"Pain? Kenapa ni? Makan pun tak nak? Pain sakit ke? soal mama Pain. Pain hanya menggeleng.
Puan Norlia risau memikirkan anaknya. Kenapa ni? Lagak macam putus cinta je? Tapi takkanlah dia putus cinta dengan Fariz?
"Terfikirkan Fariz yer?"
"Yalah mama! Pain call dan SMS langsung tak angkat! Langsung tak reply! Geram betullah!" suara Pain. Mukanya cemberut.
"Dahlah...tak payah nak fikirkan sangat pasai semua tu. Lagipun kita tak tahu manalah tahu Fariz sekarang busy ke apa kan? Manalah tahu dia ada masalah family dia ke? Kita tak tahu..." pujuk Puan Norlia.
"Tapi ma! At least, balaslah mesej walaupun sepatah! Ini tak! Senyap je!"
"Hey...tak baik marah-marah. Lagipun malam ni kita kena bangun makan sahur. Esok dah nak puasa."
"Tak nak puasalah..."
"Hesy! Apa yang cakap macam tu? Mana boleh! Dah, tidur. Esok kena bangun awal. Lagi satu, sebelum tidur, niat puasa dulu!"
"Apa-apalah ma..."
"Ingat tak apa yang mama cakap?"
"Yes mama...."
"Then, sleep!" arah Puan Norlia tegas. Pain yang terpaksa akur hanya menurut. Namun, dalam fikirannya masih terfikirkan tentang Fariz? Kau kenapa ni Fariz? Kenapa senyap? Whatsapp pun tak balas. Wechat tak balas....
ATHIRAH terjaga apabila jam penggeranya berbunyi. Dilihat jam yang tertera di telefonnya. Dah 4.30 pagi. Hari ini first day berpuasa. Athirah menyarung tudung lalu menuju ke dapur.
"Eh Athirah? Bangun dah?" tegur Mak Iti yang sedang menyediakan makanan untuk sahur.
"Emm...Mak Iti masak apa ni? Bau macam sedap je?" tanya Athirah.
"Mak Iti masak ayam kicap dengan sup ayam." balas Mak Iti.
"Nak Thirah tolong?" pelawa Athirah.
"Boleh jugak. Tolong tengokkan sup tu." Athirah menuju ke arah pot berisi sup ayam.
Selesai semuanya, Mak Iti menghidangkan makanan di atas meja. Sekarang dah pukul 5.00 pagi.
"Athirah kejutkan Fariz ya? MAk Iti nak kejutkan mak engku dengan pak engku dengan Izzat dan bini dia ya?" Athirah hanya mengangguk.
Sampai di bilik, Athirah menuju ke arah Fariz yang sedang nyenyak tidur. Isy! Nyenyak betul dia tidur! Tak ingat nak makan soq ka? Ni kalau kat kampung, mampuih aku kena ceqok dengan ayaq kalau sampai teqa ni penyegan nak bangun soq.
"Awak....bangun! Bangun makan s...soq eh sahur!" Fariz masih sedap tidur. Tak berkutik pun lenanya.
Hesy! Aku ceqok dengan ayaq betoi satgi kot baqu tau! Liat nak mampoih!
"Awak! Bangunlah!" Athirah memegang tangan Fariz.
"Awak!!!! Bangun!!! Sahur!!!" jerit Athirah. Fariz terjaga dari lenanya apabila terdengar jeritan dari Athirah.
"APa?!"
"Hoi pak cik! Sahurlah! Mamun kah?"
"Emm...dah pukul berapa ni?"
"5.00 pagi. So, bangun sekarang!" Athirah mencekakkan pinggangnya.
"Turunlah dulu...abang nak basuh muka kejap!" Fariz bangun menuju ke tandas. Athirah menurun ke bawah.
SELEPAS makan sahur, Fariz kembali sambung tidur. Penggemar tidurkan? Huh! Whatever lah...Athirah turut merebahkan badannya di atas katil. Rasa tak larat pulak. Almaklumlah dia kan mengandung?? Mana larat...
Akhirnya dia terlelap. Athirah kembali terjaga apabila terasa ada tangan yang mencuit bahunya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Sengihan Fariz menyinggah ruang pandangannya.
"Awat?"
"Sembahyang subuh. Lepas tu, nak sambung tidur, tidurlah." Athirah mengangguk. Dia pergi ke tandas lalu air sembahyang diambil.
"SAYANG...bangun sayang!" kejut Fariz. Athirah membuka matanya perlahan.
"Ada apa?" soal Athirah. Dia menjeling sekilas jam yang tergantung kemas di dinding. Dah pukul 11.00 pagi.
"Jom bangun. Abang nak bawak sayang ke satu tempat..." kata Fariz.
"Ke mana?"
"Adalah...tapi sebelum tu kena bangun mandi then bersiap."
"Habaq dulu nak ke mana?"
"Somewhere special. You gonna know when you arrived there..."
"Cakap jelah!"
"Nope! Dah, cepat bangun! Then, kita bertolak ok?"
Athirah mendengus. "Oklah..."
p/s: sorry if story ni pendek.... :)
Share this novel