Kedinginan penghawa dingin menyebabkan Fariz mengerekot. Tidur semuanya tak kena posisi sebab sejuk. Aduh! Macam mana aku nak tidur ni? Dahlah sejuk! Berapalah temperature air cond ni?
Mak aii! 16 d/c?? Cekik tulang aku! Patutlah sejuk sangat! Hesy! Kalau nak perlahankan, takut Athirah tak boleh tidur pulak nanti. Tak apalah...tahan jelah!
Namun, kesejukan lebih menguasai. Akibatnya, Fariz memeluk tubuh Athirah dan kakinya diselitkan pada kaki Athirah.
ATHIRAH mengeliat. Wooo...kejap! Awat aku rasa macam ada benda yang sedang peluk aku? Macam tangan??.. tapi tangan mana pulak? Dekat kaki aku pun rasa lain macam...
Athirah menarik selimut. MAkkkkkk!!!! Apa ni? Eiiii!!!! Kenapa dia peluk aku?! Masya-Allah!!!
"Fariz!! Fariz!!! Bangun! Kenapa peluk saya ni?"
"Sejuk..." balas Fariz.
"Sejuk? Lah...kenapa tak turunkan suhu?"
"Takut awak tak boleh tidur..."
"Isy! Dah! Lepaskan saya! Lain kali, kalau dah sejuk tu turunkan jelah suhu." Athirah menurunkan suhu air cond.
"Ok..." Fariz sambung tidur kembali.
Athirah menyanggul rambutnya lalu keluar. Dari dalam bilik lagi dah bau benda yang sedap. Apalah yang ibu masak pagi-pagi ni?
"Masak apa tu?"
"Allah mak bertuah! Hesy budak ni! Suka sungguh buat orang terkejut!" Puan Aisyah mengurut dadanya. Terkejut.
"Ini ibu masak ayam dulu...nanti petang tak daklah susah nak kena goreng pulak nanti..."
"Ohhhh...."
"Awat? Hang lapaq ka?"
"Daklah ibu...saja je tanya..."
"Laki hang tak bangun lagi?"
"Dak lagi ibu...biarlah dia tidur. Kesian semalam tak dapat nak tidur sangat sebab sejuk..."
"Hang bukak berapa suhu tu?"
"16..."
"16?? Tu dia! Patut laki hang tak boleh tidoq? Cekik darah!!"
"Buat macam mana ibu? Dah panas...bukaklah sampai 16..."
"Kalau ya pun, pikiaq laki hang sama..."
"Ingatkan orang kaya boleh tahan sejuk! Yalah, rumah depa ni setiap sudut mesti ada air cond punya!"
"Tak semua orang tahan Thirah!" tegur Puan Aisyah.
"Yalah ibu..."
FARAHIN membeli barang keperluannya di mall. Sudah nak dekat sebulan dia tak jumpa Fariz. Rasa rindu pulak dekat Fariz. Agaknya Fariz sedang buat apa sekarang ni hah??
Tiba-tiba tubuhnya dilanggar. Jatuh terduduk dibuatnya. Sapalah yang tak bertamadun ni? Sesedap rasa Babas dia ja nak langgar aku!
"Woii!" jerit Farahin.
"Sorry...saya tak sengaja. Awak ok?" tanya gerangan itu.
"Ok apanya!" Farahin bangun lalu melihat wajah yang melanggarnya itu.
"Amir?!"
"Pain?!" sebut mereka berdua serentak.
"Ya Allah! Hang buat apa dekat sini Amir?"
"Aku sambung study...hang pulak?" tanya Amir pula.
"Aku pun sama...hang belajar dekat mana?"
"KLMU...hang?"
"Aku MSU..."
"Ok...weyh aku chau dululah...parents aku tunggu aku dekat dalam. Nanti kita chat lain ok?"
"Ok..."
Alangkah baginya kalau orang yang aku langgar tadi ialah Fariz. Fariz? Hang dekat mana? Saya rindukan awak...
Aku cuba call dialah...mana tahu dia angkat kan??
TIDUR Fariz terganggu apabila telefonnya berdering. Mangkuk mana pulak kacau aku pagi-pagi ni?! Sibuk bin kacau betullah!
Dia melihat nama yang tertera di skrin. Farahin? Talian direject. Kemudian, dia sambung tidur kembali.
Beberapa saat kemudian pula, telefonnya berbunyi lagi. Fariz mendengus! Apalah yang dia nak pagi-pagi ni?
"Hello!"
"Hello...kenapa suara marah-marah ni? Awak ok?"
"Ok! Kenapa call ni?"
"Saja nak tanya khabar. Awak sihat?"
"Emm...sihat. Oklah...I've to go. Bye!" talian dimatikan. Kejam kan? Tapi, ada aku kisah?
WHAT??! Dia matikan talian macam tu je?! What the cruel? Kenapa dengan Fariz sebenarnya? Suara pun marah-marah! Dia ada masalah ke?
Apa salah aku dekat Fariz? Kenapa dia dingin dengan aku? Apa jangan-jangan dia ada perempuan lain? Sebab tu dia layan aku macam ni! No! Ini tak boleh jadi!
Pain, Pain...andainya kalau kau tahu yang perempuan tu adalah Athirah, kawan baik hang sendiri macam mana? Apa kau boleh terima?
Farahin mendail nombor MIna. Beberapa saat kemudian, panggilannya dijawab.
"Mina..."
TELEFON Athirah berbunyi. Athirah mencapai lalu melihat gerangan si pemanggil. MIna? Apa mimpi dia nak call aku pagi-pagi ni?
"Hello Mina...ada apa?"
"Thirah...hang tau tak tadi Pain call aku dan dia syak yang Fariz ada orang lain sekarang ni!"
"Hah?! Habis tu hang cakap apa?"
"Aku cakaplah tak mungkin kot..."
"Habis? Dia kata apa?"
"Dia tetap tak percaya dan dia sekarang tengah cari bukti..."
"What the??! Mina...hang bolehkan cover aku??"
"Aku ok je...tapi aku takut dia akan dapat tahu jugak nanti. Better baik hang cakap terus..."
"Aku tak nak Mina! Aku takut kehilangan kawan aku!"
"Habis tu, aku ni bukan kawan hang?"
"Hang kawan aku jugak tapi aku tak naklah kehilangan kawan aku yang satu lagi...macam mana Mina?"
"Semuanya ada dekat tangan hang. Aku setakat cover aku boleh. Tapi,..pasal lain itu semua atas keputusan hang dengan Fariz."
"Oklah...thanks MIna. Kalau ada apa-apa lagi, call aku terus tau!"
"Ok...bye..."
"Bye..." talian diputuskan.
Macam mana ni? Macam mana kalau Pain tahu? Aku tak nak Pain membenci aku seumur hidup dia? Arghh! Serabutnya! Macam mana kalau Pain dapat tahu.
Share this novel