Bab 19

Romantic Comedy Completed 145346

Fariz terjaga dari lenanya. Ditenung jam di handphonenya. Dah pukul 6.50 pagi? Subuh! Dia memandang Athirah di sebelahnya. Masih lena. Kesian Athirah. Mesti penat. Fariz bangun menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

Usai mengambil wuduk, dia menuju ke katil untuk mengejutkan Athirah. "Sayang...sayang...bangun. Dah subuh ni..."

Athirah perlahan-lahan membuka matanya. Terpampang wajah Fariz di ruang matanya. "Dah pukul berapa ni?"

"6.55 dah...cepat bangunpergi ambik wuduk. Kita sembahyang sama-sama ok?" Athirah hanya mengangguk.

Fariz tersenyum. Lembut jugak hati Athirah ni sebenarnya kalau kena caranya. Kalau tak, kerjanya membentak je!

Usai sembahyang subuh, Athirah melipat telekungnya dan diletakkan di penyidai. Dah alang-alang pukul 7.00 pagi, apa salahnya kan kalau dia turun buat sarapan? Not hard.

"Sayang nak pergi mana tu?" pergerakan Athirah terhenti. Dia menoleh.

Apa aku perlu guna saya-awak ka dengan dia? Semalam pun tersasul dah! Lagipun ibu dah pesan kena panggil panggilan yang sopan untuk si suami. Alah...guna jelah panggilan tu! Bukan boleh mati pun kan?

"S...saya nak pergi sediakan breakfast. Awak nak makan apa?" tiba-tiba pulak jadi prihatin Athirah ni.

Alamak aii!!! Awat aku tiba-tiba jadi prihatin ni? Mesti kembang mangkuk dia! Aduh!

Bini aku ni dah lembut ke? Alhamdulillah kalau betul. Fariz tersenyum. "Abang ingat nak makan sandwiches telur dengan mayonis. Boleh?"

Athirah hanya mengangguk. Kemudian dia berkata, "jangan ingat saya dah berlembut dengan awak ok! Saya tanya ni pun sebab tak nak terkantoi dengan bonda nanti kalau saya tak sediakan awak breakfast! So, jangan nak perasan!" Athirah segera beredar menuju ke dapur.

Fariz hanya menggeleng. "Ingatkan dah berlembut. Rupanya masih singa...ok, tarik balik kenyataan lembut tadi."

"SELAMAT pagi Mak iti!" sapa Athirah bersama senyuman.

"Eh Athirah? Awal bangun?" soal Mak Iti.

"Mestilah...nak siapkan breakfast untuk suami!" balas Athirah lalu mencebik. Suami? Akan difikirkan..

"Baguslah tu." Mak Iti sibuk menyiapkan sarapan pagi.

"Apa yang Mak Iti masak tu?" Athirah memanjangkan lehernya untuk melihat apa benda dalam kuali tersebut.

"Mak Iti masak nasi goreng pattaya. Mak engku tadi katanya suruh siapkan nasi goreng pattaya saja..."

"Oh...emm Mak Iti. Boleh tak Thirah nak gunakan barang dapur ni sikit?" pinta Athirah.

"Kamu nak buat apa?"

"Saya nak buat sandwich telur untuk Fariz. Katanya nak makan sandwich telur..."

"Oh...tak apa. Thirah pi duduk dekat meja makan tu. Satgi Mak Iti buatkan ya?"

"Eh? Tak payah susah-susah. Thirah nak buat. Boleh ke tidok nak guna bahan?" pinta Athirah lagi.

"Boleh..."

"Terima kasih Mak Iti!" Athirah menuju ke peti sejuk. Dia mengeluarkan 3 biji telur dan juga mayonis.

Selepas siap menggoreng telur yang sudah dihancurkan, Athirah menuang telur tersebut ke dalam mangkuk lalu mayonis diletakkan. Dia menggaul semua telur dengan mayonis hingga sebati. Roti sandwich dicapai lalu isi telur tersebut diletak di atas roti. Siap! 5 keping sandwich dah terhidang!

Pinggan berisi 5 sandwich tersebut dihidangkan di atas meja. Mak Iti pula sibuk membungkus nasi goreng guna telur. Bau pun dah menyelerakan.

"Mak Iti..."

"Ada apa Thirah?"

"Laparlah...lama lagi ke?" Athirah tersengih.

"Lah budak bertuah ni! Lapar rupanya. Kamu ambik yang Mak Iti dah bungkus dengan telur tu. Letak sos cili kemudian makan. Kesian pulak tengok kamu ni lapar. Mesti yang dalam tu dah meminta kan?" soal Mak Iti sambil menunjukkan perut Athirah.

Athirah mengangguk sambil tersenyum.

"Dah...kamu makanlah dulu."

"Seganlah pulak Mak Iti...inikan rumah orang. Takkan nak makan dulu sebelum tuan rumah kan?"

"Apa yang kamu nak malukan? Mak engku dan Pak engku tukan mak mertua kamu? Tak payahlah nak malu-malu," ujar Mak Iti.

"Betul tu Thirah. Kesian dekat baby dah meminta dalam perut tu. Makanlah dulu. Kesian dekat baby. Kami ni jangan risaulah..." kata Tengku Alisa sambil tersenyum.

"Boleh ka bonda?"

"Apa yang tak bolehnya? Makanlah. Jangan malu-malu. Emm, Fariz mana?"

"Masih dalam bilik. Mandi kut..." balas Athirah sambil tangannya ligat menuangkan sos cili di atas telur nasi goreng pattaya.

"Tak apalah. Mak Iti, dah siap sarapan?"

"Dah...nak hidangkan sekarang ke Engku Puan?"

"Boleh jugak..."

"Kejap ya?" Mak Iti membasuh tangannya. Pinggan berisi nasi goreng pattaya dihidangkan di meja makan.

"Wah! Sedapnya bau!" kata Izzat lalu duduk di meja makan. Sudu sudah dicapai.

"Eh eh?! Tunggu dulu Izzat! Apa ni? Kalau ya pun lapar, sabarlah. Aqilah mana?" tanya Tengku Alisa.

"Aqilah tu..." pandangannya dihalakan ke arah Aqilah yang sedang turun tangga.

"Morning bonda..." sapa Aqilah.

"Morning...makanlah dulu ya? Teman Izzat makan. Kalau dah jumpa makanan, nak serbu terus!" Aqilah tergelak. Kemudian, mengangguk.

"Bonda, roti telur ni sapa punya? Macam sedap ja?" tangannya ingin mencapai sandwich telur tersebut.

"Eh!! Itu aku punya ok! So, don't touch my egg mayo sandwich!" Fariz segera menarik pinggan berisi sandwich tersebut.

"Eleh! Kedekut taik hidung masin bin tawar! Abang nak ambik satu je pun!"

"Not this time! This sandwich my wife make it. Special only for me. Not for you...so if you want too, ask your wife to make it. Right my sister in law?" pandangan Fariz dihalakan kepada kakak iparnya. Aqilah hanya mengangguk.

Fariz buat muka berlagak. Izzat buat muka menyampah. Athirah yang melihat pertengkaran antara abang dan adik tu dari dapur nak tergelak. Meriah sungguh family Fariz ni.

"Mak Iti, mana isteri saya?" Mak Iti menghalakan jari telunjuknya ke arah dapur. Fariz mengangguk. Dia menuju ke dapur.

"Oh...makan dekat sini rupanya. Kenapa tak makan dekat meja besar?" soal Fariz lalu duduk di kerusi berhadapan dengan isterinya. Sandwich dicapai lalu disupkan ke dalam mulutnya. Gorgeous and delicious mak!

"Biarlah...segan pulak nak makan dengan keluarga besar." jawab Athirah lalu suapan terakhir dimakan.

"Apa yang nak segannya? Family saya dah jadi family awak jugak tau..."

"Mak Iti! Ada lagi tak nasi goreng pattaya?"

"Ada! Dalam kuali tu. KAlau nak telur, ambik atas dapur tu jugak!" kata Mak Iti.

"Aikk?? Menambah lagi? Takkan tak cukup lagi?" soal Fariz yang melihat Athirah bangun mencedok nasi goreng dan mencapai satu lagi telur.

Athirah kembali duduk di tempatnya. "tengoklah saya makan untuk siapa lagi? Dalam perut ni pun, nak makan jugak tau! Mana cukup kalau banyak tu je saya makan!"

"Oh...hehehe lupalah pulak!" Fariz ketawa. Dia memerhatikan wajah Athirah.

Wajah Athirah nampak berseri-seri sejak mengandung ni. Wajah dia nampak tembam. Badan pun dah up sikit.

Athirah yang terasa dirinya diperhatikan berhenti suap. Ok, memang Fariz tengah tengok dia. "Awat usya saya macam tu?"

Fariz menggeleng. "Sayang nampak comel sejak mengandung ni. Muka dah tembam. Badan pun up sikit."

Athirah memegang pipinya. Ok, rasalah jugak pipi dia dah naik. Badan? Of courselah dah naik banyak.

"So, then??"

"Geram...! Emmm...abang nak mintak satu benda boleh?" pinta Fariz sambil matanya merenung wajah Athirah.

"N...nak mintak a...apa?"

Fariz menjongketkan keningnya. Matanya meliar seluruh tubuh Athirah. Athirah tak selesa bila mata Fariz menjamah tubuhnya.

"Not that one! Saya kan mengandung!" balas Athirah gelabah.

"Gelabah jugakkan sayang ni? Bukan nak yang 'tu' lah tapi...abang nak sayang suapkan abang nasi goreng tu. Macam sedap je..."

Athirah mendengus. Suka kenakan aku kan? Eiii! Geramnya aku! Sabar jelah!

"Nak ke?"

"Nak..."

Sudu dihalakan ke mulut Fariz. Namun, belum sempat Fariz memakannya, Athirah menyuapkan nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya.

"Oh...kenakan abang erkk??"

"Taklah..."

"Alah...suaplah abang. Teringin nak rasa suapan sayang ni," Fariz buat muka 20 sen.

"Fikir lakulah tu buat muka cekodok tu?" Fariz mengangguk.

Sabar jelah dengan perangai Tengku Fariz Ikram ni. Kalah budak-budak 5 tahun! Sudu dihalakan ke mulut Fariz. Fariz dengan kembangnya memakan nasi goreng tersebut.

"Sedap! Terlebih sedap bila sayang yang suap. Nak lagi??"

"Eh?? Tak ada ok! Kalau nak makan, makan and suap sendiri ok? No excuses!"

"Alah...bolehlah!"

"Nope..."

"Please..."

"Nope...."

"Please...." Fariz melutut di hadapan Athirah semata-mata nak suruh Athirah suapkan nasi goreng.

"Isy! Awak! Bangunlah...janan nak drama sangat tang ni...!"

"Tak nak sehinggalah sayang nak suapkan abang!"

AThirah mendengus. "Oklah! This time je ok? Lepas ni tak akan! Bangun!"

"Yeay! I love you more and moreeeeee!" Fariz buat flying kiss kepada Athirah.

"Eii! Gelilah!"

Dalam hati Athirah, sebenarnya rasa happy apabila Fariz bermanja dengan dia walaupun setiap kali Fariz manja dengan dia, dia selalu terkenangkan Pain. Bagaimana dengan Pain? Ya Allah...tunjukkanlah ku jalan Mu Ya Allah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience