Bab 32

Romantic Comedy Completed 145346

"Ibu, abah... Thirah balik dulu erkk?? Nak kena raya rumah family Fariz pulak," kata Athirah lalu tangan obu bapanya dicium.

"Yalah Thirah, mana adil kalau kamu beraya dekat sini ja. Kamu kan dah bersuami. Kena fair lah kan??" kata Tuan Masri.

"Betul tu Thirah. NI sati ja ibu nak pesan kat hang... Hang balik sana hang buat perangai senonoh sikit. Jangan buat perangai loqlaq hang tu..." kata Puan Aisyah.

"Orang tau lah ibu.."

"hang ni bukan boleh kira sangat! Kalau nak jadi, dia jadi jugak. Ni Fariz, kamu tengokkan dia ni. Kalau dia buat perangai gila dia tu.,kamu cubit ja. Biaq dia ingat sikit!" tambah Puan Aisyah lagi.

"Baiklah ibu..." Fariz tersengih.

" Ibu!!! Awat ibu suruh dia jaga Thirah punya kelakuan pulak? Thirah taulah nak jaga perangai..."

"apa pun ibu tetap nak Fariz pantau hang..."

"Hesy!! Sudah! Jangan beletiaq lagi. Dah... cepat bertolak. Kalau tak, bila nak sampai??" kata Tuan Masri.

"Hai abah... halau nampak?? Tak suka ka Thirah balik??"
"Bukan tak suka tapi abah takut kamu sampai lambat... Dah cepat!"

"Oklah abah... Kami balik dulu... Ibu..." Fariz menyalami orang tua Athirah.

Fariz dan Athirah masuk ke dalam kereta.

"Kami bertolak dulu! Assalamualaikum.." kata Fariz.

" bawak kereta elok-elok! Waalaikumussalam..."

Kereta Fariz perlahan meluncur keluar kawasan rumah.

"ASSALAMUALAIKUM!" Fariz memberi salam apabila pintu rumah keluarganya dibuka. Dia mengambil begnya dan beg Athirah masuk ke dalam. Athirah mengikut langkah Fariz.

"Waalaikumussalam...! Dah balik anak bertuah ni!" Tengku Alisa memeluk anaknya. Fariz membalas pelukan bondanya.

"Bonda...Fariz nak mintak maaf kalau ada salah dan silap dekat bonda selama ni..." Fariz mencium tangan bondanya.

"Bonda sentiasa memaafkan kamu..." Tengku Alisa mengusap lembut kepala anaknya.

"Bonda...Thirah nak mintak maaf kalau selama ni Thirah ada terkasar bahasa atau menyusahkan bonda selama Thirah duduk di sini..."

"Isy! Apa yang Thirah cakap ni? Thirah tak menyusahkan bonda pun..."

"Bonda...ayahnda mana?" tanya Fariz apabila tersedar yang ayahndanya tiada di situ.

"Ayahnda solat kejap. Nanti turunlah tu..."

"Hah! Ada apa cari ayahnda ni?" tanya Tengku Farid yang sedang menuruni tangga.

"Ayahnda...Fariz nak mintak maaf kalau selama ni Fariz selalu menyusahkan ayahnda..." Fariz memeluk Tengku Farid.

"Dah! Jangan nak feeling sangat! Ayahnda dah maafkan kamu..." selamba Tengku Farid berkata.

Athirah dan Tengku Alisa ketawa mendengar kata selamba Tengku Farid.

"Bonda, mana abang Izzat dengan kak Qilah?" tanya Fariz apabila terasa rumah ni sunyi.

"Abang Izzat dengan Kak Qilah kamu tu balik kampung rumah kak Qilah." jawab Tengku Alisa.

"Oh...patutlah sunyi!"

"Assalamualaikum!" ujar seseorang memberi salam di muka pintu.

"Waalaikumussalam!" jawab mereka semua.

"Tak apa...biar Fariz tengok!" Fariz menuju ke muka pintu.

Terkedu dia apabila Farahin yang tercegat depannya sekarang ini. "P...pain?"

"Ya...kenapa?"

"T...tak ada apa-apa..." Fariz gugup.

"Boleh saya masuk?" pinta Farahin.

Pain nak masuk? Alamak! Takkan nak kantoi hari ni?

"B...boleh...masuklah..." Farahin masuk.

AThirah terkejut melihat kedatangan Farahin. Jangan kata semuanya akan kantoi hari ni! Aku tak ready lagi!

"Farahin!" Tengku Alisa menuju ke arah Farahin. Farahin menyalami Tengku Alisa.

"Pain..." Athirah cuba mengukirkan senyuman.

"Ya?" sepatah yang dijawab Pain.

Benci dia melihat Athirah. Tak sangka selama ni Athirah kotor! Kotor dengan perangai murahannya! Matanya beralih kepada perut Athirah. Entah-entah anak yang Athirah kandungkan tu anak Fariz apa?

Pedih hatinya bila dapat tahu dari Tengku Alisa dan Tengku Farid yang Fariz dah berkahwin dengan Athirah. No wonder selama ni Fariz selalu elak jumpa dia sebab dah adah Athirah. Huh! Benci aku! Saat dia tahu perkara ni, remuk hatinya bila dengar semua ni. Tak sanggup dia nak hadapi semua ni. Orang yang dia sayang dah khianati dia especially kawan baik dia! Benci!

"Pain...aku nak minta maaf kalau aku selama ni..."

"Selama ni bohong hang?" Farahin menyambung ayat Athirah. Athirah terkejut.

"Apa yang hang merepek ni?"

"Apa yang aku merepek hang kata?! Awat? Selama ni hang tak bohong ka?" sinis pertanyaan Farahin.

"Apa maksud hang?"

"You don't pretend enough being foolish. Let's cut the crap now! Why did you married with Fariz? Why? Don't you know that Fariz is my boyfriend?!"

"Pain...aku tak bermaksud nak rampas Fariz dari hang tapi..."

"Tapi apa?! Kau lacur diri kau tu dekat Fariz?!" tengking Farahin sambil memandang Athirah dengan pandangan tajam. Jijik dia melihat Athirah.

"Let's discuss about this outside!" Fariz menarik lengan Farahin menuju ke luar rumah. Athirah mengikut mereka ke luar rumah.

"Apa yang nak dibincangkan?!"

"Hey! Kau kalau tak tahu apa yang terjadi, jangan nak tuduh isteri aku pulak!" balas Fariz tegas.

"Apa?! Bukan betul ke andaian aku?! Dia pun sebenarnya sukakan kau! Don't you know it?! Sebab tulah dia sanggup lacur diri dia tu dekat kau!"

"Hey! Kau jaga sikit mulut kau tu! Orang yang cakap tu bini aku tau!"

"Hei pompuan! Kau memang tak sedar diri kan?! Dah ada Pol tu buatlah cara dah ada! Tak cukup Pol, kau nak kebas bf aku pulak?!" Farahin menunjal kepala Athirah.

"Woi! Kau biar cermat sikit! Sebelum aku terajang kau, lebih baik kau behave!" Fariz memberi amaran.

"Kalau kau nak tahu, semua perkara yang terjadi dan dengan perut dia yang bonyot tu semua tu angkara aku tahu tak? Kau nak tahu sebab apa?"

"Fariz! Jangan Fariz! Biarlah dia marah saya!"

"Pompuan! Jangan nak tunjuk baiklah! Tak sedar diri!"

"Kau tu yang tak sedarkan diri! Sayang...sampai bila sayang nak biarkan perempuan gila talak ni nak hina sayang? She should be know the truth!"

"Tak payah Fariz..."

"No! Hey pompuan! Kau dengar sini baik-baik. Kau nak tahu sebab apa kawan kau ni mengandung?"

"Sebab apa?"

"Fariz..." Athirah menghalang Fariz dari ceritakan yang sebenar.

"Sayang jangan takut ok?" Fariz menggenggam tangan Athirah.

"Kau tahu sebab apa? Sebab aku yang buat dia mengandung! Aku yang rogol dia! Puas hati kau! So, jangan berharap lagi dekat aku! Kau boleh berhambus! Dengar sini Farahin Adria, aku tak sayangkan dan tak cintakan kau selain insan yang bernama Nur Irfa Athirah! Faham?! Memang aku yang rogol Athirah! Dia tak tahu apa-apa. So, kau jangan menuduh dia segala sebab semuanya salah aku! Puas hati?!"

Farahin tergamam. What the? Fariz rogol Athirah.

"Fariz...kau..."

"Ya! Memang aku yang rogol dia!"

"Tapi kenapa? Tak cukup ke aku sayang aku dekat kau sampai kau rogol dia?!"

"Kau nak tahu kenapa aku rogol dia? Aku rogol dia sebab aku cintakan dia. Aku sayangkan dia...aku cemburu bila tengok dia dengan Pol!"

"Sejak bila kau sukakan dia?"

"Sejak di Songkhla lagi!"

"What?! Okay, enough all of this! I've to go now." Farahin menuju ke keretanya.

"Pain..." Athirah menuju ke kereta Pain.

"Apa?!"

"Aku...aku..."

"Dahlah! Aku tak nak dengar apa pun dari kau perempuan kotor!" Farahin menolak tubuh Athirah lalu masuk ke dalam keretanya.

Nasib baik Fariz sempat menyambut tubuh Athirah. Kalau tak...Farahin menghidupkan enjin keretanya lalu memecut pergi.

"Sayang ok?"

"What are you doing?!"

"Abang lakukan apa yang sepatutnya...she should know the truth!"

"You promise me to go back again with Farahin. But, what are you doing just now? Where your promise that you promise me?!"

"Sayang..."

"Dahlah!" Athirah masuk ke dalam rumah.

"Sayang!" Fariz melangkah menuju ke dalam rumah.

Sampai di hadapan pintu biliknya, didapati pintu biliknya dikunci dari dalam.

"Sayang...bukak pintu ni!"

"No! Stay away from me! I don't want see you!" jerit Athirah dari dalam.

"Sayang...please bukak pintu ni..."

"No!"

Fariz turun mendapatkan kunci pendua di laci meja kecil. Selepas membuka kunci, Fariz membuka pintu. Didapati Athirah sedang menangis di atas katil.

Fariz duduk di sebelah Athirah. Athirah mengelap air matanya.

"Sayang..." FAriz menggenggam tangan Athirah.

"Sayang...abang mintak maaf. Abang tak boleh bila dia hina sayang macam tu."

"Kenapa awak mungkir janji?"

"Abang mintak maaf ya? Abang tak sengaja tadi terlepas cakap..."

"Awak tak sayangkan saya dengan baby dalam perut ni..."

"Jangan cakap macam tu! Abang sayangkan sayang dengan baby. Dah, berhenti menangis..." Fariz menarik Athirah ke dalam pelukannya. Memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience