Bab 40

Romantic Comedy Completed 145346

Sudah 30 hari tempoh dia berpantang. Tinggal lagi 12-15 hari lagi tempoh dia berpantang. Maybe. Yang menjaganya sekarang ialah ibu dan bonda. Pakat-pakat mai serbu rumah dia dan Fariz. Anak dia pulak? hmm...fariz, abah dan ayahnda tolong jagakan. Hahaha...buli kejap.

"Ni, hang jangan makan benda tak senonoh. Hang ni bukan boleh kira sangat. Walaupun nanti hang dah habis pantang, hang jangan ingat hang boleh makan dan ikut dan hang ja! Paham?" nasihat Puan Aisyah.

"Yalah ibu..." ibu kalau dah start membebel, tak boleh berhenti dah.

"Kan ibu dah membebel," kata Tengku Alisa pulak.

"Bonda, kalau bonda nak tahu ibu ni memang suka membebel. Dulu masa kak long dalam pantang pun, ibu bebel je kerjanya!" Athirah mengenakan ibunya.

"Hesy budak ni! Dia kenakan kita balik!" Puan Aisyah menampar lembut tangan anaknya.

"Ni, ibu nak habaq kat hang. Esok, ibu dah nak balik memandangkan mak su hang bersalin hari ni. Esok ibu dan abah ingatkan nak pi tengok mak su hanglah."

"Hah? Mak Su dah bersalin? Cepatnya!" kata Athirah.

"Tulah! Katanya 2 minggu lagi tempohnya tapi nak buat macam mana kan?"

"Emm...tak apalah ibu. Ni, kirim salam sama tau kat depa. Rindu pulak nak main dengan anak mak su..."

"Baiklah. Alisa, pantau anak bertuah saya ni ya? Dia ni bukan boleh diharap sangat! Pantang leka sikit, dia melenconglah makanan dia tu!" pesan Puan Aisyah. Athirah hanya tersengih.

"Yalah Aisyah. Jangan risaulah. Saya akan jaga anak bertuah Aisyah ni. Kalau dia lencong je..." Tengku Alisa hanya memerhati gelagat Athirah.

"Terima kasihlah Alisa."

"Tak ada apalah Aisyah....Athirah ni pun saya dah anggap macam anak saya sendiri."

"Oklah...saya keluar dulu ya? Nak packing barang-barang..." kata Puan Aisyah lalu segera beredar.

"Thirah, bonda keluar dulu ya?" Athirah hanya mengangguk.

Selepas bonda keluar, Fariz pula masuk dengan Aryan. Athirah tersenyum. Athirah menggendong bayi tersebut.

"Tadi bukannya dia menangis ke?" tanya Athirah sedikit pelik.

"Memanglah...tapi lepas abang baca ayat Kursi dengan baca sikit surah-surah, dia lenalah. Terer tak?" Fariz menjongketkan keningnya berkali-kali.

Athirah ketawa. Lawak bila suaminya buat gaya macam tu. Nampak comel. "Terer lah sangat! Tapi boleh tahanlah! Good father..."

"Sayang..." Fariz menggunakan suara gediknya.

"Hah?! Nak apa? Adalah tu yang dia nak kalau buat suara macam tu..."

"Nak..."

"Hah?! Tu tak boleh.."

"Kenapa?" Fariz buat muka sedih. Pikiaq laku? Sorry...tak layan!

"Hello Encik Fariz Ikram! Saya masih dalam pantang ok! No any ehem ok..dulu kata boleh tunggu? Kenapa sekarang tak boleh?" Athirah mengusap pipi suaminya. Fariz menggenggam jemari Athirah erat.

"Abang saja je testing sayang. Abang tahulah...abang akan tunggu sampai sayang ready balik. Abang tak akan paksa sayang. Ada satu ni pun dah cukup bagi abang."

"Bagus! Jenis yang memahami..."

"ITULAH...aku ingatkan nak buat surprise dekat husband aku. Amacam? Join sekaki dengan aku boleh Pain? Ajak Amir dan Mina sekali. Aku dah ada plan aku. Aku berpakat dengan Pol dan Adam sekali. Mesti dia jeles tahap meroyan kan?" Athirah ketawa di talian.

Pintu berkeriut tanda ada orang buka pintu. Fariz masuk. "Eh! Nanti aku call korang balik! Dia masuk bilik! Bye!" talian diputuskan.

"Eh? Dah balik? Macam mana study? Ok?" Athirah berdiri di hadapan Fariz lalu tangan itu dicium penuh hormat. Sebagai balasan, dahinya dikucup.

"Boleh tahanlah. Banyak assignment. Tapi, alhamdulillah...semuanya dapat disiapkan. Abang nak tidur kejap ok?" Athirah mengangguk. Kesian pulak tengok Fariz yang keletihan.

Fariz segera membaringkan badannya di atas katil. Penat dan rasa nagntuknya tak dapat ditahan lalu matanya dipejamkan. Tak sampai 5 minit, dia sudah lena. Athirah menukar baju Fariz. Kesian suami aku. Letih...

Ok! Plan disambung semula! Dia mencapai telefonnya lalu nombor Pol dihubungi. 1, 2, 3 saat...panggilannya dijawab.

"Hello Pol...can we talk?" pinta Athirah. Dia keluar dari bilik lalu duduk di ruang tamu.

"Apa yang hang nak bincang dengan aku?" tanya Pol di talian.

"Aku nak hang berlakon jadi pakwe aku, amacam?" usul Athirah.

"Hah?! Hang dah gila ka apa?" terkejut Pol di talian. Hesy! Minah ni wayar dia sangkut ka apa?

"Isy! Boleh ke tak?"

"Hang kan dah kahwin! Apa muslihat hang ni Thirah?? Aku takutlah..."

"Hesy! Jangan takutlah! Ini sempena surprise untuk suami aku. Alah...macam kita ada hubungan dalam diam. Amacam? Boleh? Tolonglah..."

"Suruhlah Adam!"

"Adam suami aku dah tahu dah yang aku ni hanya kawan dan Adam pun dah mengaku siap janji lagi tak ada perasaan dekat aku. Kalau aku ambik Adam, sah-sahlah Adam kena rimbuk! Alah...please lah..."

"Oklah...tapi hanya berlakon kan? Bukan real kan?"

"Ya! Jangan takutlah! Kira set lah ni kan?"

"Ya...kali ni ja! Nanti, aku tak nak dah ok?"

"Ok! Sayang hang Pol! Muah! Bye!"

"Eiii! Geli aku! Bye!" Athirah mematikan talian. Yes! Plan is going to begin. Husband...wait for my surprise!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience