Bab 6

Romantic Comedy Completed 145346

Setahun kemudian...

Selepas mendapat keputusan SPM, Athirah terus ikut kakaknya balik KL. Itupun dengan paksaan ibu dan abahnya. Sebabnya ialah katanya di KL dia akan lebih maju. Maju? Maju dari segi apa? Fashion? Memang taklah!

"Hang kena sambung belajarlah Thirah. Kalau tak, hang nak berjaya dan maju masa hadapan macam mana?"

"Tak naklah kak long! Kos belanja mesti banyak!" bangkang Athirah.

"Tak apa. Kak long tanggung..."

"Hang tanggung tapi guna duit sapa? Dut laki hang jugak kan? Aku tak mau! Baik aku kerja. Dapat duit banyak sikit..."

"Thirah..." adik dia ni memang kepala batu sungguh! Kalau tak nak, tak naklah jawapan dia!

"Dah! Mana Ainul dengan Syirah? Aku nak main dengan depa..."

"Depa tidoq lagi...satgi mangkitlah depa tu. Aku nak masak kejap..."

"HANG nak cari qeja tang mana?" tanya kak long.

"Tang mana pun tak apa asalkan halal dan bagus pun dah ok. Oklah kak long, pinjam kereta! Thank you!"

Athirah mencari kerja di seluruh kawasan KL. Dia tak takut untuk melencong ke mana pun sebab dia dah mahir dengan jalan di KL ni. Yalah, diakan asalnya KL tapi abah nya pindah sebab dapat kerja di Kedah.

Dia berhenti di hadapan sebuah butik. Dia mengeluh. "Mana aku nak cari lagi ni?" tiba-tiba matanya tertancap pada satu banner. Dia keluar dari kereta.

Wedding planner(perempuan) diperlukan sekarang! Umur 18 tahun ke atas...

Athirah mengucapkan syukur. Dia masuk ke dalam butik tersebut. Dia menuju ke arah kaunter. "Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam...ya ada apa ya?"

"Saya nak tanya...butik ni ada tak tawar wedding planner punya kerja? Sebab saya terbaca banner depan tu. Masih kosong lagi tak?"

"Masih kosong lagi. Kenapa? Adik berminat ke?"

"Ya akak. Saya nak sangat kerja tu."

"Adik boleh ke membuat plan untuk sebuah wedding? Dah berpengalaman?"

Eh? Dia pertikaikan kebolehan aku ke apa? Kurang asam betul! "Boleh akak. Saya dah pernah buat kerja tu waktu saya plan wedding kakak saya. Mereka cakap ok je..."

"Ok...kalau macam tu awak saya terima kerja..."

"Hah?! Tak nak cek sijil ke apa dulu?"

"Tak...sayalah bos di sini. Tengok kesungguhan awak buatkan saya yakin dengan kebolehan awak. Awak ni berumur berapa?"

"18 tahun..."

"Too young...tapi ok...awak masuk kerja esok boleh? Sebab esok kita ada wedding di Cheras...boleh?"

"Boleh! Terima kasih bos!" perempuan itu hanya senyum. Athirah keluar menuju ke keretanya. Alhamdulillah!

"KAK LONG! Kak long!" jerit Athirah. Gembiranya dah dapat kerja!

"Ada apa hang ni terjerit-jerit??" tergesa-gesa kak long keluar dari dapur.

"Tahu tak?"

"Tahu apa?"

"Thirah dah dapat kerja!"

"Hah?! Kerja apa?"

"Wedding planner dekat Fella Boutique and Studio!"

"Alhamdulillah...malam ni kak long ajak suami kak long makan dekat luar. Raikan kejayaan hang!"

"Ok!"

MEREKA makan di restoran bagi meraika kejayaan Athirah mendapat kerja. Macam lawakkan? Tapi itulah kak long! Sikit-sikit ajak makan!

"Kak long, Thirah pi toilet kejap!"

"Ok.." Athirah bangun menuju ke tandas.

Selepas menunaikan hajat, Athirah keluar dari tandas. Tiba-tiba bahunya terasa sengal dilanggar seseorang.

"Maaf cik...saya tak sengaja!" kata seseorang.

Aduh! Sengal betul! Macam bahu Fariz! Sebut nama Fariz, teringat pulak dekat Fariz. Macam mana Fariz, family dan Farahin? Apa khabar mereka sekarang?

"Thirah??..."

Athirah memandang gerangan yang melanggarnya. "Pol?!"

"Woiii! Tak sangka jumpa hang dekat sini lagi? Hang buat apa dekat sini?" tanya Pol.

"Aku kerjalah dekat sini. Hang?"

"Sambung belajar. Awat hang tak sambung belajaq?" tanya Pol lagi. Sibukkan?

"Malas..." satu patah saja buat Pol dah tahu. Memang Thirah ni pemalas orangnya. Ceh! Mengutuk tanpa sengaja!

"Hang datang dengan sapa?" tanya Pol lagi. Banyak soal kan???

"Family kak aku. Hang?"

"Dengan family aku."

"Oklah...aku chau dulu. Lagipun nombor kau yang dulu aktif lagi kan?"

"Aktif..."

"Ok...bye! Nanti aku call hang!" Athirah segera beredar.

"Ok!"

Dari satu sudut, ada mata yang memerhatikan mereka dengan perasaan cemburu. Guest who? It's Tengku Fariz Ikram! Huh! Kenapa mesti Pol??? No! Athirah is mine!

Pain macam mana?? Ada aku kisah? Janji aku dapat Athirah. Dah 10 kali dia tengok Pol asyik terserempak dengan Athirah. No! Kali ni aku tak nak kehilangan Athirah! Aku dah cukup terseksa dengan semua ni! Aku perlu miliki Athirah dengan segera! Tapi, macam mana dengan ayahnda dan bonda? arghh!!! Ada aku kisah? Depa bukannya sayangkan aku pun!

"Kak long kalau nak balik, balik dulu. Thirah nak singgah shopping mall kejap. Nak beli tudung," ujar Athirah selepas menghabiskan makanannya.

"Tak apalah...kak long teman."

"Tak payah! Tengok tu Syirah, dah ngantok sangat tu! Lagipun kak long kan tengah pregnant sekarang ni. Kesian dekat kak long."

"Hang nak pi naik apa?"

"Abang Rul hantar dulu. Balik Thirah naik teksi..."

"Tapi..."

"Kak long...tak apa. Kalau abang Rul asyik ulang-alik semata-mata nak ambik Thirah, kesian pulak. Lagipun esok abang Rul nak kena kerja kan? Tak apa..."

"Ok..." walaupun dia lepaskan Athirah, tak bermakna dia akan senang. entah kenapa hatinya rasa tak sedap semacam. Namun, segera diusirkan seluruh rasanya.

Selepas menghantar Athirah ke shopping mall, kak long segera beredar. Baru saja nak menapak masuk dalam mall, mukanya ditekup dari belakang. Athirah meronta namun rontaannya tak lama apabila terbaukan cecair yang ada pada kain tersebut. Akhirnya dia tak sedarkan diri.

Fariz hanya tersenyum. You're mine this night! Pol pun tak boleh miliki kau selain aku! Farahin? Lantaklah dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience