"Apahal hang happy sangat Thirah?" soal Adam apabila awal-awal pagi lagi Athirah telefon dia ajak travel satu KL.
"Awat hang tanya lagutu? Tak boleh ka aku ajak hang keluaq? Ka hang memang malaih nak keluaq dengan aku?" soal Athirah kembali.
"Bukan macam tu. Cuma aku pelik hang tiba-tiba nak keluaq. Selama ni hang kalau aku ajak keluaq, hang bukan main tak mau!" balas Adam.
"Itu dulu. Sekaqang lain. Hang tak tau! Aku tengah happy..." Athirah tersenyum kembali.
Apahai dengan kawan aku soqang ni? Demam kepialu ka apa? Hesy! Apa hang ni Adam? Kata lagutu? Tak baik!
"Boleh aku tau pasaipa hang tiba-tiba happy?"
"Hang tau punyalah!"
"Aku tau?" Adam mengerutkan dahinya. Apa dia hah??! Wait...apa pasai....
"Pasai Fariz tak dak?" teka Adam. Athirah mengangguk.
Aku dah agak dah! Kalau tak, dia tak senang aih nak keluaq macam ni. Thirah...kesian aku tengok nasib hang macam ni. Dulu hang ceria sekarang tak lagi. Semuanya angkara Fariz.
"Hang tak takut ka kalau Fariz nampak kita berdua kat sini?" tanya Adam. Matanya melilau mencari kelibat Fariz. Konon-kononnyalah.
"Hang ni! Suka buat aku takutkan?! Tapi kalau dia mai seqang ka apa ka, at least hang boleh tolong aku kan??"
"Tak! Aku cabut dulu!" seloroh Adam.
"Alah hang ni! Tak naklah kawan dengan hang!" Athirah buat-buat merajuk.
"Aku acah sikit ja pun! Hang ni tak yahlah nak merajuk segala!"
"Aku tak merajuklah! Well, hang tau tak yang Fariz pi Manchester selama lima bulan! Aku pon tak tau pasaipa!" ujar Athirah.
Nak larikan diri dari bertanggungjawablah tu bila aku dah mengandung nanti! Dasar lelaki kurang ajaq! Hang balik, aku siat hang cukup-cukup!
"Awat pulak hang ni tiba-tiba senyap?" tanya Adam apabila dia sedar Athirah hanya senyapkan diri selepas menutur nama Fariz.
"Tak ada apalah. Aku nak senyap pun tak boleh!"
"Bukan tak boleh tapi pelik!"
"Whatever!"
FARIZ memerhatikan gambar Athirah. Rindunya pada Athirah makin menggunung. Apa khabar Athirah sekarang ni? Sihat ke tak dia sekarang? Ya Allah...lindungilah dia dan berilah kesihatan yang sihat kepadanya.
Segala perbuatan aku confirm Athirah tak dapat maafkan. Yalah, siapa yang boleh maafkan gerangan yang dah mengambil maruah dia sesuka hati kan?
Memang segala perbuatan aku tu dipanggil bodoh dan gila! Tapi, aku serius aku jeles bila nampak dia dan Pol dah lebih 10 kali. Aku ada aura yang mengatakan Pol sukakan Athirah. Kalau betul Pol sukakan Thirah, aku tak boleh terima! Athirah hanya milik aku sorang sekarang ni!
"Hai...termenung apa tu? Siap tengok gambar Athirah pulak tu!" soal Tengku Alisa.
"Eh bonda! Tak ada apalah. Gambar Athirah? Hmm...I miss her," jujur Fariz. Well, banyak yang kata lelaki EGO untuk luahkan perasaan dia tetapi bukan dia.
"Kalau rindukan Athirah, apa kata Fariz balik ke Malaysia? Jumpa dia dan have a talk with her."
"Tak payah! Kalau dia balik sana, entah apa yang dia buat lagi dekat sana tu!" tegah Tengku Farid.
"Abang...biarlah dia balik Malaysia. Lagipun kesian dekat dia rindukan si Athirah..."
"Biarlah! Biar dia tahu apa yang dia buat tu salah! Nak kata tak cukup didikan agama, lebih dari cukup! Entahlah!" Tengku Farid berlalu masuk ke dalam bilik.
"Sabarlah Fariz. Lama-lama hati ayahnda lembutlah tu. Apa yang Fariz perlu buat ialah sentiasa sabar..." pesan Tengku Alisa.
"Nak sabar macam mana bonda kalau ayahnda selalu katakan Fariz? Langsung tak nak dengar penjelasan Fariz?"
"Fariz, dalam dunia ni Allah turunkan ujian kepada orang yang Dia sayang. So whether Fariz memang sengaja atau tak sengaja 'buat' dekat Athirah, mesti ada hikmahnya. Percayalah cakap bonda." pujuk Tengku Alisa.
"Apa-apalah bonda. Well, abang macam mana?"
"Insya-Allah...abang akan sembuh kembali. Cuma apa yang perlu kita buat ialah sentiasa berdoa agar abang sembuh..." Fariz mengangguk.
TELEFON bimbit Athirah berbunyi. Farahin? Apa mimpi Pain call aku. Dia menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..Thirah! Rindu hang sayang!"
"Erkk?? Eii! Nak termuntah dengaq hang panggil aku sayang! Aku bukan lesbiana(lesbian...cover ok) ok!"
"Aku pun bukan lesbiana. Well, hang macam mana la? Dah kahwin?"
"Agak-agaklah kalau nak buat lawak! Jangan sampai babit aku dah kahwin ka belum!" sapa yang nakkan aku Pain? Aku dah tak ada apa-apa.
"Weyh...hang tau Fariz pi mana? Sebab aku call dia selalu masuk operator..."
Awat Pain tak tau Fariz pi Manchester? "Hang tak cuba tengok kat Wechat?"
"Dia hide moments dia dari aku..."
Hide moments? Apa dia tak nak Pain tau yang dia pi Manchester? Tapi, pasaipa?
"Pulak? Aku pun tak tau apa-apa..." bohong Athirah. Takkan dia nak cakap yang dia tau pulak kan? Mesti Pain syak something nanti.
"Tak apalah...well, bila aku boleh jumpa hang? Mina dengan aku teringin nak jumpa hang..."
"Emm...boleh! Bila-bila ja. Dekat rumah kak aku ka. Ataupun hang mai ja dekat Fella Boutique and Studio. Aku kerja dekat sana."
"Oh ya? Boleh sangat! Hang kerja tak hari ni?"
"Tak...esok aku kerja."
"Hang kerja sebagai apa?"
"Wedding planner..."
"Amboi! Bukan main! Oklah, jumpa esok! Bye! Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam..." talian diputuskan. AThirah mengeluh.
"Awat? Sapa call?"
"Pain...dia nak jumpa aku esok dekat butik dengan Mina sekali. Huh..."
"Takkan hang nak habaq pasai tu kot?"
"Memang taklah! Aku takut kalau aku habaq pasai tu, Fariz dan Pain akan putus. Aku tak nak jadi perosak hubungan orang. Aku tak nak Pain anggap aku ni perampas!"
"Kalau aku habaq dekat Pain, lagi senaglah Fariz nak terkam aku! Itulah sebab aku tak nak cakap pasai ni dekat Pain sebab aku takut Pain mintak putus dan Fariz dengan senang mai kaut aku macam tu ja!" ujar Athirah panjang. Dia meraup mukanya.
"Ok, aku faham..." Adam memerhatikan Athirah. Ya Allah...berikanlah Athirah kekuatan untuk menempuh segala cabaranMu.
"Adam...aku takut..."
"Pasaipa hang nak takut pulak?"
"Aku takut kalau Fariz balik Malaysia dan bukak mulut..."
"Insya-Allah...perkara tu takkan berlaku. Apa pun yang terjadi, aku mesti sokong hang dari belakang!" jujur Adam. Athirah lah kawan dia yang paling havoc. Tak mungkinlah dia akan biarkan Athirah bersedih!
Share this novel