Majlis perkahwinan Izzat dan pasangannya, Aqilah berjalan dengan lancar. Semua tetamu yang dijemput turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Athirah dengan geng yang lain sibuk menyediakan makanan dan minuman serta dessert untuk para tetamu. Fella Boutique and Studio bukan sahaja hanya menyediakan studio dan design baju pengantin, malah menyediakan katering sekali.
Fariz turut sibuk melayan tetamu. Ada jugak kadang kala dia mencuri pandang ke arah Athirah yang sibuk menyediakan makanan. Risau jugak dia kalau Athirah buat kerja berat-berat, kemungkinan besar effect kepada baby nanti.
"Fariz!" panggil seseorang. Fariz mencari orang yang memanggilnya. Farahin?
"Hey! Dah sampai? Mana family awak?" tanya Fariz berbasa basi.
"Family saya tengah ambil makanan," balas Farahin yang catik dengan jubah berwarna pink.
"Awak tak makan?"
"Tak apa. Bagi family saya ambik dulu. Baru saya ambik. Ni, dari tadi sibuk layan tetamu, dah makan ke?"
"Kejap lagi lah.."
"Kalau macam tu, jom makan sekali. Nanti tak pasal dapat gastrik! Dah, jom!"
"Tak apalah...makanlah dulu," tolak Fariz.
"Jom! Dulu awak desak saya suruh makan kan? Sekarang turn saya pulak!" Farahin menarik lengan Fariz membuatkan Fariz terikut langkah Farahin.
Dari jauh, Athirah hanya memerhati gelagat Fariz dan Farahin. Syukurlah Fariz tak ceritakan apa-apa dekat Pain. Seronok bila tengok Farahin hanya tersenyum.
"Thirah, tolong hantar dessert ni dekat Fariz dan Farahin? Lagipun, kesian tengok Fariz dari tadi tak makan...sibuk layan tetamu," suruh Tengku Alisa. Athirah hanya memerhati dessert tersebut.
Mesti berpakat ni! Huh! Tapi, biarlah! Inikan kerja aku... Athirah menuju ke arah meja yang diduduki oleh Fariz dan Farahin. Dia meletakkan dessert tersebut di atas meja.
"Pain??" panggil Athirah.
"Wey! Thirah! Hang buat pa kat sini?" Farahin bangun menuju ke arah Athirah.
"Aku kerjalah! As a wedding planner of wedding Fariz brother. So, semua ni aku yang planlah.."
"Wow! Ok...emm, jom join aku makan sekali! Lama tak borak dengan hang!"
"Emm...tak apalah. Korang datinglah dulu. Aku ada banyak lagi kerja. Nak kena serve makanan lagi. Dessert lagi. Oklah, enjoy your meal!" Athirah berlalu.
"Wait...aku nak tanya hang sikit boleh?" Athirah menoleh.
"Apa dia?"
"Awat perut hang buncit semacam? Setahu aku dulu segemuk hang pun perut hang tak buncit?" tanya Farahin.
Athirah menelan liurnya. Apa aku nak jawab ni?! Dahlah Fariz pun usya aku main punya padat! Athirah hanya tersenyum tawar.
"HAhaha...aku sekarang ni tengah 'happy' terlebih! Sebab tulah aku sampai buncit macam ni!" kata Athirah tegas. Perkataan happy tu sengaja ditekankan sambil matanya menikam wajah Fariz.
Kenapa Athirah tak berterus terang je?? Kenapa dia perlu jaga hati orang lain sedangkan hati dia merana lebih dahsyat?? gerutu Fariz dalam hati lalu dia membalas pandangan Athirah.
Athirah memerhati ke arah lain. Terasa ingin menangis namun dia perlu kuat. "Emm...tak apalah. Aku nak sambung kerja aku balik. Enjoy your dating!" Athirah segera beredar.
MAta Fariz menghantar pemergian Athirah. Entah kenapa dia cukup terasa dengan perbuatan Athirah.
Farahin memerhatikan gelagat Fariz. Kenapa dengan Fariz ni? Tiba-tiba pulak termenung! "Awak kenapa ni?"
"Hah?! Emm...tak ada apalah. Penat je..." bijak Fariz memberi alasan.
"Itulah...rajin sangat sampai diri tu penat!"
"Farahin! Jom balik!" panggil Puan Nur.
"Nak balik dah ka mama? Oklah...emm Fariz, saya balik dulu ya?" Fariz hanya mengangguk. Farahin bangun dan segera berlalu.
"MACAM mana sekarang ni? Apa tuan dan puan dah setuju nak satukan anak saya dan anak puan dan tuan?" tanya Tengku Farid.
"Ya Allah...tak sangka saya pulak yang perkara itu akan berlaku kepada kami. Tapi, nak buat macam mana kan? Perkara dah nak jadi." kata Puan Aisyah.
"Itulah...sekali lagi maafkan anak saya tu. KAmi pun tak sangka yang Fariz akan jadi macam tu," kata Tengku Alisa.
"Lagipun sekarang ni Athirah dah mengandung 2 bulan. Lagi elok kita langsungkan majlis mereka terus!" kata Tengku Alisa.
"Tengku nak buat bila majlisnya? Seeloknya kita langsungkan cepat sikit..." kata Tuan Masri.
"Kami rancang nak buat hujung bulan ni. Macam mana?"
"Tak cepat ke tengku? Saya takut tak dan nak buat preparation..." kata Puan Aisyah.
"Tak apa. KIta buat apa yang wajib dulu. Akad nikah...majlis makan nanti buat kemudian..." usul Tengku Alisa.
"Boleh jugak tu." setuju Puan Aisyah.
FARIZ menghampiri Athirah yang sedang termenung di tepi pantai. Sekaran dia mampu untuk tersenyum kerana persetujuan dah diberi dari kedua-dua pihak. Tinggal persetujuan dari tuan badan ja.
"Kenapa termenung ni?" tanya Fariz lalu duduk di sisi Athirah.
"Tak ada apa-apalah!" balas Athirah.
"Yalah tu!" Fariz mencebik.
"Seronoklah dapat kahwin dengan aku nanti?!" Athirah menikam anak mata Fariz.
"Seronok!" Fariz tersenyum menawan yang mampu mencairkan ramai wanita di luar sana namun bukan Athirah.
"Eiii!!! Kau nikan?! Awat suka kacau hidup aku hah?! Aku suruh kau jaga Pain tapi awat hang nakkkan aku?! Apa masalah hang sebenaqnya?!"
"Ok fine! Aku tak sukakan Farahin Adria tapi aku sukakan kawan dia Nur Irfa Athirah! Ada faham?!"
"Aku benci kau! Kau tahukan aku tak nak kau sakitkan hati Pain tapi kenapa kau buat jugak?!"
"Apa yang kau takut sangat dengan Pain tu?"
"Masalahnya bukan aku takut tapi aku sejenis yang hormat perasaan kawan aku! Bukan macam kau!" marah Athirah.
"Kenapa kau ni keras sangat nak maafkan dan terima aku?" tanya Fariz.
"Sebab aku tak pernah berlembut sebelum ni! Dan jangan kau ingat kau dah kahwin dengan aku kau akan dapat aku!" Athirah mendengus.
"Memang aku dah dapat kau pun..." kata Fariz. Athirah mencebik.
"Whatever!"
"Hujung bulan ni kita nikah. Balik saja dari Port Dickson, esok tu terus je kita pergi tengok baju pengantin ok?"
"Pergilah sorang-sorang! Aku malas!" Athirah memeluk tubuhnya. Tiba-tiba pulak rasa sejuk bila angin malam menyapa tubuhnya.
"Kenapa? Sejuk ke?" Athirah menggeleng.
"Eleh...kau tipukan? Aku tahu kau sejuk. Meh sini..." Fariz mendepakan tangannya.
"Nak buat apa?"
"Nak kasi kau hangat lah!"
"ISy tak payahlah gedik sampai macam tu! Aku bukannya bini kau pun!"
"Tak lama lagi kau akan jadi bini aku jugak..."
"Tak naklah!"
"Hesy...susah betul!" Fariz mendekatkan dirinya dengan Athirah lalu memeluk tubuh Athirah.
"Hoi! Apa yang kau buat ni?!" Athirah menolak tubuh Fariz.
"Peluk kaulah! Biar kau hangat sikit!"
"But not hug me! Eii! Lepaslah!"
"Tak nak! Alah...biarlah. Kalau bonda dan ayahnda nampak ni, depa bukan kisah pun!" Fariz tersenyum senang.
"Tapi, tak elok dipandang orang!" Athirah menepis tangan yang melingkar bahu dan perutnya. Penyibuk!
"Aku nak tanya kau satu benda boleh?" pinta Fariz. Dia merenung Athirah.
"Apahal?"
"Kau nak tak kahwin dengan aku?" Athirah memandang Fariz. Apa punya soalan ni?
"Kenapa tetiba tanya ni?"
"Aku nak kepastian..."
"Aku tak tahu...aku keliru..."
"Thirah...believe me. I won't neglect you start from our wedding until I'm died. That's my promise...!" kata Fariz tegas.
"Boleh percaya ke? Aku tak naklah janji! Tapi, macam mana dengan Pain?"
"Stop thinking about her. Yang aku cuma perlukan ialah kau je!"
"Fariz...pleaselah jangan desak aku macam ni. Aku tak suka!" Athirah bangun lalu menuju kembali ke hotel.
Fariz meraupkan wajahnya. Ya ALlah...mudahkanlah urusan ku
Share this novel