memandang kosong. Fikirannya buntu.

"Kenapa ni termenung sorang-sorang tepi pantai?" soal Fariz yang berdiri di sebelah Athirah. Sejak dia sampai sehinggalah dia tegur Athirah, Athirah tak perasan kehadirannya.

"Buat apa dekat sini?!" soal Athirah dingin.

"Kenapa? Tak boleh ke? Ini bukan pantai bapak awak pun kan?"

Athirah mendengus. "Memang pantai bapak saya pun!"

"Oh...emm esok Pain datang tau majlis abang saya." Athirah memandang Fariz.

"Kau invite dia?!" Fariz mengangguk.

"APa masalah kau ni hah?! Kau sengaja invite dia supaya senanglah kau nak putuskan hubungan dengan dia dan dekat dengan aku. Macam tu?"

"Tak! Lagipun tadi dia call aku dan dia risau sangat sebab lama aku tak call dia balik. So, dah dalam line, aku invitelah dia kan? Apa salahnya?"

"Alasan!" Athirah ingin beredar namun tangannya dipegang oleh Fariz.

Mamat ni! Memang nak kena hempuk dengan buah nyok agaknya! Lama tak makan penangan 'nyok' aku! "Lepaslah!" Fariz melepaskan pegangannya.

"Kau suruh mak kau pujuk aku ke supaya kahwin dengan kau?!"

"Apa pulak?! Serius tak! Sumpah!"

"Apa-apalah Fariz. Yang penting aku tak nak kahwin dengan kau!" satu kenyataan yang mendesingkan telinga Fariz.

"Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?! Kau tahu tak anak yang kau kandungkan tu anak aku?!"

"Firstly sebab aku tak nak sakitkan hati kawan aku! Kedua, lagi bagus kalau anak dalam kandungan aku ni tak tahu yang bapak dia perangai macam ni! Suka mainkan perasaan perempuan!" balas Athirah.

"Kenapa kau terlalu baik Athirah? Kenapa kau bukan macam perempuan yang lain?"

"Sebab aku tak suka tengok kawan yang aku sayang terluka and I'm not like the other girls out there cause I'm not like them! Remember that!"

"Sebab tu aku suka kau!" Fariz tersenyum.

"Ingat elok dahlah tu senyum macam tu? Tolonglah...muka macam penyu!" seloroh Athirah.

"Apa?! Kau samakan aku macam penyu?!"

"Memang sama pun! Tapi kau nampak macam tok wan penyu! By the way, esok jangan pulak mulut kau tu gedik nak bukak cerita! Kalau tak, aku akan membenci kau seumur hidup aku! I'm not make a joke and set it in your mind!" Athirah segera beredar.

"Biar betul?!" Fariz hanya menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience