Bab 7

Romantic Comedy Completed 145346

Athirah tersedar apabila telefon bimbitnya berdering. Athirah mencapai beg tangannya. Panggilan dari kak long? Ada apa kak long ni? Tak boleh panggil aku dekat bilik je ka? Nak call berbagai?

"Assalamualaikum kak long!"

"Waalaikumussalam! Thirah! Hang dekat mana?"

"Dalam biliklah..."

"Bilik mana? Long tengok hang tak dak pun dalah bilik!" Athirah sudah menelan liurnya. Diperhatikan bilik yang didudukinya. Ini bukan bilik aku! Namun, dia terasa ada kelainan pada dirinya.

"Kak long, Thirah off kejap! Nanti Thirah call balik!" talian diputuskan dan telefon dimatikan. Dia perhatikan dirinya.

Ya Allah! Apa dah jadi dengan diri aku?! Kenapa aku hanya berselimut tanpa sebarang pakaian? Dia perhati ke bawah. Ampun! Siapa yang buat aku macam ni?! Dia menoleh. Fariz?! A...apa yang dah jadi ni? Kenapa aku boleh ada dengan Fariz?? Apa semua ni? Jangan-jangan...Athirah cuba turun dari katil namun 'sakit' menguasai segalanya.

Ya Allah! Jangan kata yang aku dah hilang semuanya??! Fariz?!!? Athirah memakai kembali pakaiannya. Perlahan dia bangun dari katil dan mencapai bantal dan menghampiri katil. Akalnya menjadi tak waras.

Belum sempat bantal tersebut singgah di muka Fariz, Fariz terlebih dahulu menghalang. Tangannya digenggam.

"Lepaslah!!!" ronta Athirah. Gaya macam kena rasuk.

"Apa kau cuba buat dekat aku?! Kau nak bunuh aku?!" bentak Fariz.

"Kau ni memang patut kena bunuh pun sebab kau ni durjana! Hati busuk! Apa salah aku dekat kau hah sampai kau buat macam ni dekat aku?!" Athirah menolak tubuh Fariz.

"Aku tak buat apa salah pun dekat kau! Apa masalah kau dengan aku hah?! Aku benci kau Fariz!!!"

Fariz tersedar perbuatannya semalam. Dia dah ambil segalanya dari Athirah. Rakus dia semalam memperlakukan tubuh Athirah macam binatang. YA Allah! Apa aku dah buat?!

"Aku mintak maaf Athirah. Aku...aku bukan sengaja. Aku...aku cemburu tengok kau dengan lelaki tu..."

"Aku benci kau Tengku Fariz Ikram! Aku benci kau! Kau buat hidup aku hancur!" balas Athirah.

"Athirah..."

"Dahlah! Kau tak boleh dapat tubuh Farahin, kau ambik aku jadi mangsa??!!! Kau ni memang hipokrit!!!!" Athirah menangis. Fariz bangun memeluk tubuh Athirah. Rambut Athirah diusapnya perlahan.

"Lepaslah! Aku jijik dengan lelaki macam kau ni sentuh aku!!!" kata Athirah keras. Namun, apa dayanya kudrat dia dengan Fariz??

"Kita kahwin??"

"Lepaslah!!!! Aku tak nak kahwin dengan lelaki penuh nafsu macam kau ni!!!" dengan sepenuh tenaga yang ada, dia menolak Fariz. Tubuh Fariz terdorong ke belakang.

Athirah pantas mengambil tudungnya lalu disarungkan di kepala. Nasib baik dia pakai tudung Ariani. Telefon bimbit dan beg tangannya dicapai. Namun, belum sempat dia memulas tombol pintu bilik hotel, lengannya direntap dari belakang. Terpusing tubuhnya menghadap tubuh Fariz.

"Athirah! Listen to me! Kita akan kahwin! Kau tahu tak? Aku sukakan since kita jumpa dekat Songkhla!"

"What the hell of story??! Apa makna hubungan kau dengan Farahin?! Kau dah khianat dia!!"

"Memang aku ikhlas jalinan hubungan dengan Farahin tapi bila aku nampak kau, aku tahu kau ada sesuatu yang buat aku tertarik dengan kau..."

"Nafsu?!! Get lost of me!!! Lepaslah!! Tak cukup ke apa yang kau dah buat dekat aku sampai sekarang kau nak dera aku?!"

"Sakitlah!!!" Fariz melepaskan cengkamannya.

"Minggu depan family aku akan hantar rombongan. Make sure kau ada!"

Athirah menikam anak mata Fariz. "Aku tak nak kahwin dengan kau!!! Faham tak??! Kau main jauh-jauh dari hidup aku dan jalinkan hubungan seperti biasa dengan Pain! Got it?!"

"No! Aku akan putuskan hubungan aku dengan Pain!"

"Apa masalah kau sebenarnya hah?! Kalau kau putus hubungan dengan Pain, aku akan benci kau seumur hidup aku!" Athirah mengugut Fariz.

"Fine! Tapi, kita kahwin??" Fariz memegang jemari Athirah.

Athirah merentap tangannya dari pegangan Fariz. Rasa jijik dengan Fariz makin banyak. "Aku tak nak kahwin dengan kau! Titik! Kalau tak, aku akan cakap dengan Farahin siapa diri kau ni sebenarnya!"

"Cakaplah! Itu lagi senang cara aku nak ambik kau!" Athirah senyap. Apa salah aku dekat kau Fariz? Kenapa kau buat aku macam ni?!

Athirah ingin keluar namun dengan pantas tangan Fariz menahan. "Kau nak apa lagi?!"

"Please temankan aku sekali lagi..."

Ringan sahaja tangan Athirah nak tampar muka Fariz. Namun, ditahan. Ingat aku ni pelacur? Kalau pelacur bolehlah teman kau buat 'tu' sekali lagi! "Tepilah tangan kau! Kalau tak, aku report polis tentang perbuatan kau!" serta merta tangan Fariz turun dari menghalangnya membuka pintu.

Athirah keluar dengan deraian air mata. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana dia rasa. Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu nombor kak long didail.

"Assalamualaikum kak long. Kak long...boleh tak ambik Thirah dekat Hilton Hotel?"

"Nantilah Thirah cerita...bye...assalamualaikum!" talian diputuskan.

Beberapa minit kemudian, kereta Honda Civic kakaknya tiba di hadapannya. Athirah mengelapkan air matanya. Kak Long keluar dari kereta.

"Hang awat ni Thirah? Awat nangis ni?" Kak long memeluk adiknya.

"Kak long...Thirah dah tak ada segalanya! Thirah kotor!!!" Athirah menangis. Suatu kenyataan yang berat baginya untuk menempuh.

"Hah?! Hang jangan main-main!!" kak long merungkaikan pelukannya. Dia memandang Athirah. "Hang serius ka ni?"

"betul kak long..."

"Dah..jom masuk dalam kereta..."

Dalam kereta, Athirah menunjukkan kesan cumbuan Fariz kepadanya. Bulat mata kak long melihatnya.

"Ya Allah! Awat semua ni jadi macam ni? Macam mana boleh jadi? Cuba hang ceqita??"

"Masa kak long hantar Thirah sampai shopping mall, baru ja nak masuk muka Thirah dah dikatup dari belakang...sedar-sedar Thirah ada dekat hotel dengan lelaki..."

"Astaghfirullahalazim!! Sapalah yang buat hang macam ni??"

"Hari ni hari first hang kerja kan?" Athirah mengangguk.

"Hang ambik cuti dulu..." Athirah menggeleng.

"Tak palah kak long. Lepas habis mandi apa, kak long hantar Thirah pi kerja ok? Lagipun kesian bos dia tak cukup orang untuk handle planner majlis tu..."

"Betoi ka hang tak apa-apa ni?" Athirah hanya mengangguk.

Kak long meneruskan pemanduannya. Ya Allah! Kau tabahkanlah hati adikku ini...

YA ALLAH! Apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku bertindak melulu? Kenapa aku jadi sekejam macam ni? Ya Allah! Tak terlintas di fikiran aku nak rosakkan anak dara orang! Astaghfirullahalazim! Apa yang aku dah lakukan??! Bodohnya kau ni Fariz!

Macam mana kalau Athirah terus membenci kau seumur hidupnya?! Ya Allah! Fariz mencengkam rambutnya. Tak kira apa yang terjadi, kau kena bertanggungjawab! Ya! Bertanggungjawab!!!

"Athirah! Aku janji aku akan bertanggungjawab dan kahwin dengan kau..." tekad Fariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience