Farahin diminta untuk balik sekarang. Pelik pulak dengan sikap auntie nya. Kenapa pulak? Selalunya kalau aku keluar, tak ada pulak dia nak suruh aku balik awal segala. Ada apa hah?! Hesy auntie ni. Pelik betoi!
"Emm...Amir. Aku kena balik dululah Amir. Auntie aku suruh balik sekarang."
"Ya? Emm...tak apalah. Kalau macam tu awak baliklah dulu. Manalah tahukan auntie awak ada hal ke apa ke?"
"Emm...oklah. Saya balik dulu erkk? Ada apa-apa, call saya tau!"
"Ok, bye!"
"Bye!"
"AUNTIE! Auntie! I'm back!" panggil Farahin. Pintu rumah ditutup rapat.
"Here you are! Okay Farahin, you have guests. So, take a look ya?"
"Guests? My guests? Who?" tanya Farahin pelik. Mama dan papa ke? Emm...takk mungkin!
"Just go and see by yourself okay?" Auntie Soo meninggalkan Farahin sendirian.
Farahin menuju ke ruang tamu. Agaknya sapa hah tetamu aku tu? Hah???!
"A...Athirah?" pandangan Farahin kaku apabila ternampak kelibat Athirah di ruang tamu.
"Ya...aku Pain..." Athirah menghampiri Farahin.
"Aku mimpi kan?" Farahin menampar pipinya. Sakit!
"Hang tak mimpi Pain..." Athirah memegang pipi Farahin.
"Thirah..." Farahin memeluk tubuh Athirah lalu menangis.
Sebak Farahin melihat Athirah. YA Allah! Kenapa dulu aku sanggup menghina dia sedangkan dia tak bersalah langsung dalam hal ni!
"Dahlah...awat nak nangis segala ni?" Athirah merungkaikan pelukan.
"Aku nak mintak maaf dekat hang sebab aku sanggup hina hang semata-mata kerana Fariz. Aku mintak maaf Thirah..." pinta Farahin.
"Dahlah Pain. Aku tak salahkan hang pun Pain. Maybe kalau aku jadi hang aku akan buat benda yang sama."
"Awat hang baik sangat? Dari dulu lagi sejak zaman sekolah menengah lagi? Orang kutuk hang pun hang tak balas balik. Awat hah??"
"Maybe aku ni memang sejenis yang baik kot? Well...sifat pemaaf tu adalah sifat yang paling disukai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Kalau Allah dan Rasulullah boleh maafkan kesalahan umatnya, kenapa kita tak boleh maafkan kesalahan orang lain?" Athirah memberi sedikit tazkirah.
"Hahaha...hang ni memang kawan baik aku. Tapikan, awat dulu hang tak dapat maafkan Fariz?"
"Hmmm...itu lain ceritalah! It's under control okay..."
"Hehehe...aku fahamlah! Well, macam mana dengan baby hang? Ok?"
"Alhamdulillah...okay."
"Fariz care hang tak? Kalau tak...!"
"Dia care lah. Jangan risau ok?"
"Hang macam mana dengan Fariz?"
"Dah ok. No more marah-marah!" mereka berdua ketawa.
"Kejap erkk?? Ni, Fariz ada something nak cakap dengan hang. Kejap tau!" Athirah ingin berlalu tapi dihalang oleh Farahin.
"Fariz pun datang sini ke?" Athirah mengangguk.
"Alah..."
"Dah. Jangan takut. Dia ada nak cakap seperkara dengan hang." Athirah berlalu memanggil Fariz.
Kini, Fariz sudah ada depan mata Farahin. Masing-masing tiada apa untuk dicakap. Membisu.
"Ehem! Emm...how are you?" Fariz memulakan bicaranya.
"Fine! Thank you and how are you?" soal Farahin pula.
"Good and I have something to talk with you, can I?" pinta Fariz sambil merenung Farahin dengan pandangan berharap.
"Okay. Go on..." Fariz menghembuskan nafas berat.
"I just want to say emm...saya nak mintak maaf dengan apa yang saya buat kepada awak selama ni. Saya betul-betul mintak maaf atas apa perbuatan saya yang buatkan awak sakit hati atau terasa dengan saya. Maafkan saya kalau dulu saya tak terangkan semuanya. Saya buat semuanya sebab..."
Farahin memotong. "Sebab Athirah suruhkan? Saya tahu. Athirah ni jenis yang tak suka sakitkan hati orang. Dia sanggup menyakitkan hatinya sendiri dari kawan dia sakit hati..."
"Ya...dan saya tak sangka saya akan sakiti kawan awak sendiri dan menyebabkan awak dengan kawan awak bergaduh."
"Tak apalah. It's all about past. Sekarang, kita mulakan hidup baru ya? Saya tak nak ingat perkara lama lagi. Kita akan menjadi kawan ok?"
"Okay...deal!" Fariz dan Farahin tersenyum.
"So, kira dah berbaiklah ni?" soal Athirah yang sedang menuju ke arah mereka.
"Ya!" balas Farahin.
"Ok...tapikan aku ada nak tanya hang sikit. Boleh?" pinta Athirah sambil keningnya dijongketkan.
"Apa dia?"
"Apa hubungan hang dengan Amir?" tanya Athirah sambil menunjukkan gambar yang diupdate masuk ke dalam Instagram Pain.
"Err...alah hang ni. Macamlah hang tak tau yang akukan gila selfie. Kalau setakat dengan Amir, tak menjejaskan apa-apa pun kan?" Farahin menutup kebohongan.
"Ya ka selepas hang tulis caption with my love?"
Muka Farahin memerah. "Alah...memang semua caption aku buat macam tu kot?"
"Ya ka? Yang dulu hang wefie dengan Fariz ni, tak ada pulak hang tulis caption macam tu. Hang hanya tulis with my bf. Tak dak pulak love apa tu."
Muka Farahin bertambah memerah. Malu! Dah kantoi!
"Hah? Kenapa muka hang merah? Betullah kan hang ada hubungan dengan Amir?" kata Athirah.
"Dengan hang ni memang tak boleh nak simpan rahsia sikit kan?" bentak Farahin. Geram bila rahsia dia terbongkar jugak.
"Hehehe...well you know me right?" Athirah mengangkatkan keningnya.
"Ooo...diam-diam berisi lah ni?" sakat Fariz pula.
"Itulah..." sokong Athirah.
"Amboi laki bini ni! Mentang-mentang dah berbaik, sepakat erkk nak kenakan aku?"
"Bukan selalu...." kata Fariz.
"By the way, memandangkan korang dah datang Singapore ni, apa kata kita pi Universal Studio? Nak?" tawar Farahin.
"Tak naklah...aku tak larat Pain. Aku kan mengandung ni? Kandungan aku ni pun dah masuk 5 bulan. Aku tak laratlah. Lenguh kaki aku..." Athirah menolak. Serius dia tak larat.
"Alah...tak boleh ke? Just a roller coaster maybe?"
"Tak boleh Pain..."
"Oklah...kalau macam tu aku pi dengan Amir jelah."
"Pi pi jugak tapi don't be naughty ok!" pesan Athirah.
"Eleh! Aku tahulah!" Farahin mencebik.
"Awak nak pi? Kalau nak pi, pilah. Saya tinggal je dekat rumah auntie ni. Saya ok je." Athirah bertanya pada Fariz pula. Manalah tahukan Fariz teringin nak pi ke?
"Tak apalah. Abang jaga sayang dekat rumah je. Risau pulak..."
"Amboi! Abang-sayang nampak?" usik Farahin.
"Hey! Awak tak tahulah hal suami isteri ni!" kata Fariz.
"Oklah...aku nak masuk bilik dulu. Letih. Nak tidur..." pinta Athirah. Fariz memimpin Athirah masuk sampai ke dalam bilik.
Share this novel