5 COMMENT REQUEST TO UPDATE NEW CHAP! KALAU CUKUP, KEMUNGKINAN MALAM NI MS. LIA AKAN UPDATE LAGI, ENJOY!
Zane bangun dari tidur. Terasa lapar pula. Jam baru menunjukkan pukul 1 pagi. Boleh pula terjaga ya?
Perlahan-lahan dia menarik selimut dan turun dari katil. Dahi Tia dikucup sekejap, lalu dia keluar dari bilik.
Apabila sampai di dapur, dia ambil maggi di dalam kabinet lalu diturunkan. Tengok saja sudah telan liur. Maggi makanan paling nikmat!
Sibuk dia masak, dia terdengar bunyi derapan kaki. Siapa pulak tu?
"Arghh!!" Jerit gadis itu.
Zane pula terkejut. Apahal minah ni jerit-jerit?
"You! Ada pencuri!!" Jerit Tia lagi.
Lah, kau tak nampak ke muka aku yang terlebih kacak ni? Nyanyok agaknya.
"Ni akulah! Suami kau!" Tegur Zane.
Boleh pekak telinga dia jerit! Terang lagi bersuluh, orang dihadapannya ialah Tengku Zane!
"You... You buat apa malam-malam buta ni?" Tanya Tia tergagap-gagap.
"Aku nak masaklah. Lapar. Ada bini 'Tengku' ni susah sikit." Sindir Zane di hujung ayat.
"Sedar diri tu, you sindir I, you sindir diri you sekali. TENGKU ZANE." Dia tekankan ayat Tengku itu.
"Sekurang-kurangnya aku tengah promote diri nak masak untuk wife tersayang ni, nak tak?" Tanya Zane, sambil itu dia hidu maggi yang sudah naik bau.
"Taknak. I diet." Tia menolak. Maggi itu langsung tak dipandang, hakikatnya dia sedang menelan liur sekarang ni. Mana taknya, Maggi kot! Berperisa kari pulak tu!
"Eleh diet konon. Makin berisi je aku tengok. Pregnant eh?" Tanya Zane selamba.
Membulat mata Tia mendengar soalan yang diajukan. Pregnant? Apahal serong sangat kepala Zane ni! Merah mukanya menahan malu.
"You ni kan, kalau I sumbat cili api tu, dah lama mati kepedasan!" Marah Tia.
"Eh dah nak kering!" Cepat-cepat dia tutup api dapur. Selamat maggi itu tidak kering, walaupun kuahnya hanya sedikit, lebih nikmat dengan kuah yang pekat itu!
"Well, aku makan dulu ya."
Dia bawa maggi kari ke atas meja, dan dia mengambil tempat duduk.
"Fuhh sedap..."
"Bismillah mana?" Tanya Tia selamba.
Tersedak Zane mendengarnya. Berdesing telinga oi!
"Se... Sejak bila jadi alim ni?" Soal Zane, suara dibetulkan akibat batuk tadi.
"Ooo, you nak I jadi miss korea ke? Boleh je." Balas Tia sambil tersenyum sinis.
Zane pula yang jeda. Miss Korea, dia tengok wajah isterinya. Cantik, tapi tak ada langsung kacukan korea! Dari leluk mata, hidung dan mulut. Langsung tidak ada!
"Muka kau tak macam korea pun."
Dia mengambil segulung maggi lalu disedutnya.
"Bukanlah. Bukan rupa I, I kata miss korea! You tahu kan?"
Berkerut wajah Zane mendengar pertanyaan Tia. Miss Korea? Dia cuba ingat sesuatu. Pantas tangan Tia dipukul lembut.
"Jangan mengada eh, miss korea tu dah sama macam kau tak pakai baju tau. Aku tak suka, I don't like it. Understand?"
"If I want it too?"
"Jangan lupa Tia. Aku punya hajat belum ditunaikan lagi." Zane beri amaran dengan cukup sinis.
"You tak bagitahu pun hajat apa yang you nak?" Tanya Tia sambil buat muka menyampah.
"Aku nak anak perempuan." Ujar Zane selamba.
"Boleh." Balas Tia pula.
Membulat mata Zane mendengar jawapan Tia. Boleh? Seriuslah? Hampir saja dia mahu terloncat, namun ditahan dulu. Dia perlu membuat kepastian dahulu.
"Serius?" Tanya Zane bersungguh–sungguh.
"Iyep. Anak angkat. Easy." Berubah air mukanya apabila mendengar jawapan Tia kali ini. Anak angkat? Haih!
"Buat apa nak cari anak angkat, sedangkan boleh cari anak sendiri?" Ujar Zane tak puas hati.
"Hei, you ingat senang ke nak cari anak sendiri?" Tia mula meninggikan suaranya.
"Senang je. Buat je kan?"
Kakinya memijak kaki Zane sekuat mungkin. Geramnya!
"You jangan melampau eh. I dah bagi amaran banyak kali tau!" Marah Tia.
"Suka hatilah. Aku kan suami kau?" Balas Zane selamba. Saja nak menguji isterinya yang dah merah padam!
"You suami I? So what?"
"So I can do anything I want."
"You jangan sampai I report dekat ayahanda!" Bentak Tia.
"Sikit–sikit report, tak ada private life langsung." Zane buat muka meluat.
"You gatal eh?" Tia berpeluk tubuh.
"Gatal dengan kau je." Zane tersenyum sinis.
"Jangan sampai I call ayahanda..." Ugut Tia. Dia tunjuk telefon yang berada di tangannya.
Zane hanya buat muka tak kesah. Yeke tak kesah tu?
"Nanti I bagitahu, yang you ni dah menggatal nak anak dekat ayahanda. Kan ayahanda ada pesan, fokus study dulu, tapi you focus benda lain!"
"So what? Call lah." Cabar Zane. Sebenarnya dia agak gugup apabila mendengar penerangan Tia.
"Ka... Kau tak malu ke mengadu macam tu dekat ayahanda?" Tanya Zane gagap.
"You scared huh?"
"No. Give it a call." Cabar Zane lagi.
"Okay, you force me." Terus saja dia menekan butang dail.
Pantas Zane berlari ke arah Tia.
"Woi woi okay aku mengalah. Please, tutup call tu!" Zane merayu, sebelah tangannya cuba mencapai telefon yang berada di tangan Tia.
"No. You yang suruh."
"Aku cakap je, tutuplah call tu!"
Menggelupur dia ingin mencapai telefon milik Tia. Gila lah bini aku ni!
"Have mercy on me please..." Rayu Zane.
"I don't care." Tia dengan muka selambanya. Langsung tak terkesan dengan rayuan Zane.
"Please lah! I'll be dead if ayahanda angkat call tu!"
Lama pula panggilan itu tergantung. Busy ke ayahandanya?
"Hello..."
"Tia!" Cepat saja Zane menepis telefon itu sebaik sahaja ayahnya mengangkat panggilan.
"Zane! Tengok apa you dah buat!" Marah Tia.
Dia pandang telefonnya yang kini berkecai. Nak terkeluar air matanya, telefon ibarat nyawanya sendiri!
"Fon I dah pecah. Macam mana sekarang ni?!"
Zane menarik nafas lega. Dia abaikan Tia yang sedang berapi sekarang ni.
"Bagi aku makan dulu. Lapar. Kau lah ni, elok–elok aku nak makan, kau kacau." Ujar Zane.
Hampir kembang magginya disebabkan pergaduhan mereka. Tak matang langsung!
"Zane, you dengar tak I cakap?" Tanya Tia bengang.
"Dengar sayang." Balas Zane lembut.
"Gantilah balik!" Tengking Tia.
"Sayang please, nanti biy fikir pasal telefon tu. Bagilah biy makan dulu." Pujuk Zane. Dia tahu Tia sedang menyinga sekarang ni.
"Hish!"
Mangkuk maggi terus ditarik. Zane terkejut. Aik, tadi kata diet?
"Kenapa?" Tanya Tia dingin.
"Itu maggi aku." Ujar Zane.
"I pun laparlah sebab you!" Bentak Tia.
Zane mengeluh berat. Akulah yang paling lapar sekarang ni, kalau tak, tak adanya aku bangun malam–malam buta macam ni!
"Haa yelah. Makanlah. Biy buat lain."
Hatinya masih bersabar. Iyalah, dia buat salah tadi. Dia patut tenangkan isterinya.
Sebaik sahaja maggi habis dimakan. Tia menekup mulutnya, matanya membulat besar.
"Kenapa you tak tegur I tadi?!" Sekali lagi Zane ditengking. Apahal aku yang kena marah?
"Tegur apa?" Tanya Zane.
"Inilah. Tengok dah habis I makan. I dahlah diet!" Marah Tia.
Zane meraup kasar wajahnya. Setakat makan satu mangkuk maggi tu, tak jadi hal lah. Aduh kecoh!
"So what? Keding je aku tengok."
"What? I penat jaga badan I, you kata keding?"
"Yep. Dah kau asyik diet je, mana tak keding? Dah tak cantik dah." Usik Zane.
Wajah Tia memang dah berkerut seribu. Dah tak cantik? Keding? Sakitnya telinga!
"So you nak cari perempuan lainlah?" Tanya Tia bengang.
"Well, boleh jugak." Zane terus mengusik.
"Pergilah. Pergi cari perempuan lain!"
"Elehh, jealous lah tu." Sindir Zane.
"Tak ada masa lah!" Marah Tia.
"Kau ni kan, asyik kau je mengadu dekat ayahanda, aku rasa macam nak mengadu dekat mamalah."
"Mengadu apa?"
"Yang kau suka tengking–tengking aku, lepas tu kejadian dekat Langkawi haritu." Jelas Zane panjang lebar.
Sejujurnya dia pun terasa hati dengan cara Tia melayannya. Asyik tengking–tengking aje. Ingat Tia sorang saja terasa? Layanan Tia pada Zane juga apa kurangnya. Tak sweet langsung!
"Jangan mengada eh..."
"Aku pun boleh mengadu jugakkan?"
Dia ambil telefon dan tekan nombor Tengku Aida. Mata Tia membulat, sanggup dia call!
"Tutuplah call tu! Kalau mama tahu, habislah I!"
"Bila aku fikir balik, cara layanan kau dekat aku, kasar jugak."
Tia terdiam. Kasar? Apa yang kasarnya?
"Cuba panggil abang ke, biy ke? Ni panggil nama aku, tak cun lah."
Masam muka Tia bila dikata begitu. Okay la tu. Panggil nama, comel apa? Ikut trend!
"Dahlah. I nak tidur. Bosan layan you." Ujar Tia.
Zane menggeleng kepala. Lalu air dituang ke dalam cawan kaca, belum sempat diteguk, Tia merampas cawan itu dan minum dengan rakus.
"Memang hobi kau rampas barang orang eh?" Sindir Zane. Bengang pula dibuatnya, paling tidakpun, minta lah!
Tia hanya tayangkan wajah meluatnya. Dia terus naik tingkat atas dimana bilik tidur mereka berada.
___________________
"Jomlah. Lambatlah you siap!" Jerit Tia dari bawah.
"Kejaplah! Kau tak kejut aku apahal? Tengok dah lambat!" Jerit Zane di atas pula.
Dani hanya jadi pemerhati, macam ni ke suami isteri? Lebih kepada musuh nampaknya!
"Jomlah Dani, tinggalkan Zane terlajak tengku tu dekat rumah. Bye!" Saja dia sakat suaminya. Suka pula bila suaminya sakit hati dan berbalas–balas dengan dia.
"Errr tapi Puan..."
"Woi kejaplah! Kau jangan mengada–ngada Tia!" Marah Zane.
Tia tergelak kecil. Padan muka, mesti tak tentu arah bersiap tu!
Sebaik saja Zane turun, dia pandang Tia atas bawah. Lalu dia menjegil mata pada isterinya.
"Kenapa?" Tanya Tia.
"Baju kau ni, beli dekat mana? Dekat tong sampah eh? Koyak sana sini. Pergi tukar!" Marah Zane.
"What? Ni baju made in Australia okay! You jangan pandang hina dengan fesyen I!"
"Lantak engkaulah! Aku ada beli baju baru. Pergi tukar!"
Tia beri jelingan maut. Ada je tak kena!
"I taknak tukar!" Tegas Tia.
"Then, kau pergi kolej jalan kaki. Jom Danny."
Tia hentikan langkah Zane, dia berpeluk tubuh. Kenapa dia aje yang kena mengalah?
"Okay fine!"
Tia melangkah ke tangga, dan naik semula. Kacau line betul! Penat aku make up!
Bila dia buka almari, mulutnya terlopong habis. Baju ni? Baju ni yang dia nak aku pakai? Baju jaket serupa orang korea ni pakai time salji je lah!
Malaysia ni ada salji ke? Dia nak aku mati kepanasan ke?! Rungut Tia.
Jaket coklat labuh itu diambil, lalu disarung. Malas dia nak tukar baju di lapisan dalam. Yang penting bahu berlubang tu dah tutup. Tapi... Panas woo!
Tia turun tangga dengan muka monyok, dia beri jelingan maut pada Zane. Sampai hati betul!
____________________
Semasa waktu rehat, Zane mencari kelibat Tia, namun tidak kelihatan. Apabila terserempak dengan Aina, dia suruh gadis itu berhenti.
"Ada nampak Tia tak?" Tanya Zane.
"Errr Tia dekat ICT, tengah siapkan assignment." Ujar Aina kekok. Kenapa dia tanya pasal Tia? Sepanjang dia kawan dengan Tia, tak ada pula lelaki itu di sekeliling mereka.
"Dia tak makan?" Tanya Zane risau.
"Dia taknak makan katanya, dia suka duduk dekat ICT sebab ada aircond, tiba–tiba pulak buang tebiat pakai jaket." Balas Aina, memang harini dia cukup pelik dengan Tia. Terlajak sopan!
"Okay thank you."
Zane meneruskan langkah ke bilik ICT. Lalu dibuka pintu dan terlihat seorang perempuan sedang hantuk kepala di meja beberapa kali.
"Oi, nak pecah kepala tu ke?" Tegur Zane.
"You buat apa dekat sini?" Ujarnya malas. Kepalanya langsung tak tegak, sibuk hantuk–hantuk kepala dari tadi.
"Kenapa tak makan?" Tanya Zane.
"You ingat dengan I yang kepanasan ni, ada mood ke nak makan?" Balas Tia dingin.
Zane tergelak kecil. Siapa suruh pakai baju tak cukup kain. Nasiblah dapat isteri yang mendengar kata.
"Kaulah. Tak habis–habis buat lelaki terseksa, cuba pakai baju kurung ke? Sedap sikit mata memandang." Nasihat Zane.
"Hish panaslah!"
Cepat saja dia tanggalkan jaket dan campak pada Zane.
"Kau dah kenapa? Pakai!" Arah Zane. Bengang pula bila Tia tanggalkan jaket tu.
"Taknak! Tengah cuaca panas ni, you suruh I pakai jaket ni? Crazy!" Bentak Tia.
"Wear it now!"
"I don't want it!"
Share this novel
update lgi please