"Aduhh!" Hana mengaduh.
"Sorry, saya tak sengaja." ujar Zane. Dia turut merendahkan badannya, lalu membantu Hana mengambil buku yang terjatuh.
"Errr, tak apa. Thanks tau?"
Hana memeluk bukunya yang sudah melebihi had bilangannya.
"Serius ni okay? ada apa–apa yang terseliuh? saya boleh bawa pergi klinik?" soal Zane risau.
"Eh tak apa, tak ada apa yang cederakan. Jangan risau eh." balas Hana.
"Okay, jap." Zane meraba poket lalu mengeluarkan telefon pintarnya.
Hana hanya setia menunggu.
"Ni nombor I, if anything happen. Let me know."
Hana hanya memberi senyuman nipis. Lalu mereka berdua meneruskan langkah untuk ke kelas masing–masing.
Tidak disangkakan, kelakuan mereka telah diperhatikan oleh seseorang. Gadis itu memandang geram melihat situasi itu.
_________________
"Assalamualaikum."
Tia pantas membuka pintu lalu dia berpeluk tubuh di hadapan Zane.
"Asal?" soal Zane.
Zane ingin masuk, namun dihalang oleh Tia.
"Dah kenapa kau ni? apa lagi aku buat?" soal Zane tak puas hati. Orang dah penat, dia halang–halang pula.
"Baru lepas date dengan Hana ke?"
Soalan itu menimbulkan rasa pelik pada Zane.
"Kenapa? kau nampak aku date dengan Hana ke?" soal Zane semula.
"Nampak!" Tia meninggikan suara.
"Sejak bila? sejak aku jatuhkan buku Hana tu ke?"
Tia terus diam membisu. Eh, dia perasan ke?
FLASHBACK
"Serius ni okay? ada apa–apa yang terseliuh? saya boleh bawa pergi klinik?" soal Zane risau. Padahal dia sudah tahu isterinya memerhatikan mereka tidak jauh dari situ.
"Eh tak apa, tak ada apa yang cederakan. Jangan risau eh." balas Hana.
"Okay, jap." Zane meraba poket lalu mengeluarkan telefon pintarnya.
Hana hanya setia menunggu.
"Ni nombor I, if anything happen. Let me know."
Zane masih setia berlakon. Dia mahu uji hati isterinya. Adakah hati Tia sudah tertulis namanya dalam hati. Atau hanya keinginan Zane sahaja.
___________________
Tia pandang tak puas hati pada Zane.
"Asal?" soal Zane.
"Oooo dengan Hana kemain lembut lagi you eh? pijak semut pun tak matilah!" ujar Tia seakan menyindir.
"Dah tu takkan nak layan dia kasar–kasar pulak?"
"Dengan Hana you lembut. Macam Romeo dengan Juliet. Tapi dengan I? you layan macam harimau dengan rusa!" bentak Tia.
Sakit matanya melihat layanan Zane kepada Hana. Baik sungguh!
"Apa bendalah kau merepek."
Dalam hatinya sudah terasa bahagia. Akhirnya sang isteri cemburu. Itu bermakna?
"Kalau you suka dekat Hana, kenapa kahwin dengan I? kenapa tak kahwin dengan Hana?" soal Tia tak puas hati.
"Jelous?"
"Eh tak ada masa lah cemburu bagai. I bukan suka you pun!" balas Tia. Dia berpeluk tubuh tanda protes.
"Okay."
"Okay? tu je? you tak rasa you perlu explain ke?!"
Haaa marah sangat tu. Jangan Zane, ada yang melambung kejap lagi.
"Kau kata kau tak jelous, kau tak suka aku. Why do you need an explanation from me?" Zane cuba menguji Tia.
Sampai bila hendak menyembunyikan perasaan yang terang lagi bersuluh itu?
"Sebab I isteri you!" marah Tia.
"Sebab tu je? Itu je tak cukup untuk aku explain dekat kau pasal hal tadi. Lagipun untuk orang yang tak ada hati dekat aku, bukannya pentingpun untuk orang tu tahu." balasnya tegas.
"You cakap you tewas. You tewas dengan siapa? Hana? kenapa you buat I rasa keliru Zane?" bunyi nada kecewa di hujung ayat.
"Siapa kata aku tewas dengan Hana?" soal Zane lagi. Dia terus menduga isterinya. Siapa suruh taknak mengaku wahai Tia?
"Dah tu?"
"Aku rasa aku dah bagitahu. Dan aku tak perlu ulang lagi Tia." ujar Zane.
"Habis tu kenapa you layan I macam musuh?!"
"Sebab kau tak suka aku." balas Zane ringkas.
Zane baru sahaja menapak ke ruang tamu, dihalang lagi oleh Tia.
"Sebab tu je?" soal Tia.
"Tolonglah Tia. Jangan halang aku macam ni, aku penat." Zane menolak Tia ke tepi. Dan meneruskan langkah.
"Macamlah you ada hati dekat I!" jerit Tia di belakang.
"Kau yang tak ada hati dekat aku. Memandangkan kau tak rasa apa–apa dekat aku. Baik aku ceraikan kau, itu yang kau nakkan?"
Dia tersentak dengan kata–kata Zane. Walaupun dia sering meminta cerai, tapi kenapa kali ini hatinya terasa sakit?
"Kalau kau nak aku ceraikan kau, aku ceraikan kau sekarang." ujar Zane.
Tia hanya diam. Sebenarnya pada masa ini, dia tidak lagi mahu bercerai. Tapi ego menguasai diri.
"Tengku Tia Hanari bt Tengku Arman, aku..."
"Wait!" Halang Tia.
Zane terdiam. Lafaznya kini terhenti.
"You takkan layan I macam musuh bila I ada hati dekat you? are you serious?" sempat lagi dia meneka.
Zane mengangguk kecil, wajahnya masih serius.
"So I ada.... I... I ada hati dekat you!" luah Tia.
Wajahnya terus berpaling, terasa malu untuk memandang wajah Zane.
Zane membulatkan matanya. Tapi betul ke apa yang diluahkan tadi?
"Kau cakap macam tu supaya kau tak diceraikan?" Zane menduga.
"Bukanlah! You susah sangat nak percaya kenapa? Ya, you dah buat I tewas dengan you. You buat I asyik terfikir pasal you. You nak I luah macam mana lagi?! Is the three words would make it perfect? I love you Tengku Zane!" Tia meluahkan segala perasaan yang terpendam.
Walaupun dia berbicara dalam nada yang kuat, hakikatnya dia dah jatuh hati pada suami sendiri.
"No. Three words wasn't enough..." ujar Zane tenang.
Zane merapatkan dirinya dengan Tia.
"Kiss me first..." bisik Zane perlahan di cuping telinga isterinya.
"Kena ke?" soal Tia.
"Yup, baru aku percaya yang cinta kau tu bukan palsu." balas Tia.
Badan mereka terlalu rapat, hampir bersentuh tubuh mereka namun masih ada lagi sedikit jarak.
"You... you menggatal lah!" ujar Tia. Kedengarannya seperti marah.
"Hurry Tia... If you don't, then I can't accept your love." ugut Zane.
"Nantilah. This is not the right timing." Tia masih enggan menurut permintaan Zane.
"So, you don't love me." balas Zane.
"Okay... bagi I masa 5 saat."
Secara perlahan–lahan. Tia menjengket, kedua belah tangannya naik di bahu Zane. Dan pergerakan terakhir, dia mencium bibir Zane sepantas kilat.
Wajahnya terus merah padam.
"You call this, a kiss?"
Zane meraih pinggang Tia, tidak sampai beberapa saat, bibir kasarnya sudah bertaut rapat dengan bibir Tia.
Mereka mula membuat french kiss yang selalu ditayangkan dalam drama korea.
Kali ini mata mereka terpejam rapat. Bukan kerana terpaksa, bukan kerana nafsu, tapi kerana cinta. Cinta sejati antara mereka berdua.
Cinta yang akhirnya diluahkan oleh si pemilik EGO.
Share this novel